You are on page 1of 20

PENDAHULUAN

Jika kita lihat dalam bidang sejarah, kajian tentang perubahan yang berlaku dalam sesebuah

negara mahupun masyarakat sememangnya menjadi hal yang tidak asing lagi. Namun begitu,

tidak dapat dinafikan bahawa kajian yang sering diketengahkan adalah lebih kepada kajian

mengenai perubahan politik mahupun perkembangan ekonomi. Fokus terhadap perubahan

dari sudut sosial sering diabaikan walhal ianya boleh dikatakan satu sudut yang paling dekat

dengan kehidupan manusia kerana sifatnya yang membincangkan tentang masyarakat

(society) itu secara keseluruhannya. Apabila menyentuh aspek sosial, sudah pasti hubungan

masyarakat dalam hal ekonomi dan politik juga tidak terlepas daripada turut dibincangkan. 1

Malah, aspek sosial ini juga boleh digunakan dalam konteks perkhidmatan dan kemudahan

yang turut berkembang serta sering kali mencakupi hal-hal kebajikan.2

Jika kita membincangkan tentang perubahan-perubahan sosial yang berlaku di Tanah

Melayu, kita akan menemui banyak perkembangan yang terjadi. Perkembangan ini lazimnya

tidak berlaku sendiri tetapi banyak didorong oleh keadaan semasa yang berputar dalam

kitaran perubahan Tanah Melayu itu sendiri. Antaranya ialah pengaruh luar yang terjadi sejak

sekian lama. Bagi menjawab soalan yang diberikan, saya akan mengecilkan skop

perbincangan kepada pengarauh dari India dan China. Tanah Melayu merupakan sebahagian

daripada longgokan Benua Asia. Kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan perdagangan

antarabangsa antara China dan India, dua buah pusat tamadun kuno yang terletak di sebelah

Timur dan Barat. Berdasarkan kedudukan geografinya yang sangat strategik ini, tidak

hairanlah jika Tanah Melayu mudah mendapat pengaruh-pengaruh daripada kedua-dua

tempat tadi.

1
http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/81513/mod_resource/content/1/khoo%20kay%20kim%20AEEA
%203306.pdf [diakses pada 14 Mei 2013]
2
ibd
Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergelokan politik dan perebutan takhta

yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di Tanah Melayu telah menjadi

milik British. Selepas perjanjian British-Belanda 1824, kedudukan British di Tanah Melayu

semakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri Barat, mencari pasaran

baru untuk barangan siap dan mancari peluang baru untuk pelaburan di Barat, British telah

mengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. British bertindak

membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan

jumlah tenaga kerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan

dimanopoli. Jumlah kedatangan kedua-dua imigran ini telah meningkat secara mendadak di

Tanah Melayu selepas itu.

Tindakan British membawa masuk imigran-imigran ini adalah kerana terdapat pelbagai

kelebihan pada mereka contohnya berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti

perlombongandan pertanian yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran terhadap hasil

bumi yang terdapat di Tanah Melayu kepada pihak British. Kesannya kedua-dua imigran ini

menguasai dua sumber ekonomi yang berbeza sehingga terbentuk pola-pola ekonomi

terhadap masyarakat. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi secara tidak

langsung telah mendorong pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya, landasan kereta api dan

pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Selain itu juga, kedatangan imigran

ini telah memberi kesan yang besar ke atas Tanah Melayu kerana telah mengubah pola

kependudukan dan juga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk.


GELOMBANG MIGRASI PERTENGAHAN ABAD KE 19

Para ahli akademik, sama ada seorang sejarawan, ahli sosiologi dan sebagainya seakan

sependapat bahawa proses migrasi jelas terlihat pada abad ke-19 apabila British berusaha

membawa masuk golongan imigran untuk berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak

mendapat sambutan penduduk tempatan. Bahkan bukan sedikit yang berpendapat,

masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini ialah kerana pembinaan pihak British. Hal ini

boleh dilihat melalui kadar pertambahan penduduk di Semenanjung di Tanah Melayu pesat

berlaku bermula padatahun 1911 dan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa.

