You are on page 1of 4

1.

Membina pasukan

Anda memerlukan sebuah pasukan yang berupaya menguruskan syarikat permulaan


itu bersama anda. Mereka perlu berupaya menggalas beberapa tanggungjawab pada
masa yang sama dan yang boleh bekerja tanpa bimbingan.Akan tetapi, individu-
individu ini selalunya adalah yang terbaik dalam industri dan kemungkinan besar
tidak akan bersetuju dengan pembayaran gaji yang lebih rendah di samping risiko
kerjaya yang mungkin perlu ditangani.Gunakan rangkaian keluarga dan rakan-rakan
anda untuk mengenal pasti bakat-bakat yang teruja untuk mengikut serta dalam
perubahan dan kembara ini. Salah satu daya tarikan adalah dengan memberi peluang
kepada mereka untuk ‘memiliki’ syarikat melalui Pilihan Saham Pekerja.

2. Ketahui aliran kewangan

Kebolehan membaca penyata untung rugi perniagaan tidak mencukupi. Walaupun


penyata menunjukkan pulang modal, ini tidak bermaksud perniagaan akan dapat
bertahan pada bulan berikutnya.Kunci syarikat yang berdaya maju adalah memastikan
anda memahami akaun belum terima, belum bayar, dan kedudukan bersih pada setiap
masa supaya anda dapat merancang lebih awal.Penyata untung rugi dan kunci kira-
kira, serta penyata aliran tunai adalah asas untuk memantau perolehan perniagaan dan
membuat keputusan.

3. Menangani pesaing

Apabila berhadapan dengan pesaing dalam industri yang sama, anda mungkin rasa
seperti kanak-kanak mendongak tatkala melihat kemegahan pergunungan Himalaya.
Dan setiap seorang akan memberitahu anda bahawa alat mainan yang anda impikan
berada di puncak gunung itu.Agak menakutkan, terutamanya apabila anda
membandingkan diri dengan syarikat-syarikat yang telah bertapak lama. Dapatkan
bantuan dan nasihat daripada pakar-pakar. Libatkan diri dengan mereka dan sentiasa
peka.Anda akan menyedari bahawa anda tidak sepatutnya risau akan pesaing-pesaing
anda. Fokus pada apa yang perlu anda lakukan dan biarkan klien, konsumer dan
audiens menentukan siapa yang ingin mereka sokong.Keperluan pematuhan dan
kawal selia mungkin faktor rumit yang boleh menentukan kelangsungan perniagaan
jika anda gagal untuk mematuhi atau tidak tegas. Sentiasa ambil tahu tentang undang-
undang yang berkaitan dengan perniagaan anda dan berusaha untuk mematuhinya.

4. Berurusan dengan orang ramai

Seiring dengan perkembangan syarikat, anda perlu menggajikan lebih ramai pekerja.
Kos tenaga kerja akan sentiasa menjadi isu dalam mana-mana syarikat dan anda perlu
mencari penyelesaian terbaik untuknya.Pada peringkat permulaan, segala-galanya
akan nampak ceria tetapi akan tiba masanya apabila perselisihan faham dan
pergeseran akan berlaku. Jangan takut untuk bercakap jujur dengan pasukan anda,
mahupun berpisah dengan pengasas bersama atau para pekerja.Ini adalah pusing
pengurusan pasukan (bentuk, bantah, biasa, laksana), menurut ahli psikologi Bruce
Tuckman.Selalunya, sesebuah syarikat memerlukan ‘polis baik, polis jahat’ untuk
memastikan keseimbangan dalam pengurusan sumberyang berbeza adalah tugas yang
agak mengentarkan.
Dengan adanya sistem ganjaran dan penalti — yang memberi fokus pada pengukuhan
positif dan negatif, dan bukannya hukuman, akan membantu mengawal situasi.

5. Kenali diri anda

Sebagai syarikat permulaan, setiap orang mempunyai idea berbeza tentang cara anda
harus menguruskan perniagaan anda dan bagaimana anda patut berkembang.Ini benar
terutamanya apabila anda berada di peringkat penubuhan tabung dan pelabur-pelabur
memberitahu anda untuk mengamalkan sesuatu model perniagaan produk.Ambil masa
untuk mencari, dan ada kalanya, membentuk identiti dan visi sendiri, model
perniagaan yang terbaik dan kesesuaian produk dengan pasaran bagi perniagaan
anda.Sekiranya anda tidak tegas dalam identiti dan visi, anda mungkin dipengaruhi
oleh pelabur dan rakan kongsi untuk mengambil hala tuju yang mungkin bukan yang
paling sesuai untuk syarikat anda.Kuncinya adalah memberi pasukan pengasas masa
yang mencukupi untuk menguji pasaran dan membuat uji kaji pelbagai model
perniagaan. Ini memberi mereka peluang untuk mengenal pasti yang mana yang
terbaik untuk syarikat permulaan dan berkongsi visi itu dengan para pelabur.

