Professional Documents
Culture Documents
50 Aktiviti Pak 21
50 Aktiviti Pak 21
1. I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya)
b) Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara (think)
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari sebelum ini.
Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.
Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulan kemudian
untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.
6. Survey (Tinjauan )
Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu.
a) Lisan
b) Video
c) Powerpoint
d) Pameran
e) Nyayian
f) Tarian
g) Lakonan
a) Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian
untuk 1 murid).
c) Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan.
1
9. Chunking (Gabungan)
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru untuk mempertingkatkan pemahaman
mereka.
Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang mengenai soalan / topik yang diletakkan di atas meja
(table cloth)
11. SWOT
Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak :
S: Strengths (Kekuatan)
W: Weaknesses (Kelemahan)
Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-
topik tertentu.
Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis.
Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea yang bernas daripada murid.
2
20. Read and highlight (baca dan tanda)
Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi
penting/utama.
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat.
Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang
sesuai / tepat.
Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti :
a) Know (What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia ada
b) What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan murid
c) Learned (What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian sumatif.
Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir
PdP).
Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untukmenunjukan kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Mind map
mempunyai pelbagai bentuk. Ia boleh berubah mengikut kreativiti, citarasa dan mood murid.
Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-ayat / perenggan mengikut
kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi.
Borang chart and share diberikan kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang serta berkongsi maklumat/idea dengan
kumpulan yang lain.
Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja. Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di
atas kertas tersebut.
Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut kumpulan dan mereka mesti bekerjasama dengan kumpulan lain untuk
melengkapkannya/menyiapkan.
3
32. Talk Partners ( Rakan Berbual)
Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari dengan rakan mereka.
33. Make Predictions ( Membuat andaian)
Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan. Selepas demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang
mengenai andaian mereka sebelum ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.
34. Snow Balling (Bola Salji)
Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
a) Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
b) Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan. Jadikan dua jawapan yang ada kepada satu jawapan yang dipersetujui
bersama.
c) Ulang proses yang sama. – Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.
35. Hot Seating (Kerusi Panas)
Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. Dia bertindak untuk menjawab soalan atau menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-
rakannya di dalam kelas berkaitan dengan tajuk yang diperbincangkan.
36. Goldfish Bowl (Mangkuk ikan emas)
Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid
lain boleh bertanya soalan kepada kumpulan murid ini.
37. Free Discussion (Perbincangan Bebas)
Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak berstruktur perbincangan ini memerlukan guru
@murid yang berpengalaman sebagai pemudah cara.
38. Listerning Triad (Pendengaran bertiga)
a) 3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang murid sebagai penyoal, seorang menjawab dan seorang pencatat.
b) Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan berakhir
c) Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir.
39. Role-Play (Main peranan)
Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan topik sensitif dan emosi. Contohnya minta murid
membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan
kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang mengalami situasi tersebut.
40. Round Table
Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik. Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan
menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.