You are on page 1of 74

i

KOLEKSI
AMALAN TERBAIK
EDISI 2023

SIDANG EDITOR

Surayati binti Zainal


Syuhaida binti Mahamud
Halili bin Haron
Nor Ezah binti Mohammad
Johari bin Abu Bakar
Noor Laila binti Hamzah
Noridah binti Ab Rahim
Abdullah bin Jantan

SIDANG TEKNIKAL

Nasaruddin bin Rahmat


Marwan bin Mohamad
Mohd Zizi Zul Izhar bin Misry
Hafiz bin Nawawi

PEREKA GRAFIK

Remy Azman bin Abdul Rashid


Norzufry bin Ali

ii
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Edisi Pertama 2023

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar
dalam apa jua dengan jua bentuk dengan apa jua sama ada secara elektrik, mekanikal,
fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Sidang Editor:
Surayati binti Zainal, Syuhaida binti Mahamud, Halili bin Haron, Nor Ezah binti
Mohammad, Johari bin Abu Bakar, Noor Laila binti Hamzah, Noridah binti Ab Rahim,
Abdullah bin Jantan

Sidang Teknikal:
Nasaruddin bin Rahmat, Marwan bin Mohamad, Mohd Zizi Zul Izhar bin Misry, Hafiz
bin Nawawi

Pereka Grafik:
Remy Azman bin Abdul Rashid, Norzufry bin Ali

Penerbit:
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Istana, Bukit Beruang,
75450 Melaka.

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Perpustakaan Negara Malaysia

Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati


dari Perpustakaan Negara Malaysia

eISBN 978-967-25926-3-1

iii
SEKAPUR SIRIH
PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Salam Malaysia Madani.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
#jpnmelakaBITARA

Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas kejayaan Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka menghasilkan dokumen penulisan amalan terbaik versi digital yang
diterbitkan pada tahun 2023.

Sesungguhnya usaha murni ini dilihat selari dengan tuntutan pelaksanaan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang akhirnya menyasarkan kepada sekolah berkualiti dan
kemenjadian murid. “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Peribahasa ini
sangat tepat untuk menjelaskan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini dalam usaha
melahirkan guru berkualiti dan pemimpin berkesan. Warga pendidikan sekolah sangat
memerlukan suntikan semangat serta jawatankuasa penggerak di peringkat JPN yang mereka
boleh berpaut sebelum amalan penulisan amalan terbaik menjadi budaya di sekolah.

Dokumentasi penulisan amalan terbaik ini juga dilihat sebagai satu dokumen sokongan yang
penting bagi pentadbir serta guru bagi urusan kenaikan pangkat. Justeru saya menyeru kepada
warga pendidikan sekelian, teruskan menulis kerana setiap penulisan yang dihasilkan
menggambarkan sebanyak mana isu yang cuba diselesaikan di peringkat sekolah. Kita harus
ingat, sistem pendidikan di negara kita bersifat dinamik (sentiasa mengalami perubahan). Andai
kata kita tidak cuba bergerak seiringan atau bergerak setapak kehadapan, maka kita akan
menjadi generasi yang akan ketinggalan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada urus setia iaitu
Unit Sekolah Jenis Khas, Sidang Editor, Sidang Teknikal iaitu Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan setiap daerah, barisan pentadbir serta guru-
guru yang penulisannya diterbitkan, SIP+, SISC+ dan semua Jawatankuasa Perkongsian
Amalan Terbaik Di bawah Program TS25@Melaka Tahun 2022 di peringkat JPN mahupun
PPD yang telah bertungkus-lumus menyediakan satu platform perkongsian ilmu dalam
kalangan warga pendidikan di negeri Melaka ini.

Saya berharap penerbitan buku kompilasi versi digital seperti ini akan diteruskan pada tahun-
tahun akan datang dan memberi manfaat kepada semua warga pendidikan di negeri Melaka.

Sekian, terima kasih.

YBrs. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad


Pengarah Pendidikan Melaka,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

iv
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Sidang Editor ii
Sekapur Sirih Pengarah Pendidikan Melaka, Jabatan Pendidikan iv
Negeri Melaka

PENINGKATAN ESTIM KENDIRI MELALUI KAWAN 1


RS@MGS2 ‘AMALAN BAIK BAJA KECEMERLANGAN’
Ahmad Faizal Abdul Karim, Ruhayu Abdul Jabar, Nor Azlina Sidek

SAYA MURID YANG BERAMALAN BAIK 14


Lim Hong Yee, Noridah Ab Rahim

MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN DAN SEMANGAT 28


HADIR KE SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID SJKT
KEMUNING H/D
Chitra Sarangavani, Abdullah Jantan

MENGGUNAKAN TEKNIK SAM DALAM MENINGKATKAN 36


KEHADIRAN MURID TINGKATAN 2 SMK RAHMAT
Mahfuzah Maarap, Sabiah Ninggal, Abdullah Jantan

MEMAPARKAN JUMLAH AMALAN BAIK YANG DIREKODKAN 46


DALAM SSDM MENGIKUT BULAN DI PAPAN KENYATAAN
Nor Azli Nekmat, Khairul Bariah Ismail

PENINGKATAN AMALAN BAIK DISIPLIN MURID DI 55


KELAS MELALUI HOMEWORK REWARD CHART
Nurul Shahida Daud, Mohd Jamil Ahmad, Nor Ezah Mohammad

v
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

PENINGKATAN ESTIM KENDIRI MELALUI KAWAN RS@MGS2


‘AMALAN BAIK BAJA KECEMERLANGAN’

Ahmad Faizal Abdul Karim1, Ruhayu Abdul Jabar2, Nor Azlina Sidek3
1,2
SK Perempuan Methodist 2, 3PPD Melaka Tengah,
1
g-13120067@moe-dl.edu.my, 2g-84117295@moe-dl.edu.my,
3
ppd-m020-cm28@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Amalan baik ini bertujuan untuk menarik minat, meningkatkan estim kendiri dan
memantapkan kefahaman murid dalam pembelajaran melalui sistem penggunaan ‘Kad
Bank-in MGS2 BANK’ yang dibekalkan kepada murid-murid. Guru-guru akan memasukkan
wang MG$ (nilai mata wang) ke dalam akaun murid-murid secara ‘Scan & Bank-in’. Murid-
murid yang melakukan amalan baik dalam apa bentuk sekali pun akan menerima wang MG$
daripada guru-guru berkenaan. Jumlah wang MG$ yang diperoleh oleh murid-murid akan
disalurkan ke dalam akaun individu dan akaun rumah sukan masing-masing. Semua
maklumat ini akan disimpan dalam satu sistem pengkalan data. Pada hujung setiap bulan,
rumah sukan yang berjaya mengumpul jumlah wang MG$ terbanyak akan dinobatkan juara
bulanan dan akan menerima hadiah daripada pihak sekolah. Manakala murid-murid yang
berjaya mengumpul wang terbanyak akan dinobatkan sebagai Ikon Kawan RS@MGS2 bagi
bulan berkenaan. Instrumen yang digunakan untuk menilai keberkesanan amalan baik ini
ialah Inventori Estim Kendiri oleh Rosenberg Self- Esteem Scale (RSES). Data telah
dianalisis dengan menggunakan SPS versi 22, ujian pra dan ujian pos. Secara keseluruhan,
dapatan menunjukkan amalan baik tersebut telah meningkatkan semua pemboleh ubah estim
kendiri dalam ujian pra dan ujian pos dengan perbezaan min .5403 iaitu ujian pos 3.5288
dan ujian pra 2.9885. Oleh itu, impak amalan baik ini diharapkan dapat meningkatkan
minat dan potensi murid dalam pelbagai aspek demi melahirkan modal insan yang
berketrampilan pada masa hadapan.

Kata kunci: Amalan baik, estim kendiri, Kad Bank-in MGS2 BANK

1
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan elemen penting untuk menilai dalam menentukan


tahap kebolehan seseorang dalam sesuatu aspek. Seseorang yang mempunyai
tahap pendidikan yang tinggi biasanya mempunyai budaya hidup yang lebih
cemerlang berbanding yang lain.

Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah satu


perihal mendidik. Ia merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan
dan ajaran. Perkataan pendidikan berasal daripada kata akar ‘didik’ yang
membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. Manakala dalam Bahasa
Inggeris pula, pendidikan adalah “Education” yang berasal daripada Latin
”Educare” yang bermaksud mengasuh, memelihara dan membimbing.

Mok Soon Sang (1991) mengutarakan dalam bukunya yang berjudul


“Pendidikan di Malaysia” mentakrifkan pendidikan ialah satu proses atau
aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan
emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan
kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak
dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri, masyarakat, bangsa dan
negara.

Kepelbagaian (diversity) dalam pendidikan mampu menghasilkan satu


proses perkembangan ilmu yang lebih mantap dan berkesan dalam diri
seseorang. Proses pembelajaran dan pengajaran yang menggabungkan pelbagai
elemen dan kaedah mampu menarik minat, meningkatkan estim kendiri dan
memantapkan kefahaman murid-murid terhadap apa yang mereka pelajari.

Namun satu hal yang mungkin kurang disedari, kejayaan seseorang murid
itu tidak hanya diukur pada berapa jumlah deretan A yang diperoleh. Sebaliknya,
kejayaan seseorang juga dilihat daripada sikap dan pemikiran juga hati budi serta
nilai insaniah dimilikinya khususnya penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
(Berita Harian, 22 Mac 2022).

2
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Sejajar dengan itu, satu inovasi pendidikan melalui kokurikulum telah


dilaksanakan menerusi Program Kawan RS@MGS2. RS@MGS2 membawa
maksud Rumah Sukan MGS2. Kawan RS@MGS2 membawa maksud setiap ahli
rumah sukan adalah kawan yang memperkukuhkan dan membudayakan amalan
baik. Program ini bertujuan untuk menanam semangat kesukanan dalam diri
murid yang mewakili setiap rumah sukan agar semangat menjadikan rumah
sukan sebagai juara sentiasa berkobar-kobar dalam diri murid-murid. Program
ini digarap dengan begitu menarik sekali. ianya menggabungkan elemen
kurikulum, hal-ehwal murid dan kokurikulum yang ditunjangi oleh pelaksanaan
amalan baik di kalangan murid-murid. Pelaksanaan program ini diyakini mampu
mewujudkan satu kumpulan pelajar yang berilmu dan menterjemahkan ilmu
yang dipelajari bagi membantu mereka menjadi insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

2.0 ISU / RASIONAL

Antara isu yang dikenalpasti ialah penglibatan murid dalam aktiviti rumah
sukan yang dilihat hanya bermusim untuk tempoh tertentu sahaja. Kebanyakan
aktiviti rumah sukan di sekolah hanya berlaku pada awal tahun sebelum
kejohanan atau temasya sukan tahunan di sesebuah sekolah. Kebiasaannya murid
hanya akan aktif apabila diadakan pertandingan dalam acara sukan dan permainan
sahaja. Namun, tidak semua murid akan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut
malah sebilangan besar murid-murid didapati kurang cenderung untuk menyertai
acara sukan dan permainan.

Sedangkan kemahiran insaniah sebaliknya bersifat peribadi iaitu


berperanan membentuk personaliti yang berkembang dari masa ke masa melalui
pertumbuhan dan kematangan peribadi. Ia tidak boleh diajar melalui buku bahkan
murid perlu merasai, mengalami dan menguasai sendiri kemahiran ini dengan
menyertai aktiviti kokurikulum yang dirancang antaranya melalui kegiatan sukan
dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan.

3
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.0 PELAKSANAAN PROJEK

3.1 Murid-murid diagihkan mengikut rumah sukan masing-masing.


3.2 Setiap murid akan dibekalkan dengan ‘MGS2 Bank-in Card’ yang
dikeluarkan oleh Bank MGS2.
3.3 Guru-guru akan memasukkan wang MG$ ke dalam akaun murid-murid yang
melakukan amalan baik dengan cara ‘Scan & Bank-in’ kad bank masing-
masing menggunakan ID DELIMa yang dibekalkan oleh KPM.
3.4 Jumlah wang MG$ yang ingin diberikan kepada murid-murid adalah
bergantung kepada penilaian yang wajar oleh guru berkenaan.
3.5 Wang MG$ yang diperolehi oleh murid-murid akan terus dimasukkan secara
atas talian ke dalam akaun masing-masing di dalam sistem pengkalan data
(Bank MGS2) yang direka oleh penulis bagi memudahkan pemantauan
dibuat.
3.6 Wang MG$ yang diperolehi oleh murid-murid ini juga secara automatik akan
dimasukkan ke dalam akaun rumah sukan masing-masing. Ia sekaligus akan
menyumbang mata kepada rumah sukan.
3.7 Murid-murid yang berjaya mengumpul wang MG$ terbanyak pada bulan
berkenaan akan diumum sebagai ‘Ikon Kawan RS@MGS2’ bagi bulan
tersebut. Kitaran Program Kawan RS @MGS2 dipaparkan menerusi Rajah
3.1 dan Rajah 3.2 di bawah.

