You are on page 1of 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/348175558

APLIKASI GRAFIK PEGUN DALAM MENINGKATKAN INGATAN PELAJAR


DALAM BIDANG HADIS

Conference Paper · January 2012

CITATIONS READS

0 1,279

3 authors, including:

Wan Ali Akbar Wan Abdullah Nursafra Mohd Zhaffar


Institut Pendidikan Guru Malaysia Universiti Teknologi MARA
86 PUBLICATIONS   35 CITATIONS    48 PUBLICATIONS   32 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Ensiklopedia Pendidikan Islam View project

islamic education View project

All content following this page was uploaded by Wan Ali Akbar Wan Abdullah on 04 January 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


APLIKASI GRAFIK PEGUN DALAM MENINGKATKAN INGATAN PELAJAR

DALAM BIDANG HADIS

Wan Ali Akbar Wan Abdullah

SMK Undang Jelebu, Negeri Sembilan

Emel: wanaliakbar@yahoo.com

Nursafra Mohd Zhaffar

Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan

Emel: saff07@yahoo.com

Dr. Mohd Isa Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Emel: cher69@gmail.com

Abstrak

Mengetahui kepentingan Hadis sebagai sumber rujukan kedua dalam Islam selepas al-

Quran, maka para ‘ulama meletakkan syarat yang ketat kepada penerimaan sesuatu Hadis.

Kekuatan ingatan merupakan antara syarat yang sangat diberi perhatian oleh perawi Hadis,

sehingga ia boleh menjadi sebab kepada penentuan martabat sesuatu Hadis. Dalam

kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia, Hadis merupakan salah satu daripada enam

bidang utama. Mengingati fakta dalam Hadis dapat membantu pelajar bukan sahaja ketika

peperiksaan, tetapi juga dalam meningkatkan amalan seharian mereka. Penggunaan grafik

diyakini dapat membantu meningkatkan ingatan pelajar. Namun, grafik yang direka tidak

boleh dibuat sebarangan, sebaliknya perlu mengambil kira beberapa teori dan model,
1
antaranya Model Pemprosesan Maklumat, Teori Beban Kognitif, Teori Visualisasi Maklumat

serta pandangan daripada ahli grafik seperti Sharifah Alwiyyah al-Saggof, Jamaluddin,

Zaidatun Taisir, Muhammad Hassan dan lain-lain.

Kata Kunci: Hadis, Grafik Pegun, Ingatan, Bahan Bantu Mengajar, Visual

Pengenalan

Dalam Islam, hadis adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran (Muhammad Abu Laith

2004a; al-Ghazali tt; Abdul Karim Zaidan 1998; Muhammad Fuad 2003; Noor Shakirah

2008). Menyedari kepentingan hadis dalam kehidupan dan amalan seharian, maka di

Malaysia, hadis dijadikan salah satu daripada enam bidang yang wajib dipelajari oleh semua

pelajar Islam melalui matapelajaran Pendidikan Islam (Rijalud Din Yahya et al. 2004).

Menurut Muhammad Abu Laith (2004) dan Mahmud Tahhan (1984), periwayatan hadis

daripada perawi tertentu disertaikan dengan syarat yang ketat. Antara syarat tersebut ialah

kekuatan ingatan. Kekurangan ingatan seseorang perawi dalam satu-satu rantaian sanad boleh

menjatuhkan martabat hadis yang diriwayatkannya, menjadi hasan atau dhoif.

Oleh itu, pelbagai cara dan teknik digunakan untuk meningkat ingatan, antaranya dengan

menggunakan kekuatan visual. Menurut Abd Ghafar Md Din (2003) dan Muhammad Hasan

(2000), penglibatan deria penglihatan mencatatkan peratusan yang tertinggi dalam membantu

manusia mengumpul ilmu pengetahuan atau belajar iaitu sebanyak 83% berbanding deria-

deria yang lain. Ismail Zain (2003) turut menyebut bahawa perbuatan melihat kepada gambar

dan visual boleh meningkatkan daya ingatan seseorang itu kepada 40 %.

