You are on page 1of 26

Lampiran 1

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN


SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

1.1 SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN HENDAKLAH MELAKSANAKAN SKOP


KERJA YANG DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT:

1.1.1 Jumlah Pengawal

 Jumlah pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai


Sekolah / Institusi Pendidikan. (Rujuk Dokumen Senarai Premis /
Lokasi Perkhidmatan)

 Jumlah pengawal merupakan jumlah pengawal yang perlu ditempatkan


bertugas mengikut syif yang perlu dibekalkan oleh syarikat.

1.1.2 Waktu Perkhidmatan

 Tujuh (7) hari seminggu / 24 jam sehari


 Termasuk cuti hujung minggu
 Termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Persekolahan

1.1.3 Syif Bekerja Pengawal Yang Ditetapkan Adalah Seperti Berikut :

Syif 1 : Dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam (12 jam)

Syif 2 : Dari jam 8.00 malam hingga 8.00 pagi (12 jam)

 Sebarang perubahan waktu bertugas / syif adalah tertakluk kepada


kelulusan bertulis daripada Pengarah Institusi Pendidikan/ Pengetua /
Guru Besar. Perubahan waktu bertugas tidak mengubah tempoh waktu
bertugas.

 Seorang pengawal hendaklah bertugas mengikut syif yang ditetapkan


dan tertakluk kepada Akta Kerja 1955 serta undang - undang dan
peruntukan semasa yang berkuat kuasa.
1.1.4 Peraturan Kerja

1.1.4.1Pelantikan

(a) Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Pengawal


Keselamatan dalam aspek:

 Pembayaran Gaji dan Upah;


 Caruman PERKESO dan KWSP;
 Pakaian Seragam;
 Perbelanjaan Perubatan dan Rawatan;
 Disiplin;
 Kebajikan;
 Peralatan Untuk Menjalankan Perkhidmatan Kawalan
Keselamatan; dan
 Latihan / Kursus yang berkaitan dengan Kawalan
Keselamatan.

(b) Syarikat dikehendaki menggaji dan menentukan seramai ...........


orang Pengawal Keselamatan termasuk seorang Ketua
Pengawal Keselamatan yang bertugas dalam setiap syif yang
ditetapkan dalam Dokumen Senarai Premis / Lokasi
Perkhidmatan.

(c) Syarikat hendaklah memastikan bahawa Pengawal Keselamatan


tidak bertugas lebih daripada 12 jam sehari sebagaimana yang
ditetapkan dalam Dokumen Senarai Premis / Lokasi
Perkhidmatan.

(d) Sekiranya seseorang Pengawal Keselamatan itu bercuti sakit,


cuti rehat, cuti kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri
untuk bertugas atau dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan
diri untuk bertugas, maka Syarikat hendaklah menyediakan
pengganti Pengawal Keselamatan tersebut daripada kalangan
Pengawal Keselamatan yang telah disahkan oleh Kerajaan bagi
melaksanakan Perkhidmatan.

(e) Sekiranya pada bila - bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian


atau semasa Pengawal Keselamatan menjalankan
Perkhidmatan, Kerajaan mendapati Pengawal Keselamatan
yang dibekalkan tidak memenuhi kriteria pelantikan atau tidak
sesuai untuk melaksanakan Perkhidmatan, Syarikat hendaklah
menyediakan pengganti Pengawal Keselamatan yang telah
disahkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan Perkhidmatan di
bawah Perjanjian ini tanpa apa - apa kos tambahan kepada
Kerajaan.

(f) Sekiranya Syarikat gagal menyediakan pengganti Pengawal


Keselamatan menurut Klausa 1.1.4.1 (d) atau 1.1.4.1 (e),
Kerajaan berhak membuat tolakan ke atas bayaran
Perkhidmatan.

(g) Kerajaan boleh meminta Syarikat menambah bilangan anggota


Pengawal Keselamatan pada satu-satu kawasan atau pada
masa tertentu sekiranya difikirkan perlu oleh Kerajaan. Dalam
keadaan tersebut, Pihak – Pihak akan merundingkan, antara
lain,Bayaran Perkhidmatan yang akan dibayar kepada Syarikat
dan skop kerja dan sebarang perkiraan yang dipersetujui
hendaklah diperuntukan melalui perjanjian tambahan yang akan
dibuat kemudian oleh Pihak – Pihak.