Rajah 3.1: Kaedah pemberian Wang MG$ kepada murid-murid

4
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 3.2: Aliran Wang MG$ yang dibank-in oleh murid-murid

‘Ikon Bulanan Kawan RS@MGS2’ akan menerima hadiah seperti paparan


pada Jadual 3.1. Manakala rumah sukan yang berjaya mengumpul jumlah
wang MG$ terbanyak pula akan menerima hadiah seperti paparan dalam
Jadual 3.2.

Jadual 3.1: Hadiah Ikon Bulanan RS@ MGS2 EDU PROJECT


(kategori individu)
Kategori Pencapaian Hadiah

1 Johan Wang tunai RM50.00 beserta sijil


2 Naib Johan Wang tunai RM30.00 beserta sijil

3 Ketiga Wang tunai RM20.00 beserta sijil

Jadual 3.2: Hadiah Rumah Sukan Unggul Bulanan Kawan RS@


MGS2 EDU PROJECT (kategori rumah sukan)
Kategori Pencapaian Hadiah

1 Johan Wang tunai MG$5000 beserta piala pusingan


2 Naib Johan Wang tunai MG$3000
3 Ketiga Wang tunai MG$2000

5
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.8 Murid-murid yang berjaya mengumpul wang MG$ terbanyak pada tahun
berkenaan pula akan diumum sebagai ‘Ikon Unggul Kawan RS@MGS2’.
Murid yang dinobatkan sebagai Ikon Unggul Kawan RS@MGS2’ akan
menerima hadiah sebagaimana yang tertera dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Hadiah Ikon Unggul RS@MGS2 EDU


Project (kategori individu)
Kategori Pencapaian Hadiah

1 Johan Wang tunai RM100.00 beserta sijil dan medal


2 Naib Johan Wang tunai RM70.00 beserta sijil dan medal
3 Ketiga Wang tunai RM 50.00 beserta sijil dan medal

3.9 Jadual 3.4 pula memaparkan hadiah yang bakal diterima oleh rumah sukan
yang berjaya mengumpul wang MG$ terbanyak bagi tahun berkenaan.

Jadual 3.4: Hadiah Rumah sukan unggul RS@MGS2 EDU Project

Kategori Pencapaian Hadiah

1 Johan Piala pusingan beserta hamper bernilai RM300

2 Naib Johan Piala pusingan beserta hamper bernilai RM150


3 Ketiga Piala pusingan beserta hamper bernilai RM100

3.10 Carta aliran wang MG$ adalah dipaparkan dalam Rajah 3.3 di bawah:

Rajah 3.3: Carta aliran wang MG$

6
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.11 Contoh wang MG$ yang digunapakai dalam sistem.

Rajah 3.4: Contoh wang MG$

3.12 Contoh ‘MGS2 Bank-in Card’:

Rajah 3.5: MGS2 Bank-in Card

7
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.13 Contoh penggunaan ‘MGS2 EDU Bank-in Card’:

Rajah 3.6: Murid-murid memiliki ‘MGS@ Bank-in Card’

Rajah 3.7: Guru mengesan amalan baik yang dilakukan oleh murid

Rajah 3.8: Guru mengimbas ‘QR Code’ untuk memasukkan wang


ke dalam akaun murid

8
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.14 Anugerah Bintang Kawan RS@MGS2 dan Rumah Sukan Terbaik


Bulanan diberikan kepada murid yang layak mengikut kategori dan
rumah sukan masing-masing. Ianya dipaparkan dalam Rajah 3.9 di
bawah.

Anugerah Platinum Kawan RS @ MGS2 Anugerah Emas Kawan RS @ MGS2


April 2022 April 2022
Pemenang: Pemenang:
Nurin Insyirah Binti Md. Firdaus Nur Husna Adha Binti Mohd Firdaus
Kelas: 6 Hibiscus Kelas: 6 Ixora
Wang MG$ terkumpul: Wang MG$ terkumpul:
MG$ 742.00 MG$ 590.00
Rumah sukan: Merah Rumah sukan: Kuning

Anugerah Perak Kawan RS @ MGS2 Anugerah Gangsa Kawan RS @ MGS2


April 2022 April 2022
Pemenang: Pemenang:
Nur Alisha Sofia Binti Wafiuddin Nurin Qairina Binti Khairul
Kelas: 5 Rafflesia Akmar
Wang MG$ terkumpul: Kelas: 2 Rafflesia
MG$ 495.00 Wang MG$ terkumpul:
Rumah sukan: Biru MG$ 432.00
Rumah sukan: Hijau

Anugerah Rumah Sukan Terbaik


Bulan April
Kawan RS @ MGS2
Pemenang:
Rumah Merah
Wang MG$ terkumpul:
MG$ 8956.00

Rajah 3.9: Pemenang Wang MG$

9
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

4.0 IMPAK PROJEK

Amalan baik seperti projek Kawan RS@MGS2 ini telah memberikan


impak yang amat positif. Galakan berupa ganjaran wang terkumpul ini telah dapat
meningkatkan motivasi murid untuk menyertai sebarang acara dalam sukan dan
permainan di samping bersaing secara sihat dalam semua aktiviti yang dijalankan
bagi memartabatkan keunggulan rumah sukan masing-masing.

Antara impak semerta ialah tahap disiplin murid-murid didapati semakin


baik. Isu-isu berkaitan kehadiran rumah sukan berjaya dikurangkan Selain itu,
guru-guru dapat mengawal disiplin murid-murid di dalam kelas dengan adanya
sistem ‘Bank-in Card MGS2’. Murid-murid didapati sering berlumba-lumba
untuk menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan dan bersikap lebih proaktif
ketika menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru ketika belajar. Malahan
juga, murid-murid juga semakin berani tampil ke hadapan untuk
mempersembahkan sesuatu projek atau aktiviti yang telah diberikan oleh guru.

Kegiatan di sekolah sebenarnya adalah cerminan masyarakat di luar. Ia


memupuk rasa kesedaran untuk memberi khidmat kepada masyarakat bukan
hanya dalam kalangan murid tetapi juga guru. Ia membantu memupuk hubungan
dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Dapatan analisis rekod
amalan baik dalam sistem SSDM menunjukkan perbezaan yang ketara.
Pencapaian amalan baik yang telah direkodkan dari bulan Januari hingga April
tahun 2021 dan tahun 2022 menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Ianya
dipaparkan menerusi Jadual 4.1 di bawah.

Tahun Amalan Baik yang direkodkan Amalan baik yang direkodkan

2021 264 918

2022 1201 1201 (Januari hingga April, 2022)

Jadual 4.1: Analisis Perbandingan amalan Baik SSDM

10
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan yang menjadi fokus utama kami pada masa akan
datang ialah menyemarakkan tabiat membaca dalam kalangan murid. Penulis
bercadang mewujudkan satu unit khas yang dapat menggerakkan murid-murid
membaca pada waktu senggang khususnya pada waktu awal pagi sementara
menunggu loceng waktu pertama berbunyi, dan waktu rehat. Beberapa set bahan
bacaan yang mudah-alih akan disediakan sebagai bahan bacaan murid-murid. Kad
perekodan akan diwujudkan supaya murid-murid merekod bahan bacaan yang
dibaca menerusi kad tersebut. Setiap bahan bacaan yang telah dibaca dan
direkodkan dalam kad perekodan akan menerima ganjaran berupa wang MG$.
Wang MG$ yang diterima akan terus disalurkan ke dalam akaun murid dan akaun
rumah sukan yang dianggotai oleh murid tersebut. Galakan ini akan menjadi
serampang dua mata merentasi kurikulum. Pembudayaan NILAM yang menjadi
agenda penting Pendidikan masa kini akan bertambah mantap.

6.0 RUMUSAN

Dapatan data yang diperolehi dan dikumpul jelas menunjukkan bahawa


pembudayaan amalan baik menerusi program Kawan RS@MGS2 mampu
memberikan impak yang positif bagi meningkatkan penyertaan murid dalam
aktiviti rumah sukan di sekolah. Setiap murid berpeluang dan diberi peluang
supaya dapat memberikan sumbangan mata kepada rumah sukan masing-masing
menerusi penyertaan mereka. Tanpa galakan pembudayaan amalan baik sebelum
ini, hanya murid-murid yang aktif bersukan sahaja berpeluang menyumbang mata
sedangkan murid yang lain tersisih tanpa disedari.

Pada masa yang sama, ia turut mewujudkan persaingan yang sihat dalam
kalangan murid-murid. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi
memastikan rumah sukan masing-masing muncul sebagai juara. Persaingan sihat
ini dapat dilihat menerusi penglibatan aktif murid-murid yang berlumba-lumba
mempraktikan amalan baik di sekolah. Hal ini terbukti melalui dapatan analisis

11
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

data amalan baik yang telah direkodkan sepanjang program ini berlangsung.
Hasilnya peningkatan yang amat tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kemuncaknya, isu disiplin murid semakin berkurang kerana tahap disiplin


murid menjadi semakin baik ekoran kerancakkan mereka menyertai program ini.
Murid-murid mula mempamerkan sikap aktif dan yakin pada diri sendiri. Paling
ketara ialah impak semertanya iaitu situasi murid-murid sama ada di dalam dan di
luar semakin terkawal. Sudah semestinya aktiviti pembelajaran dan pengajaran
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menepati objektif yang disasarkan.

7.0 RUJUKAN

Abdul Aziz, M. N., & Ahmad, N. S. (2008). Kemahiran Belajar dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak (The
Relationship Between Learning Skills and Students Academic Achievement:
A Study In The District of Kerian, Perak). The Asia Pacific Journal of
Educators and Education (Formerly Known as Journal of Educators and
Education), 23(1), 1–19. http://eprints.usm.my/id/eprint/34387
E, P. S. (2007). Persepsi, minat dan faktor-faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah Johor Bahru.
http://eprints.utm.my/id/eprint/6557/1/EPeiSzeMFP2007.pdf
Fadzil, N. S., & Ahmad, J. (2010). KEPENTINGAN KOKURIKULUM DALAM
PENDIDIKAN DI SEKOLAH MENENGAH. Proceedings of the 4th
International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI &
UPSI. The 4th International Conference on Teacher Education; Join
Conference UPI & UPSI, Bandung, Indonesia.
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-
UPSI/2010/Book_1/KEPENTINGAN_KOKURIKULUM_DALAM_PEND
IDIKAN_DI_SEKOLAH_MENENGAH.pdf
Jamaluddin, A. (2022, March 22). Kegiatan kokurikulum mampu bentuk kemahiran
insaniah. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/03/936997/kegiatan-
kokurikulum-mampu-bentuk-kemahiran-insaniah

12
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid


Satu Sukan (1st ed.). Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fadzil, N. S., & Ahmad, J. (2022). KEPENTINGAN KOKURIKULUM DALAM
PENDIDIKANDI SEKOLAH MENENGAH. Coursehero.com. The 4th
International Conference on Teacher Education, Bandung, Indonesia.
https://www.coursehero.com/file/50592528/2010-KEPENTINGAN-
KOKURIKULUM-DALAM-PENDIDIKANpdf/
Michael, S., & Ambotang, A. S. (2019). Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan
Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 202–
207. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.318
Mohd, A., & Hassan, A. (2005). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. PTS
Professional.
Ngu, M. K. (2012). MENINGKATKAN KEBERKESANAN KAWALAN KELAS
MENGGUNAKANKAEDAH GANJARAN DAN HUKUMAN UNTUK
MURID-MURID TAHUN 3. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
SN Amb. Januari 2009, 132–146.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/12.%20
%20NGU%20MEE%20KOK.pdf
Talib, E. (2000). Keberkesanan Pengurusan Sukan Di Sekolah-sekolah Menengah
Negeri Perlis. In etd.uum.edu.my. http://etd.uum.edu.my/146/

