You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI

LEGASI LAWI 2023

CUE ANNOUNCE

PERARAKAN MASUK Hadirin yang berada di dalam dewan, sama-sama kita berdiri dan memberi
LINGGIK laluan kepada perarakan masuk Simbolik Legasi Lawi ke dalam dewan yang di
bawakan oleh Ayahanda Haji Poni bin gajus dan Ayahanda Hj Salaba bin
Gajus dengan di iringan alunan selawat nabi.

Kita persilakan juga kesemua tetamu jemputan untuk masuk ke dewan.

-IRINGAN SELAWAT-

SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Petang dan Salam


Aidilfitri

(1) Yang Dihormati


Ayahanda Pemanca Hj. Ibrahim bin Suni
Penasihat majlis Ramah Mesra Aidilfitri Legasi Lawi

(2) Yang Dihormati


Ayahanda Abdul Rahman Zaidil bin Hj. Bujang
Pengerusi Pengelola Majlis

(3) Yang Dihormati


Penghulu Jamer bin Katai
Timbalan Pengerusi Majlis

(4) Yang Dihormati


Ayahanda Hj. Salaba bin Gajus
Imam 1 Masjid An-Nur Kpg. Stunggang Melayu

Yang Dihormati juga


- Ayahanda, bonda, dan nenda sekalian
- Saudara mara yang jauh dan dekat
- anak anak saudara yang dikenali mahupun baru pertama kali bersua
- serta semua yang hadir pada petang ini

ALU-ALUAN MC Bersongkok bersampin segak berseri,


Berbaju kurung anggun jelita;
Majlis Aidilfitiri meriah sekali;
Bersama kita meraikannya

Bingka Betawi tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Setulus hati maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

1
TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI
LEGASI LAWI 2023

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua


maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah
sebulan Ramadhan kita berpuasa. Dan bersyukur juga, walaupun di
penghujung dan hari terakhir di bulan Syawal yang mulia ini, kita dapat
berkumpul di dewan Mahligai gading yang serba indah  ini untuk  meraikan
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI LEGASI LAWI yang julung kali
nya di adakan pada tanggal 29 Syawal 1444H hari ini.
Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan semua sanak saudara yang
jauh datang bertandang, yang dekat tersenyum riang….

Ibarat pepatah:

Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasi
serasi kan….

Semoga dengan adanya perhimpunan seperti ini akan memberikan ruang dan
peluang untuk kita saling kenal mengenal antara sanak saudara kita.

BACAAN DOA Bunga Mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa di baca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Untuk itu,

Bagi menjunjung keberkatan majlis, majlis dengan penuh takzimnya


mempersilakan saudara Ayahanda Hj. Salaba bin Gajus, untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

Amin-amin ya rabbal ‘alamin. terima kasih ayahanda di atas pimpinan


ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan
berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

PENGENALAN MAJLIS Atok2, nenek2, ayahanda dan bonda,

Saya, Anna Shatyla anak kepada Ayahanda Hj Salaba bin Gajus dan Bonda
Asia bt Sabri, Cucu kepada Nek Gajus bin Lawi akan mempengerusi kan
majlis kita pada petang ini. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana telah di
beri kepercayaan untuk menggalas tugas yang besar ini bagi sama-sama
menjayakan majlis yang julung kali nya di adakan untuk Legawi Lawi.

Sebagai makluman awal, sebenarnya, penganjuran majlis seperti ini telah lama
di rancang. Yang di ketahui ayahanda Pemanca 2 3 taun sebelum juga pernah
saya dengar menyuarakan hajat untuk mengadakan majlis perjumpaan

2
TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI
LEGASI LAWI 2023

keluarga seumpama ini namun akibat kekangan yang terjadi 2 3 tahuun


kebelakangan ini, maka hasrat tersebut tertunggak. Dan dengan rasa syukur
yang tidak terhingga, maka tahun 2023 ini menjadi saksi sejarah untuk Legasi
Lawi tercipta. Di mana sambutan majlis ini amatlah menggalakkan dengan
lebih 400 penyertaan dari semua keluarga anak cucu cicit nek Lawi. Syukur
alhamdulillah. Semoga ini bukanlah menjadi yang pertama dan terakhir nya
untuk kita, mudah-mudahan pada masa akan datang akan ada lagi majlis
seperti ini untuk 2.0, 3.0 dan selanjutnya.

TAYANGAN MONTAJ Hadirin sekalian,

Bagi mendalami rasa kasih dan mengenali lagi siapa asal usul kita, marilah
kita sama-sama menyaksikan tayangan montaj yang akan dipersembahkan.

Dipersilakan

- montaj -

Begitulah tadi, tanyangan montaj yang telah sama-sama kita saksikan.


Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
membuat pengambaran, merakam, menyunting dan menyediakan montaj ini.
Selama seminggu ini mereka telaah banyak pergi ke sana-sini untuk membuat
rakaman dan juga menghasilkan video ini. Terima kasih banyak2.

UCAPAN ALUAN Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Aturcara majlis kita teruskan dengan mepersilakan Ayahanda Abdul Rahman


Zaidil b Hj Bujang, selaku pengerusi pengelola majlis hari ini untuk
menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan

- ucapan aluan-

Begitulah tadi ucapan aluan dari Ayahanda Abdul Rahman Zaidil. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Saudaraku sekalian

Kalau di lipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh di imbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak rasa
Degub bicara, merisik kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang dihormati, Ayahanda Pemanca Hj. Ibrahim bin

3
TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI
LEGASI LAWI 2023

Suni, selaku penasihat program untuk menyampaikan sepatah dua


kata lantas merasmikan majlis kita pada hari ini.
Majlis menjemput dan dipersilakan.

SIMBOLIK PERASMIAN - memotong Kuih Bingka Betawi


- Nyanyian lagu raya beramai-ramai

JAMUAN Cincin di sarung hati bedebar,


Jarinan lembut wajah terhias
Ramadhan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah,

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Maka dengan ini, semua hadirin dijemput unyuk menjamu selera.


Terima kasih kepada pihak carterer kita iaitu kak leha dan ustaz Has.
Terima kasih jugak kepada semua sanak saudara yang membawa
serba sedikit jamuan untuk kita pada petang ini.

ACARA SANTAI - Persembahan Karaoke


- Cabutan nama bertuah
- Sesi ramah mesra
= Fotografi beramai-ramai
PENUTUP MAJLIS Hadirin hadirat sekalian

Kok brekayuh dah sampai ke muara


Kok Berenang dah sampai ke tepian
kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan kata-kata ini maka….

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Bagi pihak pengelola majlis kami


mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam memastikan MAJLIS RAMAH MESRA
AIDILFITRI LEGASI LAWI ini dapat dilangsung dengan meriahnya.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon .maaf di atas segala
kekurangan dalam mengendalikan majlis....

You might also like