You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

WAKAF PENAPIS AIR


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA

ANJURAN:
UNIT PEMBANGUNAN
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, SKBC
1.0 PENGENALAN
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh badan manusia. Badan manusia
terdiri daripada 60% air. Seseorang itu memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
bagi memastikan badan kekal segar. Secara semulajadi ubuh badan akan kekurangan air
melalui akiviti seperti berjalan, bersenam, berpeluh di waktu cuaca panas dan sebagainya.
Kehilangan cecair dalam badan ini akan menjejaskan tahap kecerdasan fizikal seseorang.
Mereka yang mengalami masalah kekurangan air di dalam badan akan menjadi lemah
kerana fungsi penting badan akan terganggu akibat dari kekurangan tersebut. Menurut
artikal bahagian pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan air yang
mencukupi akan memastikan tubuh badan kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk
kehidupan yang lebih sihat.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


Tujuan utama Program Wakaf Penapis Air SKBC adalah untuk:
a) Membolehkan murid mendapatkan kemudahan air bersih yang terjamin
kebersihannya
b) Menjaga kebajikan murid terutamanya selepas kantin sekolah telah ditutup dan
selepas waktu kokurikulum sementara menunggu ibubapa datang

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga Sekolah Kebangsaan Bukit China

4.0 INDIKATOR OUTPUT & OUTCOME (KPI)


a) Melahirkan murid SKBC yang bertenaga sepanjang hari persekolahan biarpun
terlibat dengan aktiviti kokurikulum
b) Mengurangkan murid yang mengalami masalah pencernaan berikutan budaya
pemakanan yang tidak seimbang
c) Meningkatkan tahap kesihatan murid SKBC
d) Melahkan murid yang cergas dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM


PENASIHAT : En Mohd Zabidi bin Daud
PENGERUSI : En Mohd Farizal bin Hj Abd Hajat (YDP PIBG)
NAIB PENGERUSI : En Mohd Ghazali bin Mohamad (Ketua BIro Pembangunan,
PIBG SKBC)
SETIAUSAHA : Pn Nur Shaprina binti Bahari (GPK Pendidikan Khas, SKBC)
NAIB SETIAUSAHA: Pn. Khairul ‘Ashikin binti Azmir
AJK : Pn. Rohaya binti
En Asmawi bin Dzulkifli

6.0 SUMBER KEWANGAN


Sumbangan ikhlas warga SKBC, syarikat dan ahli koperat, orang awam yang sudi
menyumbang untuk kebajikan warga SKBC khasnya untuk murid-murid SKBC. Anggaran
kos penapis air berserta servis.

BIL PERKARA KUANTITI AMAUN


1 Penapis air
2 Servis

7.0 PENUTUP
Kami berharap permohonan ini mendapat sokongan dan kelulusan agar keperluan dan
kemudahan mendapakan bekalan air bersih untuk murid-murid dapat dipenuhi, seterusnya
dapat meransang potensi murid.
Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. …………………..

You might also like