You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PELANTIKAN


PEMIMPIN SEKOLAH
SK TITI TOK BANDAR

1.0              PENDAHULUAN

Lembaga Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber merupakan satu badan
khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah. Setiap badan tersebut
mempunyai peranan yang amat penting dalam membantu pihak sekolah untuk
memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Justeru,
majlis penghargaan dan pelantikan ini diwujudkan bagi menghargai sumbangan
murid yang terlibat dan membentuk mereka untuk menjadi pemimpin yang
berwibawa dan berketerampilan. 

2.0              MATLAMAT

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang terlibat atas


sumbangan mereka dalam membantu pengurusan sekolah berjalan dengan lancar
di samping memperkenalkan barisan pemimpin Pengawas Sekolah dan Pengawas
Pusat Sumber, yang baharu kepada murid-murid lain.

3.0              TARIKH / TEMPAT / MASA


20 APRIL 2022 (RABU)
DEWAN TERBUKA SKTTB  
9.00-9.40 pagi     

4.0              KUMPULAN SASARAN
25 orang Pengawas Sekolah
14 orang Pengawas Pusat Sumber
         
5.0              OBJEKTIF

5.1          Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah Pengawas dan


Pengawas Pusat Sumber supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak
sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
5.2          Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan
baik.
5.3          Memberi contoh teladan dan motivasi kepada murid-murid yang lain untuk menjadi
pemimpin yang berwibawa.

6.0              KPI (Indikator Output dan Outcome)


Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang
terlibat atas sumbangan mereka dalam membantu
pengurusan sekolah berjalan dengan lancar di samping
memperkenalkan barisan pemimpin Pengawas Sekolah dan
Pengawas Pusat Sumberyang baharu kepada murid-murid
lain.
OUTPUT
Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk
menjalankan tugas dengan baik dan melahirkan pemimpin
yang berwibawa.

OUTCOME

7.0              AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                         : EN REDZUAN BIN AHMAD – GURU BESAR


Naib Pengerusi                : PUAN NORMA BT DIN - GPK HEM
: PUAN CHE JURIAH BT BAHARI - GPK Tadbir
: EN ZULHIMI BIN ROSLI - GPK Kokurikulum

Setiausaha   Pengawas    : PUAN KHAIRUNNISA BINTI AZIZAN


Sekolah

Setiausaha   Pengawas    : PUAN JAMILAH BINTI MAT JAHAK


Pusat Sumber Sekolah
JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA TANGGUNGJAWAB


Pengurus Majlis
-   Memastikan perjalanan majlis
1 KHAIRUNNISA BINTI AZIZAN lancar
-   Menyediakan skrip yang sesuai
dengan majlis.
Pengacara Majlis  
-   Mendapatkan kehadiran peserta
AHMAD EZZUNIL BIN AZIZ daripada AJK Pendaftaran.
-   Mengendalikan majlis dengan
lancar.
2
Bacaan Doa
-   Menyedia dan membacakan teks
MOHD NAUFAL WAFIQ BIN doa semasa majlis.
3 BAKRI
-   Menyediakan surat jemputan
untuk tetamu kehormat/ jemputan.
-   Menghantar surat jemputan
kepada tetamu kehormat/
jemputan.
-   Menghubungi tetamu kehormat/
jemputan bagi mengesahkan
kehadiran.
-   Menempah cenderamata yang
sesuai untuk tetamu kehormat/
jemputan.
-   Menyerahkan  satu salinan
Jemputan
PUAN NORMA BINTI DIN surat jemputan kepada AJK
4 Dokumentasi.
-   Mendapatkan semua maklumat
yang diperlukan untuk dimuatkan
ke dalam Buku Program.
-   Menyediakan Buku Program dan
memastikan buku tersebut dicetak
secukupnya.
-   Menyerahkan Buku Program
Buku Program kepada semua hadirin yang hadir.
KHAIRUNNISA BINTI AZIZAN
-   Menyerahkan  satu salinan
Buku Program kepada AJK
6 Dokumentasi.
-   Memastikan peralatan siaraya
PA Sistem disediakan mengikut keperluan
MOHD AMIRUL ALIFF BIN majlis.
HASHIM -   Memastikan peralatan siaraya
MOHD HIZAMI BIN KHORUDIN disimpan semula.
7
Persiapan Pentas -   Menghias pentas, memastikan
8 MARLIA BINTI MAT RAWI kebersihan pentas dan tempat 
majlis berlangsung.
SARIDAH BINTI HARUN -   Memastikan semua  peralatan 
yang telah digunakan disimpan 
semula selepas majlis selesai.
-   
-   Menyediakan kerusi yang
mencukupi untuk guru dan
penerima sijil.
-   Menyediakan meja untuk :
                         pendaftaran
                         pengacara majlis
Persiapan Tempat                          hadiah/ sijil
SYARIFAH RADHIAH BINTI -   Menyediakan rostrum untuk
SYED MANSHOR tempat  berucap.
MARDIYAH BINTI DARUS -   Memastikan semua  peralatan 
PEKERJA KEBERSIHAN yang telah digunakan disimpan 
9 semula selepas majlis selesai.
-   Menempah banner yang sesuai
untuk majlis penghargaan dan
pelantikan.
Backdrop -   Menggantung banner sehari
ROZITA BINTI ISMAIL sebelum majlis berlangsung.
CHE MOHSEEN BIN LEBAI -   Menurunkan semula banner
10 ARIFFIN selepas majlis selesai.
-   Mendapatkan senarai nama
penerima sijil.
-   Menyediakan sijil untuk semua
Penyediaan Sijil penerima sijil.
-   Menyerahkan sijil yang telah
KHAIRUNNISA BINTI AZIZAN lengkap kepada AJK Hadiah dan
11 JAMILAH BINTI MAT JAHAK Cenderamata.
-   Menyediakan cenderamata untuk
penerima sijil penghargaan.
-   Mendapatkan sijil daripada AJK
Penyedia Sijil.
-   Menyediakan dulang untuk
penyampaian hadiah/ sijil.
-   Mengendalikan acara
Penyampaian Hadiah dan penyampaian sijil/ cenderamata
Cenderamata agar berjalan  lancar.
ROSMAWATI BINTI RAMLI -   Memulangkan semula dulang
12 NORASHIKIN BINTI SAAD setelah selesai majlis.

9.0              TENTATIF

8.20 pagi         - Pendaftaran


8.30 pagi         - Bacaan doa
                        - Ucapan Tetamu Kehormat dan perasmian
                        - Penyampaian Sijil Pelantikan :
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
                        - Lafaz Ikrar
9.30 pagi         - Bersurai

11.0          KAEDAH PEMANTAUAN
Pemantauan  dibuat sebelum, semasa dan selepas  aktiviti dilaksanakan. Adalah
menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.

12.0          PENUTUP

Semoga majlis ini akan menjadi satu kenangan manis bagi Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber serta guru-guru yang terlibat. Manakala, bagi AJK yang
baharu dilantik diharap akan lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugasan di
samping dapat mewujudkan semangat kerjasama dan permuafakatan yang lebih jitu
bagi membantu pihak sekolah dalam bidang tugas masing-masing.

Disediakan oleh :                                              Disemak oleh :

…………………………………                           ………………………………….


(KHAIRUNNISA BINTI AZIZAN)                                 (NORMA BINTI DIN)
Setiausaha,                                                      Penolong Kanan HEM,
               SK TITI TOK BANDAR

Ulasan   :
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………
Diluluskan oleh/tidak diluluskan oleh :

………………………………………..
(JAMIL BIN JAMALUDIN AMP)
 Pengetua SMK Cheras
      

You might also like