Mus Punyaa

You might also like

You are on page 1of 21

Tugasan Penghayatan Etika & Peradaban

BIPW 2132: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TUGASAN BERKUMPULAN 3

TAJUK : Rukun Negara sebagai Asas Perpaduan Dalam

Kalangan Mahasiswa Di UTeM

KURSUS : BENG 2 /S1 & S2

PENSYARAH : MUHAMMAD ZAID BIN DAUD

NAMA AHLI NO. MATRIK BAB & MARKAH


BAHAGIAN
MUHAMAD ANIQ FAHMI B022110029 2. Objektif Kajian
BIN AZMI 8. Rujukan
MALENI A/P J B022110005 1. Pengenalan
JAYASANKAR 7. Penghargaan
ALIFF SYAHMIE BIN B022110199 3. Kajian literature
SAHRUDIN
NURUL MUSLIHAH BINTI B022110042 4. Metodologi
AMANI NAZRI
ISMALAILI BINTI ISMAIL B022110018 5. Perbincangan dan
Hasil Kajian
WONG LAI CHING B022110101 6. Kesimpulan &
Cadangan
1.0 PENGENALAN

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia

yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin

Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan

berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun

Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Terdapat beberapa

objektif rukun negara dibetuk untuk masyarakat Malaysia. Antaranya ialah mencipta satu masyarakat

yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Prinsip-

prinsip rukun negara ini adalah asas kepada kalangan mahasiswa yang terdiri daripada berbilang kaum

dan masing-masing mempunyai adat resam yang berbeza. Maka, ini dapat mencapai perpaduan yang

lebih erat dalam kalangan mahasiswa mahasiswi. Rukun Negara di Malaysia sebagai sebuah

pendukung kepada penyatuan rakyat demi negara. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun

Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan

kestabilan Malaysia. Terdapat 5 prinsip rukun negara, antaranya ialah :

• Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan yang maha

berkuasa yang telah menciptakan seluruh alam semesta. Melalui kepercayaan didalam beragama

kepada yang betul akan berupaya atau mampu menjadikan sesebuah bangsa manusia yang berjaya dan

juga yang maju bagi meneruskan usaha bagi memajukan negara ini sebagai sebuah negara mempunyai

satu bangsa yang benar-benar maju serta berpegang teguh kepada prinsip kepercayaan kepada

kekuasaan-nya tuhan yang maha menguasai alamnya dan juga sebuah tanah negara yang berdaulat

dari segi peruntukan undang-undangnya yang mengamalkan sistem undang-undang yang

berpelembagaan persekutuan. Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama Pegangan

yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai murni dan tidak melakukan

jenayah atau kejahatan yang lain

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan

Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan

Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan

ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat

dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin

tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

• Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya

untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka

sebagai warganegara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan

semua pihak di negara ini.

• Kedaulatan Undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi

undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang

negara berasaskan kepada Perlembagaan. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk

mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-

undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa

sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat

boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara

sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

• Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya

adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen

Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat

pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk

individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah

masyarakat yang harmoni.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif dan matlamat berkaitan Rukun Negara sebagai asas perpaduan

dalam kalangan Mahasiswa di UTeM bagi menyediakan kertas kerja ini. Kajian yang dibuat

adalah berlandasan kepada objektif yang berikut :

1. Mengenalpasti tahap keselesaan untuk berinteraksi antara kaum di kalangan

Mahasiswa di dalam kampus UTeM.

2. Meneliti kecenderungan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum dalam

persekitaran kampus UTeM.

3. Menjelaskan kepentingan mengamalkan prinsip rukun negara sebagai asas perpaduan.

3.0 KAJIAN LITERATURE

Kajian tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan

pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) oleh Professor Dato, Dr. Ramlah Adam dari

Universiti Malaya. Kajian soal selidik ke atas 1,131 orang pelajar IPTA dan IPTS di sekitar

Selangor dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratusan lebih tinggi

iaitu 31.2 peratus dalam kalangan pelajar berasal dari bandar yang tahu mengenai sejarah

Rukun Negara berbanding dengan pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar iaitu 27.2

peratus. Perbandingan jantina menunjukkan pelajar Wanita adalah 91.8 peratus mempunyai

pengetahuan Rukun Negara yang lebih baik berbanding pelajar lelaki iaitu 84.2 peratus.

