You are on page 1of 11

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 6
PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2022
TAHUN 6
PENDIDIKAN MORAL
(PM)

NOV
1 jam
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C


dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

6. Soalan Bahagian B perlu dijawab pada kertas soalan di ruangan jawapan


yang disediakan.

7. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.

BAHAGIAN MARKAH

BAHAGIAN A 20

BAHAGIAN B 30

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Halaman1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Soalan Objektif
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 20 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh


empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat
bagi setiap soalan.

1. Antara berikut, yang manakah menerangkan amalan kepercayaan


kepada Tuhan?

A. Menggalakkan para penganut mementingkan diri sendiri.


B. Menggalakkan para penganut hidup aman dan harmoni
C. Mengekalkan hubungan sesama agama sendiri
D. Berprasangka buruk terhadap ajaran agama dan kepercayaan
penganut lain

2. Berikut merupakan cara seseorang menunjukkan


keprihatinan terhadap bebanan orang lain , kecuali

A. bertanya khabar
B. menghulurkan bantuan
C. sudi mendengar masalah
D. menjalani kehidupan sendiri

3. Antara berikut, yang manakah bukan nilai tanggunjawab seseorang


warganegara?

A. Mencemarkan imej negara


B. Taat setia kepada raja dan negara
C. Mematuhi undang-undang negara
D. Memupuk semangat Kerjasama dalam kalangan rakyat

4. Cara menghormati perayaan yang disambut oleh rakan berlainan kaum


ialah

A. memberikan layanan buruk


B. mengejek adat resam kaum lain
C. saling menziarahi semasa perayaan
D. memandang rendah terhadap perayaan kaum lain

Halaman2 [ lihat halaman sebelah…]


5. Mengapakah sikap hemah tinggi perlu diamalkan?

A. Menanamkan sikap saling berkerjasama salam masyarakat


B. Mewujudkan nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat
C. Bagi mementingkan diri sendiri
D. Supaya berlaku pergaduhan

6. Antara berikut, yang manakah bukan cara menghormati identiti negara?

A. Memberikan tabik hormat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja


Permaisuri Agong semasa perarakan Hari Kebangsaan
B. Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat
C. Menghayati Rukun Negara
D. Memijak Jalur Gemilang

7. soalan 7 berdasarkan gambar dibawah

Apakah kesan berdasarkan gambar di atas?


A. Gigih berusaha
B. Mengharumkan imej negara
C. Meningkatkan penyertaan Wanita
D. Menerima tawaran dari luar negara

8. Pernyataan berikut merupakan kesan bersikap tidak adil dalam negara,


kecuali

A. Berlaku salah faham antara setiap kaum


B. Melahirkan warganegara yang tidak berakhlak mulia
C. Mewujudkan hubungan yang mesra antara setiap kaum
D. Berlakunya pergaduhan yang besar antara setiap kaum

Halaman3 [ lihat halaman sebelah…]


9. Apakah kegiatan jenayah yang boleh menjatuhkan maruah negara
kecuali

A. Bersikap adil
B. Merompak
C. Menerima rasuah
D. Membunuh

10. Gopal terbaca berita tular dalam media sosial tentang konflik yang
berlaku di Malaysia. Dia segera melaporkan berita itu kepada pihak
berkuasa. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Gopal dalam
mempertahankan maruah negara?

A. Hormat
B. Baik hati
C. Keberanian
D. Kepercayaan kepada Tuhan

11. Pernyataan berikut merupakan kepentingan bersikap jujur demi


keharmonian negara, kecuali

A. Mewujudkan suasana yang harmoni dalam negara


B. Dapat menjadikan diri seorang yang sombong dan
angkuh
C. Terhindar daripada unsur-unsur negative dalam
masyarakat
D. Disayangi oleh anggota masyarakat dan negara

12. Para pegawai di sebuah jabatan kerajaan menjalankan tugas dengan


Amanah dan tidak melakukan penyelewengan.
Apakah nilai yang diamalkan oleh pegawai tersebut?

