You are on page 1of 3

1. 1.

 SistemSuria terdiri daripada Matahari, 9 buah planet, asteroid, komet, meteor dan
meteoroit. Matahari adalah pusat Sistem Suria dan jasad-jasad yang lain dalam Sistem
Suria beredar mengelilingi Matahari.
2. 2.  Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria. Matahari mengandungi
lebih daripada 99 % jumlah jirim dalam Sistem Suria. Matahari terletak pada pusat
Sistem Suria dan semua jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya. Matahari
bukan satu sfera pejal. Matahari dibentukkan oleh gas-gas yang amat panas, hampir
semuanya hidrogen dan helium.
3. 3.  Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok hitam.Tompok hitam adalah
kawasan yang lebih sejuk. Di sekeliling tompok hitam, terdapat letusan gas yang disebut
nyal suria. Nyala suria berlaku secara tiba-tiba dan hanya kekal selama beberapa minit.
Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang boleh mencapai jarak beribu-
ribu kilometer. Pancutan gas ini disebut prominen. Matahari membekalkan haba dan
cahaya iaitu keperluan asas bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting
kepada hidupan kerana cahaya Matahari memberikan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan
untuk membuat makanan.
4. 4. Planet ialah nama yang diberikan kepada jasad besar berbentuk sfera yang beredar
mengelilingi Matahari.Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria.
5. 5.  Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari dan merupakan planet yang
kelapan besar dalam Sistem Suria. Diameter Utarid adalah 4 870 km. Permukaan
Utarid adalah amat panas dan mempunyai banyak kawah seperti permukaan Bulan.
Suhu pada tengah hari adalah 420 ⁰C dan suhu pada tengah malam boleh mencapai
─180 ⁰C iaitu 180 ⁰C di bawah takat beku ais. Utarid tidak mempunyai atmosfera dan
tiada Bulan.
6. 6.  Zuhrah adalah planet yang kedua dari Matahari dan merupakan planet yang keenam
besar dalam Sistem Suria. Diameternya berukuran 12 100 km. Permukaan Zuhrah
tidak dapat dilihat dari Bumi kerana diseliputi awan-awan yang tebal. Lapisan tebal
atmosfera Zuhrah merangkap haba daripada cahaya Matahari dan menjadikan suhu
permukaan Zuhrah paling panas dalam Sistem Suria. Suhu di permukaan Zuhrah
adalah di antara 430 ⁰C dan 480 ⁰C. Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada karbon
dioksida dan titisan-titisan asid sulfurik. Zuhrah tidak mempunyai Bulan.
7. 7.  Bimi ialah planet yang ketiga dari Matahari dan merupakan planet yang kelima besar
dalam Sistem Suria. Bumi dibentukkan kira-kira 4.5 hingga 4.6 bilion tahun dahulu.
Bumi kita ialah planet tunggal di Sistem Suria yang menyokong kehidupan dan
mempunyai air dalam bentuk cecair pada permukaannya. Bumi mempunyai satu
Bulan. Bulan adalah objek tunggal di luar Bumi yang pernah didarati oleh manusia
Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 % nitrogen dan 21 % oksigen serta sedikit karbon
dioksida, argon dan air.
8. 8.  Marikh ialah planet yang keempat dari Matahari dan merupakan planet yang ke tujuh
besar dalam Sistem Suria. Diameternya lebih kurang 6 670 km. Marikh kelihatan
merah kerana permukaannya mengandungi banyak karatan besi. Marikh mempunyai
polar putih pada kedua-dua kutubnya yang dibentukkan oleh karbon dioksida pejal.
Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri daripada karbon dioksida dan sedikit nitrogen.
Marikh mempunyai dua Bulan yang dinamakan Phobos dan Deimos.
9. 9.  Musytari ialah planet yang kelima dari Matahari dan merupakan planet yang terbesar
dalam Sistem Suria. Diameter planet ini adalah lebih kurang 14 300 km. Musytari tiada
permukaan pejal. Musytari dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium. Atmosfera
luar Musytari mempunyai jalur-jalur berwarna dan satu tompok merah besar ( tiga kali
saiz Bumi). Musytari mempunyai 16 Bulan.
10. 10.  Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari dan merupakan planet yang kedua
besar dalam Sistem Suria. Diameternya berukuran 120 400 km. Zuhal mempunyai
lingkaran-lingkaran lebar dan cerah mengelilinginya yang terbentuk daripada ketulan-
ketulan ais. Permukaan Zuhal dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium.
Atmosfera Zuhal terdiri daripada gas hidrogen , helium dan sedikit metana. Planet yang
berwarna kuning ini mempunyai banyak Bulan ( sekurang- kurangnya lebih daripada 23
Bulan).
11. 11.  Uranus ialah planet yang ketujuh dari Matahari dan merupakan planet yang ketiga
besar dalam Sistem Suria. Planet yang berwarna biru hijau ini mempunyai 15 Bulan.
Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelit- satelit. Dua daripada mereka
yang terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa
gegelang halus yang terdiri daripada ais bergaris-pusat beberapa meter, yang gelap dan
tidak begitu berkilat.
12. 12.  Neptun ialah planet yang kelapan dari Matahari dan merupakan planet yang
keempat besar dalam Sistem Suria. Atmosfera Neptun terdiri daripada gas hidrogen,