Namun begitu, kurang daripada 70 peratus pelajar boleh menghafal Rukun Negara dengan

baik manakala lebih dari 7 peratus pelajar adalah tidak fasih langsung dan tidak dapat
menghafal Rukun Negara. Peratusan lebih tinggi dalam kalangan pelajar IPTA iaitu 71.6

peratus untuk mengetahui dan menghafal Rukun Negara berbanding pelajar IPTS iaitu 56.9

peratus. Manakala kemampuan menghafal lebih tinggi dalam kalangan pelajar wanita iaitu

68.9 peratus berbanding pelajar lelaki iaitu 63.6 peratus. Hanya 30 peratus dari keseluruhan

responden yang mengetahui tentang sejarah rukun negara, manakala 70 peratus lagi adalah

pelajar yang tidak tahu atau tidak pasti tentang sejarahnya. Ini menunjukkan pendedahan

tentang sejarah pembentukan Rukun Negara masih ditahap yang rendah dalam kalangan

pelajar IPT. Selain itu, didapati bahawa kesediaan responden untuk berkorban demi negara

masih lagi rendah memandangkan rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman. Pendedahan

Rukun Negara paling kerap diperolehi oleh pelajar IPT adalah dari media cetak seperti dikulit

buku latihan sekolah. Ini menunjukkan tahap pendedahan Rukun Negara masih rendah

dikalangan pelajar IPT. Didapati kurang 70 peratus pelajar menunjukkan keinginan untuk

mendalami Rukun Negara dan peratusan pelajar yang menunjukkan sikap tidak mengambil

berat tentang keinginan mendalami Rukun Negara yang mencecah 30 peratus dianggap

membimbangkan. Manakala 11.5 peratus menyatakan mereka tidak perlu menggunakan

prinsip Rukun Negara dalam urusan kehidupan mereka. Kebanyakan responden menunjukkan

skor tahap kemampuan pemahaman yang tinggi kepada semua prinsip Rukun Negara tetapi

skor tahap kemampuan menghayati dan keinginan mengamalkan prinsip Rukun Negara yang

rendah. Hal ini menunjukkan prinsip Rukun Negara belum diaplikasi sepenuhnya dalam

kehidupan pelajar IPT.

Kajian seterusnya dilakukan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)

yang bertemakan kajian Pengetahuan terhadap Ilmu Perlembagaan, Undang-undang dan

Rukun Negara dalam konteks Kepimpinan. Kajian dilakukan hanya sekitar dalam institusi

Universiti sahaja pada tahun 2021. Berdasarkan soal selidik yang dikemukakan kepada

responden iaitu pelajar UMS seramai 257 orang, didapati bahawa 100 peratus responden
mengatakan bersetuju bagi persoalan kepentingan pengetahuan berkaitan Rukun Negara

dalam aspek kepimpinan dalam kalangan pelajar universiti. Manakala bagi persoalan

kepentingan pengetahuan berkaitan perlembagaan dalam aspek kepimpinan dalam kalangan

pelajar universiti juga menunjukkan hampir keseluruhan responden adalah bersetuju 95

peratus serta hanya kurang 5 peratus berpendapat tidak pasti dan tidak setuju. Ini secara jelas

menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan tentang perlembagaan sangat penting bagi aspek

pemimpin masa hadapan negara. Bagi soalan yang berkaitan dengan hubungan kepimpinan

dan ilmu pengetahuan untuk seseorang pemimpinan negara masa depan telah menunjukkan

juga majoriti responden iaitu 94 peratus menyatakan ianya penting manakala selebihnya

adalah mengatakan tidak pasti. Merujuk kepada ketiga-tiga soalan awal tersebut adalah jelas

menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan berkaitan perlembagaan, undang-undang dan Rukun

Negara adalah amat penting dalam jati diri seseorang pemimpin terutamanya dalam kalangan

pelajar universiti kerana ianya dilihat sebagai pemimpin masa depan negara. Kajian ini

penting dalam meneliti keprihatinan mahasiswa dan mahasiswi terhadap prinsip Rukun

Negara bagi agenda membina Bangsa Malaysia. Berikut adalah dua kajian yang berasingan

yang telah dilakukan sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah dari universiti yang berbeza.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan analisis bagi tahap perpaduan antara mahasiswa di UTeM.

