You are on page 1of 2

Pemandu sendiri adalah punca utama kemalangan jalan raya

Isu kemalangan jalan raya merupakan isu yang sering berlaku di Malaysia. Ramai yang
kehilangan nyawa dan orang yang tersayang disebabkan kemalangan jalan raya.

Menurut kajian terkini di Malaysia pada tahun 2019, purata kes maut di atas jalan raya adalah
sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun. Tapi apakah faktor yang menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya?

Baru–baru ini, berita mengenai satu kemalangan jalan raya telah dilaporkan di Sandakan.
Kita difahamkan kenderaan yang dinaiki tiga orang lelaki itu terbabas di jalan Sibuga pada
hari Isnin lalu. Ketiga-tiga lelaki itu juga telah disahkan meninggal dunia di lokasi terbabit.

Berdasarkan berita yang telah dilaporkan, pihak berkuasa haruslah mengkaji apakah punca
berlakunya kemalangan terbabit.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan
raya. Namun punca utama adalah datang dari individu atau pemandu itu sendiri.

Meskipun tidak semua, ada segelintir pemandu yang hanya memikirkan diri mereka sahaja
tanpa menghiraukan orang lain. Mereka beranggapan yang mereka adalah cekap dalam
memandu namun secara realitinya tidak.

Tambahan lagi apabila pemandu mengendalikan kenderaan mereka dalam keadaan yang
mabuk. Arak dan dadah adalah salah satu musuh negara.

Apabila seseorang individu itu berada di dalam pengaruh arak ataupun dadah, ianya boleh
menyebabkan dia berada dalam keadaan yang kurang stabil.

Selain daripada itu, pemandu memandu sambil bermain gadjet. Tidak dinafikan bahawa
gadjet sudah menjadi keutamaan kita dengan bertujuan untuk berkomunikasi tanpa perlu
bertemu.

Namun demikian, menggunakan gadjet sambil memandu merupakan salah satu penyumbang
kepada kemalangan.
Apabila kita memandu, kita haruslah menumpukan sepenuh perhatian kepada jalan.
Penggunaan gadjet seperti komputer riba dan telefon bimbit akan mengurangkan perhatian
pemandu dalam pengendalian kenderaan.

Yang terakhir, memandu dengan melebihi had kelajuan yang ditetapkan merupakan salah
satu punca yang akan menyebabkan kemalangan.

Kemungkinan untuk berlaku kemalangan adalah sangat tinggi jika kita memandu dengan
sangat laju. Ini kerana kenderaan yang dikawal akan mudah untuk hilang kawalan dan boleh
terbabas.

Oleh itu, harapan saya, pihak berkuasa dan kerajaan haruslah menitikberatkan isu
kemalangan jalan raya. Ketatkanlah undang-undang jalan raya supaya pemandu tidak berani
untuk melanggar peraturan tersebut.

Sebagai penutup kata, kita sebagai pemandu sepatutnya berhati-hati Ketika memandu di jalan
raya supaya dapat mengelakkan berlakunya kemalangan. Bak kata pepatah ‘Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

Bibliography
Farid, A. (2021, October 11). hellodoktor. Retrieved from hellodoktor,com:
https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/kemalangan-di-jalan-raya/

Link artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/182286/BERITA/Semasa/Tiga-maut-kenderaan-
dinaiki-terbabas

You might also like