You are on page 1of 34

GOLDEN TEKNIK

PELUANG JANA SALES & URUS BISNES


Tanpa Pening Kepala!

Teknik jana sales & urus bisnes tanpa pening kepala


didedahkan kepada peniaga online yang baru mahupun otai
-Zakri Rozaini.
Amaran...
Ebook GOLDEN TEKNIK: Peluang jana sales & urus
bisnes tanpa pening kepala! adalah hak cipta
terpelihara.

Anda BOLEH:
mencetak dan mempraktikkan segala teknik
yang diajar
berkongsi ebook ini tanpa ada sebarang
perubahan dilakukan

Anda TIDAK BOLEH:


menjadikannya bonus bagi produk anda
mengubah sebarang isi kandungan dengan apa
jua cara
mengaku ia produk anda sendiri
menjualnya di mana sahaja sama ada di laman
web, blog, web lelong atau seumpamanya

1
1
Ebook GOLDEN TEKNIK

Peluang jana sales & urus bisnes tanpa


pening kepala! dihasilkan untuk memberi
& berkongsi ilmu serta tip memulakan
perniagaan online.

Serta paling penting sekali buat peniaga


online adalah cara untuk menguruskan
bisnes.

Ebook ini hasil daripada pengalaman saya


dalam bidang perniagaan online yang
boleh anda jadikan sebagai panduan dan
rujukan.

Semoga ebook ini dapat memberikan


manfaat dan mampu membantu anda
mengembangkan lagi bisnes yang
dijalankan.

2
2
Ebook ini mengandungi 5 BAB UTAMA

1 Orang kata, bisnes online ni senang jer…


2 4P dalam dunia bisnes
3 Take note: Peniaga baru gagal sebab?
4 Platform yang sedia ada
5 GOLDEN TEKNIK : Website pemudah cara
dalam bisnes anda

3
3
Penggunaan telefon mobile, internet dan
media sosial di Malaysia

TOTAL POPULATION 32.57million

MOBILE CONNECTIONS 39.99million

INTERNET USERS 28.43million

ACTIVE SOCIAL MEDIA USERS 28.00million

Mengikut laporan datareportal.com, rakyat Malaysia


mempunyai populasi 32.57 juta penduduk dan
terdapat 27.43 juta pengguna internet di Malaysia
pada Januari 2021.

Purata bagi seseorang individu menggunakan


internet pula sebanyak 9 jam 17 minit dalam sehari.

Nampak, dunia semakin di hujung jari. Tak kan anda


nak meniaga secara online, tak ada seorang pun
yang nak beli kan?

Benar.

Pengguna semakin ramai. Tapi anda lupa, peniaga


online juga semakin berlambak.

Dan anda terpaksa bersaing dengan mereka


semua...
4
4
1 Orang kata, bisnes online ni
senang jer…

Kita suka dengar apa orang kata

Bisnes online ni, modal kecik Yes, kalau anda guna FREE cost
marketing

Bisnes online ni nak mula tak payah Yes, setuju sangat


ada kedai

Yes, mudah kalau ada strategi. Untuk


Bisnes online ni mudah growing!

Yup mudah nak uruskan kalau bijak


Bisnes online ni, senang nak susun database untuk next future
uruskan planning. Kalau tak, bisnes boleh MATI

Bisnes online ni boleh dapat untung shhhh, betul kalau kena dengan
berlipat kali ganda dengan mudah caranya

Senang cerita macam ni,

Bisnes online ini jadi mudah. Bilanya, anda ada produk nak jual, anda
boleh terus run. Tak perlu set up kedai. Kuncinya kena tahu asas
untuk kita bermula.

5
5
Baik, Fokus !
SEKARANG kita move kepada STEP BASIC yang
orang bisnes kena ambil tahu sebelum memulakan
bisnes.

4 P yang kena ingat sampai bila-bila selagi mana


anda dalam dunia bisnes.

