You are on page 1of 46

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S

1.0 Kata-kata Aluan YDP PIBG dan Penasihat 1-2

2.0 Notis mesyuarat Agung PIBG sesi 2018/2019 3-5

3.0 Aturcara Mesyuarat Agung PIBG 6-7

4.0 Agenda Mesyuarat Agung PIBG 8-10

5.0 AJK PIBG sesi 2018 /2019 11

6.0 Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 12-21

7.0 Laporan Aktiviti Tahunan 2018 22-28

8.0 Laporan kewangan PIBG berakhir pada 2018 29-34

9.0 AJK PIBG sesi 2019/2020 35

10.0 Makluman Sumbangan PIBG bagi tahun 2019 37-36


- Lampiran Anggaran Perbelanjaan Tahun 6 2019

11.0 Usul-usul 2019 39

12.0 Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 44


kali ke-44

13.0 Penghargaan 48

Kata-kata Alu-Aluan
YDP PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-NYA dapat kita
sama-sama berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke- 44 SK Polis Depot. Sesungguhnya selaku Yang
Dipertua PIBG sekolah ini, saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas
kesudian tuan puan mengorbankan masa untuk berada di sini. Semoga sokongan
dan kerjasama kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Tanpa
sokongan semua ahli tidak mungkin pihak sekolah dapat menjayakan ,melahirkan
insan yang berminda kelas pertama.

PIBG membawa maksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mana gabungan
antara ibu bapa dan para guru dalam membangunkan sekolah bahkan kejayaan
sesebuah sekolah juga berkait rapat dengan sokongan dan peranan ibu bapa
sekalian. Bak kata pepatah Melayu, “Bagai Aur Dengan Tebing”. Paduan dua
komuniti ini insyaAllah akan menghasilkan impak yang amat baik dalam usaha
membantu dan membangunkan sekolah. Bahkan juga kemenjadian murid dalam
akademik, sahsiah mahupun kokurikulum akan semakin cemerlang dan hebat.
Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu
hati dalam menggerakkan persatuan ini menjadi lebih cemerlang.Malah Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB ) juga seharusnya tidak ketinggalan untuk sama-sama
memberikan sumbangan ikhlas membantu kecemerlangan sekolah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakam tahniah kepada pihak sekolah
atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai baik dalam akademik, ko-akademik, dan
juga kokurikulum. Semoga kejayaan yang lebih besar akan menjadi milik Sekolah
Kebangsaan Polis Depot. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada barisan pentadbir dan juga semua guru yang telah tidak pernah jemu
menjalankan peranan masing-masing demi kejayaan sekolah dan anak-anak didik.
Semoga pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu mencurahkan bakti kepada
anak-anak kami.

Sekali lagi saya menyeru agar semua ibu bapa akan dapat menyalurkan idea-idea
bernas mahupun tenaga dalam menggerakkan PIBG seterusnya menjadikan
sekolah lebih cemerlang dan gemilang.

Sekian, Terima Kasih

ZAIDI BIN SALIB


YDP PIBG
Kata-kata Alu-Aluan
Guru Besar SK Polis Depot

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke


hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya, kita masih diberi kesempatan untuk
bersama-sama menabur bakti kepada anak bangsa kita. Atas usaha dan
perancangan yang teliti oleh jawatan kuasa PIBG, maka Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG bagi tahun 2018/2019 dapat dilaksanakan pada hari ini. Terima kasih kepada
semua AJK Pelaksana.

Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat melaksanakan mesyuarat


ini dalam suasana harmoni dan semua yang hadir dapat mengetengahkan idea yang
bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa
supaya SK Polis Depot dapat terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah sekolah
yang cemerlang dan gemilang.

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan


Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak
langkah untuk membantu pihak sekolah dalam semua aspek khususnya untuk
memastikan kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak – anak. Tanpa
kesepakatan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak terutama dalam
kalangan ibu bapa dan penjaga, agak sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan-
kejayaan yang dirancang dan diharapkan.

Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih kepada semua AJK PIBG dan semua pihak yang telah memberi kerjasama
dalam melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan sekolah. Kita semua
mengharapkan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan akan dapat
mempertingkatkan pencapaian dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak kita.
Hanya dengan kerjasama dan sokongan berterusan semua pihak, anak didik
sekolah ini akan lebih mudah dididik untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi
sahsiah, akademik serta kokurikulum demi mencapai kesejahteraan dalam
kehidupan diri,masyarakat dan negara.

Akhir kata semoga Allah memberkati dan membalas segala jasa bakti semua
AJK PIBG SKPD yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menjalankan
amanah dan tanggungjawab bagi memastikan anak - anak dididik untuk menjadi
insan yang berilmu dan cemerlang, seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada
keluarga, agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.

Sekian, terima kasih.

Hilmy Bin Mat Nayan @ Othman


Guru Besar
NOTIS
MESYUARAT
AGUNG
PIBG 2019
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH
KEBANGSAAN POLIS DEPOT, JALAN SULTAN SKPD : 03 2698
YAHYA PETRA, 4954FAX : 03 26934573
54100 KUALA LUMPUR

Ruj kami : PIBGskpd / 100-7/1/7( )

Tarikh : 23 Januari 2019


Kepada:

Ibu/ Bapa dan Penjaga,


Murid-murid SK Polis Depot

Melalui dan salinan :


ENCIK BAHARRUDDIN B MAT DOM
Guru Besar Merangkap Penasihat PIBG
SK Polis Depot,
Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,
MESYUARAT AGUNG PIBG SK POLIS DEPOT KALI KE-44 TAHUN 2019
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan, bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh/ Hari : 9 Mac 2019/ Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Gemilang , SK Polis Depot

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


3.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
3.2 Ucapan Penasihat
Ucapan Perasmian
3.3 Pembentangan /Laporan
3.3.1 Membentang dan menerima Minit MesyuaratAgung kali ke 43
3.3.2 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2018/2019
3.3.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31/12.2018
3.4 Membahaskan Usul/ Cadangan
3.5 Hal-hal lain
3.6 Ucapan Penangguhan

4. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada guru kelas masing-masing
/Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya pada 13 Februari 2019.
Sila gunakan Borang Penyataan Usul yang dikembarkan bersama ini ATAU menggunakan link berikut :
http://gg.gg/borangusulpibgskpd2019 .

5. Kerjasama Dato’/ Datin/ Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………..
( SARIMAH BT OMAR )
Setiausaha Kehormat
PIBG SK Polis Depot

s.k 1. Pendaftar sekolah-sekolah Negeri


2. Pengetua/Guru Besar SK Polis Depot
3. YDP SK Polis Depot
MAKLUMBALAS KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK POLIS
DEPOT
KALI KE -44 TAHUN 2019

Saya……………………………………………………………………….. ibu/ bapa/ penjaga


kepada
Murid yang bernama …………………………………………………….. dari kelas
………………..
*akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Polis Depot kali ke -44 Tahun 2019
pada 9 Mac 2019.

*potong yang tidak berkenaan.