2
Pernyataan Masalah

Menurut Kamarul Azmi et al (2011), gambar adalah antara enam BBM utama yang

digunakan oleh Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Penggunaan gambar sebagai elemen

dalam grafik pegun bertepatan dengan kepentingan visual dalam membantu pemahaman dan

ingatan (Nor Azman 1999). Namun, penggunaan grafik pegun dilihat jarang digunakan oleh

guru Pendidikan Islam. Berfokuskan kepada bidang Hadis, kekerapan penggunaan grafik oleh

guru Pendidikan Islam berada pada kedudukan kelima (min 2.34) dan pada tahap yang

sederhana (Ab Halim et al 2004). Keberkesanan penggunaan grafik dalam Hadis menurut

persepsi guru juga dilihat berada pada tahap sederhana dalam kedudukan ke-7 dengan nilai

min 2.52 (Ab Halim et al 2004).

Menurut Ahmad Zamzuri (2007), keberkesanan grafik tidak akan mencapai tahap maksimum

disebabkan oleh beberapa sebab, antaranya kerana penggunaan grafik yang tidak sesuai.

Selain itu, proses pembinaan grafik juga berkemungkinan tidak menepati ciri grafik yang

tepat. Menurut Norasikin Fabil et al (2011), walaupun penggunaan grafik dan visual sangat

membantu dalam proses pengajaran, namun pembinaan bahan tersebut perlu didasari oleh

teori yang menyokong pemahaman visual tertentu. Pembinaan dan pemilihan grafik yang

tidak tepat, bukan sahaja tidak membantu pembelajaran, bahkan mungkin akan mengganggu

penglihatan dan menghilangkan tumpuan (Nor Azman 1999; Jamaludin & Zaidatun 2006).

Definisi Grafik Pegun

Menurut Chin Yoon Poh (2009), grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang,

simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk

memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan

maklumat. Ia selari dengan istilah grafik yang digunakan oleh Calo (2011) dalam istilah puisi
3
grafik (graphic poetry) bagi merujuk kepada penggunaan gambar dan teks serta pengaruh

warna dalam puisi grafik. Menurut Nor Azman (1999) pula, grafik adalah objek yang

digunakan bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu fakta atau konsep.

Kesemua definisi grafik tersebut dilihat bersesuaian dengan kehendak artikel ini, namun bagi

menjadikan ia lebih tepat seperti yang dikehendaki, maka perlu ada kata adjektif atau kata

sifat untuk menjelaskan lagi istilah tersebut. Menurut Mohd Senu (2003), kata adjektif sifat

ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur

keterangan kepada kata nama, seperti kuat, pintar, nakal dan lain-lain.

Oleh itu, istilah yang paling hampir dengan kajian ini adalah istilah grafik pegun oleh

Rozinah (2005) dan grafik statik oleh Ahmad Zamzuri (2007) kerana adanya sifat pegun dan

kaku untuk menambahkan lagi unsur keterangan bagi kata nama grafik. Namun, tiada definisi

yang diletakkan oleh mereka berdua bagi menerangkan maksud kedua-dua istilah ini.

Menurut Kamus Dewan (2002), grafik bermaksud maklumat atau paparan yang terdiri

daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain. Pegun pula bermaksud kaku. Manakala,

statik pula bermaksud berada dalam keadaan tidak aktif. Saya berpendapat, kedua-dua istilah

sesuai digunakan, namun istilah grafik pegun lebih tepat kerana dalam grafik tidak perlu

kepada perbuatan seperti aktif. Jadi, istilah grafik pegun lebih sesuai digunakan.

Rumusannya, grafik pegun bermaksud maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan,

gambar rajah, simbol dan bersifat kaku. Grafik pegun didalam kajian ini terbatas kepada

penggunaan penggunaan warna, gambar dan tulisan. Ia tidak termasuk animasi bergerak dan

suara.

Tinjauan Literatur
4
Menurut Lohr (2003), kajian oleh Moreno dan Mayer menyokong idea penggunaan gambar

dan tulisan akan dapat memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan ingatan, jika

direka bentuk dengan cara yang betul. Oleh itu, dalam kajian ini, disenaraikan elemen-elemen

serta perincian ciri yang perlu ada pada grafik pegun yang baik. Faridah et al (2012)

menyenaraikan empat elemen yang perlu ada dalam sesuatu visual, tiga antaranya ialah;

warna, gambar dan tulisan.

