You are on page 1of 23

Pengajaran

Kepelbagaian Pelajar

UNIT 1
ANALISIS PELAJAR

Nama :MOHD FAIDHOL HULAIMI BIN


ABD AZIZ LUTFI
Matrik:L20212011945
No HP :01156552689
Group : DPLI JAIPk B 2022/2023

PENSYARAH
ABU BAKAR YUSUF
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SINOPSIS

Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma


kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku,
sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu
dalam sesuatu kumpulan.

Setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga,
dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya
dan corak pembelajaran mereka.

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang
lebih berkesan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang kepelbagaian pelajar yang wujud.


2. Menghuraikan tentang faktor sosioekonomi terhadap pembelajaran pelajar.
3. Membincangkan perbezaan sosioekonomi terhadap pembelajaran

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

KANDUNGAN

1 .Pengenalan
2. Pemetaan Ringkasan Kandungan
3. Ciri-Ciri Kepelbagaian
Jantina
Agama
Bangsa/Etnik/Kaum
Budaya
Sosial Ekonomi
4. Implikasi Sosial ekonomi Terhadap Pembelajaran
5. Implikasi Sosial ekonomi Terhadap Perbezaan Murid
6.Status Sosial ekonomi terhadap pembelajaran
7.Isu dan Konflik Dalam Kepelbagaian Pelajar
8. Penutup
9. Glosari
10.Bibliografi
11.Latihan

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.0 Pengenalan

Pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang


bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian
yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang
keluarga,sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap
daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta
kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang
lebih berkesan. Hal ini adalah kerana ia saling berkait rapat antara satu sama lain
untuk pembelajaran pelajar

1.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.2 Ciri-Ciri Perbezaan Kepelbagaian

1.2.1 Jantina

Lelaki
Manusia

Perempuan

Kategori/Peringkat Lelaki Perempuan


Kanak-Kanak - Lebih mudah belajar - Lebih peka terhadap bahasa
4 – 6 tahun dengan bantuan gambar - Lebih mudah mengingati
dan pergerakan sesuatu perkara
- Aktif
- Mudah hilang tumpuan

Pelajar - Sukakan aktiviti yang - Mula mencapai


7-12 tahun memerlukan pergerakan perkembangan fizikal
motor kasar - Suka membaca
- Cepat merasa bosan - Lebih serius dalam
- Mudah hilang tumpuan keterlibatan pembelajaran
- Suka menggunakan - Lebih gemar kepada
Bahasa “jargon atau linguistiknk
coded
- Lebih gemar kepada
penaakulan matematik

- Mula mencapai - Membentuk kumpulan rakan


Pelajar perkembangan fizikal sebaya
13-17 tahun - Sudah mula tertarik - Gemar berhias
dengan rakan sebaya - Mempunyai perasaan malu
- Membentuk kumpulan yang tinggi
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

rakan sebaya

Remaja - Perkembangan emosi - Membentuk kumpulan kecil


18 – 25 tahun semakin bertambah dari kalangan sahabat-
( komited terhadap sahabat rapat
hubungan) - Mula menetapkan hala tuju
- Lebih bertanggungjawab hidup
- Lebih berkepimpinan - Ingin berpasangan
(berkahwin dan mempunyai
anak)

Dewasa - cuba mewujudkan identiti - memerlukan perhubungan


26 – 59 tahun dan persepsi sendiri yang akrab dengan individu
terhadap dunia mereka lain

5
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- mendapatkan kestabilan - cuba mewujudkan identiti


diri dalam masyarakat dan persepsi sendiri
- boleh terhadap dunia mereka
dipertanggungjawabkan, - mendapatkan kestabilan diri
boleh diwariskan untuk dalam masyarakat
melakukan kerja-kerja - menerima hakikat kehidupan
yang baik sebagai proses semulajadi
- menerima hakikat dan sentiasa melakukan
kehidupan sebagai refleksi diri
proses semulajadi dan
sentiasa melakukan
refleksi diri

Orang Tua - Muka mula berkedut, - Muka mula berkedut, badan


60 tahun ke atas badan lemah, penglihatan lemah, penglihatan kabur
kabur dan sebagainya dan sebagainya
- Mengalami ‘andropaus’ - Mengalami ‘menopause’
- Sentiasa mahukan - Sentiasa mahukan perhatian
perhatian dan kasih dan kasih sayang
sayang - Tahap perkembangan usia
- Tahap perkembangan usia menurun ke tahap kanak-
menurun ke tahap kanak- kanak
kanak - Pasif
- Aktif bercakap - Kemurungan
- Mudah hilang focus