Sekian, harap maklum


Yang benar,
………………………………….
( )

Cadangan/usul saya bagi mesyuarat tersebut ialah:


i)

ii)
ATUR CARA
MESYUARAT
Atur cara mesyuarat

8.00 Pagi : Ketibaan Ibu Bapa / Pendaftaran Ibu bapa


Ketibaan Tetamu Jemputan
: Silingan lagu instrumental

8.30 Pagi : Aluan Pengacara Majlis


: Bacaan doa
Tayangan slide aktiviti-aktiviti sekolah
: Ucapan YDP PIBG
: Ucapan Penasihat
Ucapan Perasmian
Penyampaian cenderahati kepada Perasmi

9.45 Pagi : Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat


PIBG kali ke-43
: Membentang Laporan Tahunan 2018
: Membentang dan Menerima Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2018

10.30 Pagi : Pembentangan Usul


: Pelantikan 3 orang AJK baharu menggantikan AJK
yang berpindah.
Cabutan Bertuah
: Sesi Bergambar AJK PIBG Sesi 2018/2020
12.00 Tengahari : Majlis Bersurai
AGENDA
MESYUARAT
AGUNG
AGENDA MESYUARAT AGUNG

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG

2.0 Ucapan Penasihat

3.0 Ucapan Perasmian

4.0 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43

5.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2018

6.0 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31


Disember 2018

7.0 Membincangkan dan meluluskan kutipan sumbangan PIBG sesi 2019.

8.0 Membahas dan menerima usul-usul.

9.0 Ucapan penangguhan.


AJK PIBG SESI 2018/2020

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG

Penasihat En Baharruddin bin Mat Dom

Yang Dipertua En Zaidi Bin Salib

Naib YDP En Abdul Halin Bin Abdul Razak

Setiausaha Pn Hjh Sarimah Bt Omar

Naib Setiausaha Pn Sharifah Aini Bt Abdul Abdul Halim

Bendahari Pn Nur Anis Farashiyah Bt Ibrahim Mat Zaki

Naib Bendahari Cik Nurul Amira Bt Zulkifli

AJK Ibu Bapa En Feisal Bin Abd Rahim

Pn Ruhaya Bt Kadir

En Willston William Anap

En Ahmad Safari Bin Hasim

En Mohd Yusri Bin Mohd Basri

AJK Guru Pn Ruzatiah Bt Ahmad

Pn Lily Bt Zubir

En Nik Hasnan Bin Mohd Nawi

Pn Mohanasuriya A/P Subramaniam

En Meor Syariman Bin Meor Muhamad

Juru Audit En Md Shamsul Kamal Bin Mat Ali @ Omar

En Mohd Rodzi Bin Ismail


AJK PIBK SESI 2018/2020

Pengerusi : Pn Noriah Bt Deraman

Naib Pengerusi : Pn Shaliza Binti mat Salleh

AJK : En Helmizar Bin Mansur

Pn Wan Azilah bt Wan Abdullah


MINIT MESYUARAT
AGUNG
KALI KE- 43
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 43 TAHUN 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS DEPOT
JALAN SULTAN YAHYA PETRA
54100 KUALA LUMPUR

Tarikh : 03 Mac 2018


Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Gemilang,SK Polis Depot

KEHADIRAN GURU

1. EN HILMY B MAT NAYAN@OTHMAN


2. PN. AMINIZA BINTI ABBAS
3. EN BAHRIN BIN HARUN
4. TN.HJ ROZLAN BIN MOHAMED
5. PN AZMAH BINTI AWANG HAMAT
6. PN AEZLAH BINTIT MOHD NAWI
7. EN ISWADY BIN. ISHAK
8. EN ABDUL RAHMAN B ISMAIL
9. PN AZUIN BINTI MOHAMED SHAH
10. PN NORMA BINTI ISMAIL
11. PN ANIS FARAHIYAH BINTI IBRAHIM MAT ZAKI
12. PN NOR AZMANI BINTI HASAN
13. PN NOR FARAHIN BINTI ABDUL MANAF
14. CIK YUSNAWATI BINTI ABDULLAH
15. PN MOHANASURIYA A/P SUBRAMANIAM
16. PN HAZIRAH BINTI MOHD ZAIN
17. PN SOPIA BINTI AWANG
18. EN MADINI BIN SULAIMAN
19. EN NIK HASNAN B MOHD NAWI
20. PN RUZATIAH BT AHAMAD
21. PN SITI HUMAIRA BINTI AHMAD KAMAL
22. EN ZAKARIA BIN HASAN
23. PN SURIANI BINTI HAMAT
24. PN NORIZAN BINTI MOHD KORNAINI
25. PN SHARIFAH AINI BINTI ABDUL HALIM
26. EN MOHD NORASHIDI BIN AB RAZAK
27. CIK HALIMATUSSADIAH BINTI HJ AWANG
28. PN NURUL HUDA BINTI AHMAD ZABIDI
29. PN SITI NORBAYA BINTI ABD RAHMAN
30. PN HAMIZA HANI BINTI IBRAHIM
31. PN IZATUL HAYATI BINTI ABDUL HADI
32. EN MUHAMAD ADIB NAJMI BIN ZAINUDDIN
33. PN NAZARIMAH BINTI MAHASAN
34. EN ANUAR BIN ROSLI
35. EN MOHD SHAMSUL KAMAL B MAT ALI @OMAR
36. PN. RUZAINI BINTI TUKIMIN
37. PN NORZULAIKA BINTI SABTU
38. PN INTAN SAFIANA BINTI GHAZALI
39. EN MEOR SYARIMAN BIN. MEOR MUHAMMAD
40. PN ROSMALIA BINTI RAMLY
41. PN NUR IZZATI BINTI MD SAREEF
42. PN HJH HALIZA BINTI MOHAMAD ZELAN
43. PN LILY BINTI ZUBIR
44. PN KHASNIZA BINTI MUKHTARUDDIN
45. PN ZABRINA BINTI YAAHAMAT
46. PN NOOR HASSLIZA BINTI MAT HASSAN
47. PN NOR AZLINA BINTI MUHAMAD
48. PN HJH SARIMAH BINTI OMAR

