You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJK(T) CONVENT Kod Sekolah: NBD4069


1 SUBASHINY SUBRAMANIAM
Nama Guru
.
2 3. Bidang: PENGETAHUAN
Judul PENGURUS YANG BAIK
. PROFESIONAL
4 C.NORTHCOTE PARKINSON &
Nama penulis 5. Muka surat: 164
. M.K.RUSTOMJI
6
Tempat Pembentangan -
.
7 Sinopsis
. Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang berkesan ialah
pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai menjalin hubungan baik
dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang
baik .
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh mencungkil bakat setiap
pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan
seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang
pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.
8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran
. Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas pentadbiran dan
komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru adalah pemimpin,
pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin dalam organisasi sekolah. Setiap latihan dalam perkhidmatan yang
dijalankan di sekolah perlulah memenuhi keperluan guru meliputi aspek nilai professional, kemahiran, dan
pengetahuan. Pentadbir perlu mengetahui dan peka dengan apa yang diperlukan oleh guru untuk
pembangunanan professional mereka. Pentadbir sekolah seharusnya memberi peluang kepada guru untuk
menyatakan keperluan utama mereka dan hasilnya program latihan yang dilaksanakan akan memenuhi
keperluan mereka. Pihak pentadbiran sekolah, perlu peka dan prihatin terhadap keperluan pembangunan
kompetensi profesionalisme guru.
9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
. Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin yang berkesan sama
ada di dalam kelas atau dalam organisasi. Kepakaran fasilitator adalah merupakan salah satu aspek penting
bagi memastikan model latihan yang berkesan. Ciri-ciri penting bagi fasilitator ini termasuk mempunyai
kemahiran pengurusan konflik dan mampu menyakinkan para guru tentang perubahan pelbagai pemahaman
konsep. Fasilitator juga perlu mahir dalam penggunaan pendekatan dan kaedah latihan yang sesuai akan
memberi kesan yang baik kepada guru.
Latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan perlu menggunakan pendekatan pembelajaran aktif di
mana guru-guru menjana idea sendiri, bertukar pandangan dan idea,berkongsi pengetahuan serta pengalaman
mereka sepanjang sesi latihan. Pendekatan pembelajaran aktif dapat meningkatkan lagi keberkesanan sesuatu
latihan. kaedah latihan yang lebih aktif seperti main peranan, simulasi boleh menarik minat guru-guru
terutama guru yang berpengalaman.
Pentadbir merupakan orang yang paling berpengaruh dalam menguatkuasakan sesuatu program. Bagi
mencapai standard yang ditetapkan para pentadbir sekolah perlu merancang dan melaksanakan program
pembangunan profesionalisme, menilai keberkesanan program dan mengambil kira tindakan susulan
mengikut keperluan, mengambil kira perkembangan pendidikan dan perkhidmatan semasa secara
menyeluruh dan berterusan.
Salah satu ciri pembangunan profesionalisme yang berkesan ialah penglibatan guru secara berterusan
dalam pembelajaran professional. Justeru itu,seseorang guru yang profesional haruslah sentiasa berusaha
untuk mempertingkatkan tahap komitmen yang tinggi dalam perkhidmatan mereka kerana kerjaya perguruan
melibatkan pembinaan insan sebagai produk yang tidak dapat dinilai dengan materialisme duniawi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
( SUBASHINY SUBRAMANIAM ) ( )

You might also like