You are on page 1of 2

SMK SUNGAI ISAP

KERTAS KERJA
PERUNTUKAN KECERIAAN KELAS
TAHUN 2023/2024

“KELAS CERIA, PELAJAR GEMBIRA”


1.0 RASIONAL

Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan serta
mengambarkan kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah
umumnya dan murid-murid di kelas berkenaan khasnya. Keceriaan dan kebersihan
kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai
iklim sekolah yang ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar di kelas.
Kelas yang bersih dan ceria juga dikatakan oleh pakar psikologi boleh memberikan
suntikan motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam keadaan yang selesa,
tenang dan tenteram. Murid akan fokus kepada pelajaran yang diajarkan kerana
mereka diberikan ilmu dalam keadaan bersih dan tenang.

 
2.0 MATLAMAT
Peruntukan RM100.00 bagi setiap kelas adalah inisiatif untuk menceriakan setiap
kelas. Malahan mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang
bersih, ceria,  cantik,  dan kondusif yang dapat menarik minat murid untuk hadir ke
sekolah.

3.0 OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.


2. Meningkatkan  kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya menjaga
keceriaan dan kebersihan kelas.
3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas mereka.
4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.
5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan pembelajaran
murid.

4.0 SASARAN
Peruntukan RM100.00 ini melibatkan semua kelas di aliran perdana iaitu sebanyak
kelas.

5.0 ANGGARAN PERUNTUKAN

Bil Perkara Jumlah (RM) Sumber


1. 29 kelas X RM100.00 RM2900.00
PIBG
JUMLAH KESELURUHAN RM 2900.00

6.0 KESIMPULAN

Semoga dengan adanya Peruntukan keceriaan ini akan dapat mewujudkan


kelas yang bersih, ceria dan cantik. Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali
lagi diharapkan mampu menjadi motivasi kepada murid untuk hadir ke sekolah dan
seronok belajar sekaligus dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan,

………………………………… ……………………………………..
(NORHASLINDA BINTI MOHAMAD ALI) (ZARAPI BIN MAT YACOB)
Penyelaras Badan Ketua Kelas. Pengetua
SMK Sungai Isap, Kuantan.

You might also like