KEHADIRAN IBU BAPA

49. PN HAMIZA HANI BINTI IBRAHIM


50. PN SITI NORBAYA BINTI ABD RAHMAN
51. EN ISWADY BIN ISHAK
52. PN NOR ARIZA BINTI MAT NOOR
53. EN MD ASBULLAH
54. EN AHMAD AMIRUDIN B MD TAIB
55. PN SHARIFAH AINI BINTI ABDUL HALIM
56. PN IZATUL HAYATI BINTI ABDUL HADI
57. EN MOHD SHAHRIL B HUSSIN
58. EN MOHD FAIRUL B ISMAIL
59. PN NORHAFISAH BINTI MAT ISA
60. EN MOHD NAJIB B MOHD REDWAN
61. EN MOHD ROSDY B RAMLI
62. EN SAHRILZUL B SAAT
63. PN SHALIZA BINTI MAT SALLEH
64. PN NOR AZLINA BINTI MUHAMAD
65. EN MOHD YUSRA B MOHD BASRI
66. EN WILLSTON WILLIAM ANAP
67. PN NOOR AZIREMI BINTI AZIZI
68. PN NURULHUDA BINTI AHMAD ZABIDI
69. PN HABIBAH BINTI HAPSON
70. EN BENIDICK AK SALEK
71. PN DOLINA BINTI SIRINGAN
72. EN MOHD YUSRI B MOHD BASRI
73. PN ASNAWATI BINTI AWANG
74. EN MOHD ROSDY BIN RAMLI
75. EN SZUL-FICAR
76. EN FEISAL BIN ABD RAHIM
77. EN SHAIFUDDIN BIN MOHD ASHAARI
78. EN MOHD ZAKI MAHMOD
79. PN AFIZA BINTI ABD HADI
80. PN SAMSIAH BINTI OTHMAN
81. PN NOR ASMAH BINTI ABD RAZAK
82. PN MASTURA BINTI SAMSURY
83. PN NOOR HASSLIZA BINTI MAT HASSAN
84. EN ABDUL HALIN BIN ABDUL RAZAK
85. EN ROSLAN BIN ARIFFIN
86. PN SAADIAH BINTI TAHIR
87. PN KHASNIZA BINTI MUKHTARUDDIN
88. EN MOHD YAZID BIN MAT YATIM
89. PN WAN AZILAH BINTI WAN ABDULLAH
90. EN HELMIZAR BIN MANSUR
91. PN NORMA BINTI ISMAIL
92. PN NORIAH BT DERAMAN
93. EN HASRIN FAISAL BIN MAHMOOD ZULUDIN
94. PN KAMALIA SELVADURAI BINTI ABDULLAH
95. PN NIK ASMAWATI BINTI NIK YAACOB
96. PN HAZIRAH BINTI MOHD ZAIN
97. PN SITI NORRANI BINTI BEBAKAR
98. EN ABDUL RAOF BIN ZAKARIAH
99. EN MOHD AFFENDI BIN MOHAMAD NOR
100. PN RUSMALA BINTI BAHARUDDIN
101. EN KHAIRUL NIZAR BINTI SAAD
102. EN AHMAD SAFARI BIN HASIM
103. EN ZAIDI BIN SALIB
104. PN NORAZURA BINTI ABDUL ABBAS
105. PN RAHIMAN BINTI MOHD IDRUS
106. EN FAIZAL REZA BIN ABDUL WAHED
107. EN AHMAD HERMAN BIN KASSIM
108. PN NAZIBAH BINTI KAUS
109. PN NANCY
110. EN MOHD RODZI BIN ISMAIL
111. PN RUHAYA BINTI KADIR
1.1 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBI BAPA DAN GURU (PIBG)
–EN FEISAL BIN ABD RAHIM

1.1.1 En Feisal mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis seterusnya


mengalu-alukan kehadiran Pn Ann Sarah Binti Othman (Pegawai
Perhubungan Sekolah PPW Keramat), En Shaihul Bahari (Pegawai PDRM
Sekolah Selamat), Tn Guru Besar En Hilmy Bin Mat Nayan @Othman (Guru
Besar SK Polis Depot), JK PIBG, Para Guru dan Ibu Bapa yang hadir pada
Mesyuarat Agung kali ke 43
1.1.2 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah
memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2017 dalam menjayakan
program yang dianjurkan oleh pihak PIBG dan pihak sekolah.
1.1.3 Adalah menjadi tanggungjawab JK PIBG dan semua ibu bapa berganding
bahu menggerakkan PIBG dalam memastikan usaha mentransformasikan
pendidikan serta program yang dijalankan berjalan dengan baik.
1.1.4 Mengharapkan hadirin yang hadir pada hari ini dapat menyampaikan
maklumat yang diterima kepada mereka yang tidak dapat hadir pada hari ini.
1.1.5 Beliau juga menyatakan ibubapa merupakan orang yang bertanggungjawab
mencorakkan anak-anak untuk terus cemerlang
1.1.6 Mengharapkan ibubapa yang berkebolehan dan berbakat dapat memberikan
sumbangan sebagai jurulatih dalam melatih anak-anak disekolah samada
dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum
1.1.7 Beliau juga menyatakan cadangan bahawa sebarang sumbangan yang
disumbangkan oleh ibu bapa untuk PIBG sekolah boleh dimasukkan dalam
cukai pendapatan.

1.1.8 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar yang
merealisasikan penubuhan KAFA.

1.1.9 Yang Dipertua PIBG memaklumkan beliau akan melepaskan jawatan YDP
kepada barisan pemimpin baru dikalangan ibu bapa.

Tindakan : Makluman

1.2 PERUTUSAN PENASIHAT – EN HILMY BIN MAT NAYAN @ OTHMAN


1.2.1 En Hilmy mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis seterusnya
mengalu-alukan kehadiran Pn Ann Sarah Binti Othman (Pegawai
Perhubungan Sekolah PPW Keramat), En Shaihul Bahari (Pegawai PDRM
Sekolah Selamat), YDP PIBG Sk Polis Depot, En Feisal Bin Abd Rahim, JK
PIBG, para guru dan Ibu Bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung kali ke 43.

1.2.2 Mengucapkan syukur kerana mesyuarat agung PIBG dapat dijalankan pada
awal bulan Mac mengikut ketetapan oleh pihak JPWPKL.
1.2.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir
pada hari ini. Kehadiran ibu bapa merupakan suntikan semangat kepada para
guru dalam mendidik anak-anak untuk terus cemerlang
1.2.4 Mengharapakan semua ibu bapa dapat mengikuti program atau aktiviti yang
dijalankan oleh pihak sekolah melalui “whatsApp group” dan saluran yang
tekini iaitu VLE Frog.

1.2.5 Memaklumkan sistem Pendidikan Negara sentiasa berubah. Perubahan yang


dibuat selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
bertujuan melahirkan murid yang seimbang.

1.2.6 Guru besar memaklumkan Dasar Pendidikan Kebangsaan menggambarkan


aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan Negara.

1.2.7 Beliau memaklumkan kesedaran dan kefahaman semua pihak


berkepentingan dalam pelaksanaan dasar dapat menjamin pencapaian
matlamat dalam dunia pendidikan.

1.2.8 Antara Dasar Kementerian yang telah dijalankan selaras dasar-dasar baru
KPM yang bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang adalah :
a) KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)

Bermatlamat untuk memperkembang potensi individu murid secara holistik


bagi melahirkan modal insan yang seimbang,harmonis,berakhlak
mulia,kritis,kreatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan
untuk menghadapi cabaran semasa.

b) MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan


Bahasa Inggeris)
Transformasi kurikulum Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ,meningkatkan
kapasiti guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta meningkatkan
aktiviti bahasa di luar bilik darjah.

c) PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah )


Merupakan satu bentuk pentaksiran yang dijalankan secara holistik iaitu
menilai aspek kognitif,afektif dan psikomotor.