Pertambahan penduduk yang pesat ini merupakan kesan daripada kemasukan imigran Cina

dan India. Penduduk Cina di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang bertambah dua

kali ganda antara tahun 1891 sehingga tahun 1901.3 Bilangan kemasukan masyarakat India ke

Tanah Melayu telah bertambah di antara tahun 1911–1921 iaitu semasa harga getah semakin

meningkat. Ini amat jelas memandangkan pertambahan bilangan masyarakat India antara

tahun 1911 – 1921 di mana bilangan mereka bertambah dari 270 000 orang kepada 470 181

orang. Mengikut bancian penduduk pada tahun 1891, Negeri- negeri Melayu Bersekutu

dianggarkan mempunyai 418, 527 orang penduduk, meningkat tiga kali ganda sejak campur

tangan British di Tanah Melayu.4 Ianya memperlihatkan bagaimana masyarakat di Tanah

Melayu mula mengalami proses perkembangan yang sangat ketara.

3
Institut Tadbiran Awan Negara. Malaysia Kita. 1999. Hal 423
4
ibid
Kemasukan Imigran Cina

Kaum Cina merupakan kaum yang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah kemasukan imigran

dari luar ke Tanah Melayu. Hal ini demikian memandangkan kedatangan mereka telah pun

lama berlaku. Seperti lazimnya kedatangan sesuatu bangsa ke sesebuah kawasan, orang Cina

juga pada awalnya masuk ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan sebilangan kecil pernah

menetap di sini khasnya pada zaman Kesultanan Melaka.5

Perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu berkaitan perhubungannya dengan

penjajahan British. Ia diibaratkan seperti “di mana sahaja bendera Inggeris berkibar, di sana

ramai orangCina bernaung”. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya, masyarakat Cina

daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan

penderitaan.6 Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Semasa

British memerintah pula, orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah

Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha

dan bersifat keusahawanan.7

Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti

diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem

tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe, bilangan buruh Cina yang berhijrah

memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. 8 Namun angka yang tepat

sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah

Melayu. Pada peringkat awal kemasukan warga Cina ke Tanah Melayu adalah dengan

5
Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.
Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.
6
Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London : Macmillan, 1987. Hal 159
7
Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. Hal 102
8
W.L. Blythe. Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. Journal of the Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society. 1953. hal3.
pembiayaan sendiri. Selepas ekonomi Tanah Melayu menunjukkan peningkatan yang

memberangsangkan menyebabkan banyak galakan diberi untuk menarik lebih ramai

kemasukan buruh-buruh luar. Para pembesar juga berperanan dalam membawa masuk buruh-

buruh luar untuk mengusahakan perlombongan bijih timah. Terdapat kapitan yang dilantik

untuk mengendalikan buruh-buruh Cina tersebut. Kapitan ini juga merupakan ketua kongsi

gelap. Selain itu terdapat juga Sistem Kangcu, melalui sistem ini Sultan Johor bertindak

mengeluarkan surat sungai kepada pemodal- pemodal Cina untuk mengusahakan tanaman

seperti tanaman lada dan gambir. Terdapat juga Sistem Tiket Kredit yang diperkenalkan,

berdasarkan sistem ini, para imigran diberi hutang pelayaran. Namun, sistem ini dilihat

membebankan imigran kerana mereka terpaksa menanggung hutang dan kesannya mereka

mendapat upah yang sangat murah.

Kemasukan Imigran India

Seperti juga imigran Cina, kemasukan orang India ke Tanah Melayu telah berlaku sejak

kegemilangan kesultanan Melayu lagi. Malah, berdasarkan kajian latar belakang sejarah

masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu menyatakan bahawa ianya mungkin telah

berlaku di sekitar awal tahun-tahun Masihi yang mana pada ketika itu hubungan Kedah dan

India sungguh rapat.9 Pada awal kemasukan imigran India ini, mereka hanya bertindak

sebagai pedagang dan tukang yang mana tidaklah berniat untuk hidup secara tetap di Tanah

Melayu.