13
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

SAYA MURID YANG BERAMALAN BAIK

Lim Hong Yee1, Noridah Ab Rahim2


1
SJK(C) Pay Fong 1, 2PPD Alor Gajah
1
g-54120267@moe-dl.edu.my, 2ppd-m030-cm36@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Amalan Terbaik yang bertajuk ‘Saya Murid Yang Beramalan Baik’ dijalankan di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Pay Fong 1, Melaka. Sesetengah murid di sekolah tidak
mengamalkan amalan baik dalam kawasan sekolah. Contohnya sesetengah murid tidak
memberi salam kepada guru, tidak mengutip sampah apabila ternampak sampah merata-
rata, tidak menjaga kebersihan kelas masing-masing, kurang menumpukan perhatian
semasa belajar, tidak membuat kerja sekolah dan sebagainya. Oleh itu, penulisan bertajuk
“Saya Murid Yang Beramalan Baik” dibuat supaya murid selalu mengamalkan amalan baik
di sekolah. Program ini dapat membantu murid mengulangi tingkah laku yang diperkuat
secara positif, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan menjadi insan yang berbudi
bahasa dan bersopan santun. Program ini dijalankan dengan kerjasama Guru Bimbingan
dan Kaunseling yang menyediakan borang untuk mengisi amalan yang diamalkan oleh
murid. Semua guru boleh mengisi jenis dan bilangan amalan baik yang diamalkan oleh
murid ke dalam borang yang disediakan. Cara pengisian borang juga senang dan ringkas.
Murid yang mendapat catatan amalan baik sebanyak 25 kali bagi semester pertama akan
mendapat hadiah. Murid yang mendapat catatan amalan baik sebanyak 25 kali bagi
semester kedua juga akan mendapat hadiah. Murid yang mendapat jumlah catatan amalan
baik melebihi 50 kali bagi satu tahun akan mendapat satu sijil penghargaan yang tercatat
jumlah amalan baik yang telah dicapai olehnya dalam tempoh satu tahun. Amalan Terbaik
ini memberikan impak yang positif kepada semua murid. Murid-murid lebih kerap
mengamalkan tingkah laku positif setelah program ini dijalankan. Pada masa akan datang,
amalan terbaik ini boleh dibuat penambahbaikan dengan melibatkan pengawas dan ketua
kelas supaya lebih banyak bilangan amalan murid dapat dicatat dan diberi penghargaan.

Kata Kunci: Amalan baik, berbudi bahasa

14
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

1.0 PENGENALAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Fong 1 atau nama ringkasnya SJK(C)
Pay Fong 1, merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di
Taman Krubong Jaya, 75260 Melaka. Terdapat seramai 54 orang guru yang
bertugas dan 912 orang murid yang belajar di sekolah ini pada tahun 2022.

Dalam kalangan 912 orang murid, terdapat sebahagian murid tidak


mengamalkan amalan baik dalam kawasan sekolah. Contohnya sesetengah murid
tidak memberi salam kepada guru, tidak mengutip sampah apabila ternampak
sampah merata-rata, tidak menjaga kebersihan kelas masing-masing, kurang
menumpukan perhatian semasa belajar, tidak membuat kerja sekolah dan
sebagainya.

Berdasarkan Teori Pengukuhan yang dikembangkan oleh Skinner, juga


dikenali sebagai pengkondisian operan atau pengkondisian instrumental, cuba
menjelaskan tingkah laku manusia sesuai dengan persekitaran atau rangsangan
yang mengelilinginya. Teori Pengukuhan menekankan bahawa seseorang lebih
cenderung untuk mengulangi tingkah laku yang diperkuat secara positif, serta lebih
cenderung untuk mengulangi tingkah laku yang berkaitan dengan rangsangan atau
peneguhan negatif.

Oleh itu, penulisan amalan terbaik ini dihasilkan untuk menghuraikan


Program Saya Murid Yang Beramalan Baik. Program ini diperkenalkan untuk
menggalakkan murid mengamalkan amalan baik, meningkatkan bilangan amalan
baik oleh murid, memberikan peneguhan terhadap tingkah laku positif oleh murid
dan meningkatkan motivasi murid.

2.0 ISU / RASIONAL

Soal selidik telah dijalankan untuk mengenalpasti isu di sekolah SJK(C) Pay
Fong 1. Guru bimbingan dan kaunseling menyediakan borang soal selidik untuk
dijawab oleh 30 orang murid yang dipilih. Melalui soal selidik, guru bimbingan dan

15
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

kaunseling mendapati bahawa terdapat sesetengah murid di sekolah tidak


mengamalkan amalan baik. Contohnya sesetengah murid tidak menumpukan
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidak
menunjukkan sikap pembelajaran yang baik, tidak mengutip sampah, tidak
membuang sampah ke dalam tong sampah, tidak memberikan hormat dan
mengucapkan selamat pagi atau selamat tengah hari kepada guru apabila berselisih
dengan guru, tidak membersihkan kelas, tidak bersedia untuk membantu guru dan
rakan apabila diperlukan dan sebagainya. Dapatan daripada soal selidik
menunjukkan bahawa murid kurang mengamalkan amalan terbaik. Jikalau ini tidak
diperbaiki, murid-murid tidak akan menjadi insan yang berbudi bahasa dan bersopan
santun.

Jadual 2.1: Keputusan Borang Soal Selidik daripada 30 Orang Murid

Peratus %

Bil Tingkah Laku Murid Ya Tidak

1 Anda selalu menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan 26% 74%
pembelajaran dijalankan.
2 Anda selalu menunjukkan sikap pembelajaran yang baik. 33% 67%

3 Anda akan mengutip sampah dan membuang sampah ke dalam tong 33% 67%
sampah.
4 Anda akan memberikan hormat dan mengucapkan selamat pagi / 43% 57%
selamat tengah hari kepada guru apabila ternampak guru berulang-alik
di kawasan sekolah.
5 Anda akan membersihkan kelas dengan berdisiplin tanpa disuruh oleh 30% 70%
guru.
6 Anda selalu membantu guru secara automatik tanpa disuruh oleh guru. 40% 60%

7 Anda selalu membantu rakan-rakan secara automatik tanpa disuruh 27% 73%
oleh orang lain.
8 Anda selalu menunjukkan amalan yang baik selain amalan baik yang 33% 67%
terdapat dalam senarai 1-7.

3.0 PELAKSANAAN PROJEK


3.1 Rancang
3.1.1 Menentukan Projek

Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan mesyuarat dengan pihak


pentadbir untuk mendapatkan persetujuan bagi menjalankan projek amalan terbaik
ini. Pihak pentadbir dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah berbincang dan

16
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

membuat keputusan untuk menjalankan projek amalan terbaik yang bertajuk “Saya
Murid Yang Beramalan Baik”.

3.1.2 Objektif Projek

Objektif pelaksanaan kajian amalan baik ini adalah untuk menggalakkan


murid mengamalkan amalan baik serta memberikan peneguhan terhadap tingkah
laku positif yang dilakukan oleh murid dan meningkatkan motivasi murid untuk
mengamalkan amalan baik.

3.1.3 Kumpulan Sasaran

Projek ini melibatkan 912 orang murid tahun 1 hingga tahun 6.

3.1.4 Anggaran Kos / Sumber Kos

Hadiah: Ganjaran berbentuk hadiah dan sijil penyertaan kepada murid.


Dianggarkan 400 daripada 912 orang murid akan layak mendapat hadiah dan sijil.
Anggaran Kos: 400 orang murid X RM 2.50 = RM1000.
Sumber Kos: Sumbangan PIBG sekolah

3.1.5 Kerangka Kerja


Jadual 3.1: Kerangka Kerja

Tarikh Aktiviti

26 Mac 2022 Mengadakan mesyuarat dengan pihak pentadbir


29 Mac 2022 Menentukan projek yang ingin dijalankan, menetapkan matlamat dan
objektif projek, mengenalpasti sasaran murid, anggaran kos dan sumber

31 Mac 2022 Menyediakan jadual jawatankuasa kerja


5 April 2022 Menghasilkan fail program yang bertajuk “Saya Murid Yang Beramalan
Baik”
8 April 2022 Mengagihkan fail program ke kelas murid
31 Mei 2022 Mengumpulkan fail program untuk disemak dan dipantau
30 Jun 2022
29 Julai 2022
1 Ogos 2022 Meneliti tahap pengisian fail untuk mengetahui impak projek
5 Ogos 2022 Mengenalpasti cadangan penambahbaikan untuk projek

17
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.2 Laksana
3.2.1 Jawatankuasa Kerja

JAWATANKUASA PROGRAM SAYA MURID YANG BERAMALAN BAIK


TAHUN 2022 / 2023
Pengerusi Lee Siew Chin
Naib Pengerusi Wong Mee Yong Tan Leng Kim Chu Sue Jin
Setiausaha Lim Hong Yee Tan Chin Huei
Bendahari Chin Lee Lee
Hadiah / Sijil Lim Yan Huey Lock Kar Yin Teh Hui Sin
Guru Penyelaras Tahun 1 Chua Siew Chia
Guru Penyelaras Tahun 2 Tai Shyh Shiun
Guru Penyelaras Tahun 3 Than Chin Sing
Guru Penyelaras Tahun 4 Kek Ling Ling
Guru Penyelaras Tahun 5 Chew Pei Yong
Guru Penyelaras Tahun 6 Lee Kang Wei
Guru Pelaksanaan Projek Semua Guru
Juru Kamera Chong Siew Yeng
Laporan Lim Hong Yee Tan Chin Huei

Rajah 3.1: Jawatankuasa Program

3.2.2 Langkah-langkah Pelaksanaan


Langkah Tindakan Pelaksanaan
Pertama Guru Bimbingan dan Kaunseling menyediakan fail untuk Program Saya Murid
yang Beramalan Baik.
Kedua Fail Program Saya Murid Yang Beramalan Baik diagihkan kepada murid-murid
mengikut kelas dan digantung di tepi meja guru kelas masing-masing.
Ketiga Guru kelas dan guru mata pelajaran mencatat amalan baik murid-murid ke dalam
fail Program Saya Murid Yang Beramalan Baik apabila murid-murid
menunjukkan amalan baik.
Contoh amalan baik yang boleh dicatat:
1. Membantu guru
2. Membantu rakan-rakan
3. Mengutip sampah / membersihkan kelas secara sukarela
4. Mempunyai sikap pembelajaran yang baik
5. Menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pelajaran
6. Berbudi bahasa / menunjukkan kelakuan yang baik
7. Sentiasa memberikan salam kepada guru
8. Mendapat 100% markah dalam ejaan BC, BM dan BI
9. Mewakili kelas menyertai pertandingan sekolah secara sukarela.
Selain daripada contoh yang disenaraikan, amalan baik yang lain juga boleh
dicatat ke dalam fail mengikut kesesuaian. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan
menambahkan borang ke dalam fail bagi murid yang mencatat bilangan amalan
baik melebihi 76 kali.

Rajah 3.2: Langkah-langkah Pelaksanaan (Langkah 1 – Langkah 3)

18
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Langkah Tindakan Pelaksanaan


Keempat Guru penyelaras bagi setiap tahun akan mengumpulkan fail Program Saya Murid
Yang Beramalan Baik. Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling menghitung
bilangan amalan terbaik yang dicatat oleh setiap murid dua kali setahun.
Kelima Guru yang bertugas untuk menyediakan hadiah dan sijil akan menyediakan sijil
penghargaan kepada murid yang mencapai amalan baik yang tinggi iaitu melebihi
50 kali setahun pada Mac 2023. Bilangan amalan baik yang dicapai akan dicatat
dalam sijil penghargaan tersebut. Selain itu, satu hadiah juga akan diberikan
kepada murid yang mencatat bilangan melebihi 25 kali bagi semester pertama dan
25 kali bagi semester ke-2. Guru boleh menggunakan nombor untuk
menggantikan catatan. Contohnya, jikalau murid mendapat 100% markah dalam
ejaan BC, BM dan BI maka guru boleh menulis “8” pada ruangan catatan. Guru
juga digalakkan memasukkan amalan baik murid ke dalam sistem SSDM
berdasarkan catatan pada fail Program Saya Murid Yang Beramalan Baik. Guru
boleh menulis nama pendek / huruf nama untuk menggantikan tandatangan.