1.1.4.2 Kriteria Pelantikan

Dalam melantik Pengawal Keselamatan bagi melaksanakan


Perkhidmatan, Syarikat hendaklah:

(a) mematuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan dalam


undang – undang, peraturan, pekeliling dan perintah tetap
operasi yang berkuat kuasa di Malaysia;

(b) memastikan Pengawal Keselamatan yang diambil bekerja


tidak mempunyai rekod jenayah dan telah disahkan lulus
tapisan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari Tarikh
Berkuat Kuasa Perjanjian ini atau tarikh Pengawal
Keselamatan berkenaan dilantik oleh Syarikat, mengikut
mana yang terkemudian. Mana – mana Pengawal
Keselamatan yang didapati tidak lulus tapisan keselamatan
dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan berkhidmat
dan perlu diganti dengan serta – merta dengan Pengawal
Keselamatan yang telah lulus tapisan keselamatan;

(c) memastikan pengawal menghadiri kursus Certified Security


Guard (CSG) selama enam (6) hari dalam tempoh enam (6)
bulan dari tarikh Berkuat Kuasa Perjanjian ini atau tarikh
Pengawal Keselamatan berkenaan dilantik oleh Syarikat,
mengikut mana yang terkemudian. Salinan kehadiran
kursus CSG hendaklah dikemukakan kepada pihak
pentadbir premis;

(d) melantik Pengawal Keselamatan yang terdiri daripada


kalangan warganegara Malaysia sahaja yang telah mendapat
pengesahan kad pengenalan biometrik di mana – mana
Jabatan Pendaftaran Negara dan Syarikat digalakkan untuk
memberi keutamaan kepada bekas polis / tentera dari
kawasan setempat sebagai Pengawal Keselamatan;

(e) memastikan Pengawal yang dilantik fasih bertutur dan


menulis dalam Bahasa Malaysia;

(f) menghalusi pemilihan dan pengambilan kerja Pengawal


Keselamatan atau mana – mana pekerja yang diletakkan dan
ditugaskan;

(g) menentukan hanya Pengawal Keselamatan yang


berpengalaman, terlatih, cekap dan berwibawa ditugaskan;

(h) memastikan setiap Pengawal Keselamatan telah atau


dikehendaki dari semasa ke semasa menjalani pemeriksaan
kesihatan yang rapi dan disahkan sihat tubuh badan,
penglihatan yang baik dan mempunyai rekod perubatan yang
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan;

(i) memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik adalah


berdisiplin, cergas, sihat tubuh badan, berpengetahuan dan
terlatih dalam aspek keselamatan dan kebakaran;

(j) memastikan bahawa pengambilan Pengawal Keselamatan


bertugas yang mempunyai pertalian saudara adalah tidak
melebihi daripada dua (2) orang;

(k) memastikan Pengawal Keselamatan yang dilantik


berkelakuan baik, bertatatertib, mematuhi peraturan –
peraturan dan tidak melakukan perbuatan – perbuatan buruk,
salah laku atau menyalahi undang – undang sepanjang
Tempoh Perjanjian;
(l) memastikan Pengawal Keselamatan tidak buta warna dan
tidak cacat penglihatan;

(m)tidak menggaji atau mengambil bekerja mana – mana orang


di bawah umur lapan belas (18) tahun atau melebihi umur
enam puluh lima (65) tahun sebagai Pengawal Keselamatan.
Walau bagaimanapun, bagi mana – mana orang yang
berumur lima puluh enam (56) tahun sehingga enam puluh
lima (65) tahun boleh dilantik sebagai Pengawal Keselamatan
hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai
Perubatan Kerajaan mengenai tahap kesihatan diperolehi
setiap tahun. Laporan kesihatan hendaklah dikemukakan
kepada pihak pentadbir premis; dan

(n) memastikan Pengawal Keselamatan bukan seorang penagih


dadah dan menjalani pemeriksaan air kencing dan lulus ujian
air kencing dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
Berkuat Kuasa Perjanjian ini atau tarikh Pengawal
Keselamatan dilantik oleh Syarikat mengikut mana
terkemudian. Sekiranya Pengawal Keselamatan tidak lulus
ujian air kencing dalam tempoh yang ditetapkan, Pengawal
Keselamatan tersebut tidak dibenarkan berkhidmat dan
hendaklah diganti dengan serta – merta dengan Pengawal
Keselamatan yang lulus ujian air kencing. Keputusan ujian
air kencing hendaklah dikemukakan kepada pihak
pentadbir premis;

(o) Semua pengawal setiap lapisan pangkat yang bertugas


sentiasa mematuhi peraturan seperti berikut:

i. Berpakaian seragam rapi, kemas, lengkap dan bersih;

ii. Rambut pengawal;

(a) Lelaki : Sentiasa pendek, kemas, rapi dan tidak


melewati anak telinga

(b) Perempuan : Sentiasa kemas dan rapi


(p) Pengawal tidak dibenarkan merokok / vaping semasa
bertugas.

(q) Pengawal hendaklah mahir dalam bidang pertolongan


cemas dan boleh melaksanakan pertolongan cemas apabila
ketiadaan pihak yang lebih mahir. Oleh itu pengawal
dikehendaki cekap menggunakan peralatan kecemasan
dengan tatacara yang betul.

(r) Pengawal dikehendaki mahir dalam penggunaan semua


alat pencegah kebakaran.