Namun seiring dengan peredaran masa, imigran India ini mula berubah matlamat menjelang

abad ke-19. Tindakan British berundur ke Sumatera setelah menandatangani Perjanjian

Inggeris-Belanda sebenarnya turut mendorong kemasukan orang India yang menjadi tawanan
9
Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.
Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.
ke Negeri-negeri Selat. Kaum India ini telah dijadikan buruh untuk membina bangunan-

bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat.10 Seiring peredaran masa, imigran-

imigran India ini juga telah diimport untuk tujuan perladangan tebu di Province Wellesly

Tambahan pula, pembukaan ladang-ladang kopi di Semenanjung Tanah Melayu menjadikan

bilangan imigran India ini terus meningkat. Sehinggalah menjelang pertengahan abad ke-19;

apabila pembukaan ladang- ladang getah di Tanah Melayu telah berlaku yang sememangnya

merupakan tanaman yang semakin popular pada ketika itu, telah merancakkan lagi

pertambahan jumlah imigran India di Tanah Melayu.11

10
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 176
11
ibd
PERKEMBANGAN MASYARAKAT TANAH MELAYU PERTENGAHAN ABAD

KE-19

Menelusuri pertengahan abad ke-19, tidak dapat dinafikan lagi bagaimana kemasukan

imigran Cina dan India semakin menjadi-jadi. Orang-orang Cina dan India dibawa masuk

oleh orang Inggeris ke Tanah Melayu adalah demi memenuhi keperluan tenaga buruh dalam

usaha ekonomi secara besar-besaran.12

Pertambahan penduduk dari tahun ke tahun berlaku dengan cepat dan mengubah skala

kependudukan yang sedia ada di Tanah Melayu. Contohnya dapat dilihat pada tahun 1891

jumlah penduduk di Negeri-negeri Melayu adalah 418.5 ribu orang dan setelah sepuluh tahun

kemudian jumlah penduduk bertambah kepada 678.6 ribu orang. Pada abad ke 19, jumlah

komposisi kaum masyarakat asing mengatasi jumlah komposisi masyarakat tempatan.

Pada awal abad ke-19 lebih daripada 90 peratus penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada

penduduk bumiputera keturunan Melayu. Tetapi pada tahun 1911 peratus penduduk

bumiputera menurun kepada 54 peratus. Peratusan ini menurun lagi kepada 49 peratus pada

tahun 1921 dan pada tahun berikutnya menunjukkan peratusan yang semakin menurun.13

Kesan kemasukan imigran Cina dan India Ke Tanah Melayu telah merubah ekonomi, politik

dan sosial Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini telah membentuk satu kumpulan

masyarakat yang baru yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan. Dengan ini telah

membentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Wujudnya masyarakat majmuk ini telah

membawa identiti baru kepada masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu, kedatangan imigran

ini telah membawa kepada pertambahan penduduk yang ramai dalam masa singkat. Dengan

kedatangan pertambahan penduduk yang ramai ini telah mengubah pola kependudukan dan

12
Dr. Wan Abdul Kadir bin Wan Yusof. Jurnal Persatuan Sejarah : Proses Perubahan dan Pembandaran Orang
Melayu Sebelum Perang Dunia II. (spectrum)
13
Institut Tadbiran Awan Negara. Malaysia Kita. 1999. Hal 422
sosio-politik di Tanah Melayu pada masa itu. Namun begitu, pola kependudukannya berbeza

dari satu tempat ketempat yang lain. Hal ini adalah kerana faktor tumpuan ekonomi dan

kependudukan British itu sendiri sebagai pencetus kepada ekonomi yang berkembang di

Tanah Melayu. Dengan ini terbentuk kependudukan yang berbeza dimana terdapat kawasan

yang menjadi tumpuan dan padat penduduknya di kawasan bandar terutamanya di pantai

Barat. Selain itu, kependudukan juga berbeza dari mengikut kaum masing-masing. Hal ini di

mana Melayu tinggal di kampung-kampung, India di estet-estet dan Cina pula tinggal

dikawasan perlombongan dan bandar-bandar.