Produk atau Perkhidmatan

Platform

Pemasaran

Pengurusan

INGAT! 4P DALAM DUNIA BISNES

6
6
2
4 P dalam dunia bisnes

Produk atau Perkhidmatan

Pilih niche produk atau perkhidmatan yang anda


nak jual. Kenal pasti target pasaran, bonus untuk
anda tahu kehendak dan keperluan pasaran.

Anda perlu menjadi pakar di dalam pilihan bisnes


yang anda pilih ini. Anda boleh sembang berjam-
jam lamanya, pukul 3-4 pagi nak sembang pasal
bisnes ni pun anda tak kisah sebenarnya sebab ia
sesuatu yang anda minat kan?

Platform

Apabila produk dah ada, tiba masanya untuk anda


pilih channel pemasaran yang hendak anda
gunakan.

Contoh channel pemasaran yang biasa kita dengar


dan tahu ialah:

Facebook - Instagram - Marketplace - Website

Platform-platform ini boleh diibaratkan sebagai


kedai online anda.

Di sini, customer akan klik kedai online anda dan


tengok apa yang anda buat?

Apa yang anda sediakan? Adakah anda boleh


membantu menyelesaikan masalah mereka?

7
7
Pemasaran

Selepas anda telah set up semua benda, sepatutnya


50% - 80% masa, anda perlu gunakan untuk buat
pemasaran.

Setiap platform ada kelebihan masing-masing dan


ada kekuatan yang tersendiri. Gunakan sebaik
mungkin untuk nampak impak dalam bisnes anda.

Pemasaran perlu di buat berterusan dalam erti kata


lain ―NON STOP. Kerana apa? Kerana pemasaran
merupakan MONEY PULLING MACHINE.

Pengurusan

Ramai orang menghabiskan masa yang banyak belajar


tentang bisnes dan pemasaran tetapi mereka terlepas
pandang tentang ilmu pengurusan kewangan.

Ramai usahawan gagal bukan kerana tidak pandai buat


wang, tetapi mereka gagal kerana gagal mengawal
wang.

Persoalannya?

Adakah ada peluang untuk anda jana sales sekaligus


dapat urus bisnes tanpa pening kepala?

8
8
3 Take note: Peniaga baru gagal sebab?

Nak cepat dapat hasil


Cepat give up
Suka bertangguh dan kerap merungut
Hanya memikirkan jualan semata-mata
Tidak kreatif
Tidak fikirkan apa masalah manusia yang perlu
diselesaikan
Tidak pernah fikirkan tambah nilai kepada customers
Tidak mahir pengurusan perniagaan
Tidak ‘Outsourcing’ kerja-kerja yang kurang pakar
Tiada database customers
Tiada planning untuk marketing
Tiada mentor
Rasa diri serba cukup dengan ilmu

Sell the Problem, Not The Product

9
9
4 Platform bisnes yang sedia ada

Fattah: Min, aku rasa nak jual online lah Choco Jar
aku ni.

Amin: Kau plan nak jual kat mana Fattah?

Fattah: Aku nak jual kat facebook jer mana tahu


ada orang nak beli nanti. Okay kan?

Cerita tentang jual online, laju terus orang akan


sebut Facebook kan? Tak pun Instagram.

Bagi yang advance sikit, mereka akan pergi ke


marketplace macam shopee, lazada, foodpanda
bagi yang berniaga makanan dan sebagainya.

Ini antara platform-platform yang biasa peniaga


online guna. Media sosial dan juga marketplace.

Jarang-jarang, peniaga online nak menggunakan


website sebagai platform bisnes mereka.

It’s okay. It’s time to make business visible


(wujud) dalam pasaran online.

Jadi perlukan pelbagai platform untuk orang


boleh jumpa dan cari produk atau perkhidmatan
yang anda sediakan.

