You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GHAFAR BABA


(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)
78300 MASJID TANAH, MELAKA
Kod Sekolah : MEA0071
Tel: 06-3841257 Faks : 06-3843253 Email: MEA0071@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMKGB/100-7/1/7


Tarikh : 09.05.2023

Kepada:

Tuan/Puan
Ibu Bapa dan Penjaga
Murid - Murid SMK Ghafar Baba,
78300,Masjid Tanah,
Melaka.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN DAN JUADAH SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI


PERINGKAT SEKOLAH 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah
untuk seluruh warga sekolah. Ia bertujuan memupuk rasa muhibah dan mengeratkan tali silaturahim
antara warga sekolah. Berikut adalah butiran mengenai program ini.

i. Tarikh : 18 Mei 2023


ii. Masa : 11:00 pagi hingga 2:00 petang
iii. Tempat : Dataran Warga

3. Justeru itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik dan keprihatinan
daripada pihak Tuan/Puan untuk memberikan sedikit sumbangan dalam bentuk dana (kewangan)
atau juadah kepada pihak sekolah bagi merealisasikan matlamat sambutan itu nanti . Pihak sekolah
percaya , dengan adanya sumbangan daripada pihak Tuan/Puan , pastinya akan melancarkan urusan
persiapan sambutan itu nanti. Sumbangan kewangan boleh disalurkan dengan cara berikut :-

a) Wang Tunai : Terus kepada Guru Kelas atau Bendahari PIBG SMK Ghafar Baba
b) Cek Berpalang : atas nama Bendahari PIBG SMK Ghafar Baba dan diserahkan kepada penama
tandatangan di bawah (YDP PIBG SMK Ghafar Baba) atau diposkan ke alamat di atas.
c) Akaun PIBG SMK Ghafar Baba : Bank Islam, No. Akaun 04024010031176 .

4. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
Tuan/Puan . Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan/Puan amatlah pihak sekolah hargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih .
Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

...............................................
(Ts DR. YUSENI BIN AB. WAHAB)
Yang Dipertua PIBG
SMK Ghafar Baba.

You might also like