Minit Mesy JBKS (Kwapm) 2019

You might also like

You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

BILANGAN 1 TAHUN 2021 SK SUNGAI BATANG.BAGAN DATUK.


TARIKH : JAN 2021
MASA : 02.00 petang
TEMPAT : Bilik Akses SKSUBA

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Jawatankuasa
Bantuan dan Kebajikan sekolah.

1.2Pengerusi berharap kefahaman semua guru berkaitan beban tugas


guru di sekolah, guru perlu memahami atau tahu perbezaan kerja
pengkeranian atau tugas guru. Kerja pengkeranian adalah contoh
kerja merekod kad aset adalah kerja kerani , kewangan, hantar surat
atau apa sahaja kerja yang tidak libatkan murid bukan kerja guru,
tetapi jika kerja yang melibatkan murid, semakan borang, kehadiran ,
semua itu melibatkan murid adalah kerja guru.

1.3 Pengerusi berharap , kita dapat membina kecemerlangan bersama


tanpa rasa terbeban atau terpaksa demi sekolah dan murid-murid masa
sekarang dan masa akan datang.

2. PENGESAHAN MINIT YANG LALU


2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya meminta agar minit mesyuarat tersebut untuk disahkan
dalam mesyuarat tersebut.

3. PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUM BALAS


3.1Ahli mesyuarat mencadangkan agar penerima bantuan KWAPM
diadakan dalam satu majlis khas tapi pengerusi menjelaskan bahawa
tiada peruntukan diberikan untuk mengadakan majlis tersebut.Walau
bagaimanapun pengerusi tetap menjalankan pengagihan bantuan
mengikut sop yang telah ditetapkan.

4. BORANG PERMOHONAN BANTUAN MURID 2021


4.1Pengerusi memaklumkan bahawa borang permohonan bantuan bagi
semua murid akan menggunakan borang permohonan bersepadu
Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 2019. Surat KPM
bertarikh 19 Disember 2018.

4.2Borang itu ialah boarng PB-1, PB-2 dan PB-3.

4.3Pengerusi juga menegaskan bahawa borang ini akan diguna pakai


bermula tahun 2019 bagi permohonan bantuan seperti RMT,
KWAPM, BAP, Biasiswa, Pakaian Seragam Murid, Biasiswa Sukan Dan
Lain-Lain.

4.4Pengerusi berharap peranan jawatankuasa bantuan sekolah ini


menjadi lebih baik dan berharap peranan guru kelas dalam
membantu Pengurusan HEM sekolah dalam membuat semakan
borang dan pemilihan semua jenis bantuan kepada murid yang layak
mengikut pekeliling yang telah ditetapkan.

4.5Keputusan mesyuarat ini amat penting meletakan kelayakan murid


yang layak untuk mendapatkan bantuan bagi tahun 2021.

4.6Pengerusi menegaskan sekali lagi, bahawa surat iringan makluman


penghantaran borang bantuan perlu jelas kepada ibu bapa/ penjaga
bagi membantu guru kelas mengumpul semula borang bantuan.

5. Peranan JAWATANKUASA JPBS 2021


5.1Pengerusi berharap peranan Penyelaras setiap bantuan dapat
mengemaskini sistem fail masing-masing.
5.2Peranan guru kelas dalam jawatnkuasa ini amat penting dalam
membuat proses mengedar, mengumpul dan menyemak kelayakan.
Terima kasih kepada semua penyelaras dan guru-guru yang banyak
membantu dalam pengurusan HEM ini.

5.3Pengerusi juga berharap PT Kewangan sekolah kita, Puan Runiza


dapat penjelasan yang terperinci dalam melaksanakan proses dan
prosedur kewangan yang berkaitan bantuan ini.

6. PEMBENTANGAN SURAT PEKELILING KEWANGAN DAN SURAT SIARAN


BERKAITAN BANTUAN
6.1Pekeliling Kewangan Bil.2 Tahun 2016 RMT – menyatakan kelayakan
pendapatan isi rumah RM580 dan perkapita RM140 mengikut
pindaan pekeliling Kewangan bertarikh 1 MAC 2018.

6.2Pelaksanaan dan garis panduan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


telah menetapkan hanya pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke
bawah layak menerima bantuan tersebut.Ini berdasarkan surat siaran
mengenai pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2019 yang
bertarikh 26 Disember 2018.

6.3Pelaksanaan KWAPM berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil.1


Tahun 2018 dan Paras Garis Kemiskinan (PGK) serta berdasarkan
kemaskini data APDM terkini . Sementara pendapatan isi rumah
RM960 atau pendapatan berkapita RM244.

7. PEMILIHAN KELAYAKAN MURID BAGI BANTUAN TAHUN 2021


7.1 BILANGAN BORANG DIEDARKAN KEPADA MURID
Sebanyak 45 borang permohonan telah diedarkan untuk murid yang
berkelayakan memohon berdasarkan maklumat terkini dalam data
apdm sekolah.
7.2BILANGAN YANG DIKUMPUL SEMULA
Sebanyak 42 borang telah dikembalikan kepada setiausaha JKPS dan
setelah diteliti dan dibincangkan bersama, akhir keputusan telah
diambil untuk meluluskan permohonan mereka berdasarkan
kelayakan masing-masing.
7.3Senarai kelayakan murid ikut kategori bantuan
a. RMT-22 ORANG
b. BAP-38 ORANG
c. KWAPM-26 ORANG

8. KELULUSAN KELAYAKAN BANTUAN


8.1 JAWATANKUASA MEMUTUSKAN SENARAI MURID LAYAK MENGIKUT
BANTUAN SEPERTI YANG DILAMPIRKAN

9. HAL-HAL LAIN DAN ISU BERKAITAN


9.1 Tiada isu yang berkaitan dan hal – hal lain diajukan untuk
dibincangkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

DISEDIAKN OLEH: DISAHKAN OLEH:

( NOOR MAHIRAH BT. MUSA ) ( AZIZ BIN YUSOF )


Setiausaha HEM, GURU BESAR,
SK Sg.Batang. SK SUNGAI BATANG.
Daerah Bagan Datuk. BAGAN DATUK.
SENARAI JAWANTANKUASA BANTUAN MURID PERINGKAT SEKOLAH
1. PENGERUSI : ENCIK AZIZ BIN YUSOF,GURU BESAR, SKSUBA.
2. NAIB PENGERUSI 1 : PN. ZAITON BINTI HASHIM,PK 1.
3. NAIB PENGERUSI 2 : UTUH BIN ENTOH,PK HEM.
4. SETIAUSAHA HEM : PUAN NOOR MAHIRAH BT MUSA
5. PENYELARAS SEMUA BANTUAN MURID : PUAN SHARIFAH BT YASIN
5.1 RMT
5.2 BAP
5.3 KWAPM
5.4 BIASISWA
5.5 PAKAIAN SERAGAM MURID
5.6 LAIN-LAIN BANTUAN
6. AJK : 1. PN. RUNIZA (KERANI KEWANGAN)
2.EN.ZULKEFLI B. ELIAS(TAHUN 1)
3.PN. SOFIYAH BT MOHD HASHIM (TAHUN2)
4. CIK ROZIANA BT SARIF (TAHUN 3)
5.PN.SHARIFAH BT YASIN (TAHUN 4)
6.EN.HILAL RAZMAN B. YIN. (TAHUN 5)
7. PN.ZURINA BT MATNOOR @HERMAN (TAHUN 6)
6.1 PENGERUSI PIBG
6.2 KETUA KAMPUNG SUNGAI BATANG

You might also like