You are on page 1of 6

1

SEKOLAH KEBANGSAAN SATU SULTAN ALAM SHAH


JALAN BUKIT 11/2 46200 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/2022

Tarikh : 21 MAC 2022


Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Harmoni
Pengerusi : Puan Zuhana Binti Mukrim (Ketua Panitia Sains)
Kehadiran :
1. Sarimah binti Atan Guru Besar
2. Rosnani binti Mohamed Arus Pen. Kanan Pentadbiran
3. Zuhana Binti Mukrim Ketua Panitia Sains
4. Wan Ajrina binti Wan Ahmad Setiausaha

1.0 Ucapan Alu-Aluan

1.1 PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua guru ke Mesyuarat


Kurikulum Bil 1 2022/2023.
Makluman

1.2 PK Pentadbiran mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan


Cemerlang (APC) bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. Beliau berharap dengan anugerah
yang diterima dapat menjadi pembakar semangat kepada guru-guru lain. Beliau turut
memaklumkan antara ciri-ciri pencalonan APC seperti cuti sakit tidak melebihi 3 hari
dan berdasarkan tahun perkhidmatan.
Makluman

1.3 PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir gotong-royong
sesi pembukaan sekolah tahun 2022/2023 pada hari Rabu 16 Mac 2022. Beliau
berharap guru-guru dapat hadir sekali lagi bergotong-royong pada 18 Mac 2022. Beliau
memaklumkan guru kelas 3 Cerdas iaitu Ustaz Zulkiram bin Abdul Khalid tidak dapat
hadir bagi gotong-royong kelas kerana beliau masih dalam tempoh kuarantin. PK
Pentadbiran meminta PK HEM menguruskan kelas 3 Cerdas bagi memastikan kerusi
dan meja murid mencukupi. Beliau turut meminta penyelaras APDM memuat naik
senarai bilangan murid bagi setiap kelas bagi memudahkan guru-guru menyediakan
kerusi dan meja.
Makluman

1.4 Guru Besar memaklumkan mengenai KPI sekolah iaitu 90% murid perlu mencapai
sekurang-kurangnya TP 3 dalam semua mata pelajaran bagi Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)
No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan
01 24 JANUARI 2014 00
2

Makluman

1.5 Guru Besar meminta kepada semua ketua panitia bagi mata pelajaran teras iaitu
Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk merancang aktiviti yang
sesuai dengan tahap penguasaan murid yang melibatkan TP 1 hingga TP 3 dan
pelaksanaannya selama 4 minggu. Beliau mencadangkan kepada guru-guru supaya
membuat “assesment” untuk murid-murid yang terlibat pada minggu pertama.
Tindakan : KP Teras

1.6 Guru Besar meminta Unit Kurikulum mengambil maklum berkaitan pemulihan. Beliau
memaklumkan pemulihan termasuk dalam Program PerkasaKu, namun begitu ianya
tidak difokuskan secara khusus. Beliau berharap pada peringkat sekolah, pemulihan
dilaksanakan dengan lebih efisyen. Beliau meminta mewujudkan fail pemulihan dan
kehadiran murid serta membuat perancangan aktiviti untuk setahun yang melibatkan
mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Beliau turut memaklumkan “assesment”
atau latihan murid perlu direkodkan dan membuat sasaran yang ingin dicapai terhadap
murid tersebut. Beliau meminta ketua panitia sentiasa memantau perjalanan pemulihan
mengikut panitia masing-masing. Beliau memaklumkan semasa mesyuarat panitia,
pemulihan perlu membuat pembentangan berkaitan penguasaan murid, isu yang
dihadapi serta intervensi yang perlu dilaksanakan.
Tindakan : Unit
Kurikulum

1.7 Guru Besar memaklumkan PdPc perlu dilaksanakan seperti biasa pada hari pertama
persekolahan dan beliau mengingatkan kepada guru-guru supaya menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada hari pertama persekolahan.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Puan Wan Ajrina binti Wan Ahmad mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman
3.0 Perkara Berbangkit

3.1 PK Pentadbiran meminta Penyelaras Google Classroom membuat satu LADAP kepada
para pentadbir dan setiausaha setiap unit berkaitan pendigitalan kurikulum pada bulan
Mac atau April. Beliau memaklumkan pendigitalan kurikulum ini sangat ditekankan pada
peringkat PPD dan segala maklumat boleh terus diakses oleh pihak PPD.
Tindakan : Penyelaras Google
Classroom

No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan


01 24 JANUARI 2014 00
3

4.0 Perkara-perkara Baharu

4.1 Kewangan Unit dan Panitia (PCG)

4.1.1 PK Pentadbiran memaklumkan mengenai peruntukan kewangan bagi tahun 2022


sehingga 28 Februari 2022 adalah seperti berikut :

Akaun Kerajaan (PCG- Mata Pelajaran)


Mata Pelajaran Terima (Tahun Semasa) RM
TERAS 1
Bahasa Inggeris RM 458.22
Sains RM 916.44
Matematik RM 458.22
LAIN-LAIN
Bahasa Melayu RM 610.96
TMK RM 366.58
Pendidikan Islam RM 122.19
Pendidikan Moral RM 122.19

Sejarah RM 803.60
TERAS 2
PJK RM 1404.55
RBT RM 1404.55
Pendidikan Seni Visual RM 1404.55
Pendidikan Muzik RM 1404.55
MATA PELAJARAN TAMBAHAN
Bahasa Arab RM 455.0

Akaun Kerajaan (PCG- Bukan Mata Pelajaran)


