You are on page 1of 10

Jawab semua soalan.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu ekonomi?


A Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
B Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
C Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan
D Mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad

2. Pasangan manakah yang benar tentang sumber ekonomi?

Sumber
Keterangan
Ekonomi
A Modal Input produktif yang dicipta oleh manusia yang membantu dalam
proses pengeluaran
B Tanah Sumber semula jadi yang mempunyai penawaran tidak terhad
C Buruh Individu yang melakukan inovasi
D Usahawan Individu yang membenarkan orang lain menguruskan untungnya

3. Bagaimanakah masalah “apa yang hendak dikeluarkan” diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran?
A Kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan kepada pihak swasta
B Kerajaan mengawalkan barang dengan cara mengenakan cukai terhadap pihak swasta
C Pihak swasta mengeluarkan barang ekonomi manakala kerajaan pula mengeluarkan barang awam
D Pihak swasta mengagihkan barang mengikut kuasa beli manakala kerajaan mengagihkan barang
untuk semua rakyat

4. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Awie.

Encik Awie telah berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM30 000.


Dia membuat keputusan untuk menggunakan tanah seluas satu
hektar bagi mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar dengan
dibantu oleh dua orang pekerja tempatan.

Antara yang berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh Encik Awie?
I. Untuk siapa dikeluarkan
II. Apa yang hendak dikeluarkan
III. Bagaimana hendak dikeluarkan
IV. Berapa yang hendak dikeluarkan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

1
5. Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z.

* Harga barang Z dijangka meningkat pada masa depan


* Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan

Keluk manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?

Harga Harga
A B D0
D D1

P0 P0

D0
P1 D D1

0 0
Q0 Q1 Kuantiti Q1 Q0 Kuantiti
Harga
Harga
D1
D
D0
C D
P1
P0

D1 P0 D
D0
0
0 Q1 Q0 Kuantiti
Q0 Q1 Kuantiti

2
6. Rajah di bawah menunjukkan permintaan individu X dan individu Y terhadap suatu
barang pada pelbagai tingkat harga Harga
D2
Harga
4
D1
4 3

3
2 D2
2 D1

2 0 2 3 4 Kuantiti
0 2 4 6 8 10 Kuantiti Individu Y
Individu X

Antara berikut, yang manakah menunjukkan permintaan pasaran barang


tersebut?

Kuantiti pada harga


RM 2 RM 3 RM 4
A 14 6 6
B 14 3 4
C 14 3 6
D 14 9 4

7. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran barang bagi lima firma di pasaran.
Harga(RM)
SA SB SD
Sc SE

15 SB
Sc SE
SA
SD

0 3 12 Kuantiti (unit)

Berapakah kuantiti yang ditawarkan oleh firma D jika penawaran pasaran pada tingkat harga
RM15 ialah 57?
A 49 unit C 23 unit
B 42 unit D 21 unit

3
8. Antara berikut faktor manakah yang boleh menyebabkan keluk permintaan seseorang pengguna akan
beralih ke kanan
A Harga barang penggenap meningkat
B Harga barang pengganti meningkat
C Pendapatan bolehguna menurun
D Harga barang turun

9. Maklumat berikut merujuk kepada pekali keanjalan harga permintaan bagi barang P dan barang Q

Barang P Barang Q
Pekali
Keanjalan 2.5 0.9

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningatkan hasil jualan bagi setiap
barangan berikut?

Barang P Barang Q
A Naikkan harga Turunkan harga
B Kekalkan harga Turunkan harga
C Turunkan harga Naikkan harga
D Naikkan harga Kekalkan harga

10. Antara yang berikut, faktor manakah yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan sesuatu
barang?
I Jenis barangan
II Ketersediaan stok
III Ketahanan barang
IV Bilangan firma dalam pasaran
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

11. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu fungsi wang.
Encik Akhtar membayar pendahuluan untuk rumah teres dua
tingkat RM50 000 dan ansuran bulanan sebanyak RM3 500.
Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
I. Alat perantaraan pertukaran
II. Alat bayaran tertunda
III. Alat ukuran nilai
IV. Alat penyimpanan nilai
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

4
12. Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu prinsip syariah dalam sistem perbankan.
 Menerima deposit bertempoh daripada individu
 Untung dikongsi bersama pada kadar yang dipersetujui
Apakah prinsip yang digunakan oleh bank perdagangan tersebut?
A. Mudharabah B. Takjiri
B. Wadiah D. Bai Bithaman Ajil