Pertama, berkenaan dengan warna. Pemilihan warna perlu menimbulkan kesan “visual

popout” mengikut Teori Visualisasi Maklumat (Norasikin Fabil et al 2011). Contohnya jika

ada seribu bola bewarna kuning, maka objek utama perlu bewarna merah. Itulah kesan

“visual popout” yang menimbulkan tarikan atau pengecaman kepada objek yang khusus.

Sebaliknya, jika objek utama juga bewarna kuning, maka proses pengecaman adalah sangat

susah dilakukan (Norasikin Fabil et al 2011). Ia selari dengan apa yang disebutkan oleh Chin

Yoon Poh (2009), Sharifah Alwiyyah (1987) dan Rozinah Jamaluddin (2005) yang menyebut

bahawa antara prinsip pemilihan warna adalah; membuat penegasan dan mewujudkan

tumpuan dan memudahkan suatu item dilihat. Selain mudah dilihat, penampilan warna yang

kontra dan menarik juga akan memudahkan pengguna grafik mengingatinya (Faridah et al

2012). Jika warna sesuatu objek itu hampir sama dan tidak mempunyai kesan “visual

popout”, penggunaan kesan (effect) seperti stroke, shadow atau glow ke atas layer objek perlu

dilakukan (Calo 2011; Sharifah Alwiyyah 1987). Selain itu, kombinasi warna yang serasi

juga penting untuk menarik perhatian (Faridah et al 2012).

Kedua, berkenaan dengan gambar. Terdapat beberapa ciri dalam gambar yang perlu diberi

perhatian. Pertama, penggunaan gambar mestilah besar dan jelas mengikut saiz kelas dan

jumlah pelajar (Kamarul Azmi & Ab Halim 2007) kerana ia boleh menarik lebih tumpuan
5
berbanding sesuatu yang bersaiz kecil (Jamaludin & Zaidatun 2006) serta sesuai untuk

pengajaran (Muhammad Hasan 2000). Kedua, ia juga tidak boleh terlalu banyak kerana

kuantiti yang banyak akan mengganggu proses pembelajaran pelajar (Kamarul Azmi & Ab

Halim 2007). Ketiga, pemilihan imej visual yang unik dan berbeza mampu merangsang

ingatan sensori untuk diproses (Calo 2011). Keempat, susunan gambar juga perlu diberi

penekanan (Calo 2011; Muhammad Hasan 2000; Jamaluddin & Zaidatun 2006). Kelima,

elemen warna (Muhammad Hasan 2000). Setiap foto atau gambar yang diambil untuk tujuan

pengajaran perlu mengandungi warna yang benar dan asli kerana elemen warna boleh

menggambarkan perasaan dan idea tertentu.

Ketiga, berkenaan dengan tulisan. Terdapat beberapa ciri yang boleh disenaraikan disini.

Pertama, stail tulisan seperti; bold, italic, underline, outline dan lain-lain. Penggunaan bold

dapat menonjolkan fokus utama atau isi penting dalam sesuatu ayat itu (Lohr 2003) serta

tidak mengelirukan (Muhammad Hasan 2000) terutama jika ditambah dengan penggunaan

tulisan jenis sans serif (Faridah et al 2012). Sebaliknya, penggunaan italic tidak digalakkan

kerana ia sukar dibaca (Rozinah 2005). Kedua, dari sudut saiz tulisan dan huruf (Chin Yoon

Poh 2009). Ia berdasarkan kepada prinsip, iaitu huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak

tertentu (Sharifah Alwiyyah 1987; Faridah et al 2012) serta sesuatu elemen yang bersaiz

besar boleh menarik lebih tumpuan berbanding elemen yang bersaiz kecil (Jamaludin &

Zaidatun 2006; Lohr 2003).

Ketiga, jarak huruf turut perlu diberi perhatian. Menurut Sharifah Alwiyah (1987), jarak

antara huruf perlu seimbang dan kelihatan sama. Ia bagi memastikan huruf tersebut kelihatan

menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca (Muhammad Hasan 2000). Namun, tiada satu

sistem jarak yang ditetap. Ia hanya berdasarkan agakan dari penglihatan penyedia bahan
6
grafik (Sharifah Alwiyah 1987). Keempat, pemilihan tulisan yang pelbagai. Menurut Rozinah

(2005), ia boleh menghilangkan kebosanan pembaca dan dihidupkan mengikut kesesuaian

pembaca. Namun, ia perlu mempunyai paten kerana jika tidak, ia akan menyukarkan

pengguna dalam membaca teks yang ingin dipaparkan (Jamaludin & Zaidatun 2006) serta

visual yang dihasilkan kelihatan berserabut (Chin Yoon Poh 2009). Kelima, kuantiti teks.

