You are on page 1of 2

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada,….

Bersyukur kpd Tuhan kerana dapat kita bersama pagi ini utk meraikan majlis
persaraan seorang lagi guru kita iaitu En Joseph. Semoga majlis yg bermakna ini akan
menjadi memori buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,
En Joseph yg telah berkhidmat selama _____tahun telah pun sampai ke pangkal
hujung perkhidmatan beliau dlm bidang kerjaya. En Joseph telah menabur bakti dan
berjasa kpd perkhidmatan pendidikan, khususnya SKB.
Selama 4 tahun saya mengenali En Joseph, saya bpdapat beliau (wlp GURU DISPLIN)
adalah seorg yg sangat ‘cool’, sangat bersopan, & tidak pernah terukir rasa tidak puas
hati di muka beliau. Bagi mereka yg tidak mengenali En Joseph, beliau mungkin
kelihatan pendiam tetapi sebenarnya mudah mesra & senang bergurau senda.
Beliau tlh berjaya menjlnkan segala tugas keguruan dgn komitmen yg tinggi di
samping melaksanakan tugas-tugas lain yang diamanahkan. Segala sumbangan & jasa
yg telah diberikan adalah tidak ternilai & akan tetap dikenang. Sesungguhnya
komitmen yg ditunjukkan selama ini begitu bermakna sekali terutama dlm usaha
mendidik murid-murid sek rendah menguasai BI.
Tidak dilupakan juga sumbangan bakti & jasa beliau dlm bidang pembangunan &
penyelenggaran sekolah. Saya pasti tidak ada dinding bangunan SKB yg tidak terasa
sentuhan En Joseph.
Lagi satu aspek plg ptg yg akan SKB kehilangan adalah seorg guru disiplin yg tegas &
disanjung olh seluruh warga SKB. Saya bersama PK-PK lain masih tercari-cari calon yg
plg sesuai utk menjawat jwtn G. Disiplin SKB. Melihatkan kesemua sumbangan beliau
saya percaya bahawa warga SKB akan berasa kehilangan seorg guru yg berkaliber.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang utk memohon ampun & maaf jika
terkasar Bahasa atau ada tingkah laku saya yg menyinggung perasaan En Joseph
sepanjang masa beliau berkhidmat dgn saya
Bagi pihak sekolah &KPM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan &
berterima kasih atas segala bakti dan pengorbanan yang En Joseph lalui semata-mata
untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda.
Sebelum saya mengundur diri, saya mendoakan semoga En Joseph akan sentiasa
sihat & menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta. Selamat bersara En
Jospeh. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman. Sekian
terima kasih.

You might also like