You are on page 1of 2

LAMPIRAN A

YB Senallang
1.Bertanya kepada kerajaan negeri, difahamkan telah meng
issue license mineral mining lebih daripada 20. kenyataan
akhbar “Fortress mineral to command activity to sabah
consection area that fortress mineral” yang dimiliki oleh
syarikat singapura di kawasan tongod , pedalaman telupid.
2.Apakah asas kerajaan negeri memberi hak konsensi kepada
syarikat singapura ini. Kenapa tidak bagi dengan syarikat
sabah atau bagi kepada syarikat yang berasal dari negara
malaysia.

JAWAPAN:

Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri telah mengeluarkan lesen
penerokaan(lesen mencari gali) kepada syarikat Saga
Mineral Sdn Bhd. ( syarikat tempatan) di Daerah Telupid
untuk meneroka bahan mineral tembaga.

Untuk Daerah Tongod pula, lesen mencarigali diberikan


kepada Syarikat Kencana Primary Sdn. Bhd (syarikat
tempatan) untuk meneroka bahan mineral nikel, tembaga
dan kobalt.

1
Kedua-dua Syarikat Saga Mineral mempunyai usaha kerja
sama dengan syarikat dari Singapura iaitu Fortress
Minerals Group. Fortress Minerals Group melalui anak
syarikat milik penuhnya memegang saham sebanyak 65%
dalam Syarikat Saga Mineral Sdn Bhd dan 51% dalam
Syarikat Kenchana Primary Sdn Bhd.

Fortress Minerals Group adalah sebuah syarikat yang


menjalankan kerja ekplorasi, melombong mineral dan
mengekspot mineral di Semenanjung Malaysia. Syarikat ini
merupakan pengeluar utama konsentrat bijih besi berkualiti
tinggi yang dilombong di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Konsentrat bijih besi ini dijual untuk kegunaan tempatan
dan juga diekspot ke China. Syarikat ini juga mempunyai
lombong tembaga di Mengapur, Pahang.

Syarikat Fortress Mining Ltd yang tersenarai dalam Bursa


Saham dan mempunyai pengalaman, teknologi dan
kedudukan kewangan yang kukuh untuk menjalankan
aktiviti perlombongan.

Sekian.

You might also like