Menurut Nor Azman (1999), teks, jika digunakan terlalu banyak dalam penyampaian

maklumat, ia akan menjadi kurang berkesan.

Selain daripada elemen warna, tulisan dan gambar, beberapa teori turut perlu diberi perhatian;

antaranya Teori Beban Kognitif dan Model Pemprosesan Maklumat. Menurut Sow Lee Sun

(2007), Teori Beban Kognitif oleh John Sweller mencadangkan pengintegrasian antara

gambar dan tulisan. Manakala, Model Pemprosesan Maklumat pula terbahagi kepada tiga

bahagian, iaitu; ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang (Morris &

Maisto 2002; Shahabuddin et al 2005; Eggen & Kauchak 2000; Schiffman & Kanuk 2007;

Lohr 2003).

Ingatan sensori mensyaratkan rangsangan sebelum diproses dan dihantar data atau maklumat

yang dirangsang kepada ingatan jangka pendek. Menurut Morris dan Maisto (2002), tanpa

rangsangan, sesuatu data atau maklumat itu akan hilang disebabkan oleh masa, gangguan

serta kemasukan data baru bagi menggantikan data lama yang tidak diproses. Menurut Lohr

(2003), rangsangan dalam bentuk visual memerlukan eye candy dan flash iaitu apa yang

dapat ditangkap oleh mata ketika memandang sesuatu objek. Lohr (2003) menyebutnya

sebagai selection iaitu proses memilih informasi atau data tertentu dan mengabaikan data

tertentu.

7
Bagaimanapun, ingatan yang didaftarkan melalui deria penglihatan lebih cepat hilang

daripada deria pendengaran (Morris & Moisto 2002). Menurut Schiffman dan Kanuk (2007),

data dalam ingatan sensori hanya bertahan selama satu atau dua saat sahaja. Oleh itu, ia perlu

diproses dengan kadar segera. Menurut Radvansky dan Copeland (2006), gambar dan tulisan

adalah rangsangan yang paling popular dalam kajian berkenaan ingatan kerana ia dapat

mewujudkan imej dalam mental (mental image). Gambar juga adalah BBM yang sering

digunakan oleh GCPI bertujuan untuk merangsang minat dan tumpuan pelajar terhadap

pengajaran guru (Kamarul Azmi et al 2011b).

Setelah rangsangan dalam ingatan sensori berjaya diproses, maka untuk dikodkan ke dalam

ingatan jangka pendek, perlu kepada perhatian (attention) (Morris & Maisto 2002).

Bagaimanapun, ingatan jangka pendek mempunyai limit. Menurut Rahil dan Habibah (2007),

ingatan jangka pendek hanya boleh mengkod kira-kira tujuh item yang berasingan dan boleh

menyimpan item tersebut dalam masa kurang dari 1 minit. Menurut Schiffman dan Kanuk

(2007) pula, ingatan jangka pendek hanya bertahan selama kurang daripada 30 saat.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keupayaan individu dan situasi semasa. Menurut

Morris dan Maisto (2002) pula, ingatan jangka pendek hanya boleh menahan sesuatu data

dalam ingatan selama 1.5 hingga 2 saat sahaja.

Jika sesuatu informasi atau data itu tidak banyak, tidak ada masalah untuk menahannya,

namun jika ianya banyak, maka perlu kepada beberapa teknik untuk menahannya dengan

lebih lama. Morris dan Maisto (2002) dan Lohr (2003) mencadangkan kaedah chunking, iaitu

mengorganisasikan sesuatu data tersebut. Contohnya jika ada 12 digit nombor, ianya agak

susah untuk diingati, sebaliknya jika ia diorganisasikan menjadi 3 bahagian dengan setiap

bahagian mengandungi hanya 4 nombor, ia akan lebih mudah diingati. Ia selari dengan apa
8
yang disebutkan oleh Luck dan Vogel (1997) bahawa visual ingatan jangka pendek hanya

mampu mengingati 4 objek dan 4 warna.