Perkembangan Sosial

Kesan dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India turut memberi kesan terdapat

interaksisosial di Tanah Melayu. Dasar penjajah yang mengasingkan imigran dan masyarakat

tempatan telah membawa masalah kepada pergaulan antara satu kaum dengan kaum yang

lain. Pengasingan tempat tinggal dan kerja telah menyebabkan masing-masing mempunyai

pemahaman sendiri terhadap kaum lain. Wujud pelbagai tanggapan stereotaip antara mereka.

Selain itu, wujud juga jurang antara kaum yang luas apabila terdapat orang terlalu kaya dan

jugayang miskin. Kesannya, keseimbangan dari segi ekonomi tidak berlaku. Namun begitu,

kehidupan kaum imigran adalah semakin baik kesan daripada ekonomi yang terus

berkembang di Tanah Melayu. Dengan kedatangan kedua-dua imigran ini telah membentuk

kebudayaan yang unik dan baru di Tanah Melayu. Kebudayaan boleh diertikan sebagai

keseluruhan cara hidup yang mencakupi antara lain kepercayaan, resam agama, bahasa,

ekonomi dan sebagainya yang diwarisi oleh anggota masyarakat dari semasa ke semasa dan

dari satu generasi ke satu generasi.14 Terdapat pelbagai budaya dalam masyarakat majmuk15
14
Mohamad Idris Saleh et all. 1944.Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Hal 62
15
Menurut J.S Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem
yang wujud dan merangkumi pelbagai aspek seperti upacara perkahwinan dan upacara

keagamaan.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses

pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin

bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem

sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu

ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan

Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan

masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar

Kemasukan imigran dari China dan India ini juga sebenarnya banyak memberi sumbangan

dalam perkembangan serta kemajuan sistem perhubungan di Tanah Melayu pada abad ke-19.

Penglibatan Inggeris dalam pentadbiran di Tanah Melayu turut menjadi tulang belakang

dalam perkembangan ini. Sebelum ini, sistem perhubungan di Tanah Melayu banyak

bergantung kepada sungai-sungai dan pelabuhan sahaja tetapi berubah setelah pembinaan

jalan-jalan raya dan jalan kereta api digiatkan. Walaupun pada peringkat awalnya pembinaan

sistem perhubungan ini lebih tertumpu kepada menghubungkan tempat di dalam negeri dan

bersifat pendek-pendek, namun ianya tetap membantu memudahkan pergerakan masyarakat

dari satu tempat ke satu tempat.

Setelah tertubuhnya Persekutuan 1896, usaha-usaha bagi membina jalan-jalan raya dan jalan

kereta api yang lebih panjang dan lebih luas, melewati dari satu negeri ke satu negeri telah

dijalankan.16 Pembinaan sistem perhubungan ini banyak disumbangkan oleh kaum India. Hal

ini demikian memandangkan rata-rata buruh yang digunakan adalah daripada golongan

politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka
amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian
tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
16
Lofti Ismail. Sejarah Malaysia : 1400-1963. Utusan Publications & Distributor. Kuala Lumpur. 1983.
imigran ini. Menurut pihak berkuasa Inggeris, mereka terpaksa menggunakan tenaga buruh

India dalam usaha ini kerana anak-anak bumiputera tidak mahu, pada keseluruhannya,

menyesuaikan diri mereka dengan kerja-kerja ini.17

Perkembangan sistem perhubungan ini sebenarnya banyak didorong oleh perkembangan

pembukaan lombong bijih timah yang pada ketika itu dirancakkan oleh kedatangan imigran