1.1.4.3 Perkhidmatan

(a) Syarikat hendaklah memastikan dan menetapkan bahawa


pada setiap masa, Perkhidmatan dilaksanakan menurut
spesifikasi seperti yang ditentukan;

(b) Syarikat hendaklah melantik seorang Pegawai Operasi yang


bukan daripada kalangan Pengawal Keselamatan yang akan
bertindak sebagai pegawai perhubungan (liaison officer)
antara Kerajaan dengan pihak Syarikat bagi tujuan Perjanjian
ini. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan
secara bertulis sekiranya terdapat pertukaran atau pelantikan
Pegawai Operasi yang baharu;

(c) Syarikat hendaklah menyediakan sesalinan kod etika, fungsi


dan tanggungjawab Pengawal Keselamatan yang telah
ditandatangani oleh Pengawal Keselamatan itu untuk
diserahkan kepada Pengawal Keselamatan tersebut;

(d) Syarikat hendaklah menjalankan siasatan awal dan melapor


setakat yang munasabah aktiviti di Premis yang menimbulkan
syak kepada Kerajaan atau wakilnya;

(e) Syarikat hendaklah membenarkan mana – mana wakil


Kerajaan yang diberi kuasa untuk memeriksa dan membuat
lawatan di Premis pada bila – bila masa;
(f) Syarikat hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke
atas Pengawal Keselamatan yang didapati cuai dan
melakukan kesalahan jenayah selaras dengan peruntukan
undang – undang yang berkuat kuasa;

(g) Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan


bersikap sopan – santun, bertatatertib dan mematuhi
Peraturan – Peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa oleh Kerajaan;

(h) Syarikat hendaklah membekalkan segala alatan dan


kelengkapan yang diperlukan oleh Pengawal Keselamatan
dalam memberikan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini;

(i) Syarikat hendaklah memastikan Pengawal Keselamatan:

i) bertanggungjawab menjaga keselamatan Premis dan


harta benda Kerajaan dan mana – mana orang
dibenarkan berada di Premis daripada kecurian,
kerosakan dan kebakaran;

ii) mengawal pintu utama dan pintu – pintu keluar masuk


dan Premis;

iii) membuat rondaan, tinjauan dan pemerhatian serta


membuat clocking dengan menggunakan sistem
[watchman clock atau guard tour] setiap dua (2) jam
sekali di tempat – tempat yang telah ditetapkan;

iv) memastikan tiada orang awam atau mana – mana


orang yang tidak berkenaan berda di Premis;

v) tidak dibenarkan menerima kunci mana – mana


pejabat Premis dan memasuki kawasan dalam pejabat
di Premis terutama sebelah malam kecuali diiringi
kakitangan pejabat atau ketika kecemasan;
vi) sentiasa dalam keadaan bersedia dan tidak
dibenarkan merokok, tidur, membaca majalah /
suratkhabar dan berbual – bual semasa bertugas;

vii) melaporkan diri kepada Ketua Pengawal Keselamatan


sebelum menjalankan tugas. Kegagalan Pengawal
Keselamatan berbuat demikian adalah dianggap tidak
hadir bertugas dan tanpa menjejaskan hak Kerajaan,
Kerajaan boleh mengenakan tolakan terhadap
Syarikat sepertimana yang diperuntukan;

viii)memastikan bahawa Pengawal Keselamatan


memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh
Kementerian Dalam Negeri dan sentiasa menjaga
keterampilan diri bagi menjaga nama baik Kerajaan;

ix) menasihat pelanggan atau pelawat Kerajaan


mengenai penguatkuasaan tempat larangan merokok
di Premis;

x) memastikan catatan dalam buku laporan harian


semua peristiwa , kejadian dan situasi di sepanjang
masa Perkhidmatan;

xi) mengamalkan tatacara perhubungan awam yang baik


semasa berhubung dengan orang awam, pegawai dan
kakitangan Kerajaan demi menjaga imej Kerajaan;

xii) mengawal lalu lintas semasa kesesakan dalam Premis


dan memastikan semua pintu utama tidak terhalang
dan lalu lintas lancar sepanjang masa;

xiii)Pengawal dikehendaki juga melaksanakan


pemeriksaan terhadap pekerja – pekerja, orang –
orang awam dan kenderaan yang memasuki kawasan
premis untuk mencegah kecurian / pencerobohan;

xiv) Pengawal hendaklah membuat pemeriksaan yang


teliti terhadap pemunggahan barang – barang
menggunakan kenderaan untuk keluar dari kawasan
premis bagi mengelakkan kecurian harta Kerajaan /
pegawai / kakitangan dan pelajar atau mana – mana
orang yang dibenarkan secara sah meletakkan aset
mereka di dalam kawasan premis (bagi urusan rasmi
di sekolah);

xv) Pengawal hendaklah sentiasa ada dalam


simpanannya nombor telefon Balai Polis, Bomba
dan Hospital / Pusat Kesihatan yang berhampiran
dan juga dipamerkan di dalam pondok / pos pengawal
untuk tujuan dihubungi ketika kecemasan;

xvi) Pengawal hendaklah mematuhi semua peraturan


kerja yang berkuat kuasa dan lain – lain perubahan
peraturan kerja dari semasa ke semasa serta apa –
apa peraturan yang akan digubal hasil dari
perundingan dan perbincangan terperinci di antara
Kerajaan dan Syarikat Kawalan Keselamatan;

xvii) Pengawal wajib memberikan kerjasama yang


sepenuhnya ketika pemantauan oleh pihak
‘’Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang
dilantik bagi tujuan menilai keberkesanan khidmat
yang diberikan;

xviii) Perbincangan dengan pihak pentabir sekolah /


Institusi Pendidikan hendaklah dilakukan bagi tujuan
seperti berikut:

i. Menentukan kawasan yang terlibat;


ii. Mengatur program kerja;
iii.Taklimat mengenai peraturan - peraturan
sekolah;
iv.Senarai pengawal yang akan dibekalkan; dan
v. Lain-lain perkara yang berkaitan.