Bahagian ini cuba membincangkan tentang reka bentuk kajian, kaedah kajian, sampel kajian, lokasi

kajian, instrumen kajian dan prosedur pengumpulan dan penganilisisan data.

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui pendekatan secara kuantitatif dan kualitatif. Penggabungan data dari

kajian membolehkan pengkaji mandapatkan data yang lebih sesuai dan ideal bagi tujuan

penganilisisan data berkaitan asas perpaduan antara mahasiswa UTeM (Creswell 2007; Wiersma
2000). Berdasarkan kajian ini juga, pengkaji dapat memberikan gambaran yang lebih terperinci

tentang sesuatu masalah yang dikaji (Creswell 2005; Creswell 2007). Mereka juga menjelaskan

bahawa penggunaan kaedah ini mempunyai kelebihan dalam mengumpul data dan menganalisis data

yang dapat menghasilkan sebuah penyelidikan yang lebih kukuh dan berkualiti.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan

sikap persepsi dan pandangan.

Kaedah Instrumen

Kuantitatif Soal Selidik

Kualititatif Rujukan

Jadual 1 : Kaedah Instrumen Kajian

4.3.1 Soal Selidik

Instrumen soal selidik ialah cara yang paling popular dalam kajian tinjauan. Borang soal selidik ini

dibina dengan mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Pengkaji telah mengedarkan

borang soal selidik dengan mendapatkan minimum 50 orang responden secara rawak dari kalangan

mahasiswa UTeM bagi mengenal pasti faktor faktor yang mendorong kepada asas perpaduan di UTeM

dan mengkaji tahap keselesaan mahasiswa Ketika bergaul dengan mahasiswa yang berlain bangsa dan

etnik. Kesemua responden memberikan respon yang memuaskan kepada pengkaji.

4.3.2 Sampel Sekunder

Borang soal selidik terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian A yang mengandungi 6 soalan untuk bahagian

demografi mengenai maklumat peribadi responden iaitu jantina, bangsa, umur , fakulti, program dan

tahun pengajian. Bahagian B mempunyai 3 soalan yang berkaitan objektif dikaji iaitu mengenal pasti

tahap keselesaan dan kecenderungan pelajar terhadap hubungan antara kaum di kalangan pelajar di

dalam kampus serta bahagian C mengandungi 3 soalan yang berkaitan objektif kedua iaitu menjelaskan
kepentingan rukun negara sebagai asas perpaduan. Bahagian D pula ialah bahagain untuk mendapatkan

cadangan dan penambahbaikan dari setiap individu yang dapat mempuk lagi perpaduan sesama

mahasiswa UTeM tak kira bangsa, kaum mahupun etnik.

4.3.3 Rujukan

Instrumen rujukan utama yang pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku dan sumber

internet yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Universiti Teknikal

Malaysia Melaka. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

i. Buku

Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku yang berkaitn dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji.

Terdapat perlbagai maklumat yang pengkaji perolohi dari daripada beberapa buah buku bagi

menambahkan lagi maklumat dalam kajian ini.

ii. Internet

Kaedah terakhir yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui internet. Pengkaji melayari internet

bagi membantu dalam menyempurnakan tugasan ini. Oleh itu pengkaji telah melayari dan mencari

maklumat di lama sesawang yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji bagi membantu

pengkaji dalam menyiapkan yang dipilih.

4.4 SAMPEL KAJIAN

Responden dipilih bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan tajuk kajian.

Responden yang telah dipilih dalam kajian ini adalah mahasiswa UTeM berasaskan jantina , agama

dan bangsa. Responden kajian ini terdiri dari 60 orang mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia

Melaka. Mereka terdiri 40 orang perempuan dan 20 orang lelaki. Kaedah ini digunakan untuk

memudahkan pelaksanaan kajian ini dan maklumat responden dikumpulkan bagi mendapat data yang

berunsur kuantitatif.

