You are on page 1of 5

TEKS EMCEE

SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KEMERDEKAAN

PERGERAKAN PENGACARA MAJLIS CATATAN


Pergerakan Para guru dan pelajar diminta mengambil tempat
masuk masing-masing. Majlis akan bermula sebentar
sahaja lagi.
Ucapan aluan Sirih berlipat sirih pinang,
pengerusi majlis Sirih junjung buat hantaran,
Muhajirin Ansar eratkan persaudaraan,
Maal Hijrah kita raikan.

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
65 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Yang Berusaha, Tuan Pengetua Madrasah Moden


Terengganu Hulu Terengganu, Ustaz Mohd Nasir
bin Tahir,

Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah,


Ustaz Yusuf Hilmi bin A. Rahim @ Ibrahim,
Penolong Kana Pentadbiran,

Ustazah Nor Azliyani binti Mohd Aziz,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Mohd Rosmawi bin Mohd Idris,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru dan para pelajar sekalian…

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran


dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat-Nya, kita diberi kesempatan untuk sederap
melangkah bersama menyambut Sambutan Maal
Hijrah dan Kemerdekaan bagi tahun 2022 ini.

Bacaan doa Menyinsing lengan si anak watan,


sanggup berjuang hingga kemati;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Semoga majlis sentiasa di rahmati.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini,


TEKS EMCEE
SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KEMERDEKAAN
dipersilakan al fadzil Ustaz Mohd Hakimi bin
Rusdi untuk mengetuai bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------------------------------------------------
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita
berlangsung dengan jayanya hingga usai segala-
galanya.

Nyanyian lagu Bagi memulakan majlis, Semua hadirin diminta


berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu Merdeka.
Diminta semua bersiap sedia

Deklamasi sajak Meneruskan kelansungan acara, majlis


mempersilakan pula pemenang bagi pertandingan
mencipta sajak untuk mendeklamasikan sajak
ciptaan beliau. Dipersilakan.

----------
Wah! Indah sungguh bait kata puitis dalam sajak
tadi. Tahniah diucapkan.

Persembahan Terbang tinggi si burung helang,


nasyid pelajar Berkicau kenari sambil berterbangan;
Murid cemerlang madrasah terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Kini kita nikmati pula persembahan nasyid


daripada para pelajar. Dipersilakan.
-------------------
Lunak merdu sungguh alunan nasyid. Terima
kasih di atas persembahan tersebut.
Tayangan video Seterusnya, acara dilangsungkan dengan halwa
mata seterusnya iaitu tayangan video yang telah
dirakamkan sepanjang ambang Sambutan Maal
Hijrah dan Kemerdekaan bagi tahun ini.
………….
Cerah benar mata, menyaksikan gelagat dan
kerenah warga madrasah yang mencuit hati di
dalam tayangan sebentar tadi.
Ucapan Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
TEKS EMCEE
SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KEMERDEKAAN
perasmian Musuh datang habis dibasmi;
penutup Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Ustaz Mohd Nasir binTahir,
pengetua Madrasah Moden Terengganu Hulu
Terengganu untuk menyampaikan ucapan dan
perasmian penutup bagi Sambutan Maal Hijrah
dan Kemerdekaan bagi tahun 2022 ini.
Dipersilakan.
-----------
Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Tuan
Pengetua atas ucapan yang dititipkan dan sudi
merasmikan penutupan Sambutan Maal Hijrah dan
Kemerdekaan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian.


hadiah
Tak akan megah empayar Melaka.
Tanpa kelibat, laksamana Hang Tuah
Kita redakan debar seketika
Dengan upacara penyampaian hadiah.

Berikut akan disempurnakan majlis penyampaian


hadiah untuk acara Sajak, Poster, Kuiz serta
Sepanduk dan Perarakan.
Untuk menyempurnakan majlis, dengan segala
hormatnya dipersilakan, Tuan Pengetua, Ustaz
Mohd Nasir bin Tahir diiringi Oenolong Kanan
Pentadbiran, Ustaz Yusuf Hilmi bin Arahim @
Ibrahim unruk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara Mencipta Sajak, Pemenang


tempat ketiga ialah, …
tempat kedua dimenangi oleh, …
manakala, juara digapai oleh, …

Seterusnya, bagi pertandingan MELUKIS


POSTER, pemenang tempat ketiga ialah..,
Tempat kedua dimenangi oleh, … manakala
JUARA disandang oleh …
TEKS EMCEE
SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KEMERDEKAAN
Seterusnya, bagi acara Kuiz, pemenang tempat
ketiga ialah..,
Tempat kedua dimenangi oleh, … manakala
JUARA disandang oleh …

Bagi Pertandingan Mencipta Sepanduk dan


Perarakan, tempat keempat dimenangi oleh Rumah

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Rumah…
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu,
JOHAN bagi Pertandingan Mencipta Sepanduk
dan Perarakan jatuh kepada Rumah …
Ini menjadikan Rumah … merangkul Naib Johan
dalam Pertandingan ini.

Tahniah, tahniah, dan tahniah kepada semua


pemenang, dan sekalung terima kasih kepada Tuan
Pengetua kerana sudi meyampaikan hadiah.

Sesi bergambar Mengakhiri acara penutup Sambutan Maal Hijrah


dan Kemerdekaan kali ini, marilah sama-sama kita
laungkan kata keramat Merdeka sebanyak 7 kali
dengan diketuai oleh Tuan Pengetua kita.

MERDEKA! 7X
Terima kasih TUAN PENGETUA.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Wabillahi Taufik Walhidayah.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sebagai kenangan indah yang terlipat dalam


memori kita, majlis menjemput semua barisan
kepimpinan madrasah, guru dan warga dewan
untuk sesi mengambil gambar.

Majlis bersurai Guru-guru dan kakitangan dijemput untuk makan


tengahari.
TEKS EMCEE
SAMBUTAN MAAL HIJRAH & KEMERDEKAAN

 
                                              

You might also like