Rajah 3.3: Langkah-langkah Pelaksanaan (Langkah 4 – Langkah 5)

Rajah 3.4: Borang Program “Saya Murid Yang Beramalan Baik

19
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.2.3 Gambar Pelaksanaan

Rajah 3.5: Pelancaran Program “Saya Murid Yang Beramalan Baik”

3.2.4 Kawal

Guru Bimbingan dan Kanseling menggunakan borang pemantauan


perkembangan projek untuk mengetahui catatan amalan terbaik yang telah dicapai
oleh murid setakat bulan tertentu.
BORANG PEMANTAUAN PROGRAN SAYA MURID YANG BERAMALAN BAIK
Tahun 6 Bilangan Bilangan catatan amalan terbaik Purata bilangan amalan baik
murid yang telah dicapai oleh murid yang dicapai oleh setiap murid.
setakat bulan _______
6 DE
6 ZHI
6 TI
6 QUN

Rajah 3.6: Borang Pemantauan Program Saya Murid Yang Beramalan Baik

3.3 Penilaian dan Tindakan

Guru Bimbingan dan Kaunseling telah menggunakan borang Pemantauan


Perkembangan Projek untuk mengetahui catatan amalan terbaik yang telah dicapai
oleh murid setakat bulan Julai. Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mengetahui
perkembangan projek melalui borang. Berikut ialah catatan amalan terbaik yang
telah dicapai oleh murid tahun 6 sekolah saya setakat bulan Julai. Guru Bimbingan
dan Kaunseling mendapati sesetengah kelas mencatat bilangan catatan amalan
terbaik lebih rendah berbanding dengan kelas lain, guru bimbingan dan kaunseling
telah menasihati murid kelas tersebut untuk selalu mengamalkan amalan baik.

20
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

BORANG PEMANTAUAN PROGRAM SAYA MURID YANG BERAMALAN BAIK


Tahun Bilangan Bilangan Catatan Amalan Terbaik Purata Bilangan Amalan Baik
6 Murid Yang Telah Dicapai Oleh Murid Yang Dicapai Oleh Setiap
Setakat Bulan Julai. Murid.
6 DE 31 345 11
6 ZHI 29 135 5
6 TI 27 111 4
6 QUN 26 114 4

Rajah 3.7: Keputusan Borang Pemantauan Program Saya Murid Yang


Beramalan Baik

4.0 IMPAK PROJEK

Projek Program Saya Murid Yang Beramalan Baik memberikan impak yang
positif terhadap semua murid yang terlibat dalam program ini. Dari segi kelakuan,
murid-murid kerap memberi salam kepada guru apabila berjumpa dengan guru,
mengutip sampah secara automatik, selalu menjaga kebersihan kelas dan sebagainya.
Dari segi akademik pula, murid-murid lebih menumpukan perhatian semasa belajar,
lebih kerap membuat kerja sekolah, bermotivasi dan lebih bersemangat untuk belajar.
Guru kelas dan guru mata pelajaran pula berbesar hati apabila murid-murid
beramalan baik. Suasana pembelajaran di dalam kelas bertambah baik kerana murid-
murid lebih berkeyakinan apabila amalan baiknya dihargai oleh orang lain.

Rajah 4.1: Membersihkan papan putih

21
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 4.2: Membersihkan kelas

Rajah 4.3: Mengutip sampah dan membuang


sampah ke dalam tong sampah

22
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 4.4: Membantu guru

Rajah 4.5: Mendapat 100% markah dalam ejaan

23
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 4.6: Bermotivasi untuk belajar.

Rajah 4.7: Mengutip wang dan memasukkan


wang ke dalam dana murid.

24
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 4.8: Memberikan salam kepada guru

Rajah 4.9: Membantu rakan

Rajah 4.10: Membersihkan kelas selepas


aktiviti kokurikulum

25
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 4.11: Borang amalan terbaik seorang murid yang


bernama Bryan Bong Shawan Yi.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sesetengah guru tidak mencatat amalan baik murid dengan serta-merta. Hal
ini menyebabkan amalan baik murid tersebut mungkin tidak dicatatkan dengan
lengkap. Cadangan penambahbaikan ialah fail Program Saya Murid Yang Beramalan
Baik diletakkan di tempat yang senang dicapai iaitu di atas meja. Guru Bimbingan
dan Kaunseling akan mengingatkan semua guru untuk selalu mencatat amalan baik
murid pada bila-bila masa. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga akan memberikan
cadangan kepada pihak pentadbir supaya ketua kelas dan pengawas boleh diberikan
kebenaran untuk mengisi borang ini pada masa akan datang. Hal ini kerana, ketua
kelas dan pengawas selalu mengawasi murid-murid di sekolah. Jikalau mereka
mendapati seseorang murid telah mengamalkan amalan baik apabila guru tidak
berada di kawasan tersebut, maka mereka juga boleh mencatat amalan baik yang
diamalkan oleh murid itu ke dalam fail. Dengan itu, lebih banyak amalan baik yang
diamalkan oleh murid-murid dapat dicatat dan diberi penghargaan.

6.0 RUMUSAN PROJEK

Program Saya Murid Yang Beramalan Baik berjalan dengan lancar sehingga
kini. Program amalan terbaik ini akan diteruskan sehingga Mac 2023. Impak yang

26
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

positif telah dilihat dari segi perubahan tingkah laku murid dan tahap motivasi murid
untuk belajar.

7.0 RUJUKAN

Ahmad, Z. (2016). KOLEKSI AMALAN TERBAIK DAN PENYELIDIKAN


BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman.
Edinin, R. (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Freemind
Horizons.

27
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN DAN SEMANGAT HADIR KE


SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID SJKT KEMUNING H/D

Chitra Sarangavani1, Abdullah Jantan2


1
SJKT Kemuning HD, 2PPD Jasin
1
g-40112520@moe-dl.edu.my , 2abdullah.jantan@moe.gov.my

ABSTRAK

Program ini dijalankan untuk meningkatkan peratus kehadiran dan semangat hadir murid
ke sekolah dalam kalangan murid SJKT Kemuning H/D yang mencatat 52% dalam APDM.
Program Satu Murid Satu Pokok dilaksanakan yang mana menjurus kepada penanaman
sayur-sayuran oleh murid demi meningkatkan sikap tanggungjawab murid untuk hadir ke
sekolah seterusnya menjaga tanaman mereka.Seramai 36 orang murid terlibat dalam
program ini. Program Satu Murid Satu Pokok berjaya meningkatkan nilai tanggungjawab
murid dan semangat hadir ke sekolah dengan peningkatan peratus kehadiran kepada 86%
selepas program ini dijalankan. Program ini memberi impak yang sangat positif dalam
usaha meningkatkan tanggungjawab serta semangat hadir ke sekolah dalam kalangan
murid SJKT Kemuning H/D.

Kata Kunci: Amalan baik, meningkatkan kehadiran

1.0 PENGENALAN
1.1 Latar belakang

Menurut Norzawati et al. (2016), di Malaysia, ponteng sekolah dilabelkan


sebagai salah satu masalah utama negara. Ini sekaligus menyokong pandangan
Arsathamby dan Ng (2014), antara tahun 1994 hingga 2003, gejala ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar adalah antara salah laku yang paling dominan dan menonjol.
Data Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) juga turut menunjukkan bilangan
ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun.

28
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Stuphen et al. (2009), menjelaskan ponteng ialah sebagai bilangan


ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa. Kemudian,
menurut Zhang et al. (2010), ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi
amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab oleh murid di mana isu ini
menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat. Oleh itu
sekolah di bawah bidang HEM dengan kerjasama sub-unit Bimbingan dan
Kaunseling telah melaksanakan program ‘Satu Murid Satu Pokok” sejak bulan
Januari 2018.

Program ini didapati memberi kesan yang membanggakan. Hasil tanaman


pokok bunga di gunakan untuk menghiaskan kawasan sekolah manakala hasil
daripada pokok buah-buahan dan penanaman sayur-sayuran pula boleh dibawa
pulang oleh murid ke rumah. Amalan baik ini memfokuskan kepada tindakan untuk
meningkatkan peratus kehadiran dalam kalangan murid SJKT Kemuning H/D
setelah mendapati kehadiran murid semakin merosot sehingga peratus kedatangan
murid mencecah 52% pada bulan Februari 2022.

Menurut Nyika dan Mercy (2004) menjelaskan bahawa pelajar perlu berada
di sekolah untuk lulus dan meningkatkan pemerolehan peluang dalam kehidupan
mereka. Pandangan ini disokong oleh Nemec dan Watson (2007) yang menjelaskan,
“there is the concern among educators that students who are not learning the
importance of attendance will struggle in the workplace where truancy can easily
cost workers their livelihood.”

2.0 ISU / RASIONAL

Amalan terbaik ini dilaksanakan dengan tujuan untuk:


i. Mengenalpasti kelebihan kaedah “Satu Murid Satu Pokok” dalam
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
ii. Meningkatkan semangat datang ke sekolah melalui usaha memupuk semangat
dan nilai tanggungjawab terhadap tanaman yang mereka perlu jaga.

29
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Objektif amalan terbaik yang dinyatakan adalah untuk menjawab beberapa


soalan amalan terbaik yang berkaitan seperti berikut:
i. Apakah kelebihan Program “Satu Murid Satu Pokok’ dalam meningkatkan
peratus kehadiran murid SJKT Kemuning H/D ke sekolah?
ii. Bagaimanakah “Program Satu Murid Satu Pokok” dapat meningkatkan
motivasi murid SJKT Kemuning H/D ke sekolah?

2.1 Peserta Amalan Baik

Peserta amalan baik terdiri daripada 36 orang murid SJKT Kemuning H/D.
Kesemuanya dengan latar belakang sosioekonomi rata-ratanya berpendapatan
rendah dan sederhana. Program ini melibatkan semua murid dengan keyakinan dapat
mencapai sasaran untuk meningkatkan kehadiran murid melebihi 85% setiap bulan.

Isu penurunan peratus kedatangan murid ke sekolah mula dikesan selepas


pandemik Covid-19 bermula. Ibu bapa dilihat dalam dilema untuk menghantar anak-
anak mereka ke sekolah. Oleh kerana ia merupakan faktor luaran yang tidak dapat
dikawal oleh sekolah, maka SJKT Kemuning H/D bercadang untuk melahirkan
minat dan semangat murid datang ke sekolah melalui penerapan nilai
tanggungjawab melalui program ‘Satu Murid Satu Pokok”.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan amalan terbaik yang dijalankan adalah program harian di mana


murid-murid menanam satu pokok seorang dan menjaga pokok tersebut dengan
menyiram setiap hari. Cadangan ini dijadikan sebagai amalan supaya murid rasa
lebih bersemangat dan seronok serta membangkitkan perasaan tidak sabar untuk
datang ke sekolah kerana mereka ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan iaitu
menjaga pokok yang ditanam sendiri.

Terdapat persaingan dalam kalangan murid dimana mereka membanding


beza tanaman mereka. Murid didorong untuk datang ke sekolah untuk menjaga
tanaman mereka supaya tidak layu. Hanya murid yang tidak datang ke sekolah

30
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

dengan alasan yang kukuh, pokoknya akan disiram dan dijaga oleh guru kelas
hanya untuk hari tersebut.

Rajah 3.1: Pelaksanaan program Satu Murid Satu Pokok

Rajah 3.2: Hasil tanaman sayur-sayuran oleh murid SJKT Kemuning H/D

31
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 3.3: Proses menanam sayur-sayuran oleh murid SJKT Kemuning H/D

4.0 IMPAK PROGRAM “SATU MURID SATU POKOK”

Satu analisis data dibuat untuk mengetahui pola kehadiran murid menerusi
data APDM sekolah. Didapati program ‘Satu Murid Satu Pokok’ memberi kesan
yang sangat memberangsangkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat
perubahan positif pada kehadiran murid.

Jadual 1.1: Analisa e-Kehadiran murid (APDM) bagi tahun 2020-2022

Tahun Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos

2022 94% 59% 86% 82% 89% 82% 88% 89%

Hasil dapatan e-kehadiran melalui sistem APDM menunjukkan Program


‘Satu Murid, Satu Pokok’ membawa kesan yang positif terhadap anjakan minda
murid untuk datang ke sekolah setiap hari. Jika pokoknya layu atau mati, maka
murid terpaksa menanam semula. Sekolah menghadapi isu kehadiran bermula
pada tahun 2021 bulan November. Dimana peratus kehadiran murid kurang
daripada 85%.

32
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Maka sekolah bercadang untuk melaksanakan dan memberi


tanggungjawab kepada setiap murid untuk menanam dan menjaga tanaman
masing-masing. Dengan ini, murid-murid mula datang ke sekolah setiap hari
dan menyiram serta menjaga tanaman mereka. Murid-murid mula
membandingkan perkembangan tanaman mereka dengan kawan-kawannya.