Jika terdapat gambar atau tulisan yang melebihi 4, maka ia perlu dibahagikan supaya setiap

kumpulan hanya mempunyai 4 objek atau warna sahaja. Bagaimanapun, dapat disimpulkan

bahawa dengan kuantiti gambar atau tulisan yang sedikit, maka lebih tepat dan kuat ingatan

visual seseorang. Ia bersesuaian dengan apa yang dicadangkan oleh Sow Lee Sun (2007) dan

Lohr (2003) untuk menggunakan Teori Beban Kognitif oleh Sweller kerana ia terbukti

berkesan meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar.

Menurut Morris dan Maisto (2002), semasa sesuatu data atau maklumat dikodkan ke dalam

ingatan jangka pendek, data tersebut perlu melalui proses pengulangan (repetation) bagi

memastikan data tersebut dipindahkan dan dikodkan ke dalam ingatan jangka panjang. Selain

itu, ia juga perlu diasimilasikan dengan pengetahuan, data atau maklumat sedia ada supaya

ingatan dapat bertahan dengan lebih lama (Zahara & Nurliah 2009; Masoumeh Akhondi et al

2011; Morris & Maisto 2002). Ia selari dengan apa yang disebut oleh Eggen dan Kauchak

(2000) bahawa ingatan jangka panjang merupakan ingatan kekal dan perlu diintegrasikan

dengan ingatan jangka pendek. Proses ini menjadikan pembelajaran itu bermakna. Lebih

banyak kaitan sesuatu data yang baru dan lama, maka semakin bermakna sesuatu idea itu.

Maka, benarlah seperti yang disebutkan oleh Entwistle dan Entwistle (2003) bahawa proses

mengingat perlu didahului dengan pemahaman.

Kaedah Kajian

Sebelum ujian dijalankan, ia dimulai dengan sesi pembelajaran dan pengajaran selama 40

minit. Guru hanya menggunakan kaedah syarahan dan penerangan bagi mengurangkan
9
gangguan serta ralat bagi ujian yang akan dijalankan. Namun, sebarang persoalan daripada

pelajar, tidak diabaikan. Secara keseluruhan, sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan

dalam keadaan normal seperti tiada sesi ujian berjalan. Cuma, tambahan grafik pegun sebagai

BBM digunakan. Terdapat tiga grafik pegun digunakan untuk setiap proses pembelajaran dan

pengajaran bagi mencapai tiga objektif berbeza. Tajuk yang diajar adalah dua tajuk hadis

tingkatan tiga, iaitu; Tujuh Amalan Mukmin Cemerlang dan Ihsan Terhadap Binatang

(Rijaluddin et al 2004).

Sebanyak empat ujian dijalankan. Tiga ujian bersifat formatif manakala ujian keempat

bersifat sumatif. Ujian formatif dijalankan sebaik sahaja sesi pembelajaran dan pengajaran

selesai. Ujian sumatif pula dijalankan tiga minggu selepas ujian formatif terakhir dijalankan.

Kesemua ujian dijalankan pada hari Selasa, pukul 1.15 petang. Ujian formatif bertujuan

untuk menguji ingatan jangka pendek, manakala ujian sumatif pula bertujuan untuk menguji

ingatan jangka panjang.

Ujian dijalankan terhadap satu kelas tingkatan tiga dengan jumlah pelajar 28 orang. Min

markah ujian akhir tahun pelajar ketika berada di tingkatan dua adalah 30%. Berdasarkan

kepada sistem penggredan PMR (Jadual 1), 30% berada pada gred E.

Jadual 1: Gred Menengah Rendah

GRED MARKAH

A 80 – 100

B 65 – 79

C 50 – 64

D 40 – 49

10
E 1- 39

Sumber: www.saps.moe.gov.my

Kesemua ujian dijalankan dalam masa 10 minit, mengandungi tiga soalan dengan jumlah

markah 10. Ujian sumatif merupakan tiga soalan yang diambil daripada tiga ujian formatif

yang telah dijalankan. Soalan kajian diambil daripada buku teks Pendidikan Islam Tingkatan

Tiga. Oleh itu tiada kesahan dan kebolehpercayaan yang dibuat. Ia bersifat penilaian aras

rendah. Min, sisihan piawai dan julat bagi setiap ujian akan diambil untuk dianalisis.

