You are on page 1of 2

SITI HAJAR BONDA NABI ISMAI

Bismillahir rahmanir rahim ……….. Assalamualaikum wbt


Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya,
arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian.
Ibu mithali Ibu sejati
Tonggak pada keluarga bahagia nasyid
Para hadirin ..
Di dalam islam ada banyak cerita tentang ibu mithali. Hari ini saya ingin bercerita
tentang siti Hajar bonda Nabi Ismail. Siti Hajar adalah isteri kedua kepada Nabi Ibrahim. Isteri
pertama nabi Ibrahim adalah siti sarah. Walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga namun
mereka tidak dikurniakan zuriat. Oleh itu siti sarah mencadangkan kepada nabi Ibrahim agar
berkahwin dengan siti Hajar yang merupakan hamba mereka. Biarpun hidup bermadu namun siti
hajar dan siti sarah, hidup berbaik baik dengan antara satu sama lain. Nabi Ibrahim selalu berdoa
kepada Allah supaya dikurniakan anak yang soleh. Hal ini telah disebutkan dalam sepotong ayat
daripada surah as shaafat ayat 100 yang berbunyi
Auzubillahi minas syaitanir rojim
Robbi hablii minas solihin .. sodakallahu aziim
Maksudnya : Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh”
Sesungguhnya peristiwa ini mengajak kita untuk hidup berkasih sayang antara satu sama lain.
Walaupun berbeza taraf kita haruslah mengasihi dan melayan orang dengan baik. Tidak seperti
hari ini, kebanyakan orang kita suka bergaduh dan tidak menghormati antara satu sama yang
lain.
Hadirin yang dirahmati Allah
Dengan takdir Allah, siti Hajar pun mengandung. Berita ini menggembirakan hati Nabi
Ibrahim dan siti sarah yang sudah lama menginginkan zuriat. Sejak siti Hajar mengandung, kasih
sayang dan perhatian Nabi Ibrahim diberikan kepada siti Hajar. Hal ini menyebabkan siti sarah
cemburu kepada siti Hajar. Disebabkan cemburu siti sarah itu, Allah memerintahkan nabi
Ibrahim agar membawa siti Hajar ke suatu lembah yang jauh dari rumah mereka. Walaupun siti
Hajar tidak merelakan, namun Nabi Ibrahim memujuknya mengatakan itu adalah perintah
daripada Allah. Akhirnya siti Hajar redha dan menerima perintah Allah itu dengan hati yang
berat. Lalu berhijrahlah siti Hajar ke satu lembah yang kering kontang. Walaupun siti hajar
berasa takut dan sedih namun beliau redha akan perintah Allah yang diturunkan kepadanya.
Biarpun jauh dari suaminya, namun siti Hajar tetap setia dengan suaminya. ni menunjukkan
betapa taatnya siti Hajar kepada suaminya dan perintah Allah. Berbanding zaman sekarang,
acapkali kita mendengar di halwa telinga kita ini kes-kes kecurangan isteri kepada suami atapun
sebaliknya. Masya Allah hebatnya keimanan umat islam di zaman terdahulu. Marilah kita
sama-sama mencontohi ketaatan siti Hajar ini.
Para hadirin yang dirahmati Allah
Tinggal sendiri tidak berteman
Hanya tawakkal kepada Allah
Melahirkan anak tiada berteman
Nabi Ismail Nabi Mulia
Keimanan teruji sekali lagi
Susunya kering habis bekalan
Meraunglah Hajar pilunya hati
Mengenang Ismail menangis kehausan

You might also like