xix) Kerajaan sentiasa berhak untuk memeriksa


perkhidmatan kawalan keselamatan pada bila-bila
masa. Syarikat hendaklah memberi kemudahan
kepada Kerajaan untuk meneliti serta memeriksa
kawasan di mana perkhidmatan kawalan keselamatan
ini dilaksanakan; dan

xx) Pihak pentadbir sekolah / Institusi Pendidikan


seterusnya akan membuat perakuan terhadap
perkhidmatan kawalan keselamatan yang berkenaan
setelah kerja-kerja siap pada satu-satu masa.

1.1.4.4 Kelengkapan dan peralatan

(a) Syarikat wajib memasang Analog Watchman Clock Point di


lokasi - lokasi yang dipersetujui oleh pihak pentadbir Premis
sekolah / Institusi Pendidikan.

(b) Cadangan pemasangan peralatan serta kuantiti dan pelan


susun atur lokasi pemasangan hendaklah dikemukakan
kepada pihak pentadbir Premis dalam masa dua (2) minggu
sebelum tarikh kontrak bermula. Syarikat diberi masa dua
(2) minggu daripada tarikh surat persetujuan pihak pentadbir
Premis ke atas cadangan Syarikat tersebut sekiranya
diterima untuk memasang dan Syarikat perlu memastikan
peralatan tersebut siap beroperasi.

(c) Segala kos pemasangan dan penyelenggaraan peralatan


pengawasan tersebut akan ditanggung oleh pihak Syarikat.

(d) Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk menjaga


keselamatan pengawal, orang awam dan segala harta benda
Kerajaan serta harta benda awam yang dibenarkan untuk
berada di dalam kawasan dan bangunan sekitarnya.
Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang
melibatkan harta benda milik Kerajaan kerana kecuaian
Syarikat akan dikenakan tuntutan ke atas Syarikat.

(e) Syarikat hendaklah memastikan bahawa sepanjang Tempoh


Perjanjian, segala peralatan dan kelengkapan sentiasa
berada dalam keadaan baik, diselenggara dengan teratur
serta boleh berfungsi dengan baik, diselenggara dengan
teratur serta boleh berfungsi dengan sempurna pada setiap
masa.

1.1.4.5 Laporan Harian dan Aduan

(a) Pengawal Pengawal hendaklah menyediakan laporan


keselamatan dalam buku laporan harian yang disediakan
pihak syarikat pada tiap-tiap hari dan menyerahkannya
kepada Pentadbir Premis / wakil yang dilantik untuk
pengesahan kerja dan tindakan.

(b) Syarikat hendaklah menyelenggara buku laporan harian dan


memastikan ia dilengkapkan pada setiap hari oleh Pengawal
Keselamatan yang bertugas.

(c) Pengawal Keselamatan yang bertugas hendaklah membuat


aduan (serta – merta bagi keadaan kecemasan) dan laporan
di dalam buku laporan harian berhubung setiap peristiwa atau
apa – apa kejadian keselamatan.

(d) Syarikat hendaklah menghantar laporan keanggotaan dan


keadaan keselamatan setiap hari dan mengemukakannya
kepada wakil Kerajaan untuk semakan.

(e) Laporan bagi setiap hari hendaklah dihantar selewat –


lewatnya pada jam 9.00 pagi hari yang berikutnya.

1.1.4.6 Perlindungan Insurans

(a) Syarikat hendaklah mengambil perlindungan insurans bagi


setiap Pengawal Keselamatan dan mana – mana pekerjanya
yang ditugaskan melaksanakan Perkhidmatan terhadap apa
– apa kecederaan yang dialami oleh mereka semasa
menjalankan tugas tersebut dan melainkan kecederaan
tersebut disebabkan oleh kecuaian Kerajaan.

(b) Syarikat hendaklah menanggung rugi Kerajaan terhadap


semua tindakan atau tuntutan yang berkenaan dengan
kecederaan tersebut.
1.1.5 Tanggungjawab

1.1.5.1 Keselamatan dan Kerahsiaan

(a) Dalam menjalankan Perkhidmatan, Syarikat:

(i) tidak boleh menggunakan kebenaran yang diberikan


kepadanya untuk memberi Perkhidmatan bagi
mendapatkan sesuatu benda, dokumen, suratan atau
maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau
tempat ia ditugaskan;

(ii) hendaklah mengawal dan menjaga keselamatan atau


kerahsiaan benda, dokumen, suratan atau maklumat
rasmi itu yang diperolehi;

(iii) tidak boleh membantu atau membenarkan seseorang lain


memiliki apa – apa benda, dokumen, suratan atau
maklumat rasmi yang berkaitan dengan tugas atau
tempat di mana ia ditugaskan;

