You are on page 1of 17

JENIS PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI TAMAN LOK KAWI ( LOK KAWI WILDLIFE PARK )

Nama Kelas Sekolah

: SADDAM BIN HUSIN. : 6 atas 1. : S.M.K TANSAU PENAMPANG, PETI SURAT 655, 88858 TANJUNG ARU, SABAH.

Nama Guru : PN. WINDY ANJILUS. Tarikh Hantar : 25 JULAI 2011.

(.............................) (..........................) Tandatangan Pelajar: TandatanganGuru:

KANDUNGAN
1)Penghargaan 2)Pendahuluan 3)Objektif kajian 4)Kawasan kajian 5)Kaedah kajian 6)Dapatan kajian 7)Rumusan 8)Rujukan 9)Lampiran 15 16-19 5 6-13 14 1 2 3 4

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Tansau, DATIN HAJJAH PATIMAH BTE ALI kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru geografi saya iaitu PN. WINDY ANJILUS yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Rayzino Liew, Salwah nordin, Gloria Jane, Ng May Wei, dan Lizawati Ayub kerana telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada kakitangan-kakitangan Taman Hidupan Liar Lok kawi yang memberi kebenaran kepada kami membuat kajian di kawasan tersebut. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk lok kawi yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia. Kami semua telah diberikan tajuk mengenai Jenis Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar di Taman Hidupan Liar Lok Kawi ( Lok Kawi Wildlife Park). Oleh itu, kami diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Bagi Sabah, taman berkenaan berpotensi dijadikan tarikan baru kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan haiwan-haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan spesis Borneo yang ditempatkan diisitu. Terdapat haiwan yang berasal dari Borneo seperti orang utan, monyet Belanda, gajah terkecil, di dunia iaitu gajah Pygmy serta spesis badak yang hampir pupus iaitu Badak Sumbu Sumatera dan sebagainya yang dipamerkan di zoo di situ. Kawasan ini menjadi kawasan tumpuan bagi pelbagai aktiviti pelancongan seperti pendidikan, ekopelancongan dan penyelidikan. Ia menjadi destinasi utama bagi setiap pengunjung yang berkunjung ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini. Kawasan ini banyak menyumbangkan pelbagai sumbangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada penduduk sekitarnya. Kami beranggapan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut memberikan impak alam sekitar manusia dan fizikal dan berlakunya pembangunan ekonomi dalam memajukan Negara. Kami menjalankan kajian ini pada hujung minggu ketika cuti persekolahan bagi memudahkan kami bersedia untuk melaksanakan kajian ini. Saya menulis laporan ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di kawasan lapangan secara berkumpulan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat setempat.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan: 1. Menghuraikan kepentingan hutan terhadap habitat hidupan liar. 2. Mengenal pasti serta menyenaraikan punca-punca atau faktor-faktor kepupusan hidupan liar. 3. Menguraikan kepentingan hidupan liar terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. 4. Mengenal pasti serta menguraikan langkah-langkah pencegahan kepupusan hidupan liar.

KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang terletak di putatan berdekatan dengan Kampung Lok Kawi Baru dan Kampung Potuki yang merupakan sebuah kawasan yang dahulunya berbukit-bukau dan dilitupi hutan. Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani, telah dibuka secara rasmi pada Mac 2007 dengan memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri kerana ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut. Dengan adanya bantuan kerajaan, kawasan ini dapat dimajukan menjadi sebuah perkampungan lalu melaksanakan projrk dalam pembinaan taman hidupan liar ini sekitar kampong tersebut. Taman ini terletak kira-kira 12 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan 25 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Ia mengambil masa lebih kurang 12 minit perjalanan dengan kereta dari KKIA ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Kawasan kajian mempunyai keluasan 112 hektar. Walaupun jalan ke kawasan bengkang-bengkok, ia mempunyai jalan raya yang bertar yang rata sehingga ke kawasan kajian. Kerajaan amat menyokong pembinaan taman ini.

PETA : TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI.

KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :A) Pemerhatian: Kami menggunakan kaedah ini dengan mengenal pasti perubahan-perubahan yang berlaku terhadap lanskap alam sekitar, pencemaran yang berlaku bencana alam yang berpotensi untuk berlaku, aktivitiaktiviti ekkonomi, pengurusan yang dijalankan di kawasan kajian dan kesan alam sekitar akibat aktiviti ekonominya dan kesan penubuhan kawasan tersebut. B) Temu bual: Kami mengumpulkan maklumat tentang sebab dan mengapa harus adanya taman hidupan liar ini.

C) Soal selidik: Seramai 30 orang telah ditemu bual dalam mengumpulkan maklumat dalam pelbagai aspek. Respondan terdiri daripada pegawai, renjer, pemandu pelancong, pelancong tempatan dan pelancong asing serta penduduk tempatan di sekitar kawasan kajian. D) Rujukan: Kami merujuk kepada risalah-risalah yang diedarkan dan papan iklan yang terdapat di kawasan kajian serta merujuk kepada internet.