China serta perladangan getah yang banyak diusahakan oleh kaum India. Kita lihat

bagaimana usaha untuk menghubungkan satu kawasan perlombongan ke satu lagi kawasan

pelabuhan melalui jalan kereta api Taiping ke Port Weld, Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda

dan Seremban dengan Port Dickson.18

Apabila membincangkan tentang ciri baru dalam perkembangan masyarakat di Tanah

Melayu, kita tidak dapat lari daripada membincangkan soal kesihatan yang ternyata banyak

mengalami transformasi terutamanya sekitar abad ke-19. Penekanan terhadap kesihatan

banyak diberikan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Namun begitu, tidak

bermakna bahawa masyarakat di Tanah Melayu tidak mengambil berat akan hal ini sebelum

kedatangan penjajah tersebut. Terdapat usaha yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu

dalam aspek kesihatan seperti yang dilakukan oleh Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah

yang membawa masuk seorang doktor India yang pakar dalam bidang perubatan serta

mengimport kepakaran daripada Madras pada tahun 1856 bagi memberi rawatan kepada

penduduk Kedah.

Kemasukan imigran Cina yang bertali arus pada abad ke-19 sebenarnya turut membawa

bersama sistem perubatan tradisional mereka ke Tanah Melayu. Kemasukan yang akhirnya

membawa kepada proses mastautin mereka di Tanah Melayu turut membawa kepada

17
ibd
18
http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/81513/mod_resource/content/1/khoo%20kay%20kim%20AEEA
%203306.pdf
kemasukan tabib-tabib19 Cina serta beratus-ratus ubatan dari tumbuhan dan organ haiwan. 20

Hal ini sememangnya memberi suntikan baru kepada kepelbagaian sistem perubatan di Tanah

Melayu hingga hari ini. Apatah lagi pada tahun 1880, sebuah hospital kecil yang memuatkan

28 buah katil telah dibina di Kuala Lumpur oleh seorang hartawan Cina telah memberi

penanda aras awal bagaiman imigran Cina juga memberi perubahan kepada aspek kesihatan

di Tanah Melayu. Meskipun mungkin ianya dilihat hanya memberi manfaat kepada kaum

mereka sahaja tetapi hakikatnya kedatangan sistem perubatan Cina ini telah membuka mata

penduduk tempatan untuk lebih terbuka dalam mencuba sistem perubatan lain kerana pada

asalnya mereka lebih mengutamakan perubatan tradisional seperti pawang berbanding pergi

ke hospital untuk mendapatkan rawatan.21

Pada peringkat awal, rawatan kesihatan hanya diberikan kepada pegawai-pegawai dan tentera

British sahaja. Namun setelah kemasukan banyak imigran luar terutamanya kaum India dan

China yang datang akibat kerancakan ekonomi di Tanah Melayu, pihak British telah

memperluaskan rawatan kesihatan ini juga kepada tulang belakang ekonomi ini iaitu buruh

lading dan pelombong. Apabila penularan penyakit berjangkit mula merebak di Tanah

Melayu, Britih terpaksa berterusan memberikan sokongan kesihatan kepada penduduk Tanah

Melayu. Hal ini demikian kerana bimbang akan bahaya penularan penyakit yang mampu

menjejaskan tenaga buruh di Tanah Melayu itu sendiri.

Di samping membina klinik, hospital dan pusat kesihatan, British telah mengambil satu

langkah untuk mengawal wabak penyakit, iaitu melalui penyelidikan.Oleh itu, British talah

menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit merebak

dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit tersebut. Untuk itu,

British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan tahun 1900 di Kuala Lumpur.
19
Orang yg ahli dalam hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun).
20
http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/69530/mod_resource/content/1/medical_health.pdf
21
Choon Lee Chai, ‘Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal Rationalization in
Malaysia’, Tesis PhD, Department of Sociology University of Saskatchewan, 2008, hlm. 139.
Kita beralih pula pada perkembangan masyarakat di Tanah Melayu dari sudut pendidikan.