1.2.2 Agama

Kaum Ciri-Ciri Kepelbagaian


Melayu - Agama islam
- warna kulit sawo matang, putih dan hitam manis
- Rambut lurus, ikal mayang dan kerinting
- Baju kurung, baju melayu
Cina - Agama buddha, kristian, hindu
- warna kulit putih dan sawo matang
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- Rambut lurus
- Pakaian cheongsam
India - Agama hindu, kristian dan islam
- warna kulit hitam manis dan hitam
- rambut lurus, ikal mayang dan kerinting
- pakaian sari dan kurta
Lain(Nyatakan)

Rumusan : Terdapat pelbagai jenis kaum dan pelbagai agama yang wujud di
Malaysia Maka akan wujud juga ciri-ciri kepelbagaian.Ini dapat dilihat pelbagai
variasi dari segi warna kulit, jenis rambut, jenis pakaian dan sebagainya.

6
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.2.3 Bangsa/Kaum/Etnik

Kaum Ciri-Ciri Kepelbagaian


Melayu  Merupakan kaum terbesar di Malaysia (54%).
 Menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi.
 Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.
 Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi
lemak.
 Permainan : congkak, gasing, wau.
 Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.
 Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
 Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian Piring, tarian lilin
 Kebanyakan kaum Melayu tinggal di kawasan luar bandar.

Cina  Merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia iaitu 25%


daripada penduduk Malaysia.
 Bahasa Orang Cina adalah Kantonis, Hakka, Hokkien,
Teochew. Majoriti kaum Cina di Perak, Selangor, Kuala
Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang adalah daripada
kumpulan dialek kantonis. Hakka, merupakan kumpulan
terbesar di Sabah dan Sarawak.
 Pakaian tradisional kaum Cina ialah Cheongsam untuk
perempuan dan Sam Foo untuk lelaki.
 Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
 Permainan : catur cina
 Alat muzik : gitar bulan, dram,
 Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih
Bulan
 Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung
 Kebanyakan kaum Cina tinggal di kawasan bandar.
 Lebih dominan dalam bidang ekonomi.

India  India pula membentuk 7.5% daripada populasi di Malaysia.


 Bahasa utama ialah bahasa Tamil.
 Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.
 Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

 Permainan : kaudi
 Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.
 Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda
Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata
Natyam
 Masyarakat India lebih suka tinggal beramai-ramai dengan
ahli keluarga terdekat dalam satu rumah atau berdekatan.
 Kebanyakan kaum India tinggal di kawasan luar bandar.

Rumusan
Kepelbagaian kaum/etnik di Malaysia telah wujud berkurun lama dahulu.
Perkembangan etnik membawa impak positif kepada negara dan kehidupan
bermasyarakat. Masyarakat Malaysia dapat meraikan pelbagai perayaan di samping

7
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

menikmati pelbagai aneka juadah tradisi oleh kepelbagaian kaum di Malaysia.


Kepelbagaian kaum di Malaysia juga merupakan suatu keistimewaan yang dikecapi
oleh Malaysia dari sektor pelancongan, pendidikan, pertanian dan sebagainya.
Walaupun wujud jurang ekonomi yang ketara antara kaum/etnik di Malaysia, namun
keharmonian negara masih utuh

1.2.4 Budaya

Kaum Ciri-Ciri Kepelbagaian


Melayu Di peringkat awal, terdapat dua bentuk sekolah bagi masyarakat
Melayu iaitu persekolahan
secara tidak formal dan sekolah vernakular. Persekolahan
secara tidak formal telah berkembang sejak abad ke-14 hingga
abad ke-16 selaras dengan pengembangan ajaran agama Islam
(Sufean Hussin, 2002:128). Pendidikan Islam dilakukan di
rumah, surau, pondok atau masjid oleh para guru yang terdiri
daripada imam dan ulama (Sufean, 2002:128) Dengan kata
lain, pengajaran dilakukan di rumah guru tetapi jika terdapat
jumlah pelajar yang ramai pengajaran akan diadakan di surau
atau masjid. Mata pelajaran yang diajar adalah seperti bahasa
Arab, membaca Al-Quran, Tafsir Al-Quran, Hadis, Tasawuf,
Fiqah, Tauhid, Sejarah Islam dan Fardhu Ain (Awang Had
Salleh, 1980:7). Sistem pendidikan berorientasikan agama Islam
ini dikenali sebagai sekolah pondok (Stevenson, 1975:7).
Terdapat banyak sekolah
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pondok didirikan oleh para ulama di Kedah, Pahang, Singapura,