(iv) hendaklah menyerahkannya dengan serta – merta


kepada Ketua Pengawal Keselamatan atau mana – mana
pegawai awam yang bertugas di jabatan / Kementerian /
Agensi jika ia memperolehi atau memiliki sesuatu benda,
dokumen, suratan atau maklumat rasmi sama ada
dengan menjumpainya atau dengan apa cara sekalipun;

(v) tidak boleh memiliki sesuatu anak kunci, lencana, alat,


acuan, meteri atau cop yang berkaitan dengan tempat di
mana Perkhidmatan telah, sedang dan akan dibuat; dan

(vi) hendaklah melaporkannya dengan segera kepada


seorang pegawai polis berpangkat tidak rendahdaripada
pangkat Inspektor jika dihampiri oleh seorang yang lain
sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan
tujuan mendapatkan sesuatu benda, dokumen, suratan
atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan pejabat atau
tempat ia ditugaskan.
(b) Kegagalan Syarikat mematuhi peruntukan – peruntukan di
bawah Klausa 1.1.5.1(a) terjumlah sebagai suatu kesalahan di
bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan dengan ini akan
sentiasa memberikan hak kepada Kerajaan untuk menamatkan
Perjanjian ini dan mendapatkan kembali daripada Syarikat
jumlah sebarang kerugian yang timbul akibat daripada
penamatan itu.

1.1.5.2 Syarikat hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung


dan bertanggungjawab untuk membayar bil – bil elektrik di pondok
Pengawal yang diuruskan oleh Syarikat mengikut pengiraan meter
bagi sekolah yang mempunyai meter berasingan. Bagi premis yang
tidak mempunyai meter berasingan, pengiraan akan dibuat mengikut
persetujuan bertulis antara Pihak – Pihak dan hendaklah menjadi
sebahagian daripada Perjanjian ini.

1.1.5.3 Jika Syarikat dalam proses untuk memperbaharui Lesen Agensi


Persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, Syarikat
hendaklah berbuat demikian dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum
tarikh tamat Lesen Agensi Persendirian yang dikeluarkan oleh
Kementerian Dalam Negeri termasuk lain-lain permit atau kebenaran
di bawah mana-mana akta/ peraturan yang berkuatkuasa sama ada
untuk gantian atau pembaharuan. Syarikat hendaklah
mengemukakan kepada Kerajaan apa-apa bukti atau dokumen yang
menunjukkan bahawa lesen, permit atau kebenaran tersebut adalah
dalam proses untuk gantian atau pembaharuan, mengikut mana yang
berkenaan. Syarikat hendaklah tanpa apa-apa kelewatan
mengemukakan lesen, permit atau kebenaran tersebut kepada
Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kelulusan oleh
Kementerian Dalam Negeri diterima oleh Syarikat. Sekiranya Syarikat
gagal mengemukakan Lesen Agensi Persendirian yang telah
diperbaharui dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum 31
Disember setiap tahun (melainkan setelah mendapat kebenaran
daripada Kementerian Dalam Negeri untuk lanjutan tempoh
pembaharuan Lesen Agensi Persendirian dan Syarikat
mengemukakan Lesen Agensi Persendirian yang telah diperbaharui
dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum 31 Januari setiap
tahun), maka Perkhidmatan akan ditamatkan pada tarikh tamat lesen.
1.1.6 Senarai Tugas

Tugas-tugas tertentu Pengawal adalah tertakluk kepada jawatan Pengawal


tersebut seperti berikut:

1.1.6.1 Pegawai Operasi

i. Menyediakan laporan bulanan dan mengemukakan laporan tersebut


kepada Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan
Daerah/Bahagian tidak lewat daripada tujuh (7) hari bulan bagi
setiap bulan;

ii. Menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dengan pihak
pengurusan Syarikat;

iii. Menyediakan nombor telefon kecemasan seperti nombor telefon


Balai Polis, Hospital, Bomba dan agensi-agensi yang berkaitan di
Premis dan diletakkan di setiap pos kawalan bagi persediaan
menghadapi sebarang kemungkinan termasuk juga nombor-nombor
penting bagi Syarikat dan Kerajaan; dan

iv. Melakukan pemantauan secara berkala menurut kekerapan yang


telah ditetapkan.

1.1.6.2 Pegawai Ronda

Pegawai Ronda adalah pegawai yang memberi laporan terus kepada


Pegawai Operasi bagi setiap perkara yang berlaku di dalam kawasan
rondaan tersebut. Tugas pegawai rondaan adalah seperti berikut:

i. Menyelaras dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di premis


Kerajaan di bawah tanggungjawab dalam perkara berikut:-

 Kawalan Pintu Masuk;


 Kawasan dan Bangunan;
 Rondaan; dan
 Laluan / lalu lintas dalam premis.

ii. Menyediakan tugas harian Pengawal mengikut jadual yang


ditetapkan.