Berkaitan: Jujur Menilai Diri

6. Pengurusan risiko

Sebahagian besar daripada proses pertumbuhan dan peluasan perniagaan adalah


mengambil risiko. Jika anda asyik mengambil posisi yang selamat, anda tidak akan ke
mana dan ia juga tidak dapat membuktikan jika perniagaan atau idea itu membuahkan
kejayaan atau tidak.Namun, kemalangan tidak berbau. Pekerja meletak jawatan.
Bangunan terbinasa. Jentera rosak. Sedari risiko yang berkaitan dengan perniagaan
anda, dan membuat perancangan tertentu.Perlindungan insurans ada gunanya. Liputan
pekerja, kebakaran dan kecurian, perubatan dan lebihan dapat menangani masalah
ini.Memulakan perniagaan dalam talian dan mengharapkan jualan utama daripada
saluran media sosial juga ada risikonya. Sebuah perniagaan dalam talian mendapati
akaun Facebook mereka digodam, menyebabkan mereka kehilangan kesemua 80,000
pengikut yang telah dikumpul selama beberapa tahun lamanya.Mereka terpaksa
bermula dari bawah dengan membuka semula halaman peminat Facebook mereka.
Nasihat mereka? Kumpulkan pangkalan data pelanggan dari hari pertama. Selepas
melakukan ini, mereka berjaya menghantar surat berita secara e-mel untuk
memaklumkan pelanggan-pelanggan mereka tentang halaman baharu selepas kejadian
tersebut.

7. Kemampanan

Faktor-faktor lain seperti ekonomi dan mata wang yang lembap perlu diambil kira.
Jika anda menjual produk nyata, dan ia berasal dari luar negeri, harganya mungkin
meningkat.Selain itu, cukai barangan juga boleh menyebabkan harga produk menjadi
lebih tinggi berbanding produk tempatan.Ditambah pula dengan fakta bahawa rakyat
Malaysia secara amnya mempunyai kurang pendapatan berbelanja disebabkan inflasi,
cukai, Ringgit yang lemah, setaip pelanggan kurang berbelanja berbanding tahun-
tahun sebelumnya.Bagi menangani kejatuhan dalam jualan, anda boleh mengagih-
agihkan ‘telur pelaburan’ supaya ia tidak hanya tertumpu kepada pasaran Malaysia
semata-mata tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pastikan yang asas kepada segala yang anda kerjakan memberi nilai tambah kepada
suasana persekitaran.Jika perniagaan anda bergantung pada jenama orang lain, produk
orang lain dan risiko yang dihadapinya, anda pasti tahu itulah haluan untung anda. Di
samping itu, kawalan perniagaan anda sebenarnya kurang dalam tangan anda. Pilih
model perniagaan yang betul yang ada gol jangka panjang.

8. Budaya

Cakap biar serupa bikin. Penuhi setiap janji anda. Apa perkara yang anda bertolak
ansur akan menjadi budaya syarikat.Peri laku anda menentukan budaya syarikat.
Rancang pertumbuhan dalam pasukan anda.Fahami bahawa dalam peredaran masa,
pekerja anda akan tumbuh dan belajar. Jika anda dapat menyemai fahaman ini dalam
suasana kerja anda, ia menjadi alat pengekalan bakat yang kuat dan pada masa yang
sama, membenarkan anda untuk berkembang atau menggalas peranan dan
tanggungjawab yang lebih besar.Siapa yang lebih pantas untuk mengambil alih dan
menguruskan perniagaan anda kalau bukan pekerja yang sememangnya
mengerjakanny setiap hari?

9. Kepimpinan

Pemilik syarikat baharu cenderung untuk menmbuat anggaran berlebihan tentang


keupayaan diri. Fahamilah bahawa anda tidak mengetahui segala-galanya, dan ia
sebenarnya okay.Dapatkan seorang mentor — kepadanya anda boleh mengaku akan
kesilapan anda — dan meminta pertolongan apabila anda tersilap langkah. Mentor
anda akan memastikan anda bertanggungjawab kepada rancangan perniagaan dan
perkembangan peribadi serta menentukan — dan menyelesaikan — kesilapan yang
dilihat.Satu lagi, untuk menjadi pemimpin, anda harus belajar menjadi orang yang
lebih besar. Berikan dahulu. Percayakan mereka. Percaya yang mereka akan
memberikan yang terbaik mungkin biarpun anda menyangsikannya. Menyelia kerja
lebih baik daripada mengawal. Beri ruang untuk kesilapan kerana daripada kesilapan
akan timbul pengajaran yang hebat.Seseorang pemimpin akan memotivasikan mereka
di sekitarnya untuk membuat yang terbaik. Kesihatan, disiplin, tabiat harian dan fokus
anda amat penting kerana anda perlu berasa pada tahap terbaik untuk membuat
keputsan yang terbaik.Jika anda sering mengantuk dan penat, perniagaan anda akan
merosot juga. Tetapkan waktu gendala sekali sekala untuk mengecas diri semula
walaupun ini bermakna anda terpaksa menutup notifikasi fon buat sementara.

10. Pemasaran

Ini adalah perbelanjaan yang perlu. Bagaimanapun, kalau tidak diuruskan dengan
baik, ia boleh mengakibatkan keperitan kewangan kepada syarikat anda. Tidak ramai
yang menerima pulangan daripada pelaburan yang sepatutnya daripada perbelanjaan
ini.Pemasaran perlu dipacu data. Fahamkan corong jualan dan buat penambahbaikan
terhadapnya. Pada kala yang sesuai, buatlah penyumberluaran tugasan walaupun anda
boleh melakukannya sendiri.Menugaskan kerja dan penyumberluaran akan
membolehkan anda memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih
penting.Kadang-kadang anda mungkin mendapati pasaran anda belum bersedia untuk
menerima penyelesaian inovatif bagi masalah seharian. Ada yang gembira berhadapan
isu semasa.Terus mengajar pasaran sasaran anda dan jangan menyerah. Terus
mengemaskini progres anda sehingga nilai anda dalam perniagaan terang dan jelas.

You might also like