You are on page 1of 1

PROTOKOL TEMU BUAL

Assalamualaikum/salam sejahtera.Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu
kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu kami untuk mendapatkan serba
sedikit maklumat berkaitan pengurusan bilik darjah di sekolah ini.Untuk makluman cikgu,segala
maklumat yang direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak digunakan selain dari kajian ini.

SOALAN PENGENALAN

1-Berapa lama cikgu sudah berkhidmat sebagai seorang guru dan berapa lama cikgu berkhidmat di
sekolah ini?

2-Cikgu telah dipilih untuk ditemu bual kerana cikgu memegang jawatan sebagai guru kelas/ketua
panitia di sekolah ini,boleh ceritakan serba sedikit pengalaman cikgu sepanjang memegang jawatan
ini?

SOALAN TRANSISI

Temubual ini berfokuskan pengurusan bilik darjah,jadi

1. Bolehkah cikgu kongsikan dengan kami tahap pengurursan bilik darjah di sekolah ini?

2. Sejauhmanakah amalan pengurusan bilik darjah yang diamalkan oleh cikgu sejak bergelar seorang
guru dan bolehkan cikgu berkongsi apakah amalan tersebut?

SOALAN KUNCI

1. Seterusnya apakah masalah yang dihadapi oleh cikgu dalam pengurusan bilik darjah dan apakah
cara untuk mengatasinnya

2. Pada pendapat cikgu, adakah guru-guru di sekolah perlu membuat perubahan dalam mengurus
bilik darjah masa kini sebagai usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar disamping
membendung gejala soial serta isu disiplin yang semakin menular dalam kalangan pelajar sekolah ?

SOALAN PENUTUP

1. Ada apa-apa lagi makulmat yang cikgu nak tambah atau kongsikan?

You might also like