Bajet Pasukan Pembangunan Klfa 2021

You might also like

You are on page 1of 8

PASUKAN PIALA BELIA 2023

1. PENDAHULUAN

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) telah ditubuhkan pada tahun


1975 dan seterusnya telah menjadi Ahli Gabungan kepada Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun berikutnya. Bermula pada tahun
tersebut sehinggalah ke hari ini ,KLFA terus mengikuti dan terlibat secara
langsung apa jua akitviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh FAM
termasuklah pertandingan-pertandingan diperingkat umur.

Diantara pertandingan-pertandingan anjuran FAM yang disertai oleh


KLFA adalah Liga Malaysia, Piala Malaysia, Piala Presiden, Piala Belia,
Piala KPM dan lain-lain kejohanan peringkat umur termasuk Sukan
Futsal.

Ekoran daripada penyertaan KLFA dalam pertandingan-pertandingan


anjuran FAM tersebut pada setiap tahun, sudah semestinya KLFA perlu
menyediakan bajet tahunan dan seterusnya mencari dana bagi
memenuhi keperluan pertandingan tersebut.

2. OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan dana bagi


membiayai perbelanjaan pasukan-pasukan daripada KLFA yang akan
bertanding pada pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh FAM
pada tahun 2023, iaitu :-

i. Piala Belia Bawah 18 Tahun

Dengan peruntukan dana yang cukup, maka KLFA akan dapat


menyediakan pasukan-pasukan dengan lebih bersedia, mantap dan
tersusun. Peruntukan-peruntukan tersebut melibatkan :-

i. Gaji Pemain, Pegawai dan Jurulatih ii.


Perbelanjaan Pengurusan dan Latihan iii.
Perbelanjaan Pertandingan (Home & Away)
Secara umumnya semua sudah mengetahui bahawa untuk mendapatkan
kesinambungan bagi sesebuah pasukan negeri@kebangsaan di sesebuah
negeri@negara adalah disebabkan oleh kewujudan pasukan-pasukan
pembangunan yang ditubuhkan oleh negeri@negara tersebut.

Pasukan yang terdiri daripada beberapa peringkat umur ini, seperti


dibawah umur 16, 17, 18, tahun adalah berfungsi sebagai pasukan
pelapis atau ‘feeder team’ bagi memastikan pasukan utama sesebuah
Negara itu akan berterusan mempunyai pemain-pemain yang berbakat
hasil daripada pertandingan-pertandingan yang diadakan oleh
persatuan-persatuan bolasepak sesebuah negara.

Hasil daripada pertandingan-pertandingan seperti ini, maka akan lahirlah


pemain-pemain yang akan mengantikan pemain-pemain yang sudah
tidak layak lagi untuk mewakili Negara.

Seperti di Malaysia, usaha Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM


mengadakan pertandingan-pertandingan , seperti Piala Presiden, Piala
Belia mahu pun Piala KPM pada setiap tahun, sudah pasti akan
melahirkan pemain-pemain yang berkaliber pada setiap tahun secara
konsisten kerana pertandingan-pertandingan ini telah diadakan oleh
FAM tiap-tiap tahun secara konsisten.

Oleh itu, FAM telah menetapkan agar setiap pasukan utama sesebuah
negeri mesti mempunyai dan menyertai pertandingan-pertandingan
diperingkat pembangunan bagi memastikan agar pemain-pemain
pasukan utama sesebuah negeri tersebut akan berganti jika berlaku
kekosongan atau bila-bila diperlukan.

