You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MINGGU HEM SMK USJ 4

Bil Cue
1. Apabila pentadbir Diminta semua murid berdiri dalam keadaan senyap dan tertib.
berada di Foyer A.
Mengumumkan perarakan masuk para pentadbir ke pentas
utama.

*kekal berdiri bagi nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan lagu
sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

2 Protokol Majlis Indah berbalam si awan petang,


Berarak dicelah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat dating,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmutallahi


wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha,

Pn. Lim Yen Leng, Pengetua SMK USJ 4

Yang Dihormati,

ASP Ahmad Tuah bin Sabran, Pegawai Perhubungan Sekolah

Pn Siti Rohani bt Awang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Myrna Jeans Cempen, Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru dan murid-


murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita dapat
diberikan luangan waktu, digerakkan minda, dikurniakan
kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul bagi
menjayakan Pelancaran MInggu HEM SMKU USJ4 bagi tahun
2020 dan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan

3 Bacaan doa Hadirin Yang Dimuliakan,

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah
dari Yang Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan saudara Muhammad Hafiz utk memimpin bacaan
doa.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Amin amin ya rabal alamin. Majlis merakamkan terima kasih


kepada saudara Muhammad Hafiz atas pimpinan doa itu tadi.
Mudah mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan daripada Ilahi

4 Ucapan Perasmi Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis


dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ASP
Ahmad Tuah bin Sabran, Pegawai Perhubungan Sekolah untuk
menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan Program
Pelancaran MInggu HEM SMKU USJ4 bagi tahun 2020.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

********************* ucapan ASP**********************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ASP Ahmad Tuah di


atas ucapan perasmian sebentar tadi.

5 Gimik Perasmian Majlis sekali lagi menjemput ASP Ahmad Tuah diiringi Pn Lim
Minggu HEM Yen Leng melengkapkan gimik pelancaran sebagai tanda
perasmian Minggu Hal Ehwal Murid SMK USJ4 bagi tahun 2020.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis akan diteruskan lagi dengan sesi penyerahan Buku


Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah oleh ASP Ahmad Tuah
kepada Pn Lim Yen Leng, Pengetua SMK USJ 4 sebagai simbolik
permaufakatan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Polis Diraja Malaysia.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ASP Ahmad Tuan


dan Pn. Lim Yen Leng diatas kesudian merasmikan Minggu Hal
Ehwal Murid sebentar tadi.

Dengan selesainya perasmian itu tadi, maka selesailah juga


pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah, Program
Jom Ke Sekolah, Program Guru Penyayang dan Dasar Warga
Emas dan Program Hari Jadi Mega.

6 Gimik Hari Jadi Mega **Mai akan bawa ASP, Pengetua dan PK HEM ke meja kek**

Untuk pengetahuan semua, pada pagi ini bersempena dengan


Program Amalan Guru Penyayang, Unit Bimbingan & Kaunseling
dengan berbesar hati mengadakan Sambutan Hari Jadi Mega
kepada semua murid dan guru SMK USJ 4.
Oleh itu, majlis sekali lagi menjemput ASP Ahmad Tuah, Puan
Lim Yen Leng, Puan Siti Rohani dan semua pentadbir untuk
memotong kek bersempena dengan Sambutan Hari Jadi Mega
SMK USJ 4.

Majlis mempersilakan.

*****SUSUN PEMENANG******

7 Penyampaian Sijil Terima kasih diucapkan kepada ASP Ahmad Tuah, Puan Lim Yen
Penghargaan Leng, Puan Siti Rohani dan para pentadbir di atas kesudian
memotong kek sebagai simbolik kasih sayang antara guru dan
murid. Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengedarkan
cupcakes kepada semua murid pada hari Rabu ini sempena
Sambutan Hari Jadi Mega.

Semua orang duduk.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah untuk


pertandingan Star of Glory, Jom Balut Buku dan Penyampaian
Sijil kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran penuh
sepanjang Tahun 2019.

Untuk itu, majlis menjemput sekali menjemput ASP Ahmad Tuah


bin Sabran, Pegawai Perhubungan Sekolah, diiringi Puan Lim
Yen Leng, pengetua SMK USJ 4 bagi menyampaikan sijil dan
cenderamata.

Dipersilakan….

Dimulakan dengan Pertandingan Kelas Tercantik dan Terbersih


“Star of Glory”

Tempat pertama dimenangi oleh 4 Kepler (dijemput ketua


tingkatan bersama-sama dgn guru tingkatan untuk naik ke pentas
utk menerima piala dan sijil). Tempat kedua dimenangi 5 Kepler
dan Tempat ketiga oleh 3 Tennyson dan 3 Umar Khayyam

Pertandingan Kelas Tercantik dan Terbersih “Star of Glory”


Bagi kelas PPKI dimenangi oleh :

Tempat pertama – PK Ting 1 Socrates


Tempat kedua – PK Mozart
Tempat ketiga – PK Ting 4 Socrates

Bagi pertandingan Jom Membalut Buku yang dianjurkan oleh unit


SPBT, berikut merupakan para pemenang bagi pertandingan ini.

Bagi kategori individu dipersilakan

1. Tunku Teja Jewa binti Tunku Sufrizal


2. Liew Liang Xin
3. Nik Alyssa Natasha
4. Fatin Nabilah binti Ahmad Sabri
5. Chang Jia Man

Bagi Kategori Kelas dipersilakan ketua tingkatan bagi kelas-kelas


berikut :

1. 4 Socrates
2. 4 Mozart
3. 4 Rembrandt

Di kesempatan ini juga, pihak sekolah ingin menyampaikan sijil


penghargaan kepada murid-murid yang mempunyai kehadiran
penuh sepanjang tahun 2019. Dimulai dengan

1. Ahmad Ariff Akmal bin Ibrahim (PPKI)


2. Adibah Aqilah bt Mohd Amiruddin (3UA)
3. Liew Liang Xin (3S)
4. Aryisha Zulaykha bt Muhammad Azhan (3M)
5. Ooi Shi Yao (4D)
6. Zulfa Aleeya bt Zamzuri (4D)
7. Siti Nur Shuhadah bt Nurul Azmi (4K)
8. Muhammad Asyraf bin Mat Noh (5I)
9. Nur Atina bt Zubaidi (5R)
10. Isaac Yang Hao Tung (5A)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih


diucapkan kepada ASP Ahmad Tuah bin Sabran dan Puan Lim
Yen Leng di atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderamata
sebentar tadi.

8 Penutup Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili pihak SMK USJ 4, merakamkan penghargaan


terima kasih kepada ASP Ahmad Tuah atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Minggu Hal
Ehwal Murid bagi tahun 2020 dan Program Jom Ke Sekolah
Peringkat Kebangsaan.

Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

You might also like