DAPATAN KAJIAN
HASIL DAPATAN OBJEKTIF 1
Menghuraikan kepentingan hutan terhadap habitat hidupan liar. JADUAL 1 KEPENTINGAN HUTAN KEPADA HIDUPAN LIAR SEBAGAI HABITAT SEMULA JADI KESINAMBUNGAN HIDUPAN LIAR BIL. RESPONDEN(ORANG) 18 PERATUS(%)

60

23.3

MENJADI SUMBER MAKANAN JUMLAH

16.7

30

100

RAJAH 1

KEPENTINGAN HUTAN KEPADA HIDUPAN LIAR


18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 7 5 18

KESINAMBUNGAN HIDUPAN LIAR SEBAGAI HABITAT SEMULA JADI MENJADI SUMBER MAKANAN

huraian objektif 1 Hutan sememangnya memainkan peranan yang penting kepada kepelbagaian hidupan yang menghuni didalamnya (flora dan fauna) atau dalam erti kata lain ialah hutan berfungsi sebagai habitat semula jadi kepada pelbagai spesies hidupan liar.Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesies contohnya,Hutan Hujan Amazon seluas 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan.Bagi satu hektar hutan Amazon terdapat 750 jenis spesies haiwan, dan 1500 jenis spesies tumbuhan. Hutan turut menjadi habitat semula jadi untuk haiwan membentuk lingkungan populasi dan meneruskan generasinya.Tanpa gangguan daripada aktiviti manusia

maka haiwan boleh hidup,bersaing dan membesar dengan seimbang dengan sumber makanan yang ada di dalam hutan tersebut .Apabila habitat atau hutan ini dimusnahkan maka pelbagai spesies haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesies untuk mencari habitat baru sehingga terpaksa pula menghadapi persaingan di kawasan baru. Hutan turut memainkan peranan yang penting sebagai tempat atau sumber utama bekalan makanan kepada pelbagai speises flora dan fauna.Contohnya di Malaysia yang mempunyai jenis hutan khatulistiwa adalah merupakan tempat asas sumber makanan kepada komuniti flora dan fauna yang mendiami didalam hutan tersebut,seperti sumber makanan buah-buahan dan sayur-sayuran hutan. Berdasarkan soal selidik diatas, seramai 18 orang responden memilihhutan sebagai habitat semila jadi iaitu yang terbanyak diundi. Seterusnya kesinambungan hidupan liar adalah yang kedua terbanyak di undi oleh para responden iaitu sebanyak 7 orang responden dan diikuti dengan hutan menjadi sumber makanan iaitu sebanyak 5 orang responden iaitu antara yang sedikit diundi.

HASIL DAPATAN OBJEKTIF 2 Mengenal pasti serta menyenaraikan punca-punca atau faktor-faktor kepupusan hidupan liar.
JADUAL 2 FAKTOR KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR PEMBURUAN PEMANASAN GLOBAL PEMBUKAAN LADANG BIL. RESPONDEN(ORANG) 8 1 5 PERATUS(%)

26.67 3.33 16.67

KELAPA SAWIT PEMBALAKAN PENYELUDUPAN HAIWAN JUMLAH 10 6 30 Rajah 2 33.33 20 100

FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR

20% 27% PEMBURUAN PEMANASAN GLOBAL PEMBUKAAN LADANG KELAPA SAWIT PEMBALAKAN PENYELUDUPAN HAIWAN 17% 33%

3%

huraian objektif 2. Tidak dapat dinafikan kepupusan hidupan liar pada masa kini adalah semakin membimbangkan kerana permasalahan ini telah menjadi kian serius saban tahun.Antara faktor yang menyebabkan kepupusan hidupan liar ini ialah pemburuan haram.Pemburuan haram adalah sangat serius di Malaysia ini merupakan faktor kepupusan habitat kepada haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melaluinya.Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja Selain daripada itu,kepupusan hidupan liar ini ada kena mengena dengan aktiviti penyuludupan haiwan.Penyuludupan ini dibuat adalah untuk memenuhi permintaan yang ramai daripada pelanggan.Contohnya penyulupan tenggiling,landak,pelanduk untuk dijadikan sebagai asas perubatan dan ada juga yang

dijadikan sebagai hidangan.Permasalahan ini adalah sangat sukar dibendung ekoran daripada khasiatnya yang sanagat menabjubkan dalam aspek perubatan tradisianol terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina. Peningkatan suhu dunia atau pemanansan global turut menjadi punca berlakunya kepupusan hidupan liar ini.Faktor perubahan iklim ini bukan lagi menjadi masalah baru dalam kes kepupusan flora dan fauna kerana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinasaour disebabkan perubahan cuaca dunia.Di samping itu, fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini. Punca lain kepupusan hidupan liar ini adalah disebabkan oleh pembalakan haram.Apabila aktiviti ini dijalankan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab maka bukan hanya hidupan liar yang akan mengalami kepupusan bahkan pelbagai jenis tumbuhan turut mengalami ancaman yang sama. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ini juga akan menyebabkan binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan, pembalakan adalah yang terbanyak iaitu sebanyak 10 orang responden diikuti dengan pemburuan iaitu sebanyak 8 orang responden. Penyeludupan haiwan ialah yang ketiga iaitu sebanyak 6 orang responden diikuti dengan pembukaan ladang kelapa sawit iaitu sebanyak 5 responden dan diakhiri dengan pemanasan global iaitu sebanyak seorang sahaja.