Seperti yang kita jelas ketahui, pendidikan di Tanah Melayu pada awalnya lebih kepada

pendidikan tidak formal dan banyak tertumpu kepada pendidikan agama. Sebelum

kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan di surau, sekolah

pondok dan masjid. Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan berpengaruh adalah

persekolahan pondok. Pondok yang pertama didirikan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Haji

Abd. Samad bin Abdullah. Pendidikan masyarakat pada masa itu berfokuskan kepada aspek-

aspek seperti membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum

agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. Namun, kehadiran kolonialisme

British telah memperkenalkan sistem pendidikan vernacular yang sebenarnya turut

dipengaruhi oleh golongan imigran.

Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa zaman penjajahan

Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola,

dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai

satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di

Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta

dasar terbuka dan tiada campur tangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem

pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat

bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Perkembangan sekolah vernakular Cina peringkat awalnya adalah berkaitan dengan faktor

ekonomi di rantau ini. Kemasukan beramai-ramai orang Cina pada 1870an telah

mengasaskan sistem persekolahan dan penerapan budaya Cina di Tanah Melayu.Sekolah

Cina yang pertama di bina di Tanah Melayu didirikan oleh William Milne dari Persatuan

Mubaligh London pada 1815. Sekolah ini menggunakan dialek Hokien dan mengajar

kurikulum Confucius. Sekolah vernakular Cina kebanyakannya juga dibina oleh persatuan
saudagar Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di Tanah Melayu. Pergolakan politik

di Cina mempengaruhi perkembangan sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu.

Sekolah vernakular Tamil pertama merupakan sebahagian daripada sekolah Penang Free

School. Sekolah Tamil awal juga merupakan usahasama Mubaligh Kristian dan Mubaligh

Tamil. Banyak sekolah Tamil yang wujud seperti Singapore Free School (1834), St Francis

Xavier Malabar School di Melaka (1850). Namun begitu sekolah ini tidak kekal

lama.Kebanyakan sekolah vernakular Tamil juga berada di kawasan estet getah di mana

terdapat majoriti buruh India di sana. Selain sekolah vernakular Tamil di estet, terdapat juga

sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar khusus untuk anak-anak kakitangan Jabatan

Kerja Raya yang kebanyakan buruh India. Kanak-kanak India berketuruna Serani menghadiri

sekolah vernakular Inggeris.

Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu

dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat.

Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al

system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk.

Perkembangan Ekonomi

Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan imigran Cina dan

India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat tempatan malahan

tidak memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Dasar-dasar yang telah

dilaksanakan British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran tidak
mengutamakan kepentingan kepada penduduk bumiputera. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat

telah memberi kelebihan kepada imigran untuk menguasai punca-punca ekonomi.

Kesan daripada dasar British juga menyebabkan setiap kaum dibahagikan mengikut kegiatan

ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan kegiatan penangkapan ikan.

Orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan. Manakala orang

India mengusahakan ladang getah dan perusahaan lain.

Selain itu, kegiatan ekonomi juga ini terpisah mengikut petempatan. Orang Melayu tinggal di

kampung-kampung dan kawasan yang berdekatan pertanian dan juga pinggir laut. Orang

Cina pula tinggal di kawasan bandar yang berkembang, hasil daripada kegiatan

perlombongan. Kedatangan orang Cina telah menggalakkan kepada tahap perkembangan

perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah

Klang dan Sungai Ujong. Orang Cina telah membuka lombong-lombong di Larut, Lembah

Kinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong. 22 Mereka juga memperkenalkan kaedah

perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam.23 Selain itu

mereka juga turut memperkenalkan penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah

bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1850 kepada 50000 tan dalam tahun 1904. dan terus

meningkat kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Lonjakan ekonomi dari eksport bijih timah

ini akhirnya melonjakkan nama Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar

dunia.24

Manakala orang India tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit.