4.5 LOKASI KAJIAN


• Universiti Teknikal Malaysia Melaka

4.7 PROSEDUR ANALISIS DATA

Mula

Mengenalpasti masalah
berdasarkan tajuk kajian

Mengenal pasti objektif


kajian

Pengumpulan data

Tidak
Data sesuai

Ya

Analisis

Kesimpulan

Selesai

5. Perbincangan dan dapatan kajian

Dapatan kajian dan perbincangan ini dihuraikan dengan memfokuskan kepada tiga

objektif utama. Objektif pertama adalah mengenalpasti tahap keselesaan mahasiswa untuk

berinteraksi antara kaum di dalam kampus. Objektif kedua adalah meneliti kecenderungan

persepsi mahasiswa terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus, manakala

objektif ketiga adalah menjelaskan kepentingan mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai

asas perpaduan antara mahasiswa.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan pendapat mahasiswa

berkaitan tajuk kajian iaitu Rukun Negara sebagai asas perpaduan dalam kalangan mahasiswa

di UTeM. Kajian ini melibatkan 60 orang mahasiswa yang menuntut di institusi Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kajian ini terbahagi kepada empat bahagian, bahagian A,

B, C dan D. Bahagian A adalah bahagian bagi demografi responden, bahagian B adalah

bahagian bagi objektif pertama dan kedua, bahagian C adalah untuk objektif ketiga dan akhir

sekali bahagian D adalah cadangan dan penambahbaikan bagi kajian.

Bahagian A : Demografi

Kajian ini melibatkan mahasiswa yang berlatarkan kepelbagaian bidang program serta

peringkat dan diambil dari demografi yang pelbagai iaitu dari segi jantina, umur, bangsa, tahun

pengajian, fakulti dan program pengajian. Demografi responden adalah seperti berikut;
Bahagian B : Mendiagnosis tahap keselesaan dan kecenderungan persepsi mahasiswa terhadap

hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus.

Bahagian ini mengandungi tiga soalan yang menyimpulkan tahap keselesaan dan

kecenderungan persepsi mahasiswa terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran

kampus. Bagi soalan ini responden hanya perlu memilih ya atau tidak sebagai jawapan untuk

setiap soalan yang disediakan.

Skala Jawapan

Setuju Ya

Tidak setuju Tidak

1. Adakah anda selesa untuk berinteraksi dengan mahasiswa pelbagai kaum di dalam

kampus?

2. Adakah anda akan menerima pelawaan untuk melakukan tugasan secara berkumpulan

bersama mahasiswa berlainan kaum?


3. Adakah anda bersetuju sekiranya utem mengadakan sambutan bagi perayaan penting

setiap kaum?

Carta pie diatas merupakan maklum balas dari responden terhadap soalan berkaitan

tahap keselesaan dan kecenderungan persepsi mahasiswa terhadap hubungan antara kaum

dalam persekitaran kampus. Bagi soalan pertama, 59 orang mahasiswa bersetuju dan seorang

mahasiswa tidak bersetuju dengan tahap keselesaan untuk berinteraksi dengan mahasiswa

pelbagai kaum di kampus. Seterusnya, 55 orang mahasiswa bersetuju dan lima orang

mahasiswa tidak bersetuju sekiranya mereka ditempatkan sekumpulan dengan mahasiswa

pelbagai kaum untuk mejalankan sesuatu tugasan. Selain itu, 59 orang mahasiswa bersetuju

dan seorang mahasiswa tidak bersetuju sekiranya UTeM melakukan sambutan perayaan bagi

setiap kaum, sebagai contoh bagi kaum melayu mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri, kaum

cina meraikan Tahun Baru Cina dan kaum india menyambut perayaan Deepavali.

Kesimpulannya, majoriti mahasiswa merasa selesa dan mempunyai perspektif yang positif

untuk berinteraksi dan berhubungan dengan mahasiswa berbilang kaum. Ini menunjukkan

bahawa mereka tidak beranggapan adanya kehidupan yang terpecah belah disebabkan oleh

perbezaan latar belakang kaum atau etnik mereka.


Bahagian C : Menjelaskan kepentingan mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai asas

perpaduan antara mahasiswa.

