You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SMKBBP 600-3/2/2 (6)


Pengarah Tarikh : 10 Mei 2023
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara,
 No. 31, Lorong Perda Selatan 2, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam,

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN MINGGU BAHASA SMK BANDAR BARU


PERDA 2023
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, SMK Bandar Baru Perda akan mengadakan
Minggu Bahasa 2023 pada 22 hingga 26 Mei 2023. Oleh itu, pihak sekolah amat
berbesar hati untuk menjemput pihak tuan bagi menyampaikan ucapan dan
merasmikan program tersebut.

3. Majlis perasmian Minggu Bahasa SMK Bandar Baru Perda 2023 akan
diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 22 Mei 2023


Hari : Isnin
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Bandar Baru Perda

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amatlah berharap kehadiran pihak tuan
dalam menjayakan majlis ini dan seterusnya dapat menjalinkan kerjasama dengan
pihak tuan dalam melaksanakan program-program lain demi kebaikan murid-murid
SMK Bandar Baru Perda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Mohd Sharizat di
talian 011-29989094.

5. Segala keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan


ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

….……………………….
(PN. NOOR LILA BT. ZAKARIA)
Pengetua
SMK Bandar Baru Perda

You might also like