10
10
Saya bagi gambaran simple supaya senang faham untuk
media sosial, marketplace dan website ni seperti apa…

Media sosial & marketplace ni menggambarkan


macam sebuah kedai sewa, anda “menyewa” kedai
untuk bisnes anda dengan pihak lain.

Website pula, ibarat “kedai sendiri di atas tanah


sendiri”, tiada sesiapa yang boleh mengganggu.

VS
Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg.

Website dimiliki oleh kita sendiri, ianya tentang


ownership anda terhadap sesuatu property.

Website adalah aset pemilikan kita sendiri. Undang-


undang dan juga polisi dari kita sendiri.

Lain pula kalau kita menyewa, kita perlu mengikut


peraturan.

Belum lagi cerita bab abang Mark Zuckerberg tukar-


tukar algorithm facebook.

Pening kepala kita !

11
11
Itu baru satu cerita.

Ramai juga orang yang silap, di media sosial


mereka boleh buat hard selling memanjang untuk
tujuan menjual. Pagi, petang, siang, malam.

Bukan TIDAK boleh, cuma TIDAK kena pada


tempat yang sesuai.

Media sosial tempatnya untuk anda membuat


engagement antara prospek. Ada interaksi secara
soft selling dan halus untuk prospek suka dan
trust terhadap produk anda sebelum membeli.

Website pula, tempat di mana anda dibenarkan


untuk membuat hard selling dan melakukan
pengiklanan secara direct tanpa perlu anda buat
soft selling.

Hard selling adalah promote


direct berkenaan produk anda

Soft selling adalah menjual


dalam diam

12
12
Jadi, sebenarnya antara marketplace atau website
manakah yang lebih PADU?

Platform bisnes yang sedia ada sudah pasti ada


kegunaan masing-masing. Sudah pasti juga ada
kelebihan dan kelemahannya bukan?

Bagi media sosial, peniaga online akan


mengfokuskan untuk buat branding, soft selling
dan meningkatkan kepercayaan orang terhadap
bisnes anda.

Branding tu apa?

Branding ini membuatkan orang membeli


berulang kali tanpa di paksa-paksa.

Trust terbina dan kemungkinan BESAR


customer akan kembali membawa pelanggan
lain.

Customer akan puas hati dengan value yang


diterima dan tidak mungkin akan mencari brand
lain.

People buy Experience:


Kevin Gaskell

13
13
Bagaimana pula marketplace dengan website?

KELEBIHAN
marketplace yang ramai peniaga online tahu:
1. Bebas dari unsur penipuan

Customer boleh complaint untuk minta refund (ganti


rugi). Marketplace akan melindungi customer
daripada penipuan terutamanya dalam platform
marketplace yang besar-besar seperti shopee,
lazada dan sebagainya. Namun, ada juga scammer.
Bukan erti kata bebas secara langsung.

2. Dapat trafik organik lebih besar

Contohnya, shopee buat branding gila-gila dan buat


promosi besar-besaran macam sales 12.12 tahun
lepas.

Untungnya kepada peniaga online di marketplace


sebab dapat tumpang trafik organik. Customer cari
produk dan secara tak langsung customer
automatik beli untuk memanfaatkan promosi yang
disediakan seperti kupon diskaun, free shipping
yang ditawarkan dalam promosi tersebut.

3. Pilihan untuk menggunakan iklan berbayar

Penggunaan marketplace ads akan membuatkan


produk anda lebih ramai prospek view dan lebih
ramai prospek tahu. Jumlah reach meningkat,
kemungkinan besar juga ramai customer yang
membeli.

14
14
KEKURANGAN
marketplace yang pasti ramai peniaga online tak tahu:

1. Persaingan harga tanpa kawalan

Kemungkinan prospek akan membeli produk orang


lain sebab ada banyak pilihan dan harga jauh lebih
murah dengan produk yang sama yang anda
tawarkan.