iii. Merangka jadual tugas harian/ bulanan Pengawal dengan


menentukan pergerakan/ penempatan anggota mencukupi dan
menepati masa.
iv. Memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan kawalan
lalu lintas di sekolah sentiasa mencukupi di sesebuah premis.

v. Mengambil tindakan mengeluarkan arahan kepada Pengawal bagi


tujuan menguat kuasakan setiap peraturan dilaksanakan.

vi. Bertanggungjawab ke atas disiplin pengawal-pengawal.

vii. Mengatur dan menyediakan jadual tugas, roll call, latihan jasmani
dan kawad anggota pengawal.

viii. Menyediakan tuntutan lebih masa anggota dan mengaturkan tugas


lebih masa mengikut keperluan yang sepatutnya.

ix. Membantu sesi latihan fire drill yang diadakan oleh pihak pentadbir
premis dari semasa ke semasa.

x. Mengemukakan laporan bertulis (buku log) mengenai rondaan


di sekeliling kawasan premis secara mingguan kepada Pentadbir
Premis.

xi. Menjalankan tugas-tugas lain yang bersesuaian seperti mana


diarahkan oleh pihak pentadbir premis.

xii. Membuat rondaan sekurang - kurangnya sekali sehari dan


pengesahan rondaan hendaklah disahkan di dalam buku log.
Cth: analog watchman clock / pengesahan kehadiran di dalam buku
laporan.

1.1.6.3 Ketua Pengawal Keselamatan

Ketua Pengawal Keselamatan adalah wakil pengawal yang dilantik di


kalangan pengawal keselamatan bagi sesuatu premis yang melaksanakan
tugas - tugas tambahan seperti berikut:

i. Menyelia dan menyelaras tugas dan semua Pengawal di bawah


tanggungjawab.

ii. Menyelia kawalan keselamatan pintu masuk, kawalan rondaan dan


laluan/ lalu lintas di dalam premis.

iii. Menyelia dan memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan


kawalan lalu lintas di luar sekolah sentiasa mencukupi sebelum
Pengawal Keselamatan dibenarkan melaksanakan kawalan
lalu lintas.
iv. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran ke atas semua Pengawal
(cuti, disiplin dan sebagainya).

v. Membantu pemantauan tugas operasi keselamatan.

vi. Menjalankan tugas - tugas lain berkaitan keselamatan di dalam


kawasan premis seperti mana diarahkan oleh pihak pentadbiran
premis.

1.1.6.4 Pengawal Keselamatan

Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang pelaksanaan tugas -


tugas seperti berikut:

a) Kawalan Pintu Masuk / Lalu lintas

i. Memastikan pelawat - pelawat luar melaporkan diri di Pondok /


Pos Pengawal sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan
premis.

ii. Memastikan hanya kakitangan dan pelawat yang mempunyai


pas sahaja yang dibenarkan masuk.

iii. Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar


masuk ke kawasan premis.

iv. Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa


berkaitan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian
yang tidak diingini seperti kecurian, pencerobohan dan
sebagainya.

v. Semua Pengawal hendaklah memahami dan mahir mengenai


peraturan keselamatan premis kerajaan yang berkuatkuasa.

vi. Laluan keluar / masuk pintu pagar utama sekolah hendaklah


sentiasa ditutup.

b) Kawalan Kawasan dan Bangunan

i. Membuka pintu dan menutup pintu blok - blok pentadbiran


sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan premis.

ii. Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak


dicerobohi oleh individu - individu yang tidak berkaitan.
iii. Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan
kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.

iv. Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku


laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.

v. Membuat laporan bertulis mengenai rondaan di sekeliling


kawasan premis dalam Buku Laporan Bertugas Harian setiap
dua (2) jam.

vi. Melaporkan kepada Pentadbir Premis dalam bentuk laporan


bertulis mengenai kerosakan, kehilangan peralatan / barangan /
harta benda, kebakaran atau apa-apa kejadian yang tidak
diingini dan cubaan pencerobohan atau kecurian.

vii. Melaporkan kepada Polis DiRaja Malaysia dengan segera apa-


apa kejadian kehilangan, pencerobohan, kecurian, sabotaj, atau
apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan
atau kecurian.

viii. Memastikan pintu bangunan ditutup rapat dan berkunci dengan


selamat dan merekodkan dalam buku laporan harian.

ix. Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran.


Melaporkan dengan segera kepada Bomba dan Penyelamat apa
- apa kejadian kebakaran dan bersedia untuk melakukan
tindakan kecemasan jika terdapat kemalangan kebakaran.

c) Kawalan pada waktu pejabat

i. Membuka pintu utama di setiap blok / premis di waktu bertugas


dan menutupnya kembali setelah tamat waktu pejabat.

ii. Membuat kawalan dan pemantauan keluar masuk kakitangan


dan orang ramai yang berurusan di kawasan premis dengan
memastikan individu yang tidak berkaitan seperti jurujual,
peminta derma supaya tidak masuk ke kawasan / bangunan
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak
pengurusan premis.

