You are on page 1of 2

TEKS SYARAHAN “Perpaduan ”

1. Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, guru-guru, rakan-rakan
pidato, seterusnya warga dewan yang dihormati. Salam perpaduan, salam
muhibbah, dan salam sejahtera saya ucapkan. “Perpaduan ” inilah tajuk syarahan
saya pada hari ini.

Hadirin yang dihormati,

2. Sebelum saya meneruskan bicara, moleklah saya memberi pengertian


kepada maksud tajuk syarahan saya terlebih dahulu. Perpaduan merujuk kepada
satu bentuk penyatuan pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang, agama,
budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional.

Pengerusi majlis yang dihormati,

“Perpaduan Menyatukan Kaum”

3. Perbezaan latar belakang antara kaum tidak menghalang pemupukan


muhibbah demi perpaduan rakyat. Bak kata pepatah “bersatu teguh bercerai
roboh”. Moto jata negara iaitu bersekutu bertambah mutu eloknya dihayati
bersama. Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang
pernah melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Sejak merdeka
sehinggalah ke hari ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan
mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Antaranya ialah pelaksanaan Hari Sukan Negara di semua peringkat institusi
kerajaan dan swasta mampu menyemai semangat perpaduan kaum.
Pengerusi yang dihormati,
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”

5. Perpaduan bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara


kita, malahan merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara.
Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua.
Justeru, dengan wujudnya perpaduan dalam negara yang aman damai, kita
mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Sudah banyak kejayaan yang
dicapai Malaysia dalam pelbagai bidang.

Hadirin yang dihormati,

6. Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan


perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.
Negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Sejarah telah membuktikan
bahawa tanpa perpaduan negara akan menemui kehancuran. Maka itu, kita harus
sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam harmoni.

Hadirin sekalian,

7. Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita tunggu?
Mari, marilah kita bersatu hidup dalam perpaduan dan muhibah demi keutuhan
negara tercinta.

Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun;

Datang belayar kapal dari Arakan,


Singgah berlabuh di tepi muara;
Perpaduan dan muhibah mari
amalkan, Rakyat bahagia negara
sejahtera.

Sekian terima kasih

You might also like