A. Kesederhanaan
B. Keberanian
C. Kejujuran
D. Kerajinan

Halaman4 [ lihat halaman sebelah…]


13. Gabriel telah dianugerahkan Tokoh Nilam pada peringkat negeri kenana
tabiatnya yang suka membaca.
Apakah pengajaran yang boleh dipelajari daripada Gabriel?

A. Kita haruslah memupuk sikap rajin membaca


B. Kita patutlah bermain permainan computer
C. Kita patutlah menjuarai pertandingan
D. Kita haruslah menghormati guru

14. Situasi yang manakah menunjukkan sikap rajin demi kemajuan sesebuah
negara?

A. Mengadu kepada guru apabila bergaduh dengan


rakan-rakan
B. Mengamalkan sikap tidak mengambil rasuah dalam
kehidupan
C. Membantu rakan-rakan dalam pelajaran dengan hati
terbuka
D. Menjuarai pertandingan lumba motor yang disertai

15. Rakyat perlulah bekerjasama untuk ________________ Kawasan perumahan


untuk mencegah penyakit.

A. perpaduan
B. keselamatan
C. persahabatan
D. membersihkan

16. Amalan bekerjasama dalam kalangan rakyat dapat ______________


beban dan memudahkan tugasan.

A. menyusahkan
B. meringankan
C. mengawal
D. menjaga

Halaman5 [ lihat halaman sebelah…]


Soalan 17 berdasarkan gambar dibawah.

17. Sikap yang ditunjukkan oleh keluarga di atas merupakan nilai

A. kesederhanaan
B. kejujuran
C. hormat
D. baik

18. Berikut merupakan cara mengamalkan sikap sederhana, kecuali

A. bermain computer sehingga jauh malam


B. makan secara berpatutan
C. memakai pakaian yang sopan
D. menjaga tutur kata

19. Azrin telah menyuruh seorang warga emas membuat pembayaran dahulu
semasa beratur dikaunter bayaran di sebuah pasar raya.

A. bertolak ansur
B. kerajinan
C. hormat
D. kesederhanaan

20. Pernyataan yang manakah benar tentang nilai tolenrasi?

A. Sentiasa bertelingkah
B. Bersikap sabar dan bertolak ansur
C. Hidup Bersatu padu
D. Memandang buruk terhadap orang lain

Halaman6 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian B
Soalan Subjektif
[ 30 markah ]

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

harmoni sahsiah

bersangka
baik
bersyukur bertanggungjawap

1. Saya berasa bersyukur kerana rakyat Malaysia hidup Bersatu padu


walaupun berbeza amalan agama dan kepercayaan.

2. Kita digalakkan agar sentiasa menghormati amalan dan kepercayaan


penganut lain supaya negara kekal aman dan harmoni .
-
3. Pemimpin yang bertanggungjawap akan memastikan negara ditadbir
dengan adil dan Amanah.

4. Seseorang yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan menjaga adab


dan perlakuan.

5. Antara cara untuk mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan


kepada Tuhan ialah bersangka baik dengan semua orang.

[ 5 markah ]

Halaman7 [ lihat halaman sebelah…]


2. Baca artikel ini, fahami artikel ini dan jawab soalan yang berikut.

Amalan Rumah Terbuka


Rumah terbuka telah menjadi amalan rakyat Malaysia pada musim
perayaan khasnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari
Krismas . Rumah terbuka bukan sahaja diamalkan oleh rakyat malah
pemimpin negara juga mengadakan sambutan ini pada peringkat
kebangsaan.
Amalan rumah terbuka penting terutamanya untuk mengeratkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Sambutan ini dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham antara kaum. Di samping itu,
aktiviti kunjung-mengunjung Ketika berlasungnya rumah terbuka dapat
memupuk semangat muhibah.
Amalan rumah terbuka juga dapat membantu sesuatu kaum
memahami dan menhormati budaya dan adat kaum lain. Contohnya,
mengenali makanan tradisi, adat resam dan pantang larang. Dengan ini,
semangat tolenrasi dapat disemai untuk mafaat generasi akan dating.
Jelaslah, amalan rumah terbuka memberikan banyak manfaat terhadap
negara dan masyarakat. Oleh itu, amalan ini haruslah diteruskan agar
dapat mencapai keharmonian yang berterusan.