2. Perlu ada rating yang bagus

Bagi peniaga online yang baru nak mulakan bisnes di


marketplace, sememangnya awal-awal bisnes anda
tak ada trust lagi. Tiada rating lagi yang diberikan
oleh customer anda. Jadi, anda perlu naikkan rating
kedai online anda untuk bina trust terlebih dahulu.

3. Susah untuk follow up customer

Tiada back up database spesifik seperti nama,


nombor handphone dan email oleh peniaga online.
Dan kebanyakan urusan promosi hanya boleh
melalui medium marketplace sahaja. Kerugian besar
buat peniaga online untuk up sell apabila adanya
sales, promosi atau launching produk baru.

15
KELEBIHAN
website yang ramai bisnes online tak tahu:

1. Boleh diiklankan dan anda dapat mengukur


performace iklan yang telah di buat

Dari sini, anda boleh guna untuk buat iklan fb ads


atau target ads mengikut kawasan, umur ataupun
jantina dengan lebih spesifik. Anda dapat mencari
target market yang betul berdasarkan performance
lepas.

2. Tiada persaingan harga

Adanya website membawa anda terus kepada


prospek ataupun customer anda.

3. Dari laman website boleh ke media sosial lain

Seperti facebook pages, instagram bisnes,


WhatsApp ataupun direct terus ke platform
marketplace anda.

KEKURANGAN
website yang ramai bisnes online tak tahu:

1. Kos besar untuk beli domain dan hosting


2. Perlu tahu saluran penjualan (funnel selling)
yang betul
3. Perlu ada copywriting yang menarik untuk
menarik orang beli dari funnel website anda

16
16
Take note : Gentle tip untuk peniaga online

Kadang-kadang, biasa terjadi apabila gambar


produk cun. Dah cantik habis, tapi ayat copywriting
tak menarik.

Kadang tu, copywriting gempak. Tapi, gambar pula


kabur.

Selalu juga terjadi, peniaga online tak beberapa


mahir atau tidak pandai menggunakan tools untuk
marketing.

Peniaga online merasakan semua benda boleh


buat sendiri.

Anda boleh buat copywriting


Anda boleh jadi photographer.
Anda yang closed sale.
Anda yang sibuk packing barang.
Anda juga lah yang pos barang.

Take note :

Sebenarnya, penting adanya ‘outsourcing’ kerja-


kerja yang anda tak mahir untuk bisnes anda.

Boleh cari alternatif untuk ‘mengupah’ mereka yang


pakar dalam bidang tersebut untuk membantu anda
grow bisnes.

Do something today that your future will thank you for

17
18
Bisnes targetnya mestilah untuk long term, bukan hanya
cuba-cuba. Bukan hanya sekadar test market sahaja

Bagi peniaga online baru yang nak memulakan


bisnes di marketplace. Sebenarnya, ada kos-kos
yang membebankan peniaga yang peniaga sendiri
tidak perasan.

Contohnya seperti caj pengiklanan. Ada juga caj


komisyen bernilai lebih 30% daripada hasil jualan
juga dikenakan ke atas peniaga online.

Ini berkait rapat dengan jumlah penjualan yang


dibuat. Andai kata, kedai atau restoran ternama
sudah tentu masih boleh mengekalkan harga
produk mereka.

Bagaimana pula dengan nasib peniaga kecil-


kecilan yang baru nak mula?

Sudah tentu terpaksa menaikkan harga produk


mereka bukan?

Boleh jadi, kemungkinan pelanggan akan membeli


produk orang lain sebab ada banyak pilihan yang
lebih kurang sama dengan harga yang jauh lebih
murah dan berbaloi.

18
19
Jadi, itulah kelebihan kalau anda mempunyai
website sendiri berbanding marketplace. Boleh
simpan database, anda boleh hardsell, menerima
pembayaran secara terus dari customers tanpa
orang tengah sebagai pengantara.