HASIL DAPATAN OBJEKTIF 3 Menguraikan kepentingan hidupan liar terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. JADUAL 3
KEPENTINGAN BIL. RESPONDEN(ORANG) 10 PERATUS(%)

KESEIMBANGAN EKOSISTEM BUMI SUMBER MAKANAN

33.3

26.67

KHAZANAH PENTING UNTUK GENERASI MASA HADAPAN SISA KUMBAHAN HAIWAN DIJADIKAN BAJA JUMLAH

30

10

30

100

Rajah3

KEPENTINGAN HIDUPAN LIAR TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA DAN FIZIKAL

10% 33% 30% 27% KESEIMBANGAN EKOSISTEM BUMI SUMBER MAKANAN KHAZANAH PENTING UNTUK GENERASI MASA HADAPAN SISA KUMBAHAN HAIWAN DIJADIKAN BAJA

10

HASIL DAPATAN OBJEKTIF 4 Mengenal pasti serta menguraikan langkah-langkah pencegahan kepupusan hidupan liar. JADUAL 4 LANGKAH-LANGKAH BIL. RESPONDEN (ORANG) PERATUS (%)

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN KEKAL KEMPEN KESEDARAN PENDIDIKAN (LAWATAN SAMBIL BELAJAR) JUMLAH

30

13.33

10 7

33.33 23.33

30
RAJAH 4

100

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KEPUPUSAN HAIWAN


PENDIDIKAN 7

KEMPEN KESEDARAN

10

MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN KEKAL

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG 0 1 2 3 4

9 10

12

huraian objektif 4

Kepupusan hidupan liar adalah satu masalah yang sangat mambimbangkan masyarakat dunia amnya di Malaysia sendiri.Justeru itu langkah pencegahan harus diambil bagi membendung permsalahan ini antaranya ialah menguatkuasakan undangundang iaitu dengan cara mengenakan denda atau kompaun,serta denda khususnya kepada pembalak-pembalak haram yang membalak secara membabi buta.Dengan itu,penekanan kepada perlunya lessen atau permit membalak adalah amat diwajibkan.

Di samping itu juga langkah lain bagi mencegah kepupusan hidupan liar adalah dengan mewartakan hutan sebagai hutan simpan kekal.Oleh yang demikian,dengan adanya hutan simpan kekal ini maka sedikit sebanyak mampu melindungi khazanah hutan ini daripada kerakusan pembalakan yang tidak bertanggungjawab.Contoh hutan simpan kekal di endau rompin Pahang.Pendekatan ini juga sangat memberi keuntungan kepada ekonomi negara kerana boleh menarik perhatian para pelancong untuk datang ke sini. Selain itu, langkah lainnya ialah dengan mengadakan kempen kesedaran.Hal ini disebabkan pencegahan adalah lebih baik daripda pemulihan justeru kesedaran daripada masyarakat adalah sangat diharapkan,ini maka pentingnya diadakan kempen kesedaran ini.Kempen ini boleh dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM). Oleh yang demikian usaha yang berterusan khususnya kepada jenerasi muda diharap akan dapat mewujudkan masyarakat yang boleh hidup dengan harmoni dengan persekitaran hutan. Langkah yang turut diberi penekanan ialah dengan melalui pendidikan ini adalah sangat diberi perhatian khususnya bagi mayarakat pelajar kerana mereka merupakan pewaris negara yang sangat penting, Oleh itu,bagi menyemai atau menanam rasa cinta pada alam sekitar maka perlulah bermula dari akar umbinya iaitu malalui pendidikan. Contohnya melalui mata Pelajaran Pendidikan Sivik serta Pendidikan Moral dan Pendidikan islam Justeru itu, diharap melalui pendidikan formal ini dapat memberi kesedaran yang mendalam dan berterusan dalam penjagaan hutan di Malaysia. Berdasarkan soal selidik diatas, kempen kesedaran merupakan undian yang tertinggi iaitu sebanyak 10 orang dan diikuti dengan menguatkuasakan undangundang iaitu seramai 9 orang. Seterusnya seramai 7 orang iaitu pada pendidikan dan diakhiri dengan mewartakan hutan simpan kekal iaitu seramai 4 orang responden sahaja.

13

RUJUKAN

1.Teks STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal edisi kedua terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd

2.Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal terbitan Pearson Malaysia

Sdn. Bhd.
3.www.google.com/sabahmap 4.www.scribd.com 5.http://geogmalaysia.blogspot.com/2009/04/kepentingan-hutan.html 6.http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp? y=2003&dt=1029&pub=estidotmy&se c=Fokus&pg=fs_01.htm 7.http://azemi09.wordpress.com/2010/04/18/info-kemusnahan-flora-dan-

fauna/

15

LAMPIRAN

16

You might also like