You are on page 1of 5

CADANGAN BAIK PULIH & NAIK TARAF SERTA

UBAHSUAI KOMPLEKS SEHENTI PENJAJA & PENIAGA KECIL


PEKAN GEDONG, SAMARAHAN, SARAWAK.

Kepada
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan

Disediakan oleh
Majlis Perunding Penjaja & Peniaga Kecil Negeri Sarawak (M3PKN)
Pengenalan
Pekan Gedong merupakan sebuah kampung dan penempatan di daerah Simunjan,
Samarahan. Mempunyai kepadatan penduduk tidak kurang dari 7000 orang isi
rumah.
Kegiatan utama penduduk Kpg Gedong ialah nelayan kecil-kecilan, pertanian,
perladangan, perdagangan dan bekerja dengan syarikat-syarikat tempatan dan
kerajaan.
Terletak kira-kira 75km dari Bandaraya Kuching dan dihubungi jalan bertar serta
mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air, letrik, komunikasi dan
persekolahan serta keperluan komuniti lain.
Kampung Gedong juga merupakan pusat pelancongan luarbandar yang akan
menempatkan ‘homestay’ untuk mereka yang ingin menyelami suasana kampung
di Sarawak.

Pusat sehenti / kompleks Penjaja & Peniaga Kecil Pekan Gedong


Kawasan yang dimaksudkan ialah pusat sehenti kegiatan ekonomi Kpg Gedong. Ia
merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai kemudahan seperti
tempat letak kereta, pasar tani, tapak pasar malam dan kompleks Penjaja &
Peniaga kecil.
Kawasan tersebut dikelilingi oleh kemudahan-kemudahan seperti Balai/Pondok
Polis, Ampiteater, Masjid, Dewan orang ramai dan pusat pengangkutan &
pemunggahan.
Keadaan semasa
- Kompleks Penjaja & Peniaga kecil
Kompleks tersebut terdiri dari 2 unit deretan kedai teres binaan kayu dan konkrit.
Keadaan yang usang dan memerlukan pembaikian dan naik taraf.
Masih digunakan sebagai pusat perdagangan penduduk-penduduk di kawasan
Kpg Gedong.

- Bangunan untuk aktiviti komuniti Penjaja dan Peniaga kecil


Bangunan untuk aktiviti ini adalah separuh siap dan memerlukan sedikit ubahsuai
untuk digunakan sepenuhnya.
Bangunan ini pada masa ini menempatkan pondok Polis buat sementara waktu.
Bangunan yang separa siap ini perlu dilengkapkan bagi menempatkan mesin
pemprosesan yang sedia ada bagi keperluan komuniti Penjaja dan Peniaga kecil
kawasan Kpg Gedong.

- Tapak Pasar malam untuk Penjaja & Peniaga kecil


Tapak pasar malam ini kini aktif dan perlu dinaiktaraf bagi menempatkan
penglibatan Penjaja & Peniaga tempatan.
Terletak dikawasan letak kereta bersebelahan dalam satu kawasan yang sama.

(Sila rujuk lampiran gambar foto).


Cadangan Kerja-kerja baik pulih dan naik taraf.

Lawatan tapak telah dibuat dan beberapa Cadangan telah dirumuskan untuk
kerja-kerja membaik pulih serta naiktaraf pusat sehenti untuk kegiatan Penjaja &
Peniaga Kecil Kawasan Kpg Gedong.

Antara lain Cadangan-cadangan adalah seperti berikut :


a) Kompleks Penjaja & Peniaga kecil
- Membaik pulih bahagian luaran termasuk lantai konkrit, dinding, anjung
dan bumbung yang bocor.
- Mengecat semula kompleks tersebut
- Membaik pulih keadaan kaki lima kompleks tersebut.
- Pendawaian semula bekalan letrik
- Memasang papantanda-papantanda baru
- Membaik pulih sistem lampu di kawasan berkenaan.

b) Bangunan untuk aktiviti komuniti Penjaja dan Peniaga kecil


- Membina dinding dan struktur pintu untuk keluar / masuk stok
- Pendawaian letrik kepada 3 phase untuk kegunaan mesin
- Kerja-kerja mengecat semula
- Menyediakan kelengkapan seperti papantanda, lampu dan tapak pejalan
kaki

c) Tapak Pasar malam untuk Penjaja & Peniaga kecil


- Menyediakan dan menaiktaraf perparitan untuk pengaliran sisa-sisa
- Menyediakan punca bekalan letrik dan sistem lampu
- Menyediakan tandas untuk pengunjung-pengunjung.
- Membahagikan petak-petak untuk persempadanan peserta pasar malam.
Kesimpulan
Dengan terlaksananya cadangan-cadangan yang dikemukakan, kompleks
tersebut dapat memberi wajah baru disamping memberi manafaat kepada
masyarakat & penduduk kampung Gedong.
Pusat sehenti Penjaja & Peniaga kecil Gedong ini akan menjadi pusat tumpuan
ramai di kawasan tersebut.

You might also like