13. Antara yang berikut, syarikat yang manakah terlibat dalam sector kedua?
Syarikat Aktiviti utama
A. Syarikat Kinda Holding Merupakan pengeluar pelbagai barang elektrik jenama Kinda
B. Syarikat Petrol Berhad Mencarigali petroleum
C. Syarikat Api Berhad Menyediakan kemudahan pengangkutan darat dan laut
D. Syarikat Mega Berhad Menyediakan perkhidmatan perhotelan

14. Kolej komuniti di seluruh negara menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada orang ramai.
Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
A Jaminan kerja C Suasana tempat kerja
B Prospek pekerjaan D Pengalaman dan kemahiran

15. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu.

Encik Arrian memberikan isterinya iaitu Puan Ayu RM850 setiap bulan untuk
tujuan perbelanjaan keluarga.
Apakah pendapatan yang diterima oleh PuanAyu.
A Upah C Bayaran pindahan
B Faedah D Faedah sampingan

16. Maklumat di bawah berkaitan dengan iklan jawatan kosong.


JAWATAN KOSONG
Jualan / Pemasaran
Pengalaman : Lepasan Ijazah
Ciri-ciri :
 Wanita
 Berdisiplin dan amanah
 Boleh bekerja di luar
 Boleh berkomunikasi dengan baik
 Boleh menggunakan Excel
Antara individu berikut, yang manakah mungkin ditawarkan pekerjaan di atas?
A Puan Eina seorang suri rumah
B Encik Syakawi seorang bekas anggota polis
C En. Vishek seorang graduan UPM yang suka bekerja di pejabat
D Cik Alia seorang graduan lepasan universiti mempunyai lessen memandu

5
17. Cik Munirah menerima gaji bulanan RM5 000. Sekiranya kerajaan menaikkan kadar caruman KWSP
pekerja daripada 11% kepada 12%, keadaan yang manakah akan berlaku?

Potongan Wajib Pendapatan Boleh Guna Gaji Bulanan


A Meningkat Menurun Tetap
B Tetap Menurun Meningkat
C Menurun Meningkat Tetap
D Tetap Meningkat Menurun

18. Antara yang berikut yang manakah menunjukkan perbezaan antara keperluan dan kehendak ?

Keperluan Kehendak
A Untuk hidup lebih selesa Untuk meneruskan kehidupan
B Tidak perlu dipenuhi oleh Perlu dipenuhi oleh semua orang
semua orang
C Bilangannya terhad Bilangannya tidak terhad
D Harga ditentukan oleh kuasa Harga di kawal oleh kerajaan
pasaran

19. Kos tetap sebuah firma ialah RM200. Jadual di bawah menunjukkan kos berubah untuk firma
berkenaan.
Output (unit) Kos Berubah (RM)
1 200
2 300
3 500
4 600

Apakah kesimpulan anda tentang kos purata firma tersebut?


A Semakin menurun B Semakin meningkat
C Paling tinggi pada output ke-4 D Paling rendah pada output ke-2

20. Jadual berikut menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma dalam jangka pendek.
Jumlah Output (unit) Kos Berubah Jumlah Kos
0 0 100
1 50 150
2 95 195
3 130 230
Berapakah jumlah kos marginal pada tingkat keluaran ke-2 ?
A 0 B 50
C 45 D 35

6
21. Maklumat di bawah berkaitan dengan Firma A.

Firma A menjual kerusi plastik dengan harga RM 25 seunit. Kos berubah ialah 60%
daripada harga jualan. Kos tetap ialah RM120 000.

Hitungkan keuntungan sekiranya firma menjual 40 000 unit kerusi plastik.


A RM 280 000 B RM 600 000
C RM 720 000 D RM 100 000

22. Antara yang berikut, yang manakah faktor yang membantu meningkatkan tahap produktiviti di sektor
pertanian.
I Penggunaan peralatan dan jentera moden
II Menggunakan buruh mahir yanbg cekap
III Pengurusan sistematik dan cekap
IV Mengimport barang pengganti

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

23. Pilih ciri yang berkaitan dengan monopoli semula jadi.

A Lebih daripada seorang pengeluar


B Berkuasa untuk menentukan harga
C Persaingan bukan harga amat penting
D Kebebasan firma untuk masuk dan keluar pasaran