Dapatan Kajian

Jadual 2: Ujian Formatif

Ujian Pertama Ujian Kedua Ujian Ketiga

Skor Min 8.36 / 10 8.58 / 10 9.5 / 10

Sisihan Piawai 1.5 1.86 1.04

Julat 5 4 4

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa min skor dalam ujian pertama adalah 8.36 / 10 dengan

nilai sisihan piawai sebanyak 1.5. Berdasarkan sisihan piawai tersebut, terdapat 6 pelajar

mendapat skor melebihi paras normal, iaitu skor 10, manakala terdapat 4 pelajar berada di

bawah paras normal, iaitu 3 pelajar mendapat skor 6 dan seorang pelajar mendapat skor 5.

Untuk ujian kedua pula, min skor adalah 8.58 / 10 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 1.86.

Berdasarkan sisihan piawai tersebut, terdapat 5 pelajar berada di bawah paras normal, iaitu 3

pelajar mendapat skor 6, seorang pelajar mendapat skor 5 dan seorang mendapat skor 4.

11
Bagi ujian ketiga, skor min adalah 9.5 / 10 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 1.04.

Berdasarkan sisihan piawai tersebut, terdapat 6 pelajar yang mendapat lebih rendah daripada

paras normal, iaitu 5 pelajar mendapat skor 8, manakala seorang pelajar mendapat skor 6.

Tiada pelajar yang mendapat skor melebihi paras normal bagi ujian kedua dan ujian ketiga,

menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat peningkatan skor. Kesemua min skor

mencatatkan gred pencapaian membanggakan, iaitu A berbanding pencapaian asal, iaitu E.

Bagi penilaian sumatif pula, skor min adalah sebanyak 7.89 / 10 dengan nilai sisihan piawai

sebanyak 2.02. Terdapat 5 pelajar mendapat skor melebihi paras normal, iaitu skor 10,

manakala 2 pelajar tidak mencapai paras normal, iaitu seorang pelajar mendapat skor 4,

manakala seorang lagi mendapat skor 2.

Jadual 3: Ujian Sumatif

Penilaian Sumatif

Skor Min 7.89 / 10

Sisihan Piawai 2.02

Julat 8

Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan skor setiap kali ujian dijalankan. Untuk ujian

pertama, terdapat peningkatan sebanyak 179 % daripada skor 8.36 / 10 pada ujian pertama

berbanding skor asal berdasarkan peperiksaan akhir tahun pelajar ketika berada di tingkatan

dua, iaitu 3 / 10. Manakala, terdapat juga peningkatan sebanyak 2.63 % untuk skor ujian

kedua, iaitu 8.58 / 10 berbanding skor ujian pertama. Bagi ujian ketiga pula, terdapat

peningkatan sebanyak 10.72 % berbanding ujian kedua. Untuk ujian sumatif pula, terdapat

peningkatan sebanyak 163 % berbanding skor akhir tahun pelajar ketika di tingkatan dua.

12
Kesemua ini menunjukkan penggunaan grafik pegun yang baik berpotensi untuk membantu

pelajar meningkatkan ingatan.

Berdasarkan sistem penggredan PMR, gred purata bagi ujian sumatif adalah B. Namun, ujian

sumatif tersebut hampir mencapai gred A dengan perbezaan hanya lebih kurang 1 %. Ia

menunjukkan peningkatan yang menakjubkan jika dilihat skor asal pelajar yang sekadar

mendapat E, iaitu gagal dalam peperiksaan akhir tahun 2011.

Implikasi dan Cadangan

Beberapa implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian ini, adalah:

Hadis perlu dimartabatkan semula di kalangan umat Islam yang kini makin

melupakannya.

Mengingati Hadis adalah tidak mustahil bagi pelajar terutama dengan bantuan

teknologi canggih yang ada pada hari ini.

Penggunaan grafik pegun memang dapat meningkatkan ingatan, asalkan ia

direkabentuk dengan mengikut teori-teori dan panduan yang betul.

Proses pengajaran menggunakan grafik pegun dapat membantu guru Pendidikan

Islam menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan tanpa mengabaikan

penerapan nilai ketika proses pembelajaran dan pengajaran.

Proses merekabentuk grafik pegun yang baik memerlukan masa yang panjang. Jadi, ia

perlu kepada kerjasama antara guru-guru Pendidikan Islam. Maka, panitia perlu

memainkan peranan yang penting dalam mengembeleng usaha semua guru

Pendidikan Islam dalam menjayakan usaha kerjasama antara semua guru Pendidikan

Islam.