Hasil tanaman sayuran seperti bendi, cili, terung dan sebagainya dibawa
ke rumah. Pihak sekolah dapat melihat semangat murid untuk datang ke sekolah
setelah tanaman mereka mula memberikan hasil. Murid-murid juga mula
menanam lebih banyak tanaman di sekitar sekolah.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Unit HEM bercadang untuk menambahbaik usaha meningkatkan


kehadiran murid ke sekolah dengan memberi anugerah ‘Star of The Month”
kepada murid yang kehadirannya penuh bagi sesuatu bulan melalui pelaksanaan
‘Satu Murid Satu Pokok’.Murid-murid akan diberikan anugerah “Star of the
month” untuk meningkatkan lagi motivasi murid untuk hadir ke sekolah dengan
semangat yang tinggi. Anugerah ini adalah dorongan murid untuk hadir ke
sekolah.

5.1 Taman Hijau

Seterusnya, Unit HEM mencadangkan untuk mewujudkan taman hijau


mengikut kelas. Taman Hijau mengikut kelas akan memberi semangat yang lebih
positif kepada murid-murid untuk berbanding hasil tanaman mereka dengan kelas
lain. Kelas yang paling banyak hasil tanamannya akan diberikan hadiah. Selain itu
peneguhan yang positif dan kata-kata yang membina daripada guru-guru juga akan
menyentuh jiwa murid untuk hadir ke sekolah setiap hari.

Ini kerana menurut Willingham (2006) apabila pendidik mahir


menggunakan pujian untuk memperkukuhkan tingkah laku yang diingini telah dapat
memupuk motivasi intrinsik pelajar mereka. Begitu juga sekiranya guru mahir

33
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

memberikan pujian terhadap tingkah laku murid yang hadir, ianya akan
mewujudkan motivasi instrinsik dalam diri murid untuk terus hadir ke sekolah.

6.0 RUMUSAN PROGRAM ‘SATU MURID SATU POKOK”

Program ‘Satu Murid Satu Pokok’ adalah satu inisiatif di bawah unit
HEM, Bimbingan dan Kaunseling bagi meningkatkan peratus kehadiran murid
kepada 85% ke atas setiap bulan. Program ini bukan sahaja mendorong murid
untuk datang ke sekolah dan menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang
menyayangi alam sekitar dengan menyiram dan menjaga pokok yang ditanam
malah meningkatkan tahap disiplin dan mewujudkan iklim sekolah yang
harmoni, ceria dan menghijau. Program ini sangat membantu untuk
meningkatkan motivasi dan semangat murid untuk hadir ke sekolah.

Rajah 6.1: Murid-murid menerima Anugerah “Star of the month”

34
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

7.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Laporan jawatankuasa menangani isu


budaya negatif di kalangan murid sekolah.
Veloo, A., & Ng, C. K. (2014). TYPES OF WARNING AND TRUANCY
FACTORS AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN SABAH.
Asia Pacific Journal of Educators and Education, 29(8), 125–139.
http://apjee.usm.my/APJEE_29_2014/Art%208(125-140)%20.pdf
Willingham, D. T. (2005). Ask the Cognitive Scientist: How Praise Can Motivate-or
Stifle. American Federation of Teachers. https://www.aft.org/ae/winter2005-
2006/willingham

35
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

MENGGUNAKAN TEKNIK SAM DALAM MENINGKATKAN KEHADIRAN


MURID TINGKATAN 2 SMK RAHMAT

Mahfuzah Maarap1, Sabiah Ninggal2, Abdullah Jantan3


1
SMK Rahmat, 2PPD Alor Gajah, 3PPD Jasin
1
g-06132219@moe-dl.edu.my, 2ppd-m030-cm15@moe-dl.edu.my,
3
abdullah.jantan@moe.gov.my

ABSTRAK

Kehadiran murid tingkatan 2 di SMK Rahmat didapati tidak memuaskan. Pelajar yang kerap
ponteng memberikan pelbagai alasan. Antara alasannya ialah tidur lewat, bekerja dan tidak
menyiapkan tugasan sekolah. Jika dilihat faktor utama murid tidak hadir ke sekolah adalah
kerana tidak mempunyai daya tarikan yang kuat/motivasi diri sendiri. Fokus kajian adalah
untuk memberi kesedaran kepada 11 orang murid yang kerap ponteng sekolah. Teknik yang
digunakan ialah Teknik SAM iaitu Soalselidik (S), Analisis Untung Rugi (A) dan juga
Motivasi (M). Soal selidik secara bertulis dan temubual secara lisan dilaksanakan untuk
mengetahui isu yang dihadapi murid untuk hadir ke sekolah. Analisis untung rugi pula untuk
membantu murid mengetahui kebaikan dan keburukan setiap tindakan yang diambil dan
seterusnya Motivasi untuk mengukuhkan kesedaran murid tentang peri pentingnya ke
sekolah. Berdasarkan dapatan kajian dari teknik ini, hanya 50 % sahaja murid yang
menunjukkan perubahan peningkatan kehadiran ke sekolah. Ini kerana faktor masa yang
singkat semasa kajian ini dibuat iaitu selama 4 minggu dan tidak dapat sepenuhnya
melaksanakan teknik ini dengan baik. Beberapa tindakan perlu ditambah baik untuk
mempertingkatkan lagi keberkesanan teknik ini. Antaranya jangka masa program yang
perlu dipanjangkan lagi dan pemberian token atau hadiah kepada murid yang dapat
meningkatkan jumlah kehadiran.

Kata kunci: Kehadiran, kerap ponteng, motivasi, tidur lewat

36
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

1.0 PENGENALAN

SMK Rahmat ditubuhkan pada tahun 1967 di mukim Kuala Sungai Baru.
Pada waktu itu bermulalah lembaran baru bagi anak-anak di mukim Kuala Sungai
Baru dan persekitarannya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. SMK
Rahmat adalah sekolah harian luar bandar satu sesi.

Sekolah ini dikendalikan oleh seramai 103 orang guru dan 13 orang anggota
kumpulan sokongan. Bagi tahun 2022, jumlah keseluruhan murid adalah seramai
1175 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sebahagian
besar murid adalah dari golongon B40 dan M40. Didapati sebahagian murid di sini
telah mula bekerja secara “part time” untuk mencari pendapatan sampingan untuk
membantu keluarga dan diri sendiri. Contohnya seperti bekerja di kedai makan dan
membantu ahli keluarga bekerja.

2.0 ISU / RASIONAL

Bermula bulan Januari sehingga Mac 2022, didapati peratus kehadiran murid
tingkatan 2 ke sekolah semakin merosot. Data kehadiran murid telah diambil dari
sistem Aplikasi Pangkalan Data murid (APDM) sekolah. Peratus kehadiran murid
tingkatan 2 kumpulan A pada 10 Januari adalah sebanyak 77% (sistem giliran) iaitu
bersamaan dengan 86/111 murid. Seterusnya kehadiran murid dilihat semakin
merosot. Kemudian apabila semua murid mula boleh hadir ke sekolah diperhatikan
peratus kehadiran murid tingkatan 2 pada 6 April 91.4% (191/209), 7 April 88.5%
(185/209) dan seterusnya pada 8 April semakin menurun iaitu 85.6% (178/208).
Berikutan dengan itu, satu tindakan perlu diambil supaya kehadiran murid dapat
diperbaiki dan ditangani seawal tingkatan 2 lagi.

Saya mula bertugas di sekolah ini pada 10 Januari 2022. Berdasarkan pada
pemerhatian saya mengenai kehadiran murid ke sekolah, didapat peratus kehadiran
murid ke sekolah adalah amat tidak memuaskan bagi tingkatan 2 dan juga tingkatan
lain. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada tingkatan 2
kerana ingin mencegah dari peringkat awal lagi tambahan pula saya telah diberi

37
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

tanggungjawab oleh pengurusan sekolah untuk memantau kehadiran murid tingkatan


2. Peratus kehadiran murid semakin hari semakin menurun dan tidak pernah melebihi
90% kehadiran murid. Didapati juga murid yang hampir sama setiap minggu yang
tidak hadir ke sekolah. Jadi saya telah mendapatkan 11 nama orang murid yang tidak
hadir melebihi 5 hari bermula 1–29 April 2022.

Jadual 2.1: Bilangan hari murid tidak hadir dalam tempoh 19 hari dari
1 sehingga 29 April 2022

Bil Murid Kelas Jumlah


Tidak Hadir
1 A 2 MARIKH 7

2 B 2 MARIKH 6
3 C 2 MUSYTARI 5
4 D 2 URANUS 5
5 E 2 URANUS 5
6 F 2 URANUS 5

7 G 2 URANUS 8
8 H 2 UTARID 6
9 I 2 ZUHAL 6
10 J 2 ZUHAL 7

11 K 2 ZUHAL 6

3.0 PELAKSANAAN PROJEK


3.1 Objektif Kajian

3.1.1 80% murid yang menyertai program ini dapat meningkatkan jumlah
kehadiran ke sekolah.
3.1.2 Murid dapat membuat analisis kesan baik dan kesan buruk tidak hadir ke
sekolah
3.1.3 Murid dapat memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

38
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

4.0 PELAKSANAAN

Semasa kajian ini dijalankan, kebanyakkan responden yang terlibat tidak


hadir sepenuhnya ke sekolah. Oleh itu jadi masa yang diperlukan untuk kajian ini
agak lama memandangkan kajian ini boleh dijalankan apabila murid hadir.
Berdasarkan hasil soal selidik, antara program yang dicadangkan ialah penggunaan
teknik ‘SAM ‘iaitu Soalselidik (S), Analisis Untung rugi (A) dan juga motivasi (M)
dalam meningkatkan kehadiran murid ini.

Saya telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut sebagai intervensi bagi


kajian tindakan ini:
Jadual 4.1: Aktiviti yang dirancang

Bil Nama Aktiviti Objektif Masa

1 Soal selidik bertulis Mengenalpasti isu murid


20 minit
2 Temubual secara lisan Mengenalpasti punca ketidakhadiran 20 minit

3 Bimbingan kelompok Murid dapat mengenalpasti akibat baik dan 60 minit


(Analisis Untung rugi) buruk sesuatu tindakan
4 Motivasi Meningkatkan kesedaran murid secara dari 120 minit
dalam diri sendiri untuk hadir ke sekolah
5 Aku janji Murid menandatangani borang aku janji hadir 20 minit
ke sekolah

Murid-murid ini telah membuat soal selidik secara bertulis dan soal selidik secara
lisan. Kemudian murid-murid telah menjalankan sesi bimbingan kelompok
menggunakan teknik Neo CBT - Analisis untung rugi yang merupakan modul yang
dihasilkan oleh Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, pensyarah di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

4.1 Soal Selidik Bertulis

Saya telah mengedarkan soal selidik kepada murid untuk mengenalpasti


faktor dan peratus punca ketidakhadiran. Soalan terdiri dari 18 soalan yang
mempuyai pilihan jawapan Ya atau Tidak.

39
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

4.2 Temubual Secara Lisan

Saya telah memanggil murid secara individu atau berkumpulan. Murid telah
ditemubual secara lisan untuk mengenalpasti sebab tidak hadir dan faktor yang
mendorong mereka ke sekolah.

4.3 Analisis Untung Rugi

Pada peringkat ini murid telah dipanggil secara individu atau secara
berkumpulan. Murid diberikan bimbingan untuk menyediakan analisis untung rugi
untuk setiap tindakan yang diambil. Tujuan analisis ini adalah untuk menimbulkan
kesedaran dalam diri murid sendiri untuk setiap tindakan yang diambil.

Guru dan murid berbincang tentang setiap kesan dan akibat setiap tindakan
yag diambil sama ada yang positif atau negatif.

Rajah 4.1: Contoh borang Analisis Untung Rugi yang diisi oleh murid

40
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

4.4 Motivasi

Seterusnya setelah mengenalpasti punca,murid telah dipanggil untuk


diberikan bimbingan dengan memberi motivasi berkaitan halatuju kehidupan.

Rajah 4.2: Gambar slot motivasi bersama murid

4.5 Borang Aku Janji

Setelah melaksanakan 4 aktiviti tersebut dan mendapat kefahaman dan input,


murid telah diminta untuk menandatangani borang aku janji untuk hadir ke sekolah.

Rajah 4.3: Borang Aku Janji Kehadiran Murid

41
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Saya telah menyediakan senarai semak untuk setiap aktiviti yang perlu
dihadiri oleh murid. Ini adalah untuk memastikan supaya murid sasaran terlibat
dengan semua aktiviti yang dirancang.

