Professional Documents
Culture Documents
Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah
Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah
Fauziah Md.Jaafar
Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains,
Universiti Utara Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti
bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian
ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara
prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian
ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain
berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari
perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain
di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali
permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994)
menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor
kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti
permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana
permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih
tinggi dari prasekolah.
Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan.
PENGENALAN
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka
belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi
(Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk
memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu
aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk
meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala
undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti
yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997).
Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa,
guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan
penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini
Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi
penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi
fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.
Pernyataan Masalah
Dalam kajian Asmah (2001), Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa
guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep
membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu
bapa. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996), menunjukkan pengajaran di
prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. Hasil kajian Hamzah Dadu
(1994) juga menunjukkan senario yang sama. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji
sejauhmanakah pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah
semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat.
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor
disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu
main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah
proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu
aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan
menentukan penglibatan diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan
perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa
dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak.
Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak
dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan
atau yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula
menjelaskan bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan
spontan yang boleh wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi
permainan kreatif, ia memberi peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan
mereka ketika bermain (Stevens,2003; Johnson,1999). Permainan Fizikal pula
melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas prasekolah (Johnson, 1999).
Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori permainan sosial iaitu
permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan (Parten, 1932) dan
terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk kepada permainan yang
berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost, 1992).
METODOLOGI
Kajian ini melibatkan 80 orang guru prasekolah iaitu 33 orang guru prasekolah dan 47
orang guru tabika KEMAS di daerah Kubang Pasu. Bagi meninjau kekerapan aktiviti
permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah satu set soal selidik telah digunakan
dan diubahsuai berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten
(1932), Hamzah Dadu (1994) dan juga merujuk kepada aktiviti permainan yang telah
disenaraikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan
aktiviti prasekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif (min, peratusan dan frekuensi) dan t-test. Kajian rintis telah dikendalikan di
kalangan 35 orang guru prasekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Nilai alpha yang
diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah.
Kumpulan 0.711 7
Kreatif 0.774 9
Bebas 0.738 3
Imaginasi 0.779 6
Berstruktur 0.790 3
Fizikal 0.807 11
Jadual 1 : Nilai Alpha bagi kajian rintis
Dapatan Kajian
3
2.5
2
min
1.5
1
0.5
0
struktur fizikal kreat kump imag bebas
jenis perm ainan
t u
S k
r tu r F z
i a
k l Ke
r a
t fi u
K mp Im a
g n
i s
a i e
Bab s
**p<0.01
Berdasarkan rajah 2, jelas di mana prasekolah bagi setiap permainan minnya tinggi
kecuali permainan kumpulan 2.50 di mana min bagi Kemas lebih tinggi sedikit
berbanding prasekolah. Bagi mengesahkan perbezaan min di antara KEMAS dan
Prasekolah, t-test telah dijalankan dan didapati perbezaan signifikan bagi permainan
berstruktur dan bebas.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan
aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang
dijalankan namun mereka menghadapi berbagai kekangan dalam melaksanakannya
iaitu permintaan ibu bapa yang lebih fokus pada sistem 3M ( Hussin,1996;Hamzah
Dadu, 1998; Asmah, 2001).
Dapatan kajian menunjukkan min bagi permainan imaginasi hanya 2.62 (keempat) yang
kurang diberi perhatian dan penekanan oleh guru. Ini bertentangan dengan dapatan
teori kognitif Piaget (1962) tentang main juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di
peringkat praoperasi lebih menekankan permainan simbolik melalui proses asimilasi
dan akomodasi dalam skema pemikiran mereka.
Perincian terhadap contoh permainan secara spesifik juga dikaji oleh penyelidik.
Contoh permainan yang popular dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu main
peranan. Menurut Johnson (1999) dan Morrison ( 2000) menyatakan bahawa
permainan sedemikian merupakan antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana
mereka dapat melahirkan perasaan dan main peranan seperti orang dewasa ketika
bermain . Di samping, mudah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dan kanak-kanak
akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri.
Bagi kajian akan datang diharapkan dapat memberi fokus pada faktor-faktor yang
mempengaruhi aktiviti main. Dapatan ini penting bagi melihat faktor-faktor yang
menghalang guru menjalankan aktiviti main di prasekolah.Dalam kajian ini penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya
menggunakan kaedah lain untuk mengumpul data. Misalnya, kajian kualitatif, penyelidik
menggunakan kaedah pemerhatian,uji kaji atau temu bual untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lengkap dan jitu daripada responden. Bagi kajian akan datang,
dicadangkan juga penyelidik melihat perbezaan aktiviti bermain ini adakah dipengaruhi
oleh perbezaan jantina lelaki dan perempuan, lokasi yang berbeza seperti prasekolah
luarbandar dan di bandar apa jenis permainan yang menjadi kecenderungan mereka
serta perbezaan status tadika sama ada prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran,
swasta dan juga di bawah badan berkanun.
RUJUKAN
Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan
prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.
Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Ljubica Marjanovic umek & Petra Lesnik Musek (2001). Symbolic play:
opprtunities for cognitive and language development in preschool settings.
Developmental Psychology, vol 21, No 1,58-63.
Morrison, G.S. (2000). Early childhood education today. New Jersey: Prentice
Hall, Inc.
Piaget, J.(1962). Play, dreams and imitation in childhood. New York : Nortan
Rubin, K.H. & Watson, K. S.(1978). Free play behaviors in preschool and
kinderarten children. Society for research in Child Development ,49, 534-
536.
Spodek, B (1985).Teaching in early years, (3rd Ed). New Jersey: Prentice Hall.
Tomasello,M., & Haberl, K. (2003). Understanding attention: 12- and 18- month-
olds know what’s new for other persons. Developmental Psychology,
39, 906-912.