You are on page 1of 2

LATIHAN KATA BANTU

KATA BANTU

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan yang lalu.

A telah  B masih C mesti  D akan

2. Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.

A masih  B  mesti C  sudah  D sedang

3. “Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azizah.

A akan  B  sudah C  hendak  D belum

4. Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.

A sudah  B akan C sedang  D masih

5. Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang


kaji pelajaran.

A hendak  B akan C masih  D mesti

6. Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.

A masih  B hendak C akan  D mesti

7. Ayah _______ke KualaLumpur pada bulan hadapan.

A telah  B sedang C akan  D sudah

8. Kita__________lah bijak memilih kawan sekiranya kita ingin berjaya.

A sedang  B mesti C telah  D hendak

9. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan.

A telah  B masih C belum  D akan

10. Nur Fasihah__________ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.

A telah  B sedang C akan  D belum


11. Datuk_______belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital.

A telah  B masih C sudah  D akan

12. Buah mangga ini _________dibasuh sebelum dimakan.

A sudah  B mesti C mahu  D dapat

13. Puan Maznah________menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan.

A telah  B sudah C pernah  D belum

14. Kamu________berhati-hati ketika melalui jalan yang licin itu.

A mesti  B masih C boleh  D belum

15. Saya________cuba memujuk adik yang sedang menangis itu.

A akan  B dapat C mahu  D masih

16. Kakak saya________dinaikkan pangkat pada tahun hadapan.

A akan  B belum C masih  D telah

17.Ayah_________membaca surat khabar semasa berkelah di Pantai Cahaya Bulan.

A sedang  B belum C mesti  D akan

18.Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya_________melawat ke Pulau Langkawi pada cuti


persekolahan nanti.

A harus  B masih C pernah  D akan

19. Anishah__________mengikuti ayahnya pergi ke Pantai Cahaya Bulan.

A belum  B hendak C sedang  D harus

20. Bas itu dijangka_________tiba dari Pulau Pinang pada pukul 2.00 petang.

A masih  B sedang C pernah  D akan

You might also like