Terengganu dan Kelantan (Awang Had Salleh, 1980:7). Sekolah
vernakular Melayu ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British dan
mengunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar (Shamsul Amri, 2012:195).
Dari segi sukatan pelajaran,tumpuan diberikan terhadap
membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan, anyaman dan
pertanian (Shamsul Amri, 2012:195). Dengan erti kata lain,
kerajaan British mendirikan sekolah vernakular Melayu untuk

8
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

memberikan anak-anak Melayu pendidikan asas yang sesuai


dengan keperluan kehidupan mereka di kampung. Pelajar
lepasan sekolah vernakular Melayuyang berkelayakan
berpeluang menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI) (Roff, 2014:156-160).
Cina Abstrak Enrolmen murid bukan Cina ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina menimbulkan pelbagai cabaran seperti
bahasa pengantar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam
persekitaran kepelbagaian, perpaduan etnik dan penyesuaian
budaya belajar. Artikel ini meneroka budaya belajar etnik Cina di
Malaysia dari perskpektif alumni sekolah vernakular Cina dan ibu
bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut berkenaan
budaya belajar etnik Cina. Murid pelbagai etnik bukan Cina perlu
menyesuaikan diri dengan budaya belajar bagi etnik Cina untuk
memastikan proses pembelajaran mereka bermakna dan
memastikan kemenjadian mereka sebagai murid. Dapatan
daripada analisis temubual di banding dan dibincangkan untuk
memerihalkan budaya belajar murid etnik Cina.Asas budaya
belajar etnik Cina dikaitkan dengan pegangan iaitu “practice
make perfect”. Di samping itu kata-kata seperti “ biar kita miskin
tapi jangan kita biarkan diri kita miskin ilmu”, “kita hidup untuk
belajar … kita belajar, belajar sampai mati” dan “hormatilah
orang tua, seolah-olah kamu menghormati ibu bapa kamu”turut
menggambarkan budaya yang mempengaruhi adab belajar
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

murid-murid di SRJKC.Enam ciri budaya belajar etnik Cina yang


menonjol adalah menghafal, latih tubi, penyempurnaan tugasan
atau kerja rumah,latihan tambahan, pelbagai rujukan dan
menghadiri tuisyen.
India Pendidikan Hindu dapat menjadi agen normatif moden melalui
kearifan tempatan mereka yang menjadi motivasi kepada anak-
anak. Pada peringkat instrumental, nilai-nilai utama yang akan
diajar adalah otonomi, martabat, kreativiti, moral, kebanggaan,
dan rasa estetika, dan kesedaran demokrasi. Mereka harus

9
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

memelihara warisan budaya tempatan, termasuk bahasa dan


seni, sambil menyesuaikan trend global. Sebagai pendidik, guru
di sekolah dan juga ibu bapa di rumah mesti menjadi teladan
yang tanggungjawab dan disiplinnya dipatuhi.
Lain- Sekiranya dilihat dari sudut teori ekologi Bronfenbrenner pada
lain(Nyatakan)
peringkat mikrosistem (Brian Lewthwaite, 2011) dengan
pendidikan Orang Asli, kehidupan keluarga dan masyarakat
Orang Asli banyak mempengaruhi pandangan Orang Asli
terhadap Pendidikan. Dari aspek ibu bapa dan kehidupan
keluarga yang merupakan pengaruh terbesar kepada pelajar
Orang Asli, didapati tahap pendidikan ibu bapa yang rendah
mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak Orang Asli. Ini
kerana kurangnya pendidikan dalam kalangan ibu bapa
menyebabkan mereka tidak dapat atau gagal membantu dalam
pelajaran anak-anak. Selain itu, tahap sosioekonomi yang
rendah turut mempengaruhi pendidikan anak-anak. Ibu bapa
yang memberi tumpuan kepada pekerjaan bagi membaiki
ekonomi keluarga dan menampung keperluan hidup juga
menyebabkan mereka kurang sedar bahawa mereka telah
mengabaikan pendidikan anak-anak.
Rumusan
Al-Quran secara jelas menyatakan manusia dijadikan daripada pelbagai kaum dan
kelompok dengan tujuan untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Kepelbagaian budaya merupakan konsep atau idea yang berkaitan kepercayaan,
pengakuan dan pengiktirafan terhadap keanekaragaman dan unsur kepelbagaian
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

budaya dan etnik yang wujud yang mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial
dan identiti peribadi sesuatu bangsa. Kepelbagaian budaya merangkumi
pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik
masyarakat. Penilaian ini bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan
tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai
budaya mereka dan penerimaan bangsa lain terhadap kebudayaan tersebut
(Noraini, 2015).

