You are on page 1of 3

Pemahaman Petikan Sastera Tingkatan 5

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Bahan 1
DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu di singgahsana Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
hati nurani bangsaku ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
warga yang berbudi gagah pelautku membelah lautan
setia dan amanah. ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya Dirgahayu bahasaku
agar tetap kukuh dan ampuh di arena antarabangsa suaramu tumbuh
melayari lautan bijaksana menusuk kalbu lagu bahasamu
salam ikatan mesra dan teguh. bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
Cekal dan waja semangat pejuangku daripada bangsa yang bernama Melayu
hak bangsaku memilikimu menempa kejayaan di alaf baru.
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
(Dipetik daripada“Dirghahayu Bahasaku” oleh Ahmad Sarju)

Bahan 2
“Mel agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama
serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada.
Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang
dilaknati Allah.”

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati.
Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan
dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai
warga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan
kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan
bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh
benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bahan 3
Pantun Budi
Cantingan asli corak batik, Memakai gelang emas suasa,
Warnanya indah memukau mata; Pergi kenduri anak Cik Siti;
Tiada guna paras rupa cantik Orang kita baik budi bahasa,
Kalau tidak berbudi bahasa. Jasa dikenang sampai mati.

Asam gelugur asam kandis, Dalam hati penuh rahsia,


Menjadi pelengkap dalam masakan, Tersimpan kemas dalam sanubari:
Bukan sahaja dipandang manis, Emas perak perhiasan dunia,
Mulia hati budi disenangi orang. Budi bahasa perhiasan diri.

Burung tempua berbuat sarang


Dibuat dengan jerami padi;
Bukan ringgit dipandang orang
Tapi melihat bahasa dan budi. Haniza Mohd. Salim
1. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud frasa cermin maruah. [2 markah]

2. Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan menjaga budi dan bahasa kita. [3 markah]

3. Budi bahasa melambangkan keperibadian diri setiap individu.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan generasi muda
menggunakan bahasa Melayu dengan betul. [4 markah]

4. Anda menerima e-mel daripada sahabat pena anda yang tinggal di luar negara. Sahabat anda meminta
cadangan anda tentang panduan untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Berikan cadangan anda. [4 markah]

Jawapan:
1. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud frasa cermin maruah. [2 markah]

Berdasarkan Bahan 2, frasa cermin maruah bermaksud lambang / bayangan , harga diri / akhlak

2. Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan menjaga budi dan bahasa kita. [3 markah]

Berdasarkan semua bahan, kesan-kesan menjaga budi dan bahasa kita ialah ...

~ imej negara akan terkenal di persada dunia


~ menjadi lambang perpaduan dan menyatupadukan bangsa
~ kita akan disenangi dan diingati oleh semua orang
~ kita akan dianggap generasi yang bermaruah

3. Budi bahasa melambangkan keperibadian diri setiap individu.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan generasi muda
menggunakan bahasa Melayu dengan betul. [4 markah]

Pada pendapat saya, cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan generasi muda menggunakan
bahasa Melayu dengan betul ialah

~ pihak kerajaan perlu mengadakan kempen Cintai Bahasa Kita


~ media massa perlu menyiarkan iklan, promosi dan dokumentari yang menarik tentang bahasa
~ ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik dan bertutur menggunakan bahasa Melayu
~ ibu bapa perlu membawa anak-anak menghadiri pameran atau ceramah yang berkaitan dengan
bahasa kebangsaan
~ ibu bapa perlu membelikan bahan bacaan yang baik keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Anda menerima e-mel daripada sahabat pena anda yang tinggal di luar negara. Sahabat anda meminta
cadangan anda tentang panduan untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Berikan cadangan anda. [4 markah]

Antara cadangan tentang panduan untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan
termasuklah

~ mengupah seorang guru Bahasa Melayu secara dalam talian.


~ banyak membaca karya bahasa Melayu
~ membeli kamus bahasa Melayu
~ belajar serta melatih diri untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu

You might also like