iii. Memeriksa mana-mana pegawai / kakitangan, pengawal atau


pelawat yang disyaki membawa atau menyorokkan sesuatu yang
boleh membahayakan keselamatan dan menahan mana-mana
orang yang tidak diingini atau yang tidak dibenarkan masuk ke
premis.
iv. Merekodkan butiran diri orang awam yang masuk ke kawasan
premis / bangunan dan memastikan setiap pelawat yang berada
di premis memakai pas pelawat yang dibekalkan oleh syarikat /
pentadbir premis dan dikawal oleh pentadbir premis.

d) Kawalan pada waktu luar pejabat

Memastikan orang awam yang tidak berkenaan atau pekerja-pekerja


kontrak tidak lagi berada di dalam kawasan premis selepas waktu
pejabat kecuali mereka yang dibenarkan oleh pentadbir premis
sahaja. Sekiranya terdapat kakitangan yang bertugas di luar waktu
pejabat, butiran diri kakitangan tersebut hendaklah direkodkan.

e) Kawalan Aset Kerajaan, Kakitangan dan Pelajar

Pengawal hendaklah memastikan tidak berlaku apa-apa kecurian,


kerosakan / vandalisma atau kehilangan aset alih dan tak alih
Kerajaan, pegawai, kakitangan, pelajar atau mana - mana orang yang
dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam kawasan
premis atas urusan rasmi.

f) Kawalan ke atas kakitangan, pelajar dan penghuni premis

Pengawal hendaklah memastikan supaya tidak berlaku apa - apa jua


bentuk gangguan terhadap kakitangan, pelajar dan penghuni premis
di dalam persekitaran premis oleh individu – individu luar sepanjang
masa bertugas.

g) Rondaan

i. Membuat rondaan setiap dua (2) jam sekali sekitar bangunan


dan kawasan jagaannya dalam masa bertugas dan mengunci
waktu rondaan di watchman clock (watchman clock dibekalkan
oleh syarikat) pada setiap lawatan ke tempat yang ditentukan
tersebut. Jadual bagi waktu rondaan hendaklah dirunding dan
ditentukan bersama dengan pihak pentadbir premis.

ii. Bagi premis yang mempunyai seorang pengawal sahaja,


kekerapan rondaan sehari dan jadual rondaan hendaklah
dirunding dan ditentukan bersama pihak pentadbir premis.

iii. Memastikan kawasan blok / premis selamat dan bebas dari


sebarang bentuk pencerobohan.
iv. Memeriksa punca sekiranya terdapat sebarang bunyi / bau /
cahaya yang luar biasa. Perkara tersebut mungkin
menggambarkan percubaan pencerobohan, pergerakan pekerja
yang tidak dibenarkan, kerosakan peralatan / jentera atau
sebarang kemungkinan masalah gangguan.

v. Melaporkannya segera kepada pihak pentadbir premis dan pihak


berkuasa yang berkaitan jika punca sumbernya tidak diketahui.

vi. Membuat pemeriksaan setiap barangan yang keluar dan masuk


melalui tempat pemunggahan barang ‘loading bay’ dan membuat
catatan di dalam buku laporan yang disediakan.

vii. Membantu memastikan semua kelas / dewan kuliah dikunci


selepas waktu pejabat.

viii. Membantu memastikan semua suis lampu, kipas serta alat


penghawa dingin dimatikan selepas waktu pejabat.

ix. Menjalankan tugas - tugas keselamatan sepertimana diarahkan


dari masa ke masa yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
SENARAI PERALATAN DAN SPESIFIKASI KELENGKAPAN
PERALATAN DAN KELENGKAPAN

2.1 SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN HENDAKLAH MEMBEKALKAN


PERALATAN DAN SPESIFIKASI KELENGKAPAN YANG DITETAPKAN
SEPERTI BERIKUT:

2.1.1 Syarikat hendaklah memastikan peralatan SENTIASA berfungsi dengan


baik dan sempurna. Peralatan yang perlu dibekalkan mengikut spesifikasi
adalah seperti berikut:

a) Analog Watchman Clock

Kunci watchman clock dipasang dengan jumlah minimum di empat (4)


lokasi. Pentadbir premis boleh menetapkan bilangan lokasi mengikut
keperluan dan kesesuaian premis.

i. Lokasi pemasangan kunci ditentukan oleh pentadbir premis; dan

ii. Analog Watchman Clock hendaklah dipasang mengikut kuantiti


ditetapkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas kontrak
bermula.

b) Walkie Talkie

Syarikat hendaklah membekalkan walkie talkie mengikut skop dan spesifikasi


seperti berikut:

a. Membekalkan 1 set walkie talkie yang mengandungi beberapa unit


radio, beberapa unit bateri ganti dan beberapa unit charger. Bilangan unit
radio, bateri ganti dan charger adalah bersamaan dengan bilangan
pengawal yang bertugas pada syif pagi atau syif malam, mengikut
bilangan pengawal yang paling ramai bertugas pada satu-satu syif, sama
ada syif pagi atau syif malam. Contoh: (1) Syif pagi 2 pengawal dan (2)
Syif malam 2 pengawal. Bilangan unit radio, bateri ganti dan charger
yang perlu dibekalkan oleh syarikat adalah 2 unit bagi setiap satu
peralatan;

b. Sekolah yang mempunyai 1 pengawal bagi satu syif tidak memerlukan


walkie talkie;

c. Minimum kawasan liputan satu (1) kilometer;

d. Bateri ganti hendaklah boleh beroperasi sehingga 4 jam; dan


e. Kalis air (water proof).