10
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.2.5 Sosial Ekonomi

Kaum Ciri-Ciri Kepelbagaian

Melayu Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang


jelas antara ekonomi dengan etnik khususnya identifikasi
kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi sesuatu kaum. Daripada
keadaan ini, timbul persepsi yang kemudian menjadi streotaip
bahawa majoriti etnik Melayu terdiri daripada petani dan
nelayan. Kebanyakan orang Melayu didapati bekerja dalam
sektor pertanian tradisional dan dengan kerajaan.

Cina Perkembangan sejarah menunjukkan etnik Cina pula terlibat


dalam perniagaan dan sektor perlombongan. Kaum Cina
mempunyai taraf sosial ekonomi yang lebih baik berbanding
kaum yang lain dan kebanyakan ekonomi dikuasai oleh etnik
Cina.Kaum Cina menguasai sektor perdagangan, pembuatan
dan perlombongan.

India Berdasarkan faktor etnik, Sharifah Mohd Noor, (1992) dalam


kajiannya mendapati bahawa etnik mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pencapaian akademik. Bangsa India
menunjukkan hubungan yang negatif dan signifikan dengan
pencapaian pelajar. Dalam kajiannya, beliau mendapati pelajar-
pelajar India tidak mencapai prestasi akademik yang baik
berbanding dengan pelajar-pelajar Melayu dan Cina. Menurut
Sharifah lagi, keadaan ini adalah dipengaruhi oleh kedudukan
status sosio-ekonomi yang umumnya adalah rendah di kalangan
masyarakat India. Kebanyakan etnik India pada zaman dahulu
merupakan buruh di kebun getah. Kaum India menguasai sektor
binaan dan estet getah.

Lain-
lain(Nyatakan)
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Rumusan: Perbezaann terhadap kepelbagaian sosial ekonomi mewujudkan satu


bangsa Malaysia yang bersatu melalui penyatuan hasil ekonomi dan persefahaman
supaya dapat berkongsi matlamat yang sama dan menjadikan Malaysia sebuah
negara yang aman dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi. Rakyat
dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan berkerjasama antara satu sama lain
seterusnya melahirkan satu bangsa malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan
dedikasi kepada negara.

11
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.3 Implikasi Sosial Ekonomi Terhadap Pembelajaran

1.3.1 Keperluan Asas dan Pengalaman


1.3.2 Penglibatan Ibu bapa
1.3.3 Sikap dan Nilai Pegangan

1.3.1 Keperluan Asas dan Pengalaman

- golongan miskin kebanyakannya terdiri daripada golongan masyarakat luar


bandar yang tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan hanya disebabkan mereka hidup dalam keadaan yang miskin dan
melarat.

- kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang baik, mereka akan


mempunyai taraf kesihatan yang tinggi dan berkemampuan bersaing dalam
semua bidang. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tinggal dalam persekitaran
tidak baik seperti keadaan rumah yang sesak, kekurangan sanitasi dan
kebersihan, kurang pemakanan dan pendidikan akan mengalami tekanan
kehidupan seperti kemiskinan.

- Pendidikan ibu bapa yang rendah cenderung menyebabkan pencapaian


pendidikan turut rendah dalam kalangan anak mereka menegaskan bahawa
pembangunan keluarga berhubung rapat dengan pendidikan. Namun demikian
ibu bapa di luar bandar mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan
pendidikan kepada anak-anak mereka.

1.3.2 Penglibatan Ibu bapa

- menghadirkan diri apabila dipanggil untuk berjumpa pihak sekolah.


- membalas surat sekolah tentang masalah pembelajaran atau ponteng sekolah
anak mereka.
- memberikan komitmen terhadap program pendidikan di sekolah sama ada dalam
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

bentuk tenaga, masa atau wang ringgit.