1. Bilakah amalan rumah terbuka sering diadakan?

Amalan rumah terbuka sering diadakan pada musim perayaan______

2. Siapakah yang mengamalkan amalan rumah terbuka selain rakyat biasa?

Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang mengamalkan amalan


rumah terbuka selain rakyat biasa_

3. Nyatakan dua kepentingan amalan rumah terbuka.

a. Mengeratkan perpaduan kaum


b. Memupuk semangat muhibah
c. Mengelakkan sebarang perselisihan faham antara kkaum

4. Pada pendapat kamu, apakah kesan jika rakyat Malaysia tidak


mengamalkan rumah terbuka?

Rakyat tidak dapat mengenali budaya dan adat resam kaum lain
dan menjejaskan keharmonian negara.

[ 5 markah ]

Halaman8 [ lihat halaman sebelah…]


3. Namakan identiti negara berdasarkan gambar yang diberikan.

Jata Negara

Bunga Raya

Tugu Negara

Bahasa Melayu

Jalur Gemilang

[ 5 markah ]

4. Tandakan (✓) pada contoh amalan berani dan (X) pada contoh yang
tidak menunjukkan amalan berani dalam mempertahankan maruah
negara.
1 Mengganggu ketenteraman masyarakat setempat dengan X
aktiviti tidak berfaedah.

2 Bertanding dengan gigih dan bersemangat untuk memenangi ✓


pingat dalam kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa

3 Menyebarkan maklumat palsu untuk mencemarkan imej X


negara dalam media social.

4 Melaporkan gejala social negatif yang bersikap kepada pihak ✓


polis untuk tindakan undang-undang.

5 Menyertai pertandingan reka cipta dan sains pada peringkat ✓


antarabangsa untuk menaikkan imej negara.

[ 5 markah ]

Halaman9 [ lihat halaman sebelah…]


5. Baca risalah berikut. Kemudian , jawab soalan-soalan yang diberikan.

Tip untuk berbelanja secara bijak


➢ Buat perancangan tentang barangan yang ingin dibeli
➢ Semak harga di beberapa buah kedai dahulu untuk memastikan harga
berpatutan
➢ Berbelanja ikut kemampuan
➢ Jangan gunakan wang simpanan melainkan untuk hal kecemasan
➢ Elakkan penggunaan kad kreadit
➢ Beli barangan yang diperlukan sahaja

1. Apakah faedah membuat perancangan perbelajaan?


Faedah membuat perancangan perbelajaan ialah kita dapat
mengellakkan pembaziran__________________________________

2. Nyatakan situasi kecemasan yang memerlukan penggunaan wang


simpanan
Kemalangan , Masalah kesihatan____________________________

3. Apakah perasaan kamu apabila dapat berbelanja dengan bijak? Berikan


alasan kamu.
Saya berasa gembira dan puas hati apabila dapat berbelanja dengan
bijak. Ini menunjukkan saya berhemah dalam mengatur kewangan___
4. Mengapakah amalan kesederhanaan penting demi menjaga
kesejahteraan negara?
Amalan kesederhanaan penting demi menjaga kesejahteraan negara
kerana dapat melahirkan masyarakat yang tidak tamak dan berjimat
cermat_____________________________________________________________

5. Peribahasa “ikut hati mati, ikut rasa binasa” sesuai untuk mengambarkan
kesederhanaan dalam perbelajaan.
Apakah maksud peribahasa tersebut?
Seseorang yang mengikut hawa nafsu boleh membawa kepada
keburukan___________________________________________________________

[ 5 markah ]

Halaman10 [ lihat halaman sebelah…]


6. Tulis betul atau salah pada pernyataan tentang kepentingan bersikap
toleransi demi kesejahteraan negara.

i. Melahirkan masyarakat yang sentiasa bertolak ansur. betul

ii. Mewujudkan perasaan tidak puas hati antara ahli msyarakat. salah

iii. Melahirkan individu yang baik budi pekerti. betul

iv. Melahirkan individu yang angkuh dan membangga diri. salah

v. Menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri betul

[ 5 markah ]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT-----------------------------------


~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman11 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like