Bahagian ini mengandungi tiga soalan dari objektif ketiga iaitu membincangkan

kepentingan mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan dalam kalangan

mahasiswa. Bagi soalan ini responden perlu menjawab persoalan yang disediakan dengan

jawapan ya atau tidak dan nyatakan faktor yang mempengaruhi jawapan mereka.

1. Adakah anda bersetuju dengan “Rukun Negara adalah asas perpaduan”? Ya/tidak dan

mengapa?

Bagi soalan ini, sebanyak 59 orang responden bersetuju dengan kenyataan

“Rukun Negara adalah asas perpaduan”. Antara faktor yang dinyatakan oleh responden

adalah rakyat majmuk seperti di Malaysia dapat mencapai perpaduan disebabkan oleh

asas kepada rukun negara itu sendiri. Selain itu, Rukun Negara adalah aspek yang

paling penting untuk mengekalkan kemakmuran dan kebahagian sesebuah negara

dengan aman. Seterusnya, Rukun Negara adalah asas jati diri kita sebagai rakyat

Malaysia. Kesemua faktor diatas dapat disokong dengan prinsip kelima Rukun Negara

iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Ini bermakna rakyat Malaysia haruslah bertolak ansur,

bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Pengalaman prinsip Kesopanan dan Kesusilaan

ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat Malaysia.

Rakyat yang bersopan santun dan bertasusila dapat membentuk masyarakat yang

bersatu padu. Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang

menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Ini bersesuaian dengan Malaysia

yang terdiri daripada masyarakat majmuk di mana rakyat harus saling menghormati dan

bertoleransi (Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2020).

//Tidak pasti - 1
2. Adakah anda bersetuju bahawa Rukun Negara pertama dapat melahirkan mahasiswa

yang menghormati agama dan pegangan kaum lain? Ya/tidak dan mengapa?

Sebanyak 59 orang responden bersetuju bahawa Rukun Negara pertama dapat

melahirkan mahasiswa yang menghormati agama dan pegangan kaum lain. Antara

faktor yang dinyatakan oleh responden adalah mereka berhak untuk mempercayai

agama mereka sendiri dan dalam masa yang sama mereka perlu menghormati agama

kaum lain. Seterusnya, apabila mereka percaya wujudnya tuhan maka mereka akan

berbuat baik sesama manusia.Hal in kerana setiap agama mengajak ke arah kebaikan.

Selain itu, setiap agama haruslah dihormati tanpa mengira agama yang dianuti. Oleh itu

mahasiswa harus menghormati agama dan budaya antara satu sama lain bagi

mengekalkan keamanan serta keharmonian kaum. Ini menunjukkan bahawa agama

sangat penting kepada seseorang individu dalam membentuk akhlak dan mendorong

tingkah laku yang baik. Dapatan ini menjelaskan bahawa agama ialah keperluan asasi

setiap manusia. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh

manusia sama ada manuisa moden ataupun primitif. Agama mempunyai fungsi tertentu

dalam kehidupan peribadi mahupun sosial. Agama dapat menimbulkan keberanian

kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran,

kekuatan pada saat-saat manusia dalam keadaan lemah, dan meringankan beban jiwa

dalam menghadapi kekecewaan. Agama dapat memberi harga diri dalam menelan

kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan hati nurani.

Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan mejadi

pedoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih bermakna

(Shamsul Amri Baharuddin, 2012).

Tidak pasti -1- Cara yang efektif adalah perlukan menanamkan rukun negara tersebut sejak

kecil oleh ibu bapa atau peranan2 yang terlibat.


3. Adakah anda bersetuju bahawa setiap mahasiswa perlu mengamalkan prinsip rukun

negara dalam kehidupan mereka? Ya/tidak dan mengapa?

