You are on page 1of 2

Grace: Selamat pagi, Erica. Apa khabar?

Erica: Khabar baik, Grace.

Grace: Pada masa kini, terdapat banyak golongan remaja telah mempunyai penyakit mental
yang buruk. Tahukah kamu apakah penyakit mental?

Erica: Ya. Lebih dikenali sebagai gangguan mental, penyakit mental adalah suatu kondisi
kesihatan yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan perubahan pada keupayaan seseorang
untuk berfikir, rasa dan bertindak. Individu yang mengalami penyakit mental berasa sukar untuk
membuat kerja-kerja biasa, mungkin mereka tidak dapat berinteraksi dengan orang lain, dan
dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka. Penyakit mental boleh dialami
oleh sesiapa pun tanpa mengenal usia, dan gangguan tersebut.  

Grace: Menurut suatu laporan teknikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
pada Disember 2017, 29.2% orang dewasa dan 12.1% kanak-kanak di Malaysia mengalami
masalah kesihatan mental. Menurut Kesihatan Mental Amerika, terdapat lebih daripada 200 jenis
klasifikasi penyakit mental .Erica, apakah jenis gangguan mental?

Erica: Antara jenis gangguan mental paling umum ialah: Keresahan, Paranoia,
Skizofrenia ,Gangguan makan ,Insomnia ,Kecelaruan bipolar, Kecelaruan obsesif-
kompulsif ,Kecelaruan stres pascatrauma, Kemurungan, dan Fobia.

Grace: Wah, terlalu banyak gangguan mental! Penyakit mental boleh berpunca daripada
beberapa faktor termasuklah pengalaman hidup yang buruk semasa kecil seperti trauma atau
penderaan. Selain itu, penyalahgunaan bahan seperti menhisap rokok, menghisap ink yang
berlebihan juga akan menyebabkan penyakit mental. Di samping itu ialah menghidapi penyakit
kronik untuk tempoh yang lama.

Erica:Terdapat beberapa cara membuat diagnosis penyakit mental. Antaranya adalah kurang
produktif dan hilang minat untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti membaca buku, bersenam,
melukis dan sebagainnya. Selain itu ialah mendapatkan bantuan untuk menangani penyakit
mental. Jika seseorang yang anda kenali mengalami penyakit mental, sokongan, kesabaran dan
pemahaman anda adalah sangat penting. Jangan paksa mereka untuk bercakap. Sebaliknya,
beritahu mereka yang anda ada untuk mereka apabila mereka bersedia nanti. Didik diri anda
mengenai kondisi mereka – mengetahui tanda-tanda dan simptom yang mereka alami bukan
sahaja membantu anda memahami sebab mereka berkelakuan dalam cara tertentu, malah
membolehkan anda membantu mereka dengan lebih berkesan. Jadi penyokong dalam
perjalanan rawatan mereka.

Grace:Kesimpulannya, penyakit mental dapat memberikan impak yang negatif kepada manusia.
Oleh itu, masyarakat perlu melaksanakan cara pencegahan dengan cara yang betul. Bak kata
pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipukul. Kita harus bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah tersebut supaya dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

You might also like