Walaupun anda buat iklan berbayar sekalipun


(kerana reality organic reach dah semakin pupus),
customer anda adalah customer anda. Maksudnya
mereka tak akan nampak produk orang lain
macam dekat marketplace.

Mesti anda terfikir-fikir lagi kan.

Ya lah, nak buat website kos juga tu. Ingatkan


FREE.

Dushhhh. Fikir balik.


Nak percuma, tapi makan masa yang lama atau
nak berbayar tapi pantas dapat result?

Remember this. If you plan small,

you stay small

19
20
Masa mula-mula nak buat bisnes online dulu, saya pun
pernah tertanya-tanya sebenarnya kenapa perlu website?

Saya tengok ramai member yang dah start buat


website sendiri untuk bisnes.

Persepsi masa tu :

Website ni susah nak buat


Website ni kena tahu macam-macam
Programming lah, kena celik IT tu satu hal. Saya
bukannya ada background study programming
masa tu. (hanya belajar sendiri sahaja)
Ada kos yang tinggi untuk orang yang baru nak
mula bisnes
Bisnes masih kecik, tak perlu lagilah nak pakai
website-website ni
Marketing kat media sosial lagi best dari website

Nak bagitahu ni,


Situasi ini hanya jika anda memulakan perniagaan
online 6 tahun lepas.

"Saya ulang, 6 tahun lepas tau."

Zaman sekarang ni, zaman serba canggih. Boleh kata


setiap hari tahap kecanggihan tu bertambah.

Sama ada kita sedar atau tak je.


Sama ada kita nak ambil tahu, atau biarkan sahaja.
Sama ada kita nak guna kecanggihan itu, atau masih
guna cara yang lama.

20
20
Sama juga dengan kemajuan rangkaian internet.
Kalau dulu speed macam siput. Sekarang ni, cuba
tengok bukan main laju lagi.

Upgrade dari 3G ke 4G lepas tu sekarang ni dah


ada 5G.

Dengan kemajuan teknologi dan internet, sekarang


ni semuanya menjadi bertambah mudah.

Termasuklah memiliki website sendiri, yang pasti


dan bestnya apabila anda memiliki website tanpa
anda perlu pening kepala!

Tak perlu perning kepala !

21
20
Bayangkan situasi ini...

Anda jual produk kecantikan. Ramai orang PM.


PM masuk tak henti-henti dalam WhatsApp.

Jadi kecekapan untuk menjawab sangat penting.


Nak hantar details, dengan gambar lagi nak bagi,
senarai pakej harga lagi.

Belum lagi cerita, kalau prospek tanya benda


yang sama. Soalan berulang-ulang dari prospek.
Phone storage pula masa tu FULL.

10 orang yang PM, boleh lagi nak layan. Dah


lebih 10 orang yang PM makin kelam-kabut nak
jawab, reply makin lama makin lambat.

Prospek pula tengah bersusun ni tengah tunggu


anda respond WhatsApp mereka. Ada prospek
yang malas nak tunggu, anda akan hilang
prospek. Tak dapat customers, tiadalah sales.

Cara respond kita juga PENTING ya untuk closed


sales.

Oleh itu, mudah dan cepatkan cara dengan


memilih website sebagai pemudah cara dalam
bisnes online anda.

Penatnya nak layaann...

22
5 GOLDEN TEKNIK : Website pemudah
cara dalam bisnes anda

Website sebagai pemudah cara untuk jana


sales & urus bisnes anda.
Dari website, anda dapat tahu laporan jualan. Lebih
mudah untuk anda menguruskan stok, jualan dan
maklumat pelanggan akan datang.

Orang bisnes yang baru, fokusnya keuntungan


semata-mata.

Tapi...orang bisnes yang ada ilmu akan fokuskan


sekali tentang pengurusan bisnes mereka.

Ramai yang tidak tahu,

GOLDEN TEKNIK dalam bisnes ialah menguruskan


bisnes itu jauh lebih penting.