Jenis Pemberian Terima (Tahun Semasa) RM
Pusat Sumber RM 3637.20
Unit Bimbingan dan Kaunseling (B&K) RM 1434.30
LPBT RM 7940.10

Jenis Pemberian Terima (Tahun Semasa) RM


KOKURIKULUM (BKK)
Kokurikulum RM 1491.84
Sahsiah RM 372.96

Jenis Pemberian Terima (Tahun Semasa) RM


SUKAN SEKOLAH (BSS)
Sukan/Permainan RM 932.40

Jenis Pemberian Terima (Tahun Semasa) RM


YURAN KHAS SEKOLAH
PJ/Sukan/Permainan RM 420.00
Pendidikan Seni RM 420.00
Pusat Sumber RM 420.00

No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan


01 24 JANUARI 2014 00
4

Jenis Pemberian Terima (Tahun Semasa) RM


SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (RENDAH)
MATA PELAJARAN
TERAS 1 RM 2110.50
Sejarah RM 560.00
TERAS 2 RM 3282.00
BUKAN MATA PELAJARAN
Pusat Sumber RM 1876.00
Bimbingan dan Kaunseling RM 562.80
LPBT RM 8442.00

Makluman

4.1.2 PK Pentadbiran meminta semua panitia dan unit mengambil maklum berkaitan
peruntukan kewangan yang diterima dengan merancang program atau aktiviti
menggunakan peruntukan kewangan tersebut.
4.1.3 Berikut adalah anggaran perbelanjaan PCG Matematik :

BIL. PERIHAL BARANG KUANTITI HARGA/ ANGGARAN


UNIT HARGA
1. WOODEN SEMPOA 23 RM 9.50 RM218.50
2. PAKEJ FUN 1 RM258.00 RM258.00
LEARNING BOOK
(PEMULIHAN)
JUMLAH RM476.50

Makluman

4.2 Pelaksanaan Catch Up Plan 3

4.2.1 Pengerusi memaklumkan tentang dapatan data Catch Up Plan 2 seperti berikut :

4.3.2 PK Pentadbiran memaklumkan murid Pemulihan Khas dikecualikan daripada


pelaksanaan CUP 3. Beliau turut memaklumkan kelas yang diajar oleh beliau terdapat 9
orang murid pemulihan.
Makluman

4.3.3 PK Pentadbiran memaklumkan murid-murid tahun 1 2021 bagi 6 bulan pertama perlu
menjalani ujian diagnostik bagi mengenal pasti murid pemulihan, dan beliau
memaklumkan pada tahun 2021 tidak dijalankan ujian tersebut. Beliau turut
memaklumkan tiada murid pemulihan bagi murid tahun 2 2022. Beliau memaklumkan
berdasarkan ujian sebelum ini En Purusothman akan menjalankan ujian diagnostik
tersebut selama sebulan.
Makluman

4.3.4 PK Pentadbiran memaklumkan guru mata pelajaran boleh berkongsi maklumat


pelaksanaan CUP 2 kepada guru-guru yang sama mata pelajaran.
Makluman
No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan
01 24 JANUARI 2014 00
5

4.3.5 PK Pentadbiran memaklumkan kepada guru mata pelajaran teras supaya menjalankan
CUP 3 pada hari pertama persekolahan dengan menyediakan lembaran kerja yang
sesuai kepada murid-murid.
Makluman

4.3.6 Pengerusi meminta maklum balas mengenai pemberian tahap penguasaan kepada
murid yang tidak hadir. PK Pentadbiran memaklumkan sekiranya murid tersebut tidak
hadir tahap penguasaan dikekalkan berdasarkan penilaian akhir yang dibuat.
Makluman
4.3 Aktiviti dan Program Panitia Matematik 2022/2023

4.3.1 Pengerusi memaklumkan aktiviti dan program unit kurikulum bagi tahun 2022/2023
seperti berikut :

TEMPOH MASA AKTIVITI/ PROGRAM TINDAKAN

Setiap pagi Rabu Bijak Sifir Guru Matematik


Sepanjang PdPc Sentuhan PBD Guru Matematik
21 & 22 Julai 2022 Juara Sifir Guru Matematik
28 & 29 Julai 2022 Kuiz Matematik Ketua Panitia

Makluman
4.4 DSKP, RPT dan RPH
4.4.1 Pengerusi mengingatkan semua guru Sains agar sentiasa berpandukan DSKP terkini
daripada BPK sebagai rujukan PdPc.
4.4.2 Semua guru Sains diminta memastikan RPT disediakan mengikut minggu pembelajaran
untuk tiga penggal persekolahan.
4.4.3 Penulisan RPH mestilah mengikut standard terkini seperti mana yang telah
dibincangkan sebelum ini.
4.4.4 Pengerusi memaklumkan guru boleh berbincang jika ada masalah berkaitan
penyediaan RPT dan RPH.

5.0 Hal-hal Lain

5.1. Pengerusi meminta guru-guru menulis minit curai setelah menghadiri taklimat, kursus
atau bengkel dan menyerahkannya kepada pihak pentadbir.
Makluman

5.2. Pengerusi meminta semua ahli untuk bekerjasama mengemaskini papan kenyataan
panitia setiap 3 bulan.
Makluman

6.0 Penangguhan Mesyuarat

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………………
(Wan Ajrina Binti Wan Ahmad)
Setiausaha Panitia Sains No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan
SK Satu Sultan Alam Shah 01 24 JANUARI 2014 00
6

No. Keluaran TarikhKeluaran No. Pindaan TarikhPindaan


01 24 JANUARI 2014 00

You might also like