13
Kemahiran dan daya kretiviti yang tinggi turut diperlukan untuk merekabentuk grafik

pegun, terutama jika perisian-perisian komputer yang kompleks seperti Adobe

Photoshop, Adobe Illustrator dan lain-lain perlu digunakan. Jalinan kerjasama dengan

panitia serta guru yang berkemahiran seperti Penyelaras Bestari, Panitia ICT dan lain-

lain dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam merekabentuk grafik pegun. Selain

itu, kemahiran para pelajar yang mahir juga boleh digunakan.

Bebanan tugas yang banyak menyukarkan para guru Pendidikan Islam untuk

merekabentuk BBM berasaskan grafik pegun. Latihan Dalam Perkhidmatan yang

diwajibkan selama 7 hari, mungkin boleh digunakan untuk tujuan pembinaan grafik

pegun ini. Disamping dapat memenuhi syarat wajib kursus, hasil LDP tersebut dapat

digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Di pihak KPM, JPN atau PPD juga boleh mengambil inisiatif dengan mengumpulkan

seberapa ramai guru Pendidikan Islam yang berkemahiran dengan perisian grafik.

Guru-guru terbabit dikecualikan daripada tugas-tugas harian di sekolah dalam satu

tempoh, tetapi diberikan gaji seperti biasa, namun diberikan tugas untuk membina

modul Pendidikan Islam berasaskan grafik pegun. Ia dapat menjimatkan kos upah

serta manafaatnya dapat dirasai dengan menyeluruh, bukan sahaja membantu

memudahkan guru mengajar, bahkan membantu pelajar mengingat fakta.

Para guru yang merekabentuk BBM berasaskan grafik pegun boleh juga memuat naik

bahan tersebut dalam internet untuk tujuan perkongsian dengan guru Pendidikan

Islam yang lain.

Kesimpulan

Penggunaan grafik pegun terbukti berjaya meningkatkan ingatan pelajar terhadap isi

kandungan pelajaran. Secara spesifik kepada bidang hadis, adalah tidak mustahil bagi pelajar
14
pada hari ini untuk menghafal khazanah-khazanah penting yang terkandung dalam sesuatu

hadis tersebut terutamanya dengan bantuan-bantuan teknologi dan alatan-alatan yang canggih

yang tiada pada zaman terdahulu. Penghafazan tersebut jika disusuli dengan amalan dan

penghayatan, akan melahirkan pelajar yang bersifat dengan sifat insan kamil, sesuai dengan

matlamat akhir Pendidikan Islam yang bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan umat

Islam yang berilmu, bahkan juga berakhlak mulia dan berkeperibadian sebagai hamba Allah

yang sentiasa berusaha untuk membangunkan diri, masyarakat dan alam sekitar bagi

mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat sesuai dengan landasan al-Quran dan as-Sunnah.

Rujukan

Ab. Halim, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim &

Khadijah Abdul Razak. 2004. Laporan Penyelidikan Keberkesanan Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar.

Fakulti Pendidikan UKM dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Abd Ghafar Md Din. 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. (Edi. 1). Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Karim Zaidan. 1998. Al-Wajiz fi Usulil Fiqh. (Edi. 7). Beirut: al-Resalah Publisher.

Ahmad Zamzuri. 2007. The Effects of User-Controlled Animation Strategies on Students'

Cognitive and Retention Performance. Tesis PhD. Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia.

Al-Ghazali. Muhammad. tt. Al-Mustasfa min Ilmil Usul. (Edi. 1). Beirut: Dar Ihya‟ at-Turats

al-„Arabiy.

Calo, K. M. 2011. Comprehending, Composing and Celebrating Graphic Poetry. The Reading

Teacher. 64 (5): 351-357.

15
Chin Yoon Poh. 2009. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (Edi. 1). Subang

Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

DBP. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Eggen, P. D. & Kauchak, D. P. 2000. Strategies for Teachers: Teaching Content and

Thinking Skills. (Edi. 4). Boston: Allyn & Baron.

Entwistle, N. & Entwisle, D. 2003. Preparing for Examinations: The Interplay of Memorising

and Understanding, and The Development of Knowledge Objects. Higher Education

Research & Decelopment. 22 (1): 19-41.

