You are on page 1of 12

CADANGAN

BENGKEL TEKNIKAL
KAEDAH MENCETAK T-SHIRT

Oleh

En Sahminan B Sirat
Pengenalan

Cetakan Saringan sutera / ‘Silkscreen Printing’ adalah sinonim dengan


cetakan T-Shirt miskinpun potensi kaedah cetakan ini adalah lebih luas. Ini
termasuklah cetakan fabrik. Cetakan cenderamata seperti topi, beg,
tuala,payong dan sebagainya.

Kaedah cetakan ini jarang-jarang diadakan dan ianya adalah penting untuk
didedahkan kepada individu-individu yang berminat supaya dapat dijadikan
aktiviti keusahawanan dengan modal yang minima dan pulangan yang
memuaskan. Bengkel ini juga lebih kepada pemindahan teknologi kepada
peserta-peserta yang terlibat.

Berkonsepkan menambah pengetahuan / ilmu atau mendayakan modal


insan, bengkel ini diadakan dengan penglibatan para peserta secara
praktikal. Peserta akan didedahkan dengan cara-cara dan teknik-teknik
menyediakan cetakan. Ini termasuklah penyediaan blok, membuat filem /
stensil, dedahan photo, penyediaan bahan dan seterusnya melakukan
cetakan secara praktikal.

Peserta-peserta akan dibekalkan dengan peralatan dan keperluan untuk


mempraktikkan Kaedah cetakan saringan sutera “silkscreen printing”.
Dalam masa yang sama mereka juga akan diberi tip-tip perniagaan
termasuklah pengiraan kos untuk memulakan satu-satu perniagaan yang
berasaskan ilmu cetakan ini.
Bengkel Cetakan

Bengkel ini diadakan dalam masa sehari 9:00 am – 5:00 pm


( 8 jam termasuk masa rehat 1 jam). 2 jam untuk penerangan secara
manual dan 4 jam untuk amali dan praktikal.

Kaedah yang diketengahkan adalah dengan konsep yang paling mudah


dan ringkas dimana para peserta seterusnya faham dan seterusnya boleh
mempraktikkan kaedah ini dengan peruntukan modal yang paling minima
jika dilakukan untuk aktiviti keusahawanan.

VCD panduan, Nota teknikal, peralatan cetakan, bahan-bahan, media


cetakan (T-shirt / woven bag) disediakan.

Tempat Bengkel

Tempat bengkel yang dicadangkan ialah di dewan-dewan serbaguna dan


yang setara dengannya. Mempunyai bekalan letrik dan air sebagai asas.

Kumpulan sasar

Kumpulan sasar untuk bengkel / kursus ini adalah para belia dan anak-
anak muda yang mempunyai banyak masa terluang. Tidak ketinggalan
juga mereka-mereka yang berminat dan seterusnya diketengahkan
menjadi usahawan cetakan.

Mereka boleh menjadikan usaha cetakan ini sebagai aktiviti keusahawanan


secara sampingan atau sebagai major dalam perniagaan mereka dimasa
akan datang. Ianya bermula dengan pengetahuan asas yang diperolehi
dari bengkel ini nanti.
Kos perlaksanaan

Secara ringkasnya kos perlaksanaan untuk bengkel ini adalah berasaskan


kepada keperluan untuk aktiviti praktikal, Ini termasuklah bahan-bahan dan
keperluan asas yang diperlukan.

Perkara Kos
a) Peralatan untuk aktiviti praktikal cetakan
- Nota Panduan RM35
- VCD panduan RM12
- Dyes / Bahan-bahan RM40
- T shirt RM12
- Peralatan
o Photo exposure RM20
o Frame RM18
o Silk / Mesh (Kain saringan) RM 8
o Squizee RM17
o Tracing paper RM 3 RM66
- Alat tulis dan sijil RM25
- Tenaga pengajar dan Krew teknikal RM80
RM270.00

Jumlah kos untuk seorang peserta ialah RM270.00


Kos ini tidak merangkumi sewa tempat dan makan minum.

b) Untuk makan dan minum dan sewa dewan, tambahan RM18 seorang

Sewa dewan / lokasi dianggarkan dalam lingkungan RM100-RM300 sehari,


tertakluk kepada lokasi dan tempat.
Pengisian Bengkel
Pengisian bengkel ini adalah 30% manual dan penerangan dan
70% kepada aktiviti praktikal.
- Teknikal
Kaedah yang diketengahkan dalam praktikal ialah
o Konsep campuran bahan
o Penyediaan filem dan stensil
o Dedahan photo
o Proses cetakan
o Soal jawab berkenaan proses cetakan sepanjang masa

- Pengiraan Kos
Pengiraan kos termasuklah penganggaran kos asas untuk
menjalankan aktiviti cetakan sebagai satu perniagaan.
Ini termasuklah cara-cara pengiraan perolehan daripada hasil
cetakan dan juga termasuk pendedahan asas pengiraan aliran
tunai dan untung rugi.