Jadual 4.4: Senarai semak kehadiran murid dalam setiap aktiviti

Bil Murid Soal Selidik Temubual Aur Motivasi Aku Janji

1 A 26/4 / / / /
2 B 25/4 / / / /

3 C 25/4 / / / /
4 D 26/4 / / / /
5 E 26/4 / / / /
6 F 26/4 / / / /
7 G 28/4 / / / /

8 H 25/4 / / / /
9 I 28/4 / / / /

10 J 26/4 / / / /
11 K 10/5 / / / /

5.0 IMPAK PROJEK

Dapatan dari soal selidik yang dibuat,didapati faktor utama yang


menyebabkan murid tidak hadir adalah kerana faktor diri,diikuti oleh faktor
persekitaran dan juga faktor keluarga. Ini menunjukkan bahawa murid kekurangan
motivasi dalaman diri.

DIRI KELUARGA PERSEKITARAN

24%

57%
19%

Rajah 5.1: Faktor dan Peratus Punca Ketidakhadiran Murid ke Sekolah

42
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Melalui temubual secara lisan pula didapati murid tidak hadir disebabkan
oleh isu berikut.
Jadual 5.1: Alasan murid tidak hadir ke sekolah

Bil Murid Sebab Tidak Hadir

1 A i. Lewat bangun (ikut ibu bekerja hingga jam 1 pagi)


ii. Tiada kenderaan ke sekolah
2 B i. Jaga nenek
3 C i. Bangun lambat sebab tidur lewat
ii. Bekerja bermula jam 2.30 hingga 7 petang
4 D i. Kerja sekolah tidak siap
ii. Mengantuk dalam kelas
5 E i. Lewat bangun
ii. Tidak suka matapelajaran tertentu
6 F i. Tidur lewat
7 G i. Tiada kenderaan ke sekolah
ii. Lewat bangun
8 H i. Lewat bangun
ii. Rawatan di hospital
iii. Membantu ibu di rumah
9 I i. Bangun lewat
ii. Tiada kenderaan
10 J i. Masalah pengangkutan (bila hujan)
ii. Masalah kesihatan (gastrik)
11 K i. Jaga adik bila ibu bapa bekerja
ii. Tertidur
iii. Tidak suka matapelajaran tertentu

Dapatan dari sesi temubual yang dijalankan, faktor murid hadir ke sekolah kerana:
i. ibu bapa suruh
ii. bosan tinggal di rumah kerana tiada orang lain
iii. ingin berjumpa rakan-rakan
iv. sebab perlu ke sekolah
Hasil jawapan murid dapat menggambarkan tahap kesedaran dan motivasi ke
sekolah. Murid tidak mempunyai kesedaran dan daya motivasi yang rendah untuk ke
sekolah. Jadi murid perlu diberikan panduan dan bimbingan.

Seterusnya dalam Analisis untung rugi, hasil dari analisis 9 orang murid
membuat pilihan tindakan untuk hadir ke sekolah, 2 orang memilih untuk mengikut
situasi. Setelah mengetahui faktor utama, Program motivasi telah dilaksanakan
kepada setiap murid. Program ini dibuat untuk memberi kesedaran dalaman kepada
murid tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan dalam

43
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

hidup. Selepas murid menjalani keempat-empat aktiviti ini, murid diminta untuk
membuat aku janji kepada sekolah.

Berikut merupakan analisis kehadiran murid selepas pelaksanaan program.

Jadual 5.2: Analisis kehadiran murid sebelum dan selepas program

Bil Murid Jumlah tidak hadir Jumlah tidak hadir


1-29 April 2022 9 Mei-3 Jun 2022
(19 hari) (19 hari)
1 A 10 8
2 B 10 13

3 C 8 7
4 D 7 7
5 E 9 9
6 F 7 10
7 G 10 12

8 H 7 5
9 I 9 9
10 J 9 4
11 K 9 9

Seramai 6 orang murid dari 11 orang menunjukkan perubahan yang positif.


Perubahan peningkatan kehadiran yang sangat sedikit tetapi masih lagi boleh
diperbaiki untuk akan datang.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan supaya murid-murid yang menunjukkan peningkatan


kehadiran supaya diberi token/hadiah untuk mengekalkan tahap motivasi murid
untuk ke sekolah. Selain itu kajian ini juga perlu dijalankan pada sela masa yang
lebih lama supaya impak program dapat dilihat dengan lebih baik dan pelaksanaan
motivasi murid boleh dilaksanakan secara berkala . Murid-murid perlu disediakan
dengan suasana yang ceria supaya mereka dapat hadir ke sekolah dengan perasaan
yang gembira.

44
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

7.0 RUMUSAN PROJEK

Secara keseluruhan, program ini tidak berjaya sepenuhnya. Ini adalah kerana
sela masa pelaksanaan program ini singkat dan boleh diperbaiki pada masa akan
datang. Projek ini akan diteruskan lagi untuk sesi yang seterusnya dan membuat
tindakan susulan untuk memperbaiki lagi kehadiran murid.

8.0 RUJUKAN

Mohamed Arip, M. A. S. (2011). KAUNSELING MOTIVASI berjaya ke


UNIVERSITI: Modul dan Aktiviti Kendiri Mencipta Kejayaan ke Universiti
(1st ed., p. 175). Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohamed Arip, M. A. S. (2020). MINDFULNESS LOVE THERAPY (MLT):
Merasai Kasih sayangNya, I Love Myself (p. 151). I Psychology and
Caunselling Academy.
Norisham, M. A. H., & Mohamed Arip, M. A. S. (2022). Pola Pemikiran dan Tingkah
Laku Kecelaruan Bipolar Menggunakan Teknik Penstrukturan Kognitif
Berdasarkan Neo-Cognitive Behavioral Therapy. Jurnal Dunia Pendidikan,
4(3). https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.31

45
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

MEMAPARKAN JUMLAH AMALAN BAIK YANG DIREKODKAN DALAM


SSDM MENGIKUT BULAN DI PAPAN KENYATAAN

Nor Azli Nekmat1, Khairul Bariah Ismail2


1
SK Kemuning, 2PPD Alor Gajah
1
g-41111584@moe-dl.edu.my, 2ppd-m030-cm25@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Kesalahan disiplin dan amalan baik murid di sekolah direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri
Murid ( SSDM ). Namun begitu, tidak semua murid tahu dan sedar bahawa setiap kesalahan
dan amalan baik mereka direkod ke dalam sistem. Di Sekolah Kebangsaan Kemuning, tidak
ramai murid yang sedar dan cakna terhadap SSDM ini. Oleh itu, Unit Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Kemuning mengambil langkah untuk memaparkan jumlah amalan baik
yang direkodkan dalam SSDM kepada semua murid. Satu papan kenyataan telah
diwujudkan dan paparan jumlah amalan baik ini ditampal mengikut bulan. Murid boleh
menyemak jumlah amalan baik mereka dan membandingkannya dengan rakan-rakan
mereka. Ia bertujuan untuk mewujudkan semangat berlumba-lumba untuk membuat
kebaikan. Apabila dilaksanakan program ini, didapati murid sangat teruja dan sentiasa
merujuk papan kenyataan untuk melihat senarai terbaru yang dikeluarkan. Program ini
boleh ditambah baik pada masa hadapan dengan menambahkan jumlah medium paparan
untuk memastikan maklumat yang dipaparkan dapat diakses oleh murid dengan lebih kerap
dan cepat.

Kata kunci: Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), amalan baik, kesalahan disiplin

1.0 PENGENALAN

Amalan terbaik ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kemuning, Alor


Gajah. Sekolah Kebangsaan Kemuning merupakan sekolah yang terletak di luar
bandar dan di bawah kategori sekolah kurang murid. Jumlah guru termasuk Guru
Besar adalah seramai 13 orang. Murid yang terlibat dalam perekodan Sistem Sahsiah

46
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Diri Murid (SSDM) ialah murid Tahun Satu hingga Tahun Enam seramai 56 orang
(Lelaki=33, Perempuan=23). Pecahan murid mengikut tahun adalah Tahun 1 Arif
(10 orang), Tahun 2 Bijak (11 orang), Tahun 3 Cerdik (7 orang), Tahun 4 Dedikasi
(8 orang), Tahun 5 Elit (10 orang), Tahun 6 Gemilang (10 orang). SSDM merupakan
sistem yang perlu dikemaskini sepanjang tahun. Ia menjadi sumber rujukan utama
kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantau status disiplin
sekolah. Oleh itu ia perlu dipromosikan secara agresif bagi memastikan sistem ini
sentiasa digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Program ini dijalankan
oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Kemuning bagi
memastikan murid dan guru sentiasa peka terhadap data yang telah direkod ke dalam
SSDM. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan sikap ingin berlumba-lumba
membuat kebaikan di dalam diri murid-murid. Murid-murid akan bersaing secara
sihat dengan rakan-rakan mereka bagi memastikan jumlah amalan baik mereka
sentiasa bertambah setiap bulan. Selain itu, secara tidak langsung ia menjadi satu
motivasi kepada murid-murid yang kurang amalan baik untuk menambah jumlah
amalan baik di sekolah supaya boleh direkodkan oleh guru-guru. Ini bertepatan
dengan Teori Perbandingan Sosial (Leon Festinger, 1954) yang menyatakan manusia
cenderung menilai kemampuan diri sendiri dengan cara membandingkannya dengan
kemampuan orang lain. Dengan ini, suasana dan iklim sekolah akan menjadi lebih
positif dan kesalahan disiplin murid akan dapat dikurangkan dan dikawal.

2.0 ISU DAN RASIONAL KAJIAN

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) diwujudkan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia untuk merekodkan kesalahan disiplin dan amalan baik yang
dilakukan oleh murid di sekolah. Ia boleh diakses oleh guru-guru dan anggota
kumpulan pelaksana di sesuatu sekolah. Namun begitu, murid dan ibu bapa tidak
mempunyai akses secara langsung sistem SSDM. Mereka bergantung sepenuhnya
kepada pihak sekolah untuk mengetahui data yang telah direkod ke dalam SSDM.
Sekiranya data ini tidak diketahui dan difahami, murid dan ibu bapa tidak boleh
membuat penambah baikan terhadap sahsiah murid tersebut.

Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kemuning berpendapat SSDM


ini perlu dihebahkan kerana ia melibatkan rekod murid di sekolah secara langsung.

47
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Murid-murid dan ibu bapa perlu mendapat gambaran yang jelas bagaimana sistem
ini berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi penilaian terhadap anak-anak mereka.
Program ini merupakan salah satu cara daripada pelbagai cara yang telah difikirkan
untuk mencapai tujuan tersebut. Melalui data yang dipaparkan, murid-murid akan
sedar kedudukan mereka dalam carta amalan baik. Seterusnya, ia akan merangsang
murid untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi memperbaiki kedudukan mereka
dalam carta amalan baik.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini bermula pada awal tahun dan akan berlangsung sepanjang sesi
persekolahan. Tetapi untuk tujuan penulisan laporan ini, data yang diambil kira ialah
data dari Bulan Mac, April dan Mei. Guru-guru dan AKP akan memasukkan data ke
dalam sistem pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. Data akan dikumpulkan
sehingga hujung bulan. Pada setiap awal bulan, guru disiplin akan memuat turun data
daripada bulan sebelumnya ke dalam bentuk Microsoft Excel. Data ini kemudiannya
akan diproses ke dalam bentuk yang mudah difahami oleh murid dan dipaparkan di
papan kenyataan yang ditetapkan. Daripada data yang dikumpulkan itu, pihak
sekolah boleh menganalisis dan mengesan penambahan jumlah amalan baik yang
telah direkodkan.

3.1 Langkah pelaksanaan program:


i. Perancangan untuk mengadakan program ini telah diadakan pada bulan Mac.
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kemuning telah bermesyuarat
dan menetapkan langkah-langkah untuk melaksanakan program ini. Analisis
SWOT dilakukan bagi menilai keperluan program.

48
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 3.1: Paparan analisis SWOT yang telah dilaksanakan bagi


menilai keperluan pelaksanaan program

ii. Guru dan AKP akan memasukkan data ke dalam SSDM sepanjang program
berlangsung. Semua aktiviti atau amalan baik yang dilakukan oleh murid
dimasukkan ke dalam SSDM oleh guru yang terlibat. Guru-guru telah diberi
taklimat tentang tatacara yang betul untuk memasukkan data dan sentiasa
diberi galakan untuk merekodkan data amalan baik ini.

Rajah 3.2: Paparan muka depan laman SSDM

iii. Pada hujung bulan, data yang direkodkan sepanjang bulan tersebut akan
dimuat turun daripada SSDM oleh guru disiplin. Data ini dimuat turun dalam
bentuk fail excel. Data ini tidak boleh terus dipaparkan kerana ia tidak
tersusun dan terlalu panjang untuk dipaparkan kepada murid.