-Conway (2003) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa perlu digalakkan kerana
ia memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan
akademik kanak- kanak.
-Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et.al (1990) menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa lebih tinggi menentukan pencapaian akedemik yang tinggi.
-Jenis – Jenis Penglibatan Ibu Bapa Joyce Epstein (2008) dalam bukunya School,
Family and Community Partnership : Your Handbook for Action, telah menggariskan
6 jenis penglibatan ibu bapa yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha
untuk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.
a. Parenting (Keibubapaan)
b. Communicating (Berkomunikasi)
c. Volunteering (Kesukarelawanan)
d. Learning at Home (Pembelajaran di Rumah)

12
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

e. Decision Making (Pembuatan Keputusan.


f. Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat)
-Setiap jenis penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh
dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat prasekolah yang sudah
ditetapkan. Dalam kajian ini pengkaji tidak mengkaji aspek kolaborasi dengan
komuniti atau masyarakat, kerana aspek ini lebih tertumpu kepada penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan

1.3.3 Sikap dan Nilai Pegangan

- Ibu bapa yang menerapkan nilai kelas sosial dalam amalan berkeluarga dapat
memberi tunjuk ajar kepada anak-anak yang hidup bersama.

- Pencapaian dalam pelajaran juga dipenggaruhi oleh sikap dan nilai yang
diterapkan oleh ibubapa.

- Sikap pelajar terhadap aspirasi turut berkait rapat dengan nilai sosioekonomi
keluarga.

1.4 Implikasi Sosial ekonomi Terhadap Perbezaan Murid

1)Sosial ekonomi tinggi – murid dapat nutrisi yang lebuh bagus dan fizikal terjaga
dengan rapi.

2)Sosial ekonomi rendah – kurang keyakinan diri, berpenampilan kurang kemas.

3)Wujud kumpulan pelajar berdasarkan status ekonomi keluarga disebabkan status


ekonomi keluarga murid di dalam kelas.

4)Pelajar yang kurang keyakinan diri akan menjauhkan diri.


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

5)Perbezaan fizikal –murid tinggi,rendah,gemuk, berlakunyagejala buli kepada murid


bersaiz badan kecil menyebabkan kurang keyakinan diri.Murid yang berkeyakinan
rendah perlu diberi perhatian berterusan oleh unit kaunselor dan guru.

13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.5 Implikasi Perbezaan Murid Kepada Pembelajaran

Setelah menganalisis tentang perbezaan individu, seorang guru perlu memastikan


semua murid akan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Maka, guru perlu
memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

1) Hasil Pembelajaran – Perlu disesuaikan dengan tahap keupayaan dan


kemampuan seorang murid. Terdapat sekurang-kurangnya 3 kelompok utama
iaitu pandai, sederhana dan lemah. Maka, hasil pembelajaran perlu disesuaikan
dan tidak terlalu rigid untuk menamatkan sukatan semata-mata.

2) Strategi/Kaedah/Pendekatan – Murid yang pandai, sederhana dan lemah perlu


kepada strategi/kaedah/pendekatan yang berbeza bergantung kepada tahap
penerimaan mereka. Kepelbagaian stategi/kaedah sangat diperlukan oleh
seorang guru untuk mencapai Hasil Pembelajaran yang telah dirancangkan.

3) Bahan Bantu Mengajar – Harus dapat menarik perhatian dan minat pelajar
pelbagai kategori. Gunakanlah apa sahaja resos yang ada supaya murid seronok
dan dapat belajar sesuatu dengan berkesan disebabkan oleh penggunaan alat
bantu mengajar yang menarik.

4) Gaya Penyampaian – Perlu jelas dan lantang, memikat hati murid untuk belajar.
Contohnya guru ada kebolehan bercerita, bernyanyi, bersukan dan sebagainya.

1.6 Status Sosial Ekonomi Terhadap Pembelajaran

Sosial Ekonomi Rendah Sosial Ekonomi Tinggi


 Keluarga kurang berkemampuan  Keluarga mampu untuk menyediakan
dalam menyediakan kemudahan kemudahan pembelajaran tambahan
pembelajaran tambahan seperti seperti lawatan sambil belajar atau
lawatan sambil belajar di luar. kelas tambahan. Murid akan lebih
Murid akan berasa kurang yakin, terbuka dan lebih bersosial.
rendah diri dan berfikiran tertutup.  Ibubapa yang mempunyai
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

