You are on page 1of 2

Andaikan bahawa kamu setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah.

Persatuan ini bercadang


untuk mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.
Tulis sepucuk surat kepada pihak pentadbir sekolah kamu untuk memohon kebenaran untuk
melawat.

Rangka Karangan
Pendahuluan
Memperkenalkan diri-menyatakan tujuan menulis surat

Isi-isi penting
(a) Menyatakan tarikh cadangan lawatan-jumlah murid dan guru yang terlibat
(b) Menyenaraikan tempat-tempat yang akan dilawati
(c) Memberitahu tujuan lawatan-menambah pengetahuan dan pengalaman- mengurangkan tekanan
murid selepas peperiksaan

Penutup
Mengharap berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini akan mendapat maklum balas-
ucapan terima kasih

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Convent,
34600 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
_______________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent,
34600 Taiping,
Perak Darul Ridzuan. 12 NOVEMBER 2021.

Puan,

Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar


Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Persatuan Bahasa Melayu SK Convent ingin memohon
kebenaran mengadakan lawatan. Untuk pengetahuan pihak puan, salah satu aktiviti Persatuan Bahasa
Melayu pada tahun ini ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

2.         Lawatan tersebut akan diadakan pada 15 hingga 18 November 2021. Lawatan ini akan disertai
oleh 30 orang murid dan diiringi oleh 3 orang guru penasihat iaitu Cikgu Amira binti Ameer ,
Cikgu Shahril bin Haji Husin  dan Cikgu Azwin binti Syed.

3.         Tempat-tempat yang akan dilawati semasa di Kuala Lumpur ialah Pusat Sains Negara, Muzium
Negara, Perpustakaan Negara, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan Zoo Negara.

4.         Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid. Di
samping itu juga, dapat mengurangkan tekanan kepada murid selepas menghadapi peperiksaan akhir
tahun.

5.         Saya bagi pihak persatuan berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini akan
mendapat maklum balas daripada pihak puan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Aznurin
(AZNURIN BT. YACOOB)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Convent.

You might also like