- Pentaksiran sekolah dilaksanakan sepenuhnya oleh guru di sekolah


- Pentaksiran aktiviti Jasmani,sukan dan Ko-Kurikulum (PAJSK) guru
penasihat
- Pentaksiran psikometrik dilaksanakan oleh Guru Bimbingan Kaunseling
- Pentaksiran pusat dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen
dan panduan penskoran yang setara

d) IMIS (Satu Murid Satu Sukan)


Membangunkan modal insan dan memupuk budaya sukan dalam kalangan
murid.
Beri peluang kepada murid yang berbakat berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi.

1.2.9 Beliau memaklumkan sarana ibu bapa adalah penting sebagai satu alat untuk
digunakan oleh ibu bapa membangun,memantap dan memperkasakan
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak.

1.3.0 Beliau juga menegaskan bahawa Program Saranan ini dapat meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak dalam dan luar sekolah.

1.3.1 Beliau juga memaklumkan jika ibu bapa mempunyai sebarang permasalahan
boleh menggunakan medium perhubungan yang sekolah telah sediakan
seperti “WhatsApp”,”telegram”, telefon serta email.

1.3.2 Beliau memaklumkan kelas KAFA Sk Polis Depot telah diwujudkan pada 2
Februari 2018 yang menempatkan 3 orang guru KAFA dari pihak JAWI untuk
murid tahun 1 hingga 3 sahaja. Pada 1 Mac 2018 sekolah telah menerima
seorang lagi guru baru membolehkan untuk membuka kelas baru untuk tahun
4.

1.3.2 Beliau juga meminta semua ibu bapa yang hadir membantu pihak sekolah
mencapai KPI sekolah
Tindakan : Makluman
2.1 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn Ruhaya Bt Kadir mencadangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 42
diterima dah disokong oleh Pn Nafizah Bt Mat Isa dengan pindaan.
3.1 PERKARA BERBANGKIT
3.1.1 Pembinaan jejantas
Permohonan untuk pembinaan jejantas telah pun dibuat tetapi permohonan
tersebut tidak diluluskan kerana ruang untuk membina tapak tangga tidak luas
dan tangga tersebut akan menjadi curam serta merbahaya.
Tindakan : Makluman

4 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN AKTIVITI


4.1 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

4.1.1 En Feisal bt Abd Rahim selaku Yang Dipertua PIBG membentangkan laporan
aktiviti tahunan.

4.1.2 Beliau juga memaklumkan kewujudan “Facebook” PIBG SKPD untuk para ibu
bapa mendapatkan info mengenai segala aktiviti yang dijalan oleh pihak PIBG
sepanjang tahun.

4.1.3 Beliau telah membentangkan laporan aktiviti Biro PIBG seisi 2016/2018 iaitu
Laporan Biro Akademik,Biro Ekonomi,Biro Kebajikan,Biro
Disiplin/Kecerian/Keselamatan,Biro sukan dan Ko-Kurikulum,Biro agama dan
Bina Insan dan Biro PPKI

4.1.4 En Helmizar bin Mansur mencadangkan laporan aktiviti disahkan dan


disokong oleh Pn Shaliza Bt Mat Salleh
4.2 MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PADA 31
DISEMBER 2017
4.2.1 En Feisal memaklumkan bahawa terdapat beberapa akaun tumpangan di
dalam akaun PIBG iaitu akaun PPKI 1 dan 2, Majalah, PINTAR, Hari kanak-
kanak, Hari Anugerah Cemerlang,Sukan,Program Agama, Komputer dan
Sumbanga Parlimen.
4.2.2 Beliau juga memaklumkan, duit tumpangan Komputer telah digunakan untuk
tujuan baik pulih litar wayar bumi di makmal komputer
4.2.3 Beliau memaklumkan berdasarkan pekeliling yang berdaftar, penggunaan
wang runcit telah dimansuhkan. Segala urusan kewangan hanya melalui cek
4.2.4 Laporan Penyata Kewangan bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2017
telah dibentangkan oleh Pn Nor Farahin Bt Abd Manaf selaku Bendahari
Kehormat PIBG
4.2.5 Pendapatan yang diperolehi bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2017
adalah sebanyak RM13873.23 manakala perbelanjaan bagi tempoh yang
sama adalah sebanyak
4.2.6 Baki dibawa kehadapan pada 1 Januari 2018 adalah RM 29124.43 (Rujuk
Lampiran)
4.2.7 Laporan kewangan bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2017 dicadang
untuk disahkan oleh Mohammad Zaki Bin Mahmud dan disokong oleh En
Hasrin Faisal B. Mahmood Zuludin

5. MEMBINCANG DAN MELULUSKAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2018


5.1.1 En Feisal memaklumkan ada sedikit perubahan kutipan sumbangan PIBG
/Yuran tahunan 2018 adalah seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH


(RM)
1 Sumbangan PIBG RM 50.00
2 Komputer RM15.00
3 PPKI RM 100.00
4 HKK/HAC RM 10.00
5 Hari sukan RM 10.00
6 Majalah sekolah RM 20.00

5.1.2 Pn Noriah Bt Deraman mencadangkan perubahan sumbangan PIBG 2018


dicadangkan diterima dan disokong oleh Pn Wan Azilah Bt Wan Abdullah.

6. PEMBENTANGAN USUL
6.1.1 En Mohd Yusri mencadangkan memohon waktu Kokurikulum murid-murid
PPKI diselaraskan dengan murid arus perdana. En Hilmy memaklumkan
bahawa penyelarasan masa kokurikulum akan dibincangkan semula dengan
GPK Pendidikan Khas dan akan dimaklumkan dengan segera.

6.1.2 En Zaidi Bin Salib mengusulkan berkaitan buku kerja yang ditukar
penerbitannya disaat akhir. Penambahbaikan keperluan asas ditandas seperti
penyediaan sabun tangan adalah sangat diperlukan. En Hilmy menjelaskan
bahawa penukaran penerbitan dibuat tanpa pengetahuan beliau dan perkara
ini telah diselesai oleh beliau dengan pihak kedai buku. Untuk penyediaan
sabun akan dimaklumkan pada kontraktor pembersihan yang baru.

6.1.3 Pn Siti Norrani Binti Bebakar memohon guru-guru dan AJK PIBG membuat
pemantauan tentang penyediaan makanan di Kantin sekolah. En Hilmy
memakluman pentadbir sudah mengambil tindakan dan surat amaran 1 dan 2
juga telah dikeluarkan pada pihak kantin tetapi mereka dalam proses
pemerhatian pihak sekolah sebelum pengusaha pihak kantin yang baru
dimasukkan.

