You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-QURAN WADDIN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1/2021

Tarikh : 10 Januari 2021

Masa : 09.00 Pagi

Tempat : Bilik Seminar

Pengerusi : Cik Siti Norisza Binti Ismail

Kehadiran : 4 Orang

Turut Hadir : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan
semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Sejarah kali yang pertama ini.

1.2 Tuan Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang
telah menjalankan tugas dengan baik dan berjaya melaksanakan kelas pdpr sesuai
dengan norma baru.

Tindakan: Untuk Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Tuan Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke-3 2020. Pn.Ratna Juwita
Bt Mohamad Yassin telah mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh
Pn.Noor Shafikah Bt Sagik.

Tindakan: Untuk Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit yang di usulkan daripada minit mesyuarat yang
dibentangkan.

4.0 ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN PT3 2020


4.1 Pengerusi memaklumkan tiada penilaian PT3 dilaksanakan pada tahun lepas
kerana masalah covid-19 yang melanda, namun demikian PBD terus dilaksanakan
sesuai dengan pembelajaran norma baru mengikut kelas pdpr.

4.2 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas usaha guru-guru dalam membantu


pelajar memastikan meraka menghadiri kelas pdpr dalam melaksanakan PBD.

4.3 Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana walaupun penilaian PT3 tidak
dilaksanakan pada tahun 2020 namun guru berjaya melaksanakan TST3 sejarah bagi
mencapai objektif dan memenuhi kehendak DSKP.
Tindakan: Makluman semua guru
5.0 DSKP/ RPT/E-REKOD
5.1Pengerusi meminta semua guru menyediakan sukatan DSKP dan RPT bagi setiap subjek
yang diajar.

5.2 Guru-guru diminta agar mematuhi DSKP sewaktu proses pdp dilaksanakan.

5.3 Sukatan pelajaran perlu dihabiskan mengikut masa yang telah ditetapkan.

5.4 RPT yang disediakan mengambil kira takwim dan aktiviti sekolah.

5.5 DSKP dan RPT perlu dihantar untuk disemak dan ditanda tangan oleh pengetua.

5.6 Semua guru diingatkan untuk melengkapkan butiran peribadi, jadual waktu, takwim,
headcount dan markah peperiksaan pelajar dalam fail rekod pengajaran.

5.7 Diingatkan bahawa guru perlu memastikan bahawa pdpr yang dilaksanakan oleh guru perlu
mengikut penjajaran dokumen standard kurikulum yang boleh diambil dari laman bpk. Guru
perlu memastikan kandungan asas ditekankan dan dapat dihabiskan mengikut masa yang
ditetapkan.

Tindakan : Semua Guru Sejarah

6.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PdP DAN BUKU LATIHAN


6.1 Perlu mengikut jadual Borang SKPM Standard 4 ( tercatat didalam Buku Pengurusan
Sekolah Tahun 2021).

6.2 Pemantauan dan pencerapan pdpr turut akan dilaksanakan oleh pentadbir melalui aplikasi
telegram sekolah.

Tindakan : Semua Guru MP

7.0 PEMBELAJARAN ABAD KE 21


7.1 Pengerusi meminta agar guru-guru untuk bersedia dan memantapkan kemahiran pedagogi
mereka dalam kelas pdpr dengan mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21 secara sepenuhnya
dan konsisten sesuai dengan sekolah perluasan KBAT.

7.2 Guru - guru perlu mengambil berat dalam penggunaan sistem-sistem yang berikut didalam
kelas sekirnya kembalinya kelas bersemuka:
a. Peta pemikiran I-THINK
b.Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - KBAT@ HOTs
c. Penggunaan simbol Traffic Light untuk pemahaman pelajar
d.Pembelajaran Berpusatkan murid
e. Pembelajaran dan Penilaian Kendiri
f.Kerja berkumpulan
g.Menampal Hasil Pembelajaran dan juga Kriteria Kejayaan di papan putih
setiap kali masuk ke kelas.

Tindakan: Semua Guru MP

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


8.1 Guru-guru diminta merancang untuk perbelanjaan bagi tahun 2021 mengikut jumlah yang
telah ditetapkan dan dinyatakan kepada Ketua Panitia. Setiap perbelanjaan panitia perlu dirujuk
terlebih dahulu kepada GKMP.

8.2 Ketua Panitia akan menyemak jumlah semua perbelanjaan yang telah dirancang.

8.3 Semua maklumat perbelanjaan perlu direkodkan dalam buku log oleh Ketua Panitia

8.4 Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2020 duit peruntukan yang belum habis boleh
digunakan untuk perbelanjaan tahun 2021.

Tindakan: GKMP dan Semua Guru

9.0 PROGRAM KECEMERLANGAN


9.1 Guru-guru yang mempunyai pandangan atau idea yang lebih baik boleh berkongsi dengan
guru lain untuk dilaksanakan bagi memantapkan lagi kurikulum panitia sejarah di sekolah sesuai
dengan norma baru.

9.2 Setiap guru perlu merancang aktivti kecemerlangan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2021
mengikut tingkatan bagi meningkatkan lagi pencapaian bagi mata pelajaran sejarah.

Tindakan: Semua Guru

10.0 HAL-HAL LAIN


10.1 Semua panitia perlu memastikan program kecemerlangan dilaksanakan dengan baik bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.

10.2 Segala permasalahan dan cadangan boleh dikemukakan pada pengerusi pada bila-bila
masa.

10.3 Setiap guru perlu lebih kerap berjumpa bersama-sama guru sejarah yang lain untuk
perkongsian ilmu.

Tindakan: Semua guru

PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

___________________
(Sarifah Nurul Najihah)

You might also like