c) Cotar

Cotar adalah dari jenis kayu (325 gram) dan panjang 45 cm

Syarikat hendaklah membekalkan peralatan mengikut bilangan pengawal


yang paling ramai bertugas pada satu - satu syif.

d) Wisel

Wisel merupakan jenis yang tahan karat

Syarikat hendaklah membekalkan peralatan mengikut bilangan pengawal


yang paling ramai bertugas pada satu - satu syif.

e) Baju Hujan

Baju hujan jenis polyester berwarna cerah

Syarikat hendaklah membekalkan peralatan mengikut bilangan pengawal


yang paling ramai bertugas pada satu - satu syif.

f) Lampu Suluh

Lampu suluh jenis heavy duty berkuasa 6V

Syarikat hendaklah membekalkan peralatan mengikut bilangan pengawal


yang paling ramai bertugas pada satu - satu syif.

g) Pakaian Seragam

Garis panduan pemakaian seragam pengawal adalah seperti di Jadual 1

Syarikat hendaklah menanggung kos pembelian pakaian seragam pengawal


sebanyak dua (2) pasang setahun. Dua (2) pasang pakaian seragam
hendaklah diserahkan kepada pengawal pada bulan pertama, bulan ke – 13
dan bulan ke – 25 dalam tempoh perkhidmatan.

2.1.2 Syarikat hendaklah menanggung sepenuhnya kos membekal, memasang,


menyelenggara alat kawalan keselamatan sepanjang tempoh
Perkhidmatan.

2.1.3 Kerosakan peralatan hendaklah diganti dalam tempoh 48 jam.


JADUAL 1

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM


PENGAWAL KESELAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN
KESELAMATAN DI SEKOLAH- SEKOLAH DAN PREMIS INSTITUSI
PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Syarikat keselamatan dikehendaki mematuhi garis panduan pemakaian pakaian


seragam yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Arahan Pemakaian
Pakaian Seragam Baru Bagi Pengawal Keselamatan yang dikeluarkan pada
5 Februari 2016 dan yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:

1. Pakaian Seragam

A) Baju

a. Jenis kain : Polysoft

b. Warna : Putih / BT100

c. Potongan lengan:
i) Pendek (lelaki)
ii) Panjang (wanita)

d. Lining (wanita):
i) Putih (kain Tafena)
ii) Lining separuh

e. Poket atas (lelaki dan wanita):


i) Panjang (11cm) / Lebar (12cm)
ii) 1 butang biasa
iii) 2 snap button di kiri dan kanan

f. Butang baju :
i) 7 butang berwarna putih
ii) Jarak 9cm setiap butang

g. Ukuran baju
i) Labuh baju melepasi paras punggung (wanita)
B) Seluar

a. Jenis kain : Polyester

b. Warna : Hitam / BT01

c. Poket belakang
i) 2 poket
ii) Panjang (14cm) / Lebar (18cm)
iii) Loop kecil (tali pinggang)

C) Peaked cap / beret / baseball cap / bowler hat (wanita)

D) Kasut kulit hitam bertali


PENGAWAL STATIK (LELAKI)

PENGAWAL STATIK (WANITA)


2. Aksesori

Bil. Perkara Keterangan Gambar

 Baseball cap
1. Topi  Berlogo “PIKM”
 Warna hitam

 Warna hitam
 Tulisan “SECURITY” dan dua
2. Epaulette
border berwarna kuning
 Saiz 10cm

 Bersulam
Lencana
3.  Di sebelah lengan kanan
PPKKM
 Saiz 7cm x 5.8cm

 Bersulam
Lencana
4.  Di sebelah lengan kiri
syarikat
 Saiz 5cm x 5cm

 Besi (logam)
5. Lencana CSG  Di sebelah kanan dada
 Saiz 3cm x 3cm

 Bersulam dan Velcro


 Di sebelah kanan dada
 Font “ARIAL”
6. Tanda nama
 Saiz 2.5cm x 10cm AHMAD
 Maksimum huruf adalah 8
 Border line berwarna putih
Bil. Perkara Keterangan Gambar

 Bersulam dan Velcro


 Di sebelah kiri dada
7. Nama syarikat  Font “ARIAL”
ABC
 Saiz 2.5cm x 10cm
 Border line berwarna putih

 Warna hitam
 Wisel
8. Lanyard  Panjang 35 inci
 Tebal 1 ½ inci
 Pemakaian di sebelah bahu kiri

 Jenis kayu (325 gram)


 Panjang 45 cm
9. Cotar
 Diselitkan di sebelah kanan
pinggang

 Tali pinggang nylon


 Warna hitam
 Berlogo “PIKM”

10. Tali pinggang

 Crossbelt/ Sam Browne Belt


 Warna hitam

 Kasut kulit
Kasut
11.  Berwarna hitam dan bertali

You might also like