- Pemasaran
Pemasaran adalah merangkumi jenis-jenis produk yang boleh
dinaiknilaikan dengan cetakan. Tidak kurang juga dengan Kaedah
mencari jualan dan mencipta produk-produk baru berasaskan
cetakan.

- Tip-tip perniagaan
Tip-tip perniagaan adalah berkisar kepada bagaiman menambah
keuntungan, Bagaimana menggunakan peralatan dan
kelangkapan sedia ada, Bagaimana mengurangkan kos
pengeluaran dan maklumat-maklumat berkenaan pembekal-
pembekal bahan untuk aktivti cetakan. Ini termasuklah T-shirt,
Pewarna, PE, bingkai kayu dan sebagainya.

Cadangan Perlaksanaan Bengkel

Bengkel cetakan T Shirt (Silkscreen Printing) dicadang diadakan di seluruh


bahagian dimana ianya berpotensi dibangunkan sebagai aktiviti
keusahawanan. Ini termasuklah dikawasan-kawasan yang terdapat banyak
sekolah, kolej-kolej swasta penempatan dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lokasi perlaksanaan bengkel /kursus ini hendaklah mempunyai bekalan


asas elektrik dan air serta keperluan seperti meja dan kerusi dan sekurang-
kurangnya papan hitam.

Zon Barat Jumlah Bengkel


a) Bahagian Kuching / Samarahan 4
b) Bahagian Lundu / Bau 2
c) Bahagian Semunjan / Serian / Sri Aman 2
Zon Tengah
d) Bahagian Seratok / Pusa / Debak / Kabong 2
e) Bahagian Sarikei / Bintangor / Julau 3
f) Bahagian Rejang / Belawai 2
g) Bahagian Matu / Daro 2
h) Bahgian Oya / Mukah / Balangian 2
Zon Selatan
i) Bahagian Kanowit /Kapit 2
Zon Utara
j) Bahagian Bintulu / Tatau 3
k) Bahagian Miri / Bekenu 4
l) Bahagian Limbang / Lawas 2

Jumlah bengkel dicadangkan 30


Setiap penyertaan disasarkan 30 peserta untuk setiap bengkel dan akan
memenafaatkan 900 peserta yang berkualiti.

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, bengkel ini mensasarkan kewujudan golongan


usahawan baru dalam bidang cetakan. Dengan langkah asas ini pihak
kami menjangka dapat melahirkan satu kelompok masyarakat yang
mempraktikkan ilmu untuk menjana pendapatan dan menjadikan industri
cetakan sebagai satu aktiviti ekonomi.

Cetakan ‘Silkscreen’ merupakan satu perniagaan yang hanya memerlukan


modal minima disamping menghasilkan pulangan yang tinggi. Aktiviti
berasaskan ilmu pengetahuan ini akan memberi menafaat kepada
golongan belia dan remaja yang tidak bekerja dan menganggur.

Aktiviti ini dilihat juga sebagai mendayakan modal insan dan seterusnya
mengekang pembaziran tenaga manusia dan menghindari para belia dan
remaja ke arah masalah sosial.
Lampiran

Antara kursus-kursus yang dijalankan secara individu yang terdahulu di Kuching /


samarahan.

Antara Peserta yang menghadiri bengkel cetakan


Peserta dibahagikan dalam kumpulan kerja untuk praktikal

Demo dan penerangan oleh tenaga pengajar kepada peserta


Peserta melakukan proses-proses cetakan secara praktikal

Peserta sedang asyik mengamati tunjuk ajar dari tenaga pengajar


Praktikal - Peserta mencetak TShirt sendiri.

Proses-proses cetakan oleh peserta


Peserta-peserta dengan hasil kerja (T Shirt yang bercetak)

You might also like