Kemasukan orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah.

Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah Melayu tetapi

22
Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 310.
23
Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. 2000. Hlm 218.
24
Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia : warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1996. Hlm 223
pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Terdapat imigran-imigran

dari India yang berada di Tanah Melayu selepas kedatangan British dari golongan profesional

seperti peguam, polis dan doktor. Hal ini kerana British telah menggalakkan orang-orang

India yang berpelajaran untuk bekerja di Tanah Melayu. 

Kegiatan ekonomi eksport yang menguntungkan penjajah ini turut menguntungkan golongan

imigran. Proses pembandaran wujud di pusat-pusat tumpuan ekonomi eksport menyebabkan

mereka boleh berperanan sebagai penggerak yang bertindak sebagai buruh dan usahawan di

kawasan bandar. Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan

imigran Cina dan India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat

tempatan malahan tidak memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Dasar-

dasar yang telah dilaksanakan British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran

tidak mengutamakan kepentingan kepada penduduk bumiputera.

British menggunakan tauke Cina untuk mengutip hasil cukai dengan memberi hak pengutipan

cukai candu. Hasilnya, tauke Cina mahukan pulangan yang banyak, mereka membawa masuk

buruh-buruh Cina ke lombong bijih timah. British memberikan hak pajakan tanah kepada

tauke-tauke Cina bagi memastikan kekayaan berterusan. Apabila pemilikan tanah

dimiliknegerikan, permintaan terhadap tanah semakin meningkat. Banyak tanah kepunyaan

Melayu menjadi tumpuan orang-orang bukan Melayu. Permohonan tanah oleh pemodal-

pemodal asing diluluskan kerana tanah-tanah tersebut digunakan untuk pertanian.

Perkembangan Politik dan Pentadbiran

Kedatangan imigran turut merubah sisitem politik Tanah Melayu. Golongan pendatang ini

telah menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk tetap Negeri-negeri Melayu termasuk
hak-hak dalam politik. Masyarakat pendatang ini dengan secara terbuka menyatakan hasrat

untuk terus kekal di Tanah Melayu dan menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi

pada negara.

Setelah British telah mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu, perubahan dari segi

komposisi kaum dalam pentadbiran telah diubah. Dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)

yang ditubuhkan pada tahun 1877 terdiri daripada Sultan sebagai Presiden, Residen British

sebagai penasihat Presiden, Penolong Residen, beberapa orang pembesar tempatan, dan ahli-

ahli tidak rasmi yang terdiri daripada orang British dan Cina. Misalnya, kita lihat bagaiman

MMN yang ditubuhkan pada tahun 1877 di Perak termasuk 3 orang Melayu, 2 orang Inggeris

dan 2 orang Cina. Senario ini menunjukkan perubahan yang mana pada awalnya, Tanah

Melayu hanya ditadbir oleh orang Melayu sahaja. Kuasa pemerintahan mutlak diberikan

kepada orang Melayu yang bukan sahaja mengawal politik, tetapi juga ekonomi dan

seterusnya sosial masyarakat dahulu.

Tambahan pula, orang Cina & India turut dilibatkan dalam pentadbiran secara langsung.

Mereka semakin berani menyuarakan pendapat dan juga berani tampil bagi mewakili kaum

mereka. Apatah lagi apabila Britsh yang memerintah Tanah Melayu turut memastikan kaum

imigran ini berasa ingin kekal tinggal di Tanah Melayu, yang sudah pasti dapat menjamin

keuntungan ekonomi British. Kita lihat bagaimana undang-undang England yang digunakan

di Tanah Melayu telah diubahsuai mengikut undang-undang statut tempatan dan kod Dinasti

Ching.25 Kita juga boleh lihat bagaimana wujudnya Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Selat

juga telah menjadi antara perubahan yang berlaku dengan kedatangan imigran Cina di Tanah