Bagi soalan ini 60 orang responden telah bersetuju bahawa setiap mahasiswa

perlu mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana

dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara boleh menjadikan seseorang itu lebih

patriotik dan cintakan kedamaian. Selain itu, ia juga dapat memelihara cara hidup

demokratik dalam kalangan mahasiswa. Seterusnya, setiap rangkap Rukun Negara

perlulah dihayati oleh setiap mahasiswa bagi memelihara ketenteraman awam setiap

kaum dan memupuk nilai disiplin dalam kehidupan seharian. Rukun Negara

diwujudkan untuk membentuk satu negara Malaysia yang bersatu padu, adil, saksama

dan maju dari segi sosial serta ekonomi. Tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur menjadi

titik tolak kepada dasar pentadbiran negara. Banyak perubahan telah dilakukan dalam

menyusun semula masyarakat terutamanya yang melibatkan kaum Melayu di bandar

mahupun di luar bandar. Perpaduan nasional, toleransi antara kaum, usaha

menghapuskan jurang perkauman dan seumpamanya menjadi agenda utama rakyat

serta kerajaan menjadi agenda utama kerajaan. Semua pihak menyedari bahawa

perbezaan sosial dan ekonomi memang wujud dalam kalangan rakyat dan menjadi

masalah utama rakyat Malaysia pada waktu itu sehingga sekarang (Abdul Rahman

Ibrahim, 2015).

Bahagian D : Cadangan dan Penambahbaikan

Bahagian ini adalah bahagian dimana responden dapat memberikan cadangan dan buah

fikiran mereka dalam usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan di UTeM bagi

mengukuhkan lagi asas perpaduan dalam kalangan mahasiswa.


Antara cadangan yang dinyatakan oleh responden adalah menjalankan suatu program

yang menggabungkan semua kaum dalam satu kumpulan. Sebagai contoh, mahasiswa boleh

menumbuhkan kumpulan belajar yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai kaum, selain dari

mendengar pendapat yang berbeza bagi setiap mahasiswa mereka juga dapat belajar mengenai

adat atau budaya bagi sesuatu kaum. Seterusnya, responden mencadangkan agar sambutan

perayaan bagi setiap kaum dapat dijalankan di UTeM. Antara sambutan perayaan yang boleh

dilakukan di UTeM adalah perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, pihak UTeM juga boleh mengadakan festival kebudayaan bagi memperkenalkan

budaya berbilang kaum kepada mahasiswa. Festival tersebut boleh digunakan sebagai medium

untuk memperkenalkan mahasiswa dengan budaya, adat, makanan dan pakaian kaum lain. Di

samping itu, UTeM juga boleh menganjurkan pertandingan mencipta video berasaskan

perpaduan atau video yg menunjukkan tauladan yg baik dan mewatakkan dari semua jenis

agama. Maka dengan ini setiap mahasiswa akan bersikap lebih terbuka dengan mahasiswa

pelbagai kaum sekiranya mereka lebih mengetahui tentang adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulan yang dapat dibuat hasil dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan

tahap keselesaan untuk berinteraksi antara kaum dalam kalangan mahasiswa di dalam kampus

adalah lebih positif. Maka dengan itu perselisihan faham dalam kalangan mahasiswa ketika

berinteraksi dalam kehidupan mereka sehari-hari di dalam kampus juga jarang berlaku.

Mahasiswa juga berasa selesa untuk menjalankan kehidupan seharian mereka di kampus dalam

situasi percampuran kaum. Seterusnya adalah kecenderungan persepsi pelajar terhadap

hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus. Majoriti mahasiswa beranggapan bahawa

hubungan antara kaum di dalam kampus lebih cenderung kearah positif. Oleh hal yang

demikian, ia menunjukkan bahawa hubungan mahasiswa berbilang kaum di UTeM ini berada

dalam keadaan yang baik. Hal ini telah terbukti apabila 59 daripada 60 mahasiswa bersetuju
sekiranya mereka digandingkan dengan rakan-rakan yang berbilang kaum untuk melakukan

tugasan secara berkumpulan bersama-sama. Maka dengan ini jelaslah bahawa prinsip rukun

negara adalah penting sebagai asas perpaduan bagi mahasiswa pelbagai kaum. Tujuan utama

rukun negara diwujudkan adalah untuk membentuk perpaduan yang lebih kukuh dan

demokratik dalam masyarakat berbilang kaum, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun

Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum.