6.1.4 En Abdul Halin Bin Razak mencadangkan pihak sekolah wujudkan


CCTV. ,Bumbung siar kaki dan jejantas. En Hilmy memaklumkan untuk
meningkatkan keselamatan di Sk Polis Depot telah dipasang 8 CCTV .
Seterusnya bagi permohonan jejantas sebelum ini telah gagal kerana ruang
untuk membina tapak tangga tidak cukup luas. Untuk siar kaki pihak sekolah
akan membuat surat permohonan bersama sekali lagi untuk kali kedua
dengan SK Padang Tembak 1 dan 2 dan dibantu dengan ahli PIBG
2018/2020 kepada YB Dato Ahmad Fauzi B. Zahari (Parlimen Setiawangsa)

6.1.5 En Feisal B Abd Rahim memohon agar pihak sekolah mengadakan


perkhidmatan pusat akses bagi murid-murid selepas waktu persekolahan dan
mengadakan tabung atau skim wakaf bagi kelengkapan yang diperlukan oleh
sekolah. En Hilmy memaklumkan pusat akses telah dibaik pulih sepenuhnya.
Setakat hari ini pusat akses hanya diguna pakai oleh murid PPKI atas faktor
ketidakupayaan mereka tetapi dalam perancangan pusat akses ini akan
ditambah baik supaya lebih selesa dan boleh diguna pakai oleh semua murid
mengikut hari yang akan ditetapkan. Berkenaan tabung wakaf perlukan
kerjasama dan satu gerakan yang besar oleh semua pihak guru dan ibu bapa.
Perlukan satu jawatankuasa yang boleh menggerakkan tabung ini. Tabung ini
boleh digunakan untuk meningkatkan prasarana sekolah apabila kekurangan
panjar wang runcit tetapi tabung ini perlu dikawal,dikira dan dimaklumkan
kepada pihak sekolah dan ahli PIBG serta setiap perbelanjaan perlu mengikut
SOP Kewangan.
Tindakan : AJK PIBG

7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2016/2018


7.1.1 Dengan ini, secara rasminya En Feisal membubarkan AJK PIBG sesi
2016/2018. En Feisal mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama
semua AJK sesi 2016/2018 atas komitmen yang diberikan.

7.1.2 Beliau mengharapkan perlantikan AJK yang baru ini dapat memberikan
komitmen yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi sekolah secara
menyeluruh.

8.0 PEMILIHAN AJK SEISI 2018/2020


8.1.1 Pengerusi sementara memaklumkan pemilihan hari ini melibatkan
YDP,NYDP,6 orang AJK dikalangan ibu bapa dan Pengerusi PIBK
8.1.2 Bagi jawatan Setiausaha,Naib Setiausaha,Bendahari,AJK dikalangan Guru
dan Juruaudit akan dilantik oleh pihak pengurusan sekolah.

Berikut merupakan ahli jawatankuasa PIBG seisi 2018/2020 :

Penasihat : En Hilmy Bin Mat Nayan @ Othman


Yang DiPertua : En Zaidi B Salib
Naib Pengerusi : En Abdul Halin B Razak
Setiausaha : Pn Hjh Sarimah Bt Omar
Naib setiausaha : Pn Sharifah Aini Bt Abdul Halim
Bendahari : Pn Nur Anis Farahiyah Bt Ibrahim Mat Zaki
Naib Bendahari : Cik Nurul Amira Bt Zulkifli
Ajk Ibubapa : En Feisal Bin Abd Rahim
Pn Ruhaya Bt Kadir
En Ahmad Safari Bin Hasim
En Willston William Anap
En Mohd Yusri Bin Mohd Basri
Pn Kamilia Selvadurai Binti Abdullah
AJK Guru : En Meor Syariman Bin Meor Muhamad
Pn Lily Bt zubir
Pn Ruzatiah Bt Ahamad
En Nik Hasnan Bin Mohd Nawi
Pn Mohanasuriya
Juruaudit : En Mohd Shamsul Kamal Bin Mat Ali @Omar
Pengerusi PIBK : Pn Noriah Bt Deraman

9.1 Ucapan penangguhan

9.1.1 Yang Dipertua PIBG,En Zaidi Bin Salib mengucapkan terima kasih kepada
semua yang sabar menunggu sehingga mesyuarat berakhir. Beliau juga
berharap semua JK PIBG dan semua ibu bapa serta Penasihat Tn Guru
Besar, En Hilmy B Mat Nayan@Othman dapat memberikan kerjasama dan
komitmen yang tinggi bersama-sama membantu mencapai kecemerlangan
anak-anak.

9.1.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 2 petang.

Dicatat oleh, Dicatat oleh,

------------------------------------------------ ----------------------------------
(NURULHUDA BT AHMAD ZABIDI) (ROSMALIA BT RAMLY)
Pencatat 1 Pencatat 2

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------------------------- --------------------------------
( HJH SARIMAH BT OMAR) (ZAIDI BIN SALIB)
Setiausaha kehormat Yang DiPertua PIBG
PIBG sesi 2018/2020 PIBG sesi 2018/2020
LAPORAN
AKTIVITI
2018
LAPORAN TAHUNAN PIBG SKPD 2018/2019
Bilangan mesyuarat yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018/2019

Bil Mesyuarat Tarikh


1 Mesyuarat J/ Kuasa kali pertama 10 April 2018
2 Mesyuarat J/ Kuasa kali ke dua 02 Mei 2018
3 Mesyuarat J/ Kuasa kali ke tiga 06 Sept 2018
4 Mesyuarat J/ Kuasa kali ke empat 25 Okt 2018
5 Mesyuarat Khas 16 Februari 2019

Carta Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2018 / 2019

Bil. Nama AJK Tarikh


10/4/18 2/5/18 6/9/18 25/10/18 16/2/19 Jum
1 En Hilmy Bin Mat Nayan @ / / / X 3
Othman
2 En Baharruddin bin Mat Dom / 1
3 En Zaidi Bin Salib / / / / / 5
4 En Abdul Halin Bin Abdul Razak / / / / 4
5 Pn Hjh Sarimah Bt Omar / / / / / 5
6 Pn Sharifah Aini Bt Abdul Halim / / / / / 5
7 Pn Nur Anis Farahiyah Bt / / / / / 5
Ibrahim Mat Zaki
8 Cik Nurul Amira Bt Zulkifli / / / / / 5
9 En Feisal Bin Abd Rahim / X X / 2
10 Pn Ruhaya Bt Kadir / X / / / 4
11 En Willston Wiliam Anap / X / X / 3
12 En Ahmad Safari Bin Hashim / / / X / 4
13 En Mohd Yusri Bin Mohd Basri X X X X 0
14 Pn Ruzatiah Bt Ahmad / / / / / 5
15 Pn Lily Bt Zubir / / / / 4
16 En Nik Hasnan Bin Mohd Nawi / / / / 4
17 Pn Mohanasuriya A/P / / X / 3
Subramaniam
18 En Meor Syariman Bin Meor / / / X 3
Muhamad
19 En Md Shamsul Kamal Bin Mat / / X / / 3
Ali @ Omar
20 En Mohd Rodzi Bin Ismail X / X X 1
21 Pn Noriah Bt Deraman / X / X / 3
22 Pn Aminiza Bt Abbas / / / / 4
23 En Bahrin Bin Harun X X / / 2
24 Tn Hj Rozlan Bin Mohamed / / / X / 3
25 Pn Azmah Bt Awang Hamat / X X / / 3
26 En Abdul Rahman Bin Ismail X / / / 3
27 Pn Shaliza Bt Mat Salleh / X / X 2
28 Pn Wan Azilah bt Wan Abdullah / 1
29 En Helmizar bin Mansur / 1