 Kurang pengawasan oleh ahli pendapatan kukuh menggalakkan


dewasa dan kekurangan stimulasi mereka melanjutkan pelajaran ke
yang mengakibatkan kurang universiti. Sokongan ibubapa
motivasi untuk belajar dan mempunyai kesan positif terhadap
melambatkan perkembangan motivasi dan aspirasi murid sekolah.
kognitif serta menyebabkan  Keluarga yang berpendidikan dan
kekurangan kemasukan ke berpendapatan tinggi mampu
universiti. mengadakan persekitaran belajar
 Keluarga berpendapatan rendah yang sesuai dan baik.
kurang mampu menyediakan
persekitaran belajar yang sesuai
dan baik

14
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.7 Isu atau konflik dalam perbezaan kepelbagaian Pelajar

1.7.3 Konflik dalam Pembelajaran


Tuhan

Ibubapa Sekolah
Murid
Murid Murid
Murid
Guru Masyarakat

Konflik Penjelasan Contoh

-Sekolah tidak menyediakan infrasuktur yang -Sekolah tidak


lengkap menyebabkan Pelajar kurang dapat
berkembang/ eksplorasi. menyediakan
Murid  Sekolah -Kawasan sekolah yang tidak kondusif makmal
menyebabkan pelajar tidak selesa sekolah
- Memberi kesan kepada kemenjadian murid.

- Adab dan kemenjadian murid -Murid kurang


- Kurang adab membawa kepada kurang komunikasi
integriti dalam kelas
Murid  Guru
online
-Murid malu
bertanya
kepada guru.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

-Pergaulan antara murid lelaki dan -seperti


perempuan. sekolah
-Tiada komunikasi yang jelas. agama
- Kurang pergaulan. -Pengunaan
Bahasa antara
Murid  Murid
pelajar lelaki
dan perempua
berbeza
-Perbezaan
latar belakang
keluarga
Murid  Ibubapa
- Hubungan kekeluargaan: Peranti:

15
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- Ibubapa tidak menyediakan keperluan Ibubapa tidak


anak-anak secukupnya dapat
- Ibubapa kurang masa dengan anak-anak menyediakan
gadget
disebabkan
faktor
kewangan

-Kurangnya pegangan agama dan keimanan -Kurang solat.


yang diri murid menjadikan murid mudah -Tidak Puasa.
terpesong dengan benda-benda tidak elok. -Murid hafal
Seperti tidak solat, melawan ibubapa dan jawapan untuk
Murid  Tuhan sebagainya. dapat ‘A’
-Tidak meletakkan sepenuh harapan pada sahaja.
Allah untuk mecapai kecemerlangan dalam
pelajaran.

-Guru meletakkan tanggungjawab Guru tidak


sepenuhnya kepada ibubapa untuk mendapat
Guru  Ibu bapa memantau anak-anak dirumah tanpa respon yang
pengawasan ibubapa anak-anak akan tercicir baik daripada
dalam matapelajaran. ibubapa.
-Kurang Kerjasama antara guru dan ibubapa.

-Kurang kesopanan terhadap jiran tetangga. Murid kurang


-Murid kurang terlibat dalam program khidmat bertegur sapa
Murid  Masyarakat
masyarakat yang dianjurkan oleh masyarakat dengan
setempat. masyarakat
setempat.
-Kurangnya aktiviti keagamaan.
-Kurang sambutan terhadap aktiviti -Seperti majlis
keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sambutan
masjid. maulidur
Masyarakat Tuhan
Rasul,
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

sambutan
maal hijrah
atau
sebagainya

16
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.8 Penutup

Satu keseimbangan yang tepat harus di cari dan di tentukan melalui pemerhatian
terhadapkepercayaan yang mana wujudnya kepelbagaian dalam sekolah. Oleh itu
teori-teori dan penyelidikan yang meluas perlu memutuskan apakah keseragaman
yang perlu di berikan kepadasetiap orang pelajar dan guru perlu berusaha dalam
mempraktikkan apa yang mereka rasa sesuaidalam menyeragamkan pelajar yang
pelbagai.

Dari satu sudut, ketidakseimbangan yang wujud kini mudah untuk difahami.
Persamaanadalah lebih mudah untuk di sesuaikan daripada perbezaan, dan
amalam pendidikan sering di bangunkan secara langsung dalam menggalakkan
pendidikan yang sama rata untuk semua pelajar. Oleh itu terdapat beberapa model
pengajaran yang sesuai dalam menyeimbangkan antaranilai-nilai pendidikan yang
konsisten dan kepelbagaian manusia.