49
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 3.3: Paparan langkah memuat turun data daripada SSDM

iv. Guru disiplin akan menganalisis data dan mempersembahkannya ke dalam


bentuk yang lebih ringkas. Hanya maklumat yang perlu sahaja dipaparkan
untuk tatapan murid. Ia disusun dalam tertib menaik mengikut jumlah amalan
baik. Murid yang mempunyai amalan terbaik yang terbanyak akan berada di
atas. Ini penting supaya murid boleh terus membandingkan pencapaian
mereka dengan murid yang lebih baik catatan amalan baiknya.

Rajah 3.4: Paparan data yang dimuat turun daripada sistem

50
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Rajah 3.5: Paparan data yang telah disusun dan diringkaskan

v. Data amalan baik dipamerkan di papan kenyataan unit disiplin sekolah. Papan
ini diletakkan di laluan strategik yang sering dilalui oleh murid.

Rajah 3.6: Paparan Laporan Amalan Baik yang ditampal di papan kenyataan

51
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

vi. Perjalanan program dipantau sepanjang masa oleh Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berpandukan kepada carta Gantt yang
telah disediakan.

Rajah 3.7: Paparan Carta Gannt untuk pelaksanaan program

vii. Beberapa penambah baikan dilaksanakan sepanjang program bagi


memaksimakan impak program ini kepada murid. Antara penambahbaikan
yang dilakukan ialah:
a. Inisiatif ini dipromosikan secara lisan pada perhimpunan pagi murid-
murid.
b. Murid-murid yang mendapat tiga tempat teratas diumumkan dalam
perhimpunan pagi murid.
c. Peringatan untuk guru bagi memasukkan data dijalankan setiap minggu
secara lisan dan menggunakan medium whatsapp.

4.0 IMPAK PROJEK

Setelah dilaksanakan setakat ini, program ini dilihat dapat mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Murid-murid dilihat sangat teruja menanti senarai baru yang
dikeluarkan. Mereka boleh membandingkan jumlah amalan baik dengan rakan
mereka dan ini secara tidak langsung mewujudkan satu persaingan yang sihat di
kalangan murid. Murid juga semakin berpengetahuan tentang amalan-amalan baik
yang boleh direkodkan dalam SSDM. Mereka sentiasa bertanya kepada guru

52
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

berkenaan dengan amalan baik yang boleh mereka lakukan supaya dapat direkod ke
dalam sistem. Berdasarkan kepada tiga bulan pelaksanaan setakat laporan ini ditulis,
murid yang menduduki tempat teratas carta amalan baik sentiasa berubah dan setiap
bulan sentiasa ada amalan baik yang direkodkan. Ia membuktikan pihak guru dan
murid sentiasa cakna terhadap SSDM ini. Ia juga secara tidak langsung memastikan
semua pihak yang terlibat sentiasa berwaspada dan menjadikan SSDM SK
Kemuning sentiasa aktif sepanjang tahun dan tidak tertumpu pada bulan-bulan
tertentu sahaja. Jumlah amalan baik yang direkodkan sepanjang empat bulan bermula
Mac hingga Jun menunjukkan peningkatan yang baik seperti yang ditunjukkan dalam
graf di bawah.

Rajah 4.1: Graf jumlah amalan baik yang direkodkan dalam SSDM
di SK Kemuning

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Selain secara bercetak, pihak sekolah juga boleh memaparkan amalan baik
ini secara digital. Sistem yang memungkinkan perkara ini boleh diteroka dan
dibangunkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan kecapaian murid kepada
maklumat ini. Selain itu, satu sistem pemberitahuan kepada ibu bapa juga boleh
dibangunkan supaya ibu bapa juga ambil peduli sahsiah anak mereka di sekolah.
Semua ini boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kerjasama daripada semua pihak
terutama sekali pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ia boleh menjadi salah
satu program PIBG di bawah sarana sekolah.

53
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

6.0 RUMUSAN

Program yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Ia


merupakan satu program yang baik untuk mewujudkan kesedaran kepada semua
warga sekolah tentang kepentingan disiplin dan sahsiah. Program ini tidak
memerlukan kos yang tinggi dan mudah untuk dilaksanakan tetapi memberi impak
yang besar kepada warga sekolah. Ia membantu mewujudkan iklim yang positif
kepada SK Kemuning dan diharapkan ia dapat menjadi lebih baik pada masa yang
akan datang.

7.0 RUJUKAN

Bostan, C. M., Stanciu, T., & Andronic, R.-L. (2021). The Moderation Role of Being
Valued by Teachers Over the Association Between School Children
Motivation and Need for Competition. SAGE Journals, 11(3),
215824402110441. https://doi.org/10.1177/21582440211044179
Christensen, S. (2014). Healthy competition and unsound comparison: reforming
educational competition in Singapore. Globalisation, Societies and
Education, 13(4), 553–573. https://doi.org/10.1080/14767724.2014.979769
Etum, S., Mydin, A.-A., & Abdullah, A. G. K. (2021). Pengaruh Pengurusan Disiplin
Sekolah, Tingkah Laku Buli Murid dan Estim Kendiri Murid Terhadap
Kualiti Kehidupan Murid: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 303–312.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1111
Mohamad Juol, P., & Mustaffa, R. (2014). Didiklah dari Hati. Telaga Biru Sdn. Bhd.

54
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

PENINGKATAN AMALAN BAIK DISIPLIN MURID DI KELAS


MELALUI HOMEWORK REWARD CHART

Nurul Shahida Daud1, Mohd Jamil Ahmad2, Nor Ezah Mohammad3


1
SK Pengkalan Balak, 2SK Kem Gerak Khas, 3PPD Melaka Tengah
1
g-42002662@moe-dl.edu.my, 2g-69119008@moe-dl.edu.my,
3
ppd-m020-cm36@moe-dl.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah keberkesanan penggunaan carta
ganjaran oleh guru matapelajaran untuk membantu meningkatkan prestasi disiplin murid-
murid di kelas di samping membantu dalam peningkatan peratus kehadiran di kalangan
murid-murid di SK Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Seramai 41 orang murid
daripada Kelas Tahun 5 Ibnu Sina (5 IBS) telah dipilih untuk terlibat dengan projek amalan
baik iaitu Homework Reward Chart ini. Hasil kajian mendapati dengan memberi ganjaran
dan penghargaan kepada murid seperti sticker untuk ditampal pada Homework Reward
Chart kepada murid-murid oleh guru matapelajaran merupakan faktor utama yang
mendorong peningkatan disiplin dan sahsiah yang tinggi di kalangan murid-murid di dalam
kelas. Selain faktor memberi penghargaan, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong
terhadap peningkatan disiplin murid di kelas ini ialah semangat belajar daripada murid itu
sendiri, diikuti dengan dorongan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan guru
matapelajaran di sekolah. Hasil kajian juga mencadangkan beberapa langkah perlu diambil
oleh kesemua pihak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan dalam
usaha meningkatkan amalan baik disiplin murid –murid di sekolah.

Kata Kunci: penghargaan, reward chart, disiplin, amalan baik

1.0 PENGENALAN

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan tujuan pendidikan di Malaysia


adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu

55
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Maka disiplin telah menjadi salah satu
agenda penting dalam mencapai hasrat tersebut.

Dalam sesebuah institusi persekolahan disiplin memainkan peranan penting


dalam pembentukan sahsiah murid. Kamus Dewan memberi definisi bahawa disiplin
sebagai satu latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan
patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih sesorang supaya
berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, hukuman atau denda
kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Bilik darjah ialah bilik-bilik di
sekolah di mana sekumpulan murid mengikuti belajar sesuatu mata pelajaran yang
diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata
merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi merangkumi
murid-murid dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama
lain di dalamnya.

Kebanyakkan masalah disiplin sebenarnya bermula di bilik darjah. Antara


contoh masalah disiplin yang kerap berlaku di bilik darjah ialah tidak siap
kerja sekolah, ponteng, bising, tidak hormat kepada guru dan sebagainya.
Tanggungjawab guru adalah satu skop yang amat luas kerana tugas seorang guru di
sekolah tidak terhenti dengan mengajar dan menyemak buku latihan mereka sahaja.
Kita sering mendengar bahawa murid membuat bising di kelas semasa ketiadaan
guru. Dalam situasi sebegini ia jelas menunjukkan bahawa ketiadaan guru atau boleh
dikatakan sebagai kegagalan guru yang tidak berada di bilik darjah telah membawa
kepada masalah disiplin. Oleh itu seorang guru harus melaksanakan segala tugas
sebagai seorang guru yang diamanahkan kepadanya.

Antara strategi dalam membina hubungan guru dan murid ialah menanam
semangat cintakan kelas, mengaagihkan tanggungjawab bersama, menetapkan
jangkaan yang realistik, menunjukkan keperihatinan dan memasukkan unsur
kecindan semasa pengajaran di kelas. Apabila seseorang guru sudah mula
menunjukkan rasa keprihatinan terhadap setiap anak muridnya maka hubungan
mudah dijalin diantara kedua-dua pihak.

56
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Guru adalah perantara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran


dan dalam pengendalian bilik darjah. Guru merupakan perantara langsung antara
murid dan kehendak sekolah. Guru juga adalah pihak di mana anak-anak meluangkan
masa yang terbanyak selepas ibu bapa di rumah. Oleh itu dengan adanya hubungan
yang erat serta sihat di antara guru dan murid maka ia akan menjadi lebih mudah bagi
seseorang guru untuk mengenalpasti sesuatu masalah yang dihadapi oleh seorang
murid. Maka dengan ini terdapat pelbagai cara untuk memupuk hubungan yang baik
dengan murid-murid antaranya melalui komunikasi dan interaksi berkesan.

Tahap disiplin di kalangan murid boleh dipertingkatkan melalui sifat


penyayang seorang guru. Selain menjadi penyayang guru haruslah bersifat humor.
Jika seorang guru bersifat penyayang, mesra dan mengambil berat terhadap anak-
anak murid maka secara langsung murid-murid juga akan lebih rapat dengan guru.
Apabila wujudnya hubungan yang erat di antara guru dan murid, murid akan sentiasa
mematuhi segala arahan guru tersebut.

Selain itu, hubungan itu juga membolehkan seorang murid mudah


berkomunikasi dengan guru. Maka dengan ini mereka akan suka belajar dalam kelas
yang diajar oleh guru tersebut, berusaha untuk menyiapkan semua kerja sekolah yang
diberikan oleh guru serta rasa teruja untuk datang ke sekolah pada setiap hari.
Melalui hubungan yang baik juga, seseorang guru secara mudah akan mendapat
kerjasama daripada murid maka ia akan menjadi lebih mudah untuk mengawal
suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Selain itu, hubungan guru dan murid yang baik juga akan meningkatkan iklim
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di dalam kelas dan menjurus kepada
peningkatan pencapaian akademik dan disiplin tingkah laku. Maka jelas bahawa
perubahan tersebut akan membawa kepada perubahan positif dalam sebarang tingkah
laku negatif di kalangan murid yang membawa kepada masalah disiplin.

57
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

2.0 ISU/ RASIONAL

Amalan baik ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan


penggunaan carta ganjaran iaitu homework reward chart terhadap semua murid di
sekolah. Responden kajian melibatkan murid di SK Pengkalan Balak yang terdiri
daripada 41 orang murid Tahun 5 IBS (Ibnu Sina) menggunakan carta ganjaran
sebagai alat pengukur. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu melalui pemerhatian,
antara isu yang berlaku di dapati kebanyakkan murid-murid di kelas kurang menitik
beratkan disiplin diri sendiri seperti:
i. Tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru matapelajaran
ii. Kerja sekolah yang dibuat tidak kemas
iii. Lambat menghantar kerja rumah atau tugasan
iv. Tidak menepati masa yang telah ditetapkan oleh guru matapelajaran
v. Penurunan dalam peratus kehadiran bulanan melalui APDM

Pengumpulan maklumat murid yang terlibat diperolehi daripada guru kelas,


guru matapelajaran serta unit disiplin. Hasil perbincangan bersama antara tindakan
awal yang diambil adalah dengan mewujudkan satu program amalan baik iaitu
Homework Reward Chart iaitu dengan memberi ganjaran iaitu sticker sebagai
penghargaan kepada murid-murid yang memenuhi kritetia atau syarat yang telah
ditetapkan oleh guru matapelajaran.

