You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1

SK BAWANG ASSAN SESI 2014

Tarikh: 25 Januari 2014


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Bawang Assan

Diumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG En. Marcathy Ak Gindau diiringi Guru Besar
SK Bawang Assan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
1.
Ketibaan Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan
jemputan iringan muzik.
dan ibu bapa
** Semua hadirin dipersilakan duduk.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
2.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Abdullah. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia
Yang Berbahagia, En. Marcathy Gindau, Yang Dipertua PIBG
Yang Berusaha, En. Nuah Ak Anssam, Guru Besar SK Bawang Assan
Guru-guru Penolong Kanan,
AJK PIBG SK Bawang Assan,
3.
Guru-guru,
Pembukaan /
Ibu Bapa,
Aluan
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi
dan Guru Penyayang Tahun 1 SK Bawang Assan bagi tahun 2014. Pihak sekolah
mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada
hari ini. Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya
program ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
4. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan Guru
Besar Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Nuah Ak Anssam selaku
Guru Besar SK Bawang Assan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
5.
Ucapan Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
Perasmian perasmian penutupan daripada Yang Berbahagia En. Marcathy Ak Gindau, Yang
Oleh YDP Dipertua SK Bawang Assan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
PIBG
**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian En. Marcathy Ak Gindau
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid Tahun Satu.

Persembahan 1: Sajak
Persembahan 2: Bacaan Buku Cerita
6. Persembahan 3: Nyanyian Bahasa Arab
Persembahan
Murid Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang Berbahagia En. Marcathy Ak Gindau ke


pentas untuk menyampaikan anugerah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta PTGP Thn 1.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Penguasaan Literasi Terbaik


Anugerah Penguasaan Numerasi Terbaik
Anugerah Murid Paling Kemas
7.
Penyampaian Anugerah Murid Paling Aktif
Hadiah Anugerah Kumpulan Paling Aktif

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta Minggu
Orientasi Prasekolah. ** Anugerah seterusnya ialah;
Anugerah Murid Paling Kemas - Perry Shanley Ak Danstan
Anugerah Murid Paling Menonjol Akademik - Frenycia Frander
Anugerah Murid Paling Berdikari - Cynthia Ak Andrew
Anugerah Murid Kreatif Melukis - Amielda Indung Ak George

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP En. Marcathy


Ak Gindau atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

8. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian lagu “The Fruits Song” oleh
Persembahan murid Tahun Satu. Dipersilakan.
Murid
** Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan hati sebentar tadi.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
9.
Andai terlanjur patah bicara,
Penutup &
Serendah hati kemaafan dipinta.
Jamuan
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan
Guru Penyayang Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, semua hadirin diminta berdiri untuk


menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.

Ibu bapa dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.


Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like