Manakala ketika pemain-pemain ini berusia dibawah umur 16 tahun,


pemain-pemain yang terbaik disetiap negeri akan dikumpulkan di
Akedemi Bolasepak Mokhtar Dahari atau AMD bagi mewakili Negara
diperingkat antarabangsa.
3. FORMAT PERTANDINGAN PIALA BELIA DAN PIALA PRESIDEN 202
5. FOTO PASUKAN PIALA PRESIDEN, PIALA BELIA, PIALA KPM U -17 & U 14
4.SESI PEMILIHAN PIALA BELIA 2023
5. BAJET PASUKAN

BAJET PASUKAN PIALA BELIA 2023 A . GAJI PEGAWAI

BIL PERKARA QTY A. GAJI (RM)


1 BULAN 12 BULAN

1. PENGURUS PASUKAN 1 6,000.00 72,000.00


2. KOORDINATOR PASUKAN 1 2,500.00 30,000.00
2. KETUA JURULATIH 1 6,000.00 72,000.00
3. PENOLONG JURULATIH 1 3,500.00 42,000.00
4. PENOLONG JURULATIH 1 2,000.00 24,000.00
5. JURULATIH PENJAGA GOL 1 4,000.00 48,000.00
6. JURULATIH KECERGASAN 1 3,500.00 42,000.00
7. PEGAWAI FISIO 1 3,500.00 42,000.00
8. PEGAWAI KESELAMATAN 1 1,500.00 18,000.00
9. KITMAN 1 1000.00 12,000.00
JUMLAH 33,500.00 402,000.00

B . GAJI PEMAIN
BIL PERKARA QTY B. GAJI

1 BULAN 12 BULAN

1. PEMAIN-PEMAIN BERGAJI RM1,200.00 5 6,000.00 72,000.00


2. PEMAIN-PEMAIN BERGAJI RM1,000.00 10 10,000.00 120,000.00
3. PEMAIN-PEMAIN BERGAJI RM 800.00 10 8,000.00 96,000.00
JUMLAH 288,000.00

C. PERBELANJAAN PERTANDINGAN (HOME)


BIL PERKARA PERB. PER JUM. PERL JUMLAH
1. KEMUDAHAN STADIUM ( MC & BALL BOYS) 1,000.00 8 8,000.00
2. PENGADIL & RA 1,850.00 8 14,800.00
3. PEGAWAI PERUBATAN DAN AMBULAN 800.00 8 6,400.00
4. GENERAL COORDINATOR 300.00 8 2,400.00
5. LO 200.00 8 1,600.00
6. KESELAMATAN 500.00 8 4,000.00
JUMLAH 4,650.00 8 37,200.00
D. PERBELANJAAN PERTANDINGAN (AWAY)
BIL PERKARA PERB. PER JUM. PERL JUMLAH
1. PENGINAPAN 3,000.00 8 24,000.00
2. ELAUN PEMAIN (UNTUK 20 ORANG)@ RM50.00 1,000.00 8 8,000.00
3. ELAUN PEGAWAI (UNTUK 6 ORANG) @ RM100.00 600.00 8 4,800.00
5. PENERBANGAN (SABAH ATAU SARAWAK) 25,000.00 1 25,000.00
JUMLAH 34,600.00 61,800.00

E. PERBELANJAAN PERSEDIAAN
BIL PERKARA PERB. SEBULAN JUM BULAN JUMLAH
1. PENGINAPAN PEMAIN 3,500.00 8 28,000.00
2. PADANG LATIHAN 3,500.00 8 28,000.00
JUMLAH KESELURUHAN 7,000.00 56,000.00

JUMLAH KESELURUHAN A+B+C+D+E = RM 845,000.00

8. PENUTUP

Bermula dengan pemilihan barisan kejurulatihan dan pemain, persediaan


logistik dan akhirnya persediaan kewangan yang mencukupi adalah merupakan
perkara-perkara yang sangat penting yang perlu disediakan pada setiap tahun
oleh KLFA.

Ini akan membantu bagi melancarkan perjalanan pertandingan yang disertai


dan juga imej sesebuah pasukan yang bertanding. Ini juga akan menunjukkan
bahawa KLFA sudah bersedia sebelum sepakmula berlangsung.

Oleh itu, bantuan dan sokongan dari semua pihak adalah sangat dialu-alukan
agar hasrat KLFA ini akan tercapai.

Terima Kasih

You might also like