24. Apabila kadar pertumbuhan ekonomi melebihi kadar pertambahan penduduk, maka taraf
kemakmuran rakyat
A Meningkat
B Menurun
C Tidak berubah
D Tidak dapat ditentukan

25. Dasar fiskal boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui

I Kenaikan cukai
II Penurunan cukai
III Pertambahan perbelanjaan kerajaan
IV Pengurangan perbelanjaan kerajaan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

7
26 Jadual di bawah menunjukkan sebahagian sumber hasil kerajaan pada tahun 2015.
Hasil cukai RM juta
Cukai pendapatan individu 26 321
Duti eksport 1 039
Duti import 2 732
Cukai pendapatan koperasi 80
Cukai barang dan perkhidmatan 27 012
Cukai pendapatan syarikat 63 679
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2017)

Hitung jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut.
A RM 29 773 juta C RM 89 990 juta
B RM 30783 juta D RM 117 092 juta

27 Bagaimanakah bank pusat mengawal masalah pengangguran yang berlaku dalam ekonomi negara.
Rizab Tunai Surat Jaminan Kerajaan Syarat Sewa Beli
A Naikkan Beli Ketatkan
B Naikkan Jual Ketatkan
C Turunkan Jual Longgarkan
D Turunkan Beli Longgarkan

28 Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri suatu dorongan syarikat dalam operasi antarabangsa.
 Pengedaran yang efektif
 Harga produk lebih murah
 Berdekatan dengan pasaran

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?


A Saiz pasaran
B Jenis pelanggan
C Kos pengangkutan
D Kos bahan mentah

29 Bagaimanakah pelaburan langsung asing menggalakkan pertumbuhan ekonomi?


A Kenaikan nilai mata wang
B Peningkatan hasil kerajaan
C Penggunaan teknologi baharu
D Pengurangan kos pengeluaran

8
30 Pernyataan yang manakah menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa terhadap
pertumbuhan ekonomi negara?
A Perluasan pilihan pengguna
B Menikmati harga barang yang lebih murah
C Meningkatkan mobiliti buruh ke negara lain
D Pemindahan dan penggunaan teknologi lebih pesat

31 Apakah tujuan kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa?
A Menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia
B Sumber hasil negara
C Mengehadkan pembelian pertukaran asing
D Menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara

32 Penglibatan sesebuah negara dalam blok ekonomi atau perjanjian perdagangan akan mempengaruhi
ekonomi dalam negara. Antara kesan berikut yang manakah memberikan keburukan kepada
ekonomi dan sosial negara.
A Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
B Peluasan pasaran
C Corak penjajahan baharu ekonomi
D Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah

33 Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia?


A Menganjurkan Temasya Sukan Sea
B Pekerja Malaysia di Singapura mengirim wang ke Malaysia
C Firma Malaysia membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia
D Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara

34 Firma MAR dari Malaysia telah membeli sebuah jentera kilang yang berharga US$ 180 800 dari
Amerika Syarikat. Kadar pertukaran asing adalah seperti yang berikut:
Unit Mata wang Harga belian (RM) Harga Jualan
1 USD 4.40 4.50
Berapakah jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan untuk pembayaran tersebut?
A RM 40 178
B RM 41 091
C RM 795 520
D RM 813 600

35 Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan permintaan terhadap Ringgit Malaysia?


A Kenaikan kadar faedah dalam Malaysia
B Pertambahan dalam jumlah eksport negara Malaysia
C Nilai Ringgit Malaysia dijangka meningkat pada masa hadapan
D Kegemaran rakyat Malaysia membeli barang buatan tempatan

9
Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut.

Pilihan Pernyataan 1 Pernyataan 2


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

36 I Keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
II Analisis keluk kemungkinan pengeluaran mengandaikan teknologi sentiasa berubah.

37 I Wujud hubungan langsung antara harga dengan kuantiti diminta sesuatu barang
II Wujud hubungan songsang antara harga dengan kuantiti ditawarkan sesuatu barang

38 I Pengeluaran jangka pendek melibatkan pengeluaran kurang daripada lima tahun


II Pengeluaran jangka pendek melibatkan penggunaan input tetap dan input berubah

39 I Belanjawan lebihan berlaku apabila jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil kerajaan
II Belanjawan lebihan digunakan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

40 I Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memperbaiki imbangan dagangan defisit


II Kenaikan nilai ringgit Malaysia menyebabkan eksport negara meningkat

KERTAS SOALAN TAMAT

10

You might also like