Nampak sangat professional.

Plus, urusan kerja-kerja jualan jadi sistematik dan


tersusun.

Ini bagus untuk create persepsi positif dan branding


untuk bisnes anda in the long term.

23
20
Rahsia make money ialah DATABASE
Database ini untuk jangka masa yang panjang

Mengapa kita perlu kumpul database?

Ini adalah kerana kita mahu promosi lagi dan


berkongsi produk baru berkali-kali kepada
pelanggan/prospek.

Bagaimana mendapatkan database yang


spesifik?
Di mana nak simpan senarai itu?
Bagaimana membuatkan orang (database
pelanggan atau prospek) suka kepada kita?
Bagaimana menjual secara lembut (soft
selling/tiada paksaan)?
Bagaimana menambah jumlah database ini dari
masa ke masa?

Apabila anda faham dan tahu cara untuk exit plan


ini, anda boleh speed up lagi untuk mengumpul
database customers.

Seterusnya, pengurusan bisnes anda jadi lebih


teratur dan anda dapat create sales lebih banyak
lagi.

24
20
Bestnya bila ada website sendiri ni…

Yes! memang best

Lagi-lagi kalau semua dah siap sedia, tinggal


guna pakai dalam bisnes anda sahaja.

Take note kepada anda:

yang baru nak berniaga online


agen produk
dropshipper
syarikat yang mempunyai banyak cawangan

Ambil perhatian,

saya percaya bila anda sudah baca sampai ke


muka surat ini tanpa skip.

Saya yakin, anda pasti nak sangat-sangat tahu


cara jana sales & urus bisnes tanpa pening
kepala kan?

Tak sabar rasanya untuk saya share dengan


anda semua the master Golden Teknik dalam
ebook ini.

Jadi, saya perkenalkan wasep.me!

25
20
Apa itu wasep.me?

wasep.me ini membantu peniaga yang aktif


menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menyediakan
sebuah katalog perniagaan (Storepage) mesra
pengguna bagi tujuan memudahkan pengambilan
pesanan dan pengurusan jualan menggunakan sistem
yang ringkas dan efisyen.

Dalam wasep.me ni, anda boleh upload maklumat


perniagaan & produk di dalam dashboard yang
disediakan kemudian anda hanya perlu kongsikan link
storepage anda kepada bakal customers anda.

Antara kelebihan wasep.me yang membantu urusan


bisnes anda:

wasep.me menyediakan satu solusi perniagaan online


bagi memudahkan urusan perniagaan dan
meningkatkan lagi kepercayaan customers terhadap
perniagaan anda dengan menggabungkan website
jualan dan aplikasi WhatsApp.

Jika anda biasa menggunakan WhatsApp untuk deal


dengan customer. Kini dengan wasep.me, anda tak
perlu bersusah payah lagi nak respond bakal
cusomers satu persatu. Hanya berikan link wasep.me.
Apabila urusan tempahan telah dilakukan anda akan
menerima maklumat pesanan melalui WhatsApp.

26
20
Banyak fungsi pada wasep.me

wasep.me dilengkapi fungsi-fungsi seperti:

sistem pengambilan pesanan yang ringkas


gerbang pembayaran online
kod QR
laporan jualan
pengurusan stok, jualan dan maklumat pelanggan
tetapan penghantaran mengikut kuantiti & berat
penggunaan dengan dwi bahasa
pre-order

dan banyak lagi..

Anda juga boleh menghubungkan bakal pelanggan


anda dengan media sosial anda yang lain seperti
facebook, instagram, youtube, twitter dan sebagainya.

Bagaimana caranya?
Anda boleh tengok demo untuk anda melihat
contoh website jualan (Storepage) peniaga di
mana anda boleh mencuba untuk membuat
pesanan supaya lebih memahami proses yang
bakal customers alami.