3.1 LAPORAN-LAPORAN BIRO

BIRO AKADEMIK

Biro Akademik bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan


melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang akademik untuk
membolehkan murid-murid mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran
dengan adanya kerjasama pelbagai pihak.
Bagi menjayakan program kecemerlangan akademik, kepimpinan dan
sahsiah murid, PIBG telah memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea dan
kewangan. Sumbangan ini diberikan khusus untuk murid SK Polis Depot bagi
menggerakkan program atau aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun. Antara
aktiviti dan program akademik yang telah dijalankan sepanjang 2018/2019 bersama
PIBG ialah :

a. Program Pusat Sekolah untuk menjalankan program galakan membaca dan


program pusat sumber sepanjang tahun seperti Pelancaran NILam, Kem
Membaca 1 Malaysia, Hadiah Galakan/ Penganugerahan NILAM, Bulan
Pusat Sumber, Pertandingan Pengunjung Bertuah dan keceriaan pusat
sumber.
b. Program Juara untuk murid terpilih pada setiap Sabtu minggu1 dan 3
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ia telah dilaksana pada bulan Mac
hingga September 2018.
c. Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR yang telah dijalankan pada
bulan Julai untuk subjek teras iaitu B.Malaysia, B. Inggeris, Matematik dan
Sains. Peruntukan yang dikeluarkan oleh PIBG adalah untuk bayaran
penceramah luar yang dijemput khasnya untuk mengisi slot tersebut.
d. Perkampungan UPSR dan Motivasi Ibu bapa pada 7-9 September 2018.
e. Bulan Akademik untuk Panitia B.Malaysia, B.Inggeris, Matematik, dan Sains
yang dijalankan pada 3-28 September 2018.
f. Majlis Anugerah Cemerlang SK Polis Depot pada 15 November 2018.

3.2 BIRO EKONOMI

1. Mengadakan kelas Asas Meroti Ketuk-Ketuk Ramadan yang disertai oleh murid-
murid serta KSIB dengan bayaran yang serendah rm10.
2. Menggalakkan murid-murid menabung dengan Bank Simpanan Nasional.
3.3 BIRO KEBAJIKAN

Pihak PIBG telah memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi menjayakan


program kebajikan di sekolah dan juga sumbangan dalam beberapa aktiviti .
Antaranya ialah :-
1. Sumbangan bantuan beras kepada murid-murid yang
kurang mampu.
2. Sumbangan duit raya kepada murid-murid Asnaf dan
yatim.
3. Sumbangan wang sempena Majlis Hari Lahir murid.
4. Sumbangan hadiah kepada Mantan Guru Besar yang
berpindah.
5. Memberi sumbangan cenderahati penghargaan kepada
AJK PIBG sesi sebelumnya.

3.4 . BIRO DISIPLIN / KECERIAN/ KESELAMATAN

Laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan :-


1. Membantu pihak sekolah menukar penutup longkang di laluan
hadapan sekolah.
2. Bersama-sama pihak sekolah menjalankan sesi gotong royong di
sekolah.
3. Membantu memperbaiki masalah paip di tandas guru blok A secara
percuma.
4. Turut serta dalam majlis Pelantikan Pemimpin Murid di sekolah.

3.5 BIRO SUKAN

Dalam bidang sukan dan juga kokurikulum, Biro Sukan tidak ketinggalan
memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran dan juga membantu guru-guru
dalam beberapa aktiviti sekolah. Antaranya ialah:-
1. Sukan Tahunan SKPD di MSN Setiawangsa pd 12 Ogos 2018.
2. Kejohanan dan perlawanan persahabatan pasukan bola sepak yang
telah diadakan sepanjang tahun.
3. Program Tunas Bola Sepak dan Tunas Bola Jaring pada bulan
November 2018.
4. Program Hari Sukan Negara yang diadakan di sekolah.

3.6 BIRO AGAMA

Antara aktivit-aktiviti yang telah dijalankan ialah :-


1. Majlis Ihya Ramadan bersama Panitia Agama Islam.
2. Majlis Solat Hajat di sekolah dan Majlis Restumu Kupohon yang
diadakan untuk murid-murid tahun 6.
3. Majlis Khatam Quran, berbuka puasa dan solat sunat Tarawih bersama
warga sekolah dan ibu bapa.
LAPORAN
KEWANGAN
2018
AJK PIBG
2019/2020
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2019/2020

JAWATAN NAMA

YDP En. Zaidi Bin Salib

Naib YDP En. Abdul Halin B Abd Razak

Setiausaha Kehormat Pn. Hjh. Sarimah Bt Omar

Naib Setiausaha Kehormat Pn. Sharifah Aini Bt Ab Halim

Bendahari Kehormat Pn. Nur Anis Farahiyah Bt Mat Zaki

N/Bendahari kehormat Cik Nur Amira Bt Zulkifli

AJK wakil Ibu Bapa


1. En. Willston William Anap

2. En. Mohd Yusri Bin Mohd Basri

3. Pn. Ruhaya Bt Ab Kadir

4. En. Ahmad Safari Bin Hasim

5. …………………………………….

AJK wakil guru


1. Pn. Ruzatiah Bt Ahmad

2. Pn. Lily Bt Zubir

3. Pn. Mohanasuriya

4. En. Meor Sharimen

5. …………………………………

Juru Audit
1. En. Mohd Shamsul Kamal Bin Mat Ali

2. En. Mohd Rodzi Bin Ismail


SUMBANGAN
PIBG 2019
TARIKH & ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SEMARAK IMPIAN TAHUN 6 SESI 2019

BIL TARIKH PERKARA KOS/MURID


JAN-OGOS Pembelian buku latih tubi/bahan aktiviti
4 subjek teras x RM15.00 RM 60.00
Program Bijak sifir
Mac- Ogos Program Sinar Pagi ( BM, MT , Sains & BI )
Setiap pagi Isnin, Selasa , Rabu & Khamis 7.00-
7.30 pg.
31 Jan, 25 Ogos Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru
Tahun 6 2019.
Jan , 25 Ogos & 3 Program Sentuhan Kasih (Motivasi ) PIBG/ B&K
Sept
Feb- Ogos Kelas Tambahan( Hari Sabtu)
4 Subjek teras x RM15 RM60.00
Mac , Julai Program Gerak Gempur dan Bengkel Menjawab
Soalan

30 Ogos Majlis Restumu ku pohon / Solat hajat

Graduasi
Oktober/ Nov - Jubah Rm 10,Holder , Watikah, Gambar RM 35.00

Feb - Ogos Akhbar Dalam Darjah (DIDIK)


-Februari hingga Ogos (Setiap Isnin) RM 35.00

April, Jun, Ogos, & Program Cakna Pelajar- Semat lencana, Penajaan
September. dan Sarapan Pagi murid semasa UPSR. PIBG/KSIB

23,24 Ogos Kem MInda Cemerlang RM 5 x 61


RM 3 x 61
17 Ogos Program Relax Minda- Hilangkan stress

Jamuan Akhir Tahun


Oktober/Nov - Di Hotel RM 50.00

Oktober- Program Tahun 6


November Hadiah Aktiviti Selepas UPSR RM 20.00
Jumlah Keseluruhan RM260.00
USUL-USUL
2019
USUL-USUL 2019
Bil. Perkara Catatan
1. 1. Kualiti barang dan perkhidmatan kedai buku
SKPD perlu diperbaiki.