Berikut merupakan matlamat dan objektif yang perlu dicapai antaranya:


i. Memastikan 41 orang murid menyiapkan semua kerja sekolah yang diberi
oleh guru matapelajaran
ii. Memastikan 41 orang murid membuat kerja sekolah dengan kemas dan bersih
iii. Memastikan 41 orang murid menghantar kerja sekolah tepat pada masanya
iv. Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid 5 IBS ke sekolah pada setiap
hari

Murid yang mempunyai sticker terbanyak akan menerima Sijil Murid


Bersahsiah Tinggi pada hujung tahun nanti. Hasil kajian mendapati terdapat
perubahan pada sikap murid dan 100% murid memainkan peranan untuk mengutip
jumlah sticker yang banyak dan bertangungjawab atas penolakan sticker.

58
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.0 PELAKSANAAN PROJEK


3.1 Perancangan Projek Amalan Baik

Rajah 3.1: Carta Alir Proses Kerja Perancangan Pelaksanaan Amalan Baik

Analisis SWOT Amalan Baik


Kekuatan (Strength–S) Kelemahan (Weakness-W)
S1 - kerja berpasukan dalam organisasi W1 – ramai guru tidak yakin
S2 - suasana persekitaran sekolah yang mengendalikan kes disiplin murid
selamat W2 – ibu bapa kurang prihatin kepada
S3 – 80% murid tinggal berhampiran perkembangan pelajaran anak mereka
dengan sekolah W3 – murid terlibat aktif dengan aktiviti
sukan atau aktiviti luar bilik darjah
Peluang (Opportunities –O ) Cabaran/ Ancaman (Treat- T)
O1- hubungan dua hala yang baik antara T1 – ibu bapa suka membawa anak
ibu bapa/ penjaga dengan sekolah keluar di waktu PDPC atau bercuti atau
O2 – kerjasama yang baik antara sekolah untuk urusan keluarga pada hari sekolah
dengan pihak PIBG bagi menangani isu- T2 – masih terdapat ramai ibu bapa yang
isu disiplin tidak ambil peduli berkaitan pelajaran
O3 – hubungan yang baik dengan pihak anak-anak
PDRM iaitu pegawai perhubungan T3 – gejala tidak sihat dari murid kelas
sekolah untuk menangani isu disiplin lain atau rakan kelas lain mempengaruhi
murid sikap dan disiplin murid

Rajah 3.2: Analisis SWOT Bagi Perancangan Pelaksanaan Amalan Baik

59
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.2 Pelaksanaan Projek Amalan Baik

Rajah 3.3: Carta Alir Senarai Proses Kerja Pelaksanaan Amalan Baik

3.2.1 Strategi Pelaksanaan

i. Pertandingan Mengumpul Sticker

Setiap kali murid menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh


guru akan mendapat sticker motivasi untuk di tampal di kertas
masing-masing dan di tampal di kelas.

Rajah 3.4: Paparan Homework Reward Chart yang digunakan oleh Guru
Matapelajaran semasa di kelas.

60
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.3 Penyemakan Projek Amalan Baik

Kaedah yang digunakan oleh guru untuk membuat pemantauan bagi projek
amalan baik ini ialah dengan menggunakan carta gant projek serta jadual pemantauan
murid yang menghantar kerja rumah yang lengkap pada masa yang telah ditetapkan.

Rajah 3.5: Jadual Penghantaran Kerja Rumah Murid 5 IBS

Proses Kerja Januari Februari Mac April Mei Jun Julai

Swot Analisis

Kertas Kerja

Pembentangan

Agihan Tugas

Pelaksanaan
Amalan baik
Post mortem
Projek
Penialaian
Projek

Rajah 3.6: Carta Gant Proses Pelaksanaan Projek Amalan Baik

61
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

3.4 Penilaian Projek Amalan Baik


Sebelum Projek Amalan Baik Selepas Projek Amalan Baik

Bilangan murid Bilangan murid


yang Perlaksanaan yang
melengkapkan Homework Reward melengkapkan
tugasan: Chart tugasan:
5 41

Rajah 3.7: Paparan Perubahan Bilangan Murid Yang Melengkapkan Tugasan


Dan Kerja Rumah Selepas Pelaksanaan Projek Amalan Baik

Graf Impak Program Amalan Baik Homework Reward Chat Terhadap


Peratus Kehadiran Bulanan Kelas Tahun 5IBS Tahun 2022
100 94.34 95.61
92.25
88.58
90

80

70

60

50

40

30

20

10
Mac April Mei Jun

Mac April Mei Jun

Rajah 3.8: Graf Pencapaian Peratus Kehadiran Kelas Tahun 5 IBS Selepas
Projek Amalan Baik

62
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Penggunaan ganjaran sebagai peneguhan dalam pembelajaran adalah satu isu


yang sememangnya dibincangkan dari perspektif sains kelakuan dan perspektif
Islam. Kedua-dua perspektif ini telah mengakui bahawa pemberian ganjaran sebagai
satu bentuk rangsangan mampu untuk memberikan motivasi dan mengukuhkan
sesuatu perilaku seseorang sekiranya ia dilazimi. Ahli psikologi seperti Thorndike
dan Skinner telah mengetengahkan teori pembelajaran berkaitan penggunaan
ganjaran atau peneguhan sebagai rujukan utama yang diguna pakai dalam pendidikan
di Malaysia kini. Behaviourisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku
manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Mereka mengakui bahawa
aktiviti pemberian ganjaran berbentuk pujian, pemberian hadiah, leteran, teguran dan
dendaan dalam proses pembelajaran ini melibatkan rangsangan deria dan emosi
secara tidak langsung. Sebagai contoh, seorang budak bernama Albert telah dijadikan
bahan kajian untuk menunjukkan bahawa Albert yang asalnya tidak takut kepada
tikus, berubah menjadi takut dan menangis setelah bunyi (peneguhan) kuat yang
menakutkan disertakan setiap kali tikus diberikan kepadanya.

4.0 IMPAK PROJEK

MURID

PIHAK
GURU
SWASTA

IBU
BAPA

Rajah 5.1: Gambar rajah secara carta pihak yang berkaitan dalam kejayaan
pelaksanaan Projek Amalan Baik

63
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

Keberhasilan projek amalan baik ini dapat dilihat bagaimana saling


kebergantungan antara pihak terlibat seperti murid, guru, ibu bapa dan kerjasama
pihak swasta dan badan bukan kerajaan dalam meningkatkan disiplin murid-murid
di kelas.

4.1 Penglibatan Murid Secara Menyeluruh

100% sasaran murid (5 IBS) memainkan peranan untuk mengutip jumlah


sticker yang banyak dan bertanggungjawab atas penolakan sticker.

4.2 Penglibatan Guru Secara Kolektif Dalam Menilai

100% guru memainkan peranan dalam memantau dan memastikan disiplin


serta sahsiah anak murid terjaga.

4.3 Kerjasama & Sokongan Baik Ibu Bapa

85% Ibu Bapa murid Tahun 5 IBS terlibat dalam program ini menjadi batu
loncatan untuk kerjasama ibu bapa dalam program lain.

4.4 Kerjasama Pihak Swasta & Badan Bukan Kerajaan

Kerjasama daripada Pihak Swasta dalam program sekolah lain dapat


dijadikan peluang untuk menambahbaik program Homework Reward Chart.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan hasil kajian ini, dapat di rumuskan bahawa pendekatan yang


digunakan sangat berhasil untuk mengubah sikap murid yang negatif kepada lebih
positif. Ini membuktikan bahawa memberi ganjaran seperti pujian dan sticker
merupakan salah satu teknik yang mampu memberikan kesan dan memberi motivasi
kepada murid sekiranya ia dilaksanakan sesuai dengan masalah yang hendak
diselesaikan. Hal ini selari dengan pendapat Shapiro dan Goldberg (1986) dan Anna

64
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

McLauhglin (2007) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah token ekonomi


berkesan untuk meningkatkan tingkah laku positif murid. Jesteru itu, sekiranya guru
telah mengetahui perkara yang diminati oleh seseorang murid, maka ia mudah
memberikan idea sebagai satu peneguhan positif untuk memperbaiki kelemahan
tingkah laku murid dan menimbulkan keinginan yang tinggi dalam diri murid untuk
mendapatkan hadiah atau mengumpul sticker sebagai peransang bertingkah laku
positif. Maka, tidak menjadi kesalahan kepada seorang guru untuk menggunakan
cara tersebut sebagai jalan penyelesaian kepada sikap murid di kelas yang negatif.

Melalui kajian ini juga dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau
masalah yang dihadapi oleh murid dan seterusnya dapat mengetahui di manakah
kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Dalam membendung
masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya daya kepepimpinan seseorang
guru yang berkesan ‘can make a difference’. Allah S.W.T telah berfirman dalam
surah Ali Imran: 145, 148, dan An- Nisa: 134 bermaksud dalam pendidikan Islam,
pemberian ganjaran yang baik terhadap tingkah laku baik dari anak didik merupakan
sesuatu nilai yang murni. Sehubungan dengan itu, ganjaran yang berbeza boleh
diberikan bergantung kepada seseorang individu itu. Pada masa akan datang kajian
ini boleh diperhalusi dengan memanjangkan tempoh masa pelaksanaan Homework
Reward Chart ini agar dapat mengekalkan tingkah laku positif menjadi perkara rutin
yang berkekalan secara konsisten. Selain itu, pemberian ganjaran seperti sticker ini
boleh diaplikasikan juga terhadap murid kelas Pendidikan Khas serta murid Pra-
Sekolah dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan penguasaan serta prestasi
akademik serta peratus kehadiran di sekolah.

Antara cadangan penambahbaikan lain yang boleh dibuat ialah:


i. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa
mengajar di kelas.
ii. Profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan
menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang.
iii. Pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi
oleh murid dan guru.
iv. Keceriaan kelas perlu ditingkatkan bagi menarik minat murid untuk berada
di kelas sepanjang PDPC berjalan.

65
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

6.0 RUMUSAN

Pelaksanaan Projek Amalan Baik Homework Reward Chart ini adalah salah
satu amalan positif dan sebagai penambahbaikkan guru terhadap pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kekuatan dan kelemahan perlu diambil kira dalam
setiap tindakan yang dijalankan. Guru-guru perlu mengambil inisiatif dan mencari
jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid di kelas agar ia
tidak berulang. Ia juga sekaligus memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah tidak terganggu dengan tingkah laku yang di lakukan oleh murid. Kaedah
pemberian ganjaran seperti pemberian sticker motivasi kepada murid dan pujian ini
telah berjaya mencapai objektifnya iaitu murid berjaya menyiapkan kerja sekolah
yang diberikan oleh guru matapelajaran, kerja sekolah yang dibuat kemas dan bersih,
murid cepat menghantar kerja rumah atau tugasan kepada guru, menepati masa
penghantaran kerja rumah yang telah ditetapkan oleh guru matapelajaran serta
terdapat peningkatan dalam peratus kehadiran murid setiap bulan. Selain itu antara
kelebihan lain yang berjaya diperolehi sepanjang pelaksanaan projek amalan baik
Homework Reward Chart ini membantu meningkatkan keberkesanan kawalan kelas
dan meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan di dalam kelas malah memberikan impak yang positif.

Ganjaran seperti sticker motivasi yang diberikan ini menjadi satu motivasi
yang boleh mengawal tindakan murid untuk berkelakuan lebih baik dan positif serta
konsisten secara berterusan. Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan
hasil projek amalan baik ini dan mengharapkan agar ianya dapat dijadikan panduan
dan sumber rujukan kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya pihak sekolah.

66
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

7.0 RUJUKAN

Abu Bakar, Z. (2014). Psikologi Pendidikan. Partridge Publishing Singapore.


Aksah, R., & Ong, Y. J. (2005). Belajar cara belajar / selenggaraan. Karya Bestari.
Awang, A. (1986). Teori-teori pembelajaran. Fajar Bakti.
Katman, Z., Yasin, M., & Tahar, M. M. (2016). Penggunaan Peneguhan Positif:
Pujian dan Token Ekonomi untuk Modifikasi Tingkahlaku Murid Pendidikan
Khas “Slow Learner.” Prosiding Seminar Modifikasi Tingkah Laku
Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor, 1.
https://www.researchgate.net/publication/311105655_Penggunaan_Peneguh
an_Positif_Pujian_dan_Token_Ekonomi_untuk_Modifikasi_Tingkahlaku_
Murid_Pendidikan_Khas_’Slow_Learner’
Mohamad, B., & Hashim, I. (2010). Teori & amalan kaunseling. PTS Professional.
Mursyidi, W. (2020). Kajian Teori Belajar Behaviorisme Dan Desain Instruksional.
Almarhalah | Jurnal Pendidikan Islam, 3(1), 33–38.
https://doi.org/10.38153/alm.v3i1.30

67
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

68
KOLEKSI AMALAN TERBAIK EDISI 2023

69

You might also like