Untuk melihat demo tersebut, anda hanya perlu


klik pada button di sebelah atau ke link ini:
https://wasep.me/demo

Dah tengok demo? Mudah dan bestkan?

27
20
Apa kata peniaga-peniaga online yang telah
menggunakan wasep.me ini

28
Lagi… apa kata mereka lagi tetang wasep.me?

29
Selepas sudah mempunyai laman jualan sendiri
(wasep.me), apa yang perlu anda lakukan?

Anda tinggal nak kongsikan sahaja link laman


jualan (wasep.me) anda melalui WhatsApp,
telegram, posting di Facebook dan juga letak di
dalam bio media sosial anda.

Pelanggan sudah tidak perlu chat anda lagi,


semudah klik pada link laman jualan anda untuk
mereka mengetahui maklumat produk anda dan
membuat pesanan.

Pesanan tersebut akan terus ke WhatsApp anda.


Jadi, anda boleh fokus masa dan tenaga anda
pada marketing dan pemprosesan produk.
Pengurusan bisnes akan jadi lebih sistematik dan
nampak professional.

Senang dan mudah bukan?

30
20
Mesti anda tertanya-tanya, berapa harga langganan
laman jualan (wasep.me) ni?

Untuk promosi TERHAD sekarang hanya RM50


untuk setahun!

Yes, cuma RM50 setahun ya!


Bukan sebulan

Tiada caj bulanan dikenakan


Tiada had untuk upload produk
Jimat dan berbaloi tanpa anda pening
kepala
Yang penting mesra pelanggan

Best kan? Apa tunggu lagi?

Jom jana sales dan urus bisnes anda tanpa pening


kepala!

Daftar dan dapatkan wasep.me untuk upgrade


bisnes online anda di sini :

www.wasep.me
www.wasep.me
www.wasep.me

Info lanjut tentang wasep.me, anda boleh layari:

Facebook: www.facebook.com/wasepmeMalaysia
Instagram: www.instagram.com/wasep.me
Youtube: www.youtube.com/c/wasepme

31
20
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat
dan keizinan dari-Nya, maka ebook ini dapat diterbitkan dengan
jayanya.

InsyaAllah, dengan perkongsian ebook ini diharap akan


memberikan banyak manfaat kepada saya dan juga kepada
pembaca dalam mengenali dan mengharungi selok-belok
perniagaan online.

Pertama sekali, saya Zakri Rozaini ingin mengucapkan ribuan


terima kasih kepada ibu saya Taza’akidah bt. Nan dan keluarga
serta isteri, Naqia Nasution yang tidak pernah berhenti
menyokong dalam segala usaha dan perancangan perniagaan
saya.

Digital Adage Ventures (wasep.me) tidak akan wujud tanpa


sokongan kuat rakan kongsi yang saling mendorong untuk
menjadi versi terbaik setiap individu dengan menonjolkan
kepakaran masing-masing iaitu Abdul Hakim Yazid dan Abdul
Rahim Zainuddin.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat baik saya Fawaz


Sharib kerana menjadi individu pertama yang mempercayai saya
dalam menceburkan diri dalam perniagaan dan semua rakan
yang terlibat di dalam pasukan wasep.me ini.

Akhir kata, semoga perkongsian ilmu di dalam ebook ini dapat


digunakan sebaik mungkin kerana saya percaya ilmu yang
bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan dan dikongsikan untuk
kebaikkan bersama.

Boleh ikuti perkembangan saya melalui:

Instagram: www.instagram.com/iamzakrirozaini
Facebook: www.facebook.com/zakri.rozaini
Twitter: www.twitter.com/ZakriRozaini

Semoga berjumpa lagi.


Zakri Rozaini
32
20
Jangan lupa layari www.wasep.me untuk
pendaftaran sekarang!

Promosi TERHAD serendah RM50


setahun untuk upgrade bisnes online
anda.

Imej cover e-book dari cookie_studio di freepik.com 33


20

You might also like