helium dan metana. Planet yang berwarna biru ini mempunyai 8 Bulan.
13. 13.  Pluto ialah planet yang paling jauh dari Matahari dan merupakan planet yang paling
kecil dalam Sistem Suria. Pluto mempunyai 1 Bulan. Pluto ditemukan oleh Clyde
William Tombaugh, seorang astronom muda di Observatorium Lowell, pada 18 Februari
1930
14. 14.  Asteroid adalah batu atau logam yang beredar mengelilingi Matahari dalam satu
jalur di antara Marikh dan Musytari.  Ada lebih kurang 100 000 asteroid dalam Sistem
Suria.  Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.253 Mathilde, asteroid jenis-C
berukuran 50 km . Gambar  Asteroid yang terbesar ialahdiambil pada 1997 oleh prob
NEAR Shoemaker Ceres yang mempunyai diameter 1000 km.
15. 15.  Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai “tahi bintang” pada waktu malam.
Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir batuan kecil dari angkasa lepas yang sedang
jatuh ke Bumi. Geseran antara meteor dan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu
berbara dan kelihatan sebagai satu coret cahaya. Satu meteor yang besar tidak
dihapuskan dalam lintasannya melalui atmosfera Bumi dan dapat sampai ke permukaan
Bumi. Meteor yang sampai ke Bumi disebut meteorit. Satu meteor besar yang
menghempas Bumi boleh menghasilkan kawah yang besar pada permukaan Bumi.
Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke permukaan Bumi
16. 16.  Komet adalah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.  Apabila
suatu komet menghampiri Matahari, komet dipanaskan lalu melepaskan gas dan debu. 
Pantulan cahaya Matahari daripada gas dan debu itu kelihatan sebagi ekor
komet.Sebuah komet  Ekor sebuah komet sentiasa menghala menjauhi Matahari.
17. 17.  Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali jisim Bumi.Diameternya 1.4
juta km. Suhu permukaannya 6000 ⁰C. Matahari adalah 150 juta km dari bumi.  Semua
planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan
bersinar kerana memantulkan cahaya dari Matahari. Musytari, Zuhal, Uranus dan
Neptun dinamakan “Raksaksa Bergas” kerana keempat-empat planet itu amat besar dan
dibentukkan oleh gas terutamanya gas hidrogen dan helium.
18. 18.  Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi. Kuar angkasa yang dihantar
ke planet Zuhrah harus boleh tahan suhu sehingga 500 ⁰C iaitu suhu yang boleh
meleburkan timah. Bulan Mac diterbitkan daripada Marikh. Uranus pertama kali ditemui
oleh William Herschel pada 13 Mac 1781.
19. 19.  Kewujudan Neptun diramalkan oleh ahli-ahli astronomi sebelum planet ini ditemui
pada 23 September 1846. Pluto adalah lebih kecil daripada bulan kita. Dari manakah
datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan meteorit dipercayai berasal daripada asteroid.
Ada juga beberapa meteorit yang berpunca daripada komet. Komet yang paling
terkenal ialah Komet Hally. Komet ini boleh dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.
20. 20.  Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang
sama dan pada waktu yang sama berputar pada paksi masing-masing dalam arah yang
sama. Bumi mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan yang lengkap
mengelilingi Matahari. Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan kejadian 4
musim ( Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk).
21. 21.  Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat satu putaran lengkap pada
paksinya. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.
22. 22. Jarak Bumi dari Matahari 150 juta kmTempoh setahun 365 hariTempoh sehari 24
jamDiameter Bumi 12 760 kmSuhu purata di permukaan Bumi 22 ⁰C
23. 23. Planet Terdiri Jarak dari Bilangan Lingkaran daripada Matahari Bulan (km)UTARID
Batuan 58 juta 0 TiadaZUHRAH Batuan 108 juta 0 TiadaBUMI Batuan 150 juta 1
TiadaMARIKH Batuan 228 juta 2 TiadaMUSYTARI Cecair dan 778 juta 16 Ada
gasZUHAL Cecair dan 1427 juta 18 Ada gasURANUS Cecair dan 2800 juta 15 Ada
gasNEPTUN Gas beku 4500 juta 8 AdaPLUTO Batuan dan 5900 juta 1 Tiada ais
24. 24. TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN1965 Mariner 4 dari Amerika Melalui
Marikh Syarikat1971 Mariner 9 dari Amerika Mengelilingi Marikh Syarikat untuk kali yang
pertama. Mengambil banyak gambar foto.1976 Vikings 1 & 2 dari Pendaratan pertama di
Amerika Syarikat marikh. Mengumpul banyak data dan gambar foto.
25. 25. TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN1973 Pioneer 10 Melalui Musytari
untuk kali pertama1974 Pioneer 11 Melalui sahajaMac 1974 Voyager 1 Terbang
berdekatan Musytari untuk mengambil gambar foto planet itu dan 5 Bulannya.Julai 1979
Voyager 2 Sama dengan Voyager 1
26. 26. TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN1979 Pioneer 11 Melalui Zuhal untuk
kali yang pertama.1980 Voyager 1 Terbang berdekatan planet untuk mengambil gambar
foto planet,lingkaran dan Bulan.1981 Voyager 2 Sama dengan Voyager 1

You might also like