1.9 Glosari

Sindrom klinikal dan biokemikal yang berkaitan dengan peningkatan


umur seseorang lelaki dan mempunyai kriteria gejala-gejala dan
tanda-tanda yang selari dengan kekurangan paras hormon
Andropaus
testosteron. Ianya menyebabkan penurunan kualiti hidup dan
secara tidak langsung menyebabkan fungsi organ sistem lelaki
terganggu.

Abstrak
Tidak berupa atau tidak dilihat dan dirasa dengan pancaindera

Pemerintahan ( Pentadbiran, Pengurusan ) sendiri, hak


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Autonomi menguruskan pemerintahan ( pentadbiran ) sendiri, ( tanpa


penguasan atau pengendalian oleh pihak lain )

Enrolmen Bilangan pelajar yang mendaftarkan diri di institusi.

Sekumpulan orang yang tergolong dalam orang atau kumpulan


etnik yang sama. Ia juga bermaksud sekumpulan individu yang
Etnik mempunyai ciri linguistik atau budaya yang sama, dan yang
mengekalkan ciri identiti asalnya dari masa ke masa, tanpa mengira
penyebaran geografi mereka.

Menopause

17
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Dikenali sebagai klimakterik, merupakan tempoh dalam


kebanyakan kehidupan wanita ketika haid berhenti secara kekal,
dan mereka tidak lagi dapat menimang anak . Menopaus biasanya
berlaku antara usia 49 dan 52 tahun.

Berpegang teguh pada norma, aturan dan ketentuan-ketentutan


yang berlaku.
Ia juga merujuk kepada standard atau model yang ideal . Dalam
Normatif bidang
falsafah, pernyataan normatif menentukan bagaimana sesuatu
perkara atau situasi sepatutnya berada atau berfungsi, bagaimana
untuk menilai sesuatu mana yang baik dan yang tidak.

Signifikan Penting, Ketara

Suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap


sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di
Streotaip dalam realiti. Kita juga boleh memahami 'stereotaip' sebagai
penilaian negatif/atau positif terhadap sesuatu perkara atau
sekumpulan orang.

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan


pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis
Vernakular
sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah
vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada
tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

18
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.10 Bibliografi

1) Farhana Ahmad Rabawi. April 6, 2015. Teori Realiti ke atas Warga Tua.
https://prezi.com/1zzql29zxv7d/teori-realiti-ke-atas-warga-tua/

2) https://www.remaja.my/20/perbezaan secara psikologi & cara pemikiran lelaki

3) Kamaruddin,S.B. (2012, september 21).UKM.Retrieved from


hhtps://www/september-2012/pelbagai-dimensi-kepelbagaian-perlu-diberi-
perhatian-dalam-sistem-pendidikan

4) Lee Yok Fee,(2009),27)UPM.Retriered forum.

5) Siti Masayu & Rosliah Abdul Rashid, N. S. (2018). KEMISKINAN KELUARGA


DAN PENGARUHNYA TERHADAP TAHAP PENDIDIKAN RENDAH
MASYARAKAT LUAR BANDAR: KAJIAN KES DI JAJAHAN BACHOK,
KELANTAN. Vol. 13, No.2 (2018) 011-023, ISSN: 1823-884x, 12-13.

6) Mohamad Johdi Salleh & Che Noraini Hashim, 2009. STATUS SOSIO
EKONOMI DAN KOMITMEN IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM PENILAIAN MENENGAH RENDAH,MALAYSIA. 14th International
Conference on Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in
Education. 21th – 24th May 2009. By Sultan Hassanal Bolkiah Institute of
Education Universiti Brunei Darussalam, 3-5

7) Halimatussaadiah (2015), Murid & Alam Belajar: Pelangi Professional


Publishing Sdn.Bhd.

8) Faridah Abu Hassan et. al. 2005. “Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan
Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik”. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jilid 7. muka surat 27-73.

9) https://www.researchgate.net/publication/327435662_Meritokrasi_Faktor_sosio
_ekonomi_dan_peluang_pendidikan_tinggi

10)Awang Had Salleh. (1981). “Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di
Kedah.” Dalam Konvensyen Sejarah Kedah di Alor Setar, Kedah

11) Mohammad Iskandar Shah Sitam, Abd Razak Ahmad, Mohd Mahzan Awang
2016 https://www.semanticscholar.org/paper/BUDAYA-BELAJAR-BAGI-ETNIK-

19
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

CINA-DI-MALAYSIA%3B-ALUMNI%2C-Sitam-
Ahmad/f5f11e1bcd2de46968648c5eb812985d55668a3d ,

12)Mardika - guru pendidikan agama hindu http://dx.doi.org/10.25078/jpm.v1i1.41

13) Brian, L. 2011. Applications and Utility of Urie Bronfenbrenner's Boo-ecological


Theory. Manitoba Education Research Network (MERN).Fariha, Nadia, Soffian.
Analisis Tred pendidikan Orang Asli

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

20
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.11 Latihan

Kemukakan 5 soalan objektif & 2 soalan esei berserta skema jawapan.

