You are on page 1of 7
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota Tel +: 09-5715700 25604 Kuantan Faks :09-5734857 Pahang Darul Makmur Laman Web: jpnpahang.moe.gov.my Ruj. Kami: JPNP.SPMd.600-3/2/1 Jid.4 @7) Tarikh ——: % Mei 2023 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pahang Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Pahang Tuan, HEBAHAN SURAT MAKLUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR SEMASA CUACA PANAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN GARIS PANDUAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat KPM.600-17/1/18 Jid 6 (52) bertarikh 05 Mei 2023 adalah berkaitan. 2. Sehubungan dengan itu, Bersama-sama ini dilampirkan surat berkaitan serta Garis Panduan berkenaan bagi rujukan dan tindakan semua pihak. Mohon jasa baik tuan untuk memaklum sera memanjangkan maklumat berkaitan kepada semua sekolah di bawah pentadbiran tuan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. 3. _ Sebarang pertanyaan berkaitan sila berhubung dengan Encik Mohd Rostan bin Shamsuddin, Penolong Pengarah, Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) di talian 09-5715924. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini amatlah dihargaii Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (MOHAMMAD Ri ISL BIN ABDUL RAHMAN) Pengarah Pendidikan Pahang ak Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Fail Timbul KEMENTERIAN PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG BERKAITAN PERSEDIAAN SEKOLAH BERHUBUNG PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU SERTA PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR SEMASA MENGHADAPI Pendahuluan CUACA PANAS 2023 Selaras dengan pengoperasian sekolah ketika seluruh negara sedang mendepani situasi cuaca panas dan kering, aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan terus didokong dalam memastikan proses pendidikan berlangsung dengan jayanya. Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan (Akta Pendidikan 4996) dan akan terus dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sekolah- sekolah Negeri Pahang ini disediakan berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia SPI Bil.5/2016 dan Bil.1/2019 serta surat makluman KPM. 600-17/1/18. Jid 6(52) bertarikh 05 Mei 2023 agar proses pentaksiran markah kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, selamat dan berkesan. 2. Garis panduan ini adalah tertakluk kepada perkara berikut : 2.1 Umum 2.2. Tarikh kuat kuasa 2.3. Pematuhan 24 Tafsiran Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama Surat KPM 600-17/1/18 Jid. 6 (52) bertarikh 05 Mei 2023 - Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Berkaitan Persediaan Sekolah Berhubung Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Jerebu serta arahan dan peraturan berkaitan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula tarikh surat peringatan dikeluarkan 05 Mei 2023 Terpakai kepada semua sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah- sekolah Kerajaan Negeri Pahang, dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar di bawah KPM di negeri Pahang. Berikut adaleh tafsiran terma yang akan digunkan : 2.41 Perjumpaan Kokurikulum Aktiviti_kokurikulum (perjumpaan) berdaserkan takwim sekolah dilaksanakan mengikut jumlah masa yang telah ditetapkan oleh KPM dan kehadiran murid akan direkod untuk markah kokurikulum. 3. 2.4.2, Subunit Merujuk kepada Pasukan Badan Beruniform/ persatuanikelab yang disertai atau dianggotai oleh murid. 2.4.3. Peruntukan Waktu Kokurikulum Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007: Peruntukan Waktu untuk Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah. Pelaksanaan Semasa Perjumpaan Kokurikulum di Sekolah Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan dalam memastikan perjumpaan kokurikulum di sekolah terus berjalan dengan lancar dan terancang. Pelaksanaan ini amat penting bagi proses pemarkahan PAJSK. 3.4 ‘Cadangan Pakaian Serasa Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum Sehubungan itu, pihak Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mencadangkan : 344 Pakaian Perjumpaan Kokurikulum : Sepertimana yang telah diputuskan oleh KPM dan di dalam sesi libat urus Jabatan Pendidikan Negeri Pahang - Pemakaian baju “T" yang sopan dan selesa serta tidak mencolok mata bagi semua murid, guru dan staf sekolah. Bagi aktiviti kokurikulum di luar anjuran agensi, pakaian murid adalah tertakluk kepada pengubahsuaian serta ketetapan pihak JPN / PPD dan sekolah bersama pengelola. 4, Saranan 4.1 Pentadbir sekolah perlu sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan perkembangan semasa dengan memantau keadaan suhu pada setiap hari bagi memastikan kesesuaian pelaksanaan aktiviti kokurikulum khususnya bagi aktiviti di dalam dewan. Pihak pentadbir sekolah dikehendaki menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah seperti latihan sukan, perkhemahan dan kawad kaki sekiranya keadaan suhu tidak mengizinkan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.2. Pihak sekolah disarankan untuk sentiasa merujuk pihak PPD dan JPN sekiranya terdapat kekeliruan berkaitan. 5. Penutup Selaras dengan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang mengharapkan Garis Panduan ini mendapat kerjasama semua pihak dalam memastikan aktiviti kokurikulum dapat dijayakan dengan berkesan, selamat dan terancang ke arah kemenjadian murid yang optimum, Urusetia Garis Panduan, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA SEKTOR OPERAS! SEKOLAH SCHOOL OPERATIONAL SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUGATION MALAYSIA ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4, BLOCK £2, COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 4603-8884 9302 FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Faks —: #603-8889 6680 (62604 PUTRAJAYA Website: htp:tawvs.moa.gowmy! MALAYSIA, Ruj Kami: KPM,600-17/1/18 Jd, 6(52) Tarikh : OF Mei 2023 ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan penjagaan Kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksena khususnya semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu. 3. Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan, KPM mengambil ketetapan agar semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan serta merta sehingga pemakluman kebenaran pelaksanaan semula aktiviti dikeluarkan oleh KPM. Aktiviti luar bilik darjah tersebut termasuklah aspek kurikulum dan kokurikulum seperti merentas desa, kawad kaki, aktivit, sukan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah. Aktiviti kurikulum seperti pendidikan jasmani, ujian segak dan aktivii pertanian hendakiah dilaksanakan dalam bangunan atau menggunakan modul yang tidak melibatkan aktiviti luar bil darjah. 4. Walau bagaimanapun, bagi aktiviti luar anjuran pihak KPM atau agensi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang telah diluluskan dan tidak boleh ditangguhkan, penganjur disarankan agar membuat pengubahsuaian untuk melaksanakannya di dalam bangunan atau kawasan yang tidak terdedah kepada terik matahari 2I- ‘Sia calatkan rjukan Bahagian in apabia barhbung KPM.600-17/1/18 Jid.6 ( 52) 5. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan isi kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan insttusi Pendidikan bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, reo DR NORISAH BINTI SUHAILI sk. 1, YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Sia catatcan rijokan Bshegion ii spabils berhubung

You might also like