Perbicangan

Hasil kajian yang dilakukan oleh Mansor Mohd. Noor dan rakan-rakan (2001) mendapati

bahawa

hubungan silang etnik kerap berlaku di IPT. Etnik minoriti, Bumiputera Lain dan India, lebih

berinteraksi dengan individu dari etnik lain. Mengikut urutan keutamaan, dewan kuliah,

asrama, bilik tutorial, dan perpustakaan menjadi tempat perhubungan silang etnik di kalangan

pelajar di IPT. Manakala dalam item kolej kediaman berusaha untuk menghapuskan

perkauman/ethnosentarism, responden bersetuju bahawa kolej kediaman di bawah pentadbiran

universiti sentiasa berusaha untuk menghapuskan segala bentuk perkauman/ethnosentarism.

Selain daripada itu responden juga bersetuju atau mengakui bahawa pengalaman mereka

selama berada di universiti semakin bertambah dengan adanya peluang atau kesempatan

berinteraksi dengan kelompok dari etnik kaum yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan

didapati bahawa kebanyakan responden menunjukkan kecenderungan merasa selesa dalam

interksi antara kaum kecuali item yang membincangkan tentang isu perkauman/ethnocentrism

dengan etnik/kaum yang lain. Ini bermakna responden merasa tidak selesa untuk berbincang

tentang isu perkauman/ethnocentrism dengan etnik/kaum yang lain. Responden turut kurang

selesa dengan item mempunyai rakan sebilik dari etnik/kaum yang lain. Item-item yang

menunjukan kurangnya tahap keselesaan interaksi di antara kaum terutamanya isu


perkauman/ethnocentrism dengan etnik/kaum yang lain dan mempunyai rakan sebilik dari

etnik/kaum yang lain.

6. Kesimpulan dan cadangan

Secara kesimpulannya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui rukun negara sebagai asas
perpaduan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Terdapat 3 objektif kajian bagi kumpulan kami, iaitu mengenal pasti tahap keselesaan dan
kecenderungan antara kaum di kalangan pelajar di dalam kampus, menjelaskan kepentingan
prinsip rukun negara sebagai asas perpaduan dan cadangan dan penambaikan yang boleh
dilakukan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan mahasiswa. Kami telah
menjalankan kajian ini kepada 60 orang pelajar di UTeM.

Bagi mencapai ketiga – tiga objektif kajian, 2 kaedah telah dipilih untuk menjalankan kajian
ini iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Instrumen bagi kaedah kuantitatif adalah soal selidik
manakala instrumen bagi keadah kualitatif adalah rujukan kepustakaan. Dalam menjalankan
kaedah soal selidik, kami telah memilih 60 orang pelajar yang terdiri daripada UTeM, Melaka.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 20 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan
telah dipilih untuk menjawab soal selidik dengan melalui Google Forms link yang disediakan.
Selepas mengumpul data daripada responden, manual akan diguna pakai oleh kami untuk
membuat analysis untuk kajian kami. Dengan ini, data yang diperoleh dapat dipersembahkan
dan dianalisis dalam bentuk carta pai untuk memberi gambaran yang lebih jelas.

Selain itu, kami juga menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat yang
lebih lanjut tentang tajuk kaji kami iaitu rukun negara sebagai asas perpaduan dengan melayari
Internet untuk mencari artikel, jurnal dan e-book.

Kajian terhadap objektif – objektif yang terpilih, didapati bahawa majoriti responden telah
bersetuju dengan ketiga – tiga objektif kajian yang dikaji.
Dapat disimpulkan bahawa Rukun Negara adalah memainkan peranan yang penting sebagai
asas perpaduan dalam kalangan mahasiswa di UTeM. Selain itu, Rukun Negara bukan sahaja
menunjukkan asas perpaduan dalam kalangan mahasiswa di UTeM. Sebagai satu rakyat
Malaysia, kita mesti sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian
supaya dapat memperkukuhkan perpaduan asas antara kaum di Malaysia. Oleh itu, kita
haruslah sentiasa ingat prinsip Rukun Negara Malaysia jadi dapat melahirkan satu masyarakat
yang dapat saling hormat – menghormat antara kaum lain dan juga dapat melahirkan satu
negara yang perpaduan.
7. Penghargaan

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana kami dapat menyiapkan

Laporan bagi Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban ini dengan sempurna. Setinggi- tinggi

penghargaan diberikan kepada Encik Muhammad Zaid yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan

bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami manyiapkan kerja kursus ini.

8. Rujuka

You might also like