1. - Lebih mudah belajar dengan bantuan gambar dan pergerakan


- Aktif
- Mudah hilang tumpuan

Elemen di atas menunjukkan ciri-ciri bagi peringkat?

A.Kanak-Kanak 4 – 6 tahun
B. Pelajar 7-12 tahun
C.Pelajar 13-17 tahun
D.Remaja 18-25 tahun

2. -Mula mencapai perkembangan fizikal


-Sudah mula tertarik dengan rakan sebaya
-Membentuk kumpulan rakan sebaya

Elemen di atas menunjukkan ciri-ciri bagi peringkat?

A.Kanak-Kanak 4 – 6 tahun
B. Pelajar 7-12 tahun
C.Pelajar 13-17 tahun
D.Remaja 18-25 tahun

3. -memerlukan perhubungan yang akrab dengan individu lain


-cuba mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka
-mendapatkan kestabilan diri dalam masyarakat
-menerima hakikat kehidupan sebagai proses semulajadi dan sentiasa
melakukan refleksi diri
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Elemen di atas menunjukkan ciri-ciri bagi peringkat?

A.Kanak-Kanak 4 – 6 tahun
B. Pelajar 13-17 tahun
C.Remaja 18-25 tahun
D.Dewasa 26 – 59 tahun

4. -Agama islam
-warna kulit sawo matang, putih dan hitam manis
-Rambut lurus, ikal mayang dan kerinting
-Baju kurung, baju melayu

Berikut merupakan ciri-ciri kepelbagaian pelajar bagi_________.

21
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

A.Melayu
B.India
C.Cina
D.Lain-lain

5. -Agama hindu, kristian dan islam


-warna kulit hitam manis dan hitam
-rambut lurus, ikal mayang dan kerinting
-pakaian sari dan kurta

Berikut merupakan ciri-ciri kepelbagaian pelajar bagi_________.

A.Melayu
B.India
C.Cina
D.Lain-lain

Soalan Subjektif

1)Nyatakan implikasi sosial ekonomi terhadap perbezaan murid

Jawapan:

-Sosial ekonomi tinggi = murid dapat nutrisi yang lebuh bagus dan fizikal terjaga
dengan rapi.
-Sosial ekonomi rendah = kurang keyakinan diri, berpenampilan kurang kemas.
-Wujud kumpulan pelajar berdasarkan status ekonomi keluarga disebabkan status
ekonomi keluarga murid di dalam kelas.
-Pelajar yang kurang keyakinan diri akan menjauhkan diri.
-Perbezaan fizikal = murid tinggi,rendah,gemuk, berlakunyagejala buli kepada murid
bersaiz badan kecil menyebabkan kurang keyakinan diri.Murid yang berkeyakinan
rendah perlu diberi perhatian berterusan oleh unit kaunselor dan guru.

2) Apakah Implikasi Sosial Ekonomi Terhadap Pembelajaran bagi keperluan


asas dan pengalaman?
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Jawapan:

- golongan miskin kebanyakannya terdiri daripada golongan masyarakat luar


bandar yang tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan hanya disebabkan mereka hidup dalam keadaan yang miskin dan melarat.

- kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang baik, mereka akan


mempunyai taraf kesihatan yang tinggi dan berkemampuan bersaing dalam semua
bidang. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tinggal dalam persekitaran tidak baik
seperti keadaan rumah yang sesak, kekurangan sanitasi dan kebersihan, kurang
pemakanan dan pendidikan akan mengalami tekanan kehidupan seperti kemiskinan.

22
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- Pendidikan ibu bapa yang rendah cenderung menyebabkan pencapaian


pendidikan turut rendah dalam kalangan anak mereka menegaskan bahawa
pembangunan keluarga berhubung rapat dengan pendidikan. Namun demikian ibu
bapa di luar bandar mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan
kepada anak-anak mereka.

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

23

You might also like