Faridah, Tika Nuraeni, Fauziah, Chang Peng Kee & Normah. 2012. Bahasa Komunikasi

Visual dan Pengantaraan Produk: Satu Analisis Semiotik. GEMA Online Journal of

Language Studies. 12 (1): 257-273.

Ismail Zain. 2003. Pelajar Cemerlang: Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jamaludin & Zaidatun Tasir. 2006. Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital. (Edi. 1). Batu

Caves: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Kamarul Azmi Jazmi & Ab Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran. (Edi. 1). Skudai: UTM.

Kamarul Azmi Jazmi, Ab Halim & Mohd Izham. 2011a. Kajian Kes Penggunaan Kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah

Bandar dan Luar Bandar: Satu Kajian Perbandingan. Jurnal Teknologi. 56: 179-198.

Kamarul Azmi Jazmi, Mohd Faeez, Ab Halim & Mohd Izham. 2011b. Amalan Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah

Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3 (1): 59-74.

Lohr, L. L. 2003. Creating Graphics for Learning and Performance: Lessons in Visual

Literacy. New Jersey: Pearson Education.


16
Luck, S. J. & Vogel, E. K. 1997. The Capacity of Visual Working Memory for Features and

Conjunctions. Nature. 390: 279-281.

Mahmud Tahhan. 1984. Taisir Mustalahat al-Hadis. (Edi. 6). Kuwait: Darut Turath.

Masoumeh Akhondi, Faramarz Aziz Malayeri & Arshad Abd Samad. 2011. How to Teach

Expository Text Structure to Facilitate Reading Comprehension. The Reading

Teacher. 64 (5): 368-372.

Mohd Senu Awang. 2003. Bahasa Melayu Lanjutan. (Edi. 2). Kuala Lumpur: UIAM.

Morris, C. H & Maisto, A. A. 2002. Psychology: An Introduction. (Edi. 11). New Jersey:

Prentice Hall.

Muhammad Abu Laith. 2004. Ulum al-Hadis: Asiluha wa Ma’asiratuha. (Edi. 3). Bangi:

Darul Syakir.

Muhammad Fuad. 2003. Al-Madkhol ila ad-Dirasah fi Usulil Fiqh. Kuala Lumpur: IIUM.

Muhammad Hasan. 2000. Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan.

(Edi. 1). Serdang: UPM.

Noor Shakirah. 2008. Menghapuskan Keraguan Terhadap Kewibawaan Hadis. Dlm Warisan

al-Hadis: Antara Teras dengan Dinamika Pemikiran. (Peny: Mohd Radzi, Atikullah,

Mohd Asri, Jasni, Mohd Khairul Anwar, Noor Shakirah & Rokiah). (Edi. 1). Pulau

Pinang: USM.

Nor Azman. 1999. Pembangunan Pakej Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Berasaskan Grafik: Tenaga KBSM. Tesis Sarjana. UKM.

Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Shahrul Azman Mohd Noah, Zarina Shukur & Juhana

Salim, 2011. Aplikasi Reka Bentuk Sistem Visualisasi Maklumat Berasaskan Teori

Persepsi Visual dalam Ilmu Hadis. Journal of Islamic and Arabic Education. 3 (1); 1-

12.

17
Radvansky, G. A. & Copeland, D. E. 2006. Situation Models and Retrievel Interference:

Picture and Words. Memory. 14 (5): 614-623.

Rahil Mahyuddin & Habibah Elias, 2007. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. (Edi. 2).

Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.

Rijalud Din Yahya et al. 2004. Pendidikan Islam Tingkatan Tiga: Buku Teks. (Edi. 1). Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozinah Jamaludin. 2005. Multimedia dalam Pendidikan. (Edi. 1). Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Schiffman, L. G. & Kanuk, L. L. 2007. Consumer Behavior. (Edi. 9). USA: Pearson

International Edition.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi: Strategi

dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. (Edi. 2). Bentong: PTS Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Sharifah Alwiyah al-Sagoff. 1987. Teknologi Pengajaran. (Edi. 3). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sow Lee Sun. 2007. Penghasilan Modul Pembelajaran Berasaskan Teori Beban Kognitif

Untuk Subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Tesis Sarjana. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Zahara Aziz & Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian

Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34

(1): 3-15.

www.saps.moe.gov.my diakses pada 25 May 2012.

18

View publication stats

You might also like