2. Kualiti makanan di kantin SKPD juga perlu


dipertingkatkan, serta mendapatkan harga
yang bersesuaian kepada murid-murid.

FARAH KAMALIA

2. 1. Supaya dipasangkn penutup longkang di


kawasan tempat basuh tangan di kantin.

2. Supaya diperbaiki sistem perpaipan di setiap


tandas.

MOHD LUKMAN BIN AB GHANI

3. Memberi kebenaran kenderaan ibu bapa masuk


bagi pelajar PPKI.

NUR AFFEDAH BT HUSSIN

4. 1. Pertukaran peniaga kantin menu sama setiap


hari dan harga mahal.

2. Seragamkan waktu balik bagi tahap 1 & 2


untuk memudahkan ibubapa ambil satu sesi
sahaja.

3. Mengadakan bumbung di laluan pejalan kaki


luar pagar sekolah untuk kemudahan waktu
hujan dan panas.

MUHAMMAD AZRAIE BIN SEMAN


5. Jadual waktu yg lebih praktikal kerana anak²
terbeban dgn berat beg sekolah. Cikgu perlu
beritahu buku apa yg perlu dibawa. Contohnya
bahasa Inggeris ada beberapa jenis buku latihan,
buku teks tapi belum tentu semua yg dibawa
digunakan.
NORHAFIZA ZAINAL ABIDEN

6. *Harga makanan di kantin perlu ditambah baikan


(murah).
*Pelajar sekolah yang balik lambat kerana
kokurikulum perlu dipantau ketika melintas jalan, ini
kerana banyak berlakunya kemalangan &
penculikan.

MOHD FIRDAUS BIN MASURI

7. 1. Larangan kpd penjualan makanan segera di


luar pagar sekolah.

2. Elakkan pertindihan aktiviti antara sek. Keb.


dan Sra ( aktiviti / peperiksaan )

3. Kerap terjadi di awal tahun mengenai buku


yang perlu dibeli, pihak sekolah sepatutnya
“finalkan” senarai buku-buku yang diwajibkan
beli semasa pengagihan buku teks. Senang
ibubapa cari awal-awal nanti, beli lewat habis
stock.

MOHD ZUKHAIRI B. MOHD ALI

8. 1. Diharap dapat tingkatkan keceriaan dan


kebersihan kantin.

2. Pamerkan harga makanan.

3. Pihak sekolah pantau harga / kualiti


makanan untuk anak anak.

Kecerian Bilik Darjah / Sekolah :


i) Libatkan ibubapa dalam program kecerian
bilik darjah anak2 (sumbangan
dana/bahan dll untuk aktiviti keceriaan)

ii) Adakan beberapa kali program keceriaan


(supaya ibubapa ada peluang join
program bila terlepas tarikh)

SHARIFAH NAWWAL BINTI SYED ABDUL AZIZ

9. 1. Meletakkan mesin air coway dsb di sekolah


memudahkan murid minum selepas
kokurikulum.
2. Mencadangkan agar sekolah menyediakan
LOKER di setiap kelas bagi mengurangkan
beban beg berat.

YUSFALIZA BT AHMAD YUSOF

10. 1. Buku buku KAFA ditinggalkan kpd guru kelas


KAFA dlm kelas agar dpt mengatasi masalah
beg berat.
2. Cadangan ini utk untuk anak2 yamg ada
aktiviti petang di sekolah.

ROMZI BIN MAT NAYAN @ OTHMAN

11. 1. Parking semasa penghantaran dan ambil


anak sekolah haruslah disediakan agar tidak
membahayakan murid melintas ke kenderaan
ibu bapa.
2. Harga makanan di kantin hendaklah setimpal
dgn makanan.

MOHD ASRI B MOHAMED

12. 1. Berharap pemilihan buku tahun 2020 merujuk


kepada senarai yg perlu dibeli dan ditentukan
oleh guru2 subjek tersebut sebelum sesi
persekolahn bermula. Ini kerana ada buku yg
tidak diguna oleh guru.

ILLONA SUHAIDA

13. Memberi kebenaran ibu bapa murid PPKI masuk ke


dalam kawasan sekolah semasa menghantar dan
mengambil anak2 lebih –lebih lagi semasa hujan

NOR ASMAH BT AB RAZAK ( KSSR1C)

14. Mohon anak-anak PPKI diberi latihan @ kerja


rumah untuk dibuat di rumah.

NOOR AZLINA BT YAACOB KSSR2

15. Mohon pihak sekolah membina pondok pengawal


keselamatan @ seorang pengawal keselamatan
untuk memantau keluar masuk murid di pintu pagar
belakang terutama pada masa puncak pagi dan
balik sekolah spt mana di pintu pagar utama.

HAMIDAH BT JAMIL KSSR5

16. Pasangkan bumbung di kawasan luar pagar agar


ibu bapa dapat berteduh sementara menunggu
anak-anak tiba.

DOLINA BTE SIRINGAN

17. Waktu Kokurikulum mengganggu waktu sekolah


Agama.

MOHD SHAHRIZAL B NOR AZMI


18. 1. Harga makanan dan minuman yang mahal.
2. Setiap hari menu yang sama .
3. Harga makanan di kantin ini lebih mahal
berbanding kantin sekolah lain.
4. Kebersihan kantin perlu ditambahbaik.

NAIZATULSYIMA BT IDRIS

AJK
PELAKSANA
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

Penasihat : En. Baharruddin Bin Mat Dom


Pengerusi : En. Zaidi Bin Salib
Naib Pengerusi : En. Abdul Halin Bin Abdul Razak
Setiausaha : Pn. Hjh. Sarimah Binti Omar
Bendahari : Pn. Nur Anis Farahiyah Binti Mat Zaki

BIL AJK Bidang Tugas


1. Pn. Hjh Sarimah Binti Omar Setiausaha - Menyediakan borang usul
PIBG / kepada ibu bapa dan
Penyelaras mendapatkan maklum balas
Majlis dari ibu bapa tiga minggu
sebelum majlis.
- Menyediakan surat jemputan
kepada ibu bapa.
- Menyediakan dan
menguruskan jemputan VIP.
- Menyediakan surat
memohon sumbangan luar.
- Menyediakan buku laporan
tahunan PIBG.