Melayu. Beberapa majistret dan pegawai-pegawai Cina dilantik. 26Selain itu, kaum India juga

tidak terkecuali. Setelah beberpaa tahun mengalami perubahan di Tanah Melayu, ramai orang

25
Nik Hasnaa Nik Mahmood (penterjemah), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia, 1997. Hal 155
26
ibid.
India dijadikan kerani dalam pentadbiran kerajaan. Apatah lagi apabila British memastikan

golongan bijak pandai India ini turut memberi sumbangan kepada Tanah Melayu.

KESIMPULAN

Tempoh pertengahan abad ke-19 sehingga ke ambang tercetusnya Perang Dunia Kedua

merupakan antara tempoh terpenting dalam sejarah di Tanah Melayu. Perkembangan ini

didorong oleh pelbagai faktor serta tenaga yang mana akhirnya membawa kepada perubahan

yang besar pada struktur dan sistem sosial masyarakat tempatan. Perubahan ini juga dilihat

berlaku kerana penjajahanBritish di Tanah Melayu. Perkembangan pesat yang berlaku akibat

revolusi perindustrian di Eropah dan keinginan British membolot kesemua hasil kekayaan

bumidi Tanah Melayu mendorong pihak terbabit membawa masuk pekerja dari luar iaitu
terdiri daripada masyarakat Cina dan India. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak

British telah menggalakkan lagi kemasukan imigran ke Tanah Melayu terutamanya jaminan

perlindungan terhadap keselamatan para imigran yang berada di bawah British. Justeru,

berlakulah kebanjiran imigran di Tanah Melayu

Pihak penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan.

Kenyataan ini berdasarkan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh pihak British dalam

sistem pentadbiran yang diamalkan mereka. Interaksi antara imigran dan penduduk tempatan

sengaja dibiarkan tanpa haluan agar tidak wujud semangat perpaduan antara mereka. Berlaku

pemisahan tempat tinggal yang ketara apabila masyarakat tempatan terutamanya Melayu

dibiarkan tinggal di kawasan desa atau kampong-kampung, masyarakat Cina ditempatkan

dikawasan bandar dan kawasan-kawasan perlombongan, manakala masyarakat India dihantar

kekawasan pertanian seperti ladang dan estet-estet.

Kedatangan imigran ini telah memberi banyak perubahan yang memberi kesan yang hebat ke

atas Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila pada awal abad ke-19 kemasukan imigran

secara besar-besaran ini telah membentuk masyarakat baru di Tanah Melayu iaitu masyarakat

majmuk. Kesan kependudukan mereka ini telah mewujudkan sosio-budaya yang baru,

merubah ekonami Tanah Melayu serta politik di Tanah Melayu


BIBLIOGRAFI

Sumber Sekunder

Buku

1. Khoo Kay Kim. Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah

Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72. Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. 1971.

2. Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2003.
3. Choon Lee Chai, ‘Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal

Rationalization in Malaysia’, Tesis PhD, Department of Sociology University of

Saskatchewan, 2008,

4. Lofti Ismail. Sejarah Malaysia : 1400-1963. Utusan Publications & Distributor. Kuala

Lumpur. 1983.

5. Nik Hasnaa Nik Mahmood (penterjemah), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Johor

Bahru: Universiti Teknologi Malaysia, 1997.

6. Institut Tadbiran Awan Negara. Malaysia Kita. 1999.

7. Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia : warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996

8. Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

2000.

9. Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London :

Macmillan, 1987.

Internet

1. http://spectrum.um.edu.my/pluginfile.php/81513/mod_resource/content/1/khoo

%20kay%20kim%20AEEA%203306.pdf

Jumlah Muka Surat 1-21 hlm (New Times Roman, 12)

Nota Kaki (Bukan Nota Hujung) Times New Roman, 10, Single Spacing, APA Style.

You might also like