2. Pn. Sharifah Aini Binti Abdul Halim N/Setiausaha - Menyediakan surat


memohon sumbangan luar.
- Mengedar dan
mengumpulkan semula
borang usul/ maklum balas
daripada ibu bapa kelas
PPKI.
- Menyediakan surat ucapan
terima kasih kepada para
penyumbang.
- Menyediakan teks ucapan
Perasmi.

3. Pn. Nur Anis Farahiyah Binti Mat Bendahari - Menyediakan laporan dan
Zaki membentangkan penyata
kewangan PIBG SK Polis
Depot.
- Mendapat pengesahan
BIL AJK Bidang Tugas
kewangan bersama juru
audit PIBG.

4. Pn. Sopia Binti Awang Teks Ucapan - Menyediakan teks ucapan


Pn. Hamiza Hani Binti Ibrahim untuk penasihat, YDP PIBG.

5. En. Bahrin Bin Harun Sambutan & - Menyambut kehadiran VIP,


Tn. Hj. Rozlan Bin Mohamed Protokol jemputan dan ibu bapa.
Pn. Norma Binti Ismail
Pn. Azmah Binti Awang Hamat

6. Pn. Lily Binti Zubir Buku - Menyediakan buku pelawat


Pn. Hjh Haliza Binti Mohamad Pelawat dan untuk ditandatangani oleh
Zelan Buku VIP.
Kehadiran
Pn. Fauziah Ibu Bapa - Mengedarkan buku
Pn. Noriah Binti Deraman kehadiran ibu bapa.

7. Pn. Rozaini Binti Tukimin Sarana - Menyediakan sistem


Pn. Zulaika Binti Sabtu Sekolah dan kehadiran ibu bapa
Cik Nurul Amira Binti Zulkifli Ibu Bapa / menggunakan QR code.
Pn. Ruhaya Binti Kadir Pendaftaran - Menyediakan borang sarana,
Ibu Bapa edar kepada ibu bapa untuk
diisi dan kutip semula.
- Menyediakan borang
pendaftaran ‘manual’ ibu
bapa.

8 Pn. Siti Humaira Binti Ahmad Pengacara - Menyediakan skrip dan


Kamal Majlis mengacarakan majlis.
En. Abdul Rahman Bin Ismail

9. En. Madini Bin Sulaiman PA Sistem - Menyediakan PA sistem dan


En. Mohd Norashidi Bin Abd Razak Laptop memastikan PA sistem,
LCD laptop dan LCD berfungsi
sepanjang majlis
berlangsung.

10. Pn. Zabrina Binti Yaahmat Hiasan - Menghias pentas dan


Pn. Halimatussadiah Binti Hj. pentas & backdrop.
Awang Backdrop - Mengemas semula pentas
Pn. Mohanasuriya A/P dan backdrop.
Subramaniam - Menyediakan alas meja
untuk meja persidangan.
- Menyediakan tanda nama
untuk Guru Besar, YDP,
NYDP, Setiausaha dan
Bendahari.

11. En. Zakaria Bin Hasan Persiapan - Menyediakan kerusi dan


BIL AJK Bidang Tugas
En. Iswady Bin Ishak Dewan meja untuk perjalanan
Pn. Nur Izzati Binti Md Saref mesyuarat, kerusi dan meja
Pn. Noor Hassliza Binti Mat untuk juru acara majlis,kerusi
Hassan dan meja pendaftaran dan
kerusi untuk VIP, ibu bapa
dan guru-guru sepanjang
majlis berlangsung.
- Menyusun atur kerusi dan
meja.
- Memastikan kebersihan
dewan sebelum, semasa
dan selepas majlis.

12. En. Mohd Shamsul kamal Bin Mat Bacaan Doa - Menyediakan teks doa dan
Ali @ Omar membaca doa sebelum
acara dimulakan.

13. En. Muhamad Adib Najmi Bin Jurugambar - Mengambil gambar


Zainuddin sepanjang majlis
Pn. Azlina Binti Muhamad berlangsung

14. Pn. Khasniza Binti Mukhtaruddin Makanan - Menyediakan makanan


Pn. Rosmalia Binti Ramly dan Jamuan untuk VIP.
Pn. Aezlah Binti Mohd Nawi (VIP)

15. Pn. Siti Norbaya Binti Abdul Makanan Ibu - Menyediakan makanan
Rahman Bapa untuk ibu bapa.
Pn. Nazarimah Binti Mahasan
Pn. Norizan Binti Kornaini
Pn. Ruzatiah Binti Ahmad

16. En. Meor Syariman Bin Meor Tayangan - Mendapatkan gambar-


Muhamad Slide gambar aktiviti dari album
Cik Yusnawati Binti Abdullah sekolah.
- Menayangkan slide aktiviti-
aktiviti sekolah sepanjang
2018.
- Memaparkan slide-slide
aktiviti berkaitan semasa
pembentangan laporan
aktiviti tahunan PIBG.

17. Pn. Hazirah Binti Mohd Zain Cenderahati - Menyedia dan


Pn. Nurul Huda Binti Ahmad Zabidi VIP menyampaikan cenderahati
Pn. Nor Farahin Binti Abd Manaf Cabutan VIP.
Bertuah - Menyediakan 10 nombor
cabutan bertuah dan 10
hadiah cabutan bertuah.
BIL AJK Bidang Tugas
18. Pencatat - Mencatat minit semasa
Pn. Intan Safiana Binti Md Noor Minit majlis berlangsung.
Pn. Izatul Hayati Binti Abdul Hadi - Menyiapkan Minit Mesyuarat
Pn. Suriani bt Hamat Agung 2018/19.

19. Pn. Azuin Binti Mohd Shah Dokumentasi - Menyediakan laporan


Pn. Nor Azmani Binti Hassan setelah selesai majlis.

20. Cik Norly Binti Kamaruddin Banner - Menyediakan design


En. Willston William Anap banneryang sesuai.
- Menggantung banner.

SEKALUNG PENGHARGAAN
YB TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
( AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA)

TN HJ ZULKIFLI BIN MOHD NOR


( PEG PERHUBUNGAN SEKOLAH )

KOPERAL SHAIHUL BAHARI BIN BADRI


( PEG PERHUBUNGAN POLIS SEKOLAH )

EN HILMY BIN MAT NAYAN @ OTHMAN


( GURU BESAR SK POLIS DEPOT 2018)

EN BAHARRUDDIN BIN MAT DOM


(GURU BESAR SK POLIS DEPOT 2019 )

EN ZAIDI BIN SALIB


( YDP PIBG SK POLIS DEPOT )

YBhg DATO’ JAWAHAR ALI TAIB KHAN

EN AZLI
( PENGUSAHA KANTIN SKPD )

AJK DAN AHLI-AHLI PIBG SK POLIS DEPOT

GURU-GURU DAN MURID-MURID WARGA SKPD

DAN

SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK


LANGSUNG

DALAM MENJAYAKAN MAJLIS HARI INI.

You might also like