You are on page 1of 10

1.

Guru Sepanjang Waktu


Penulis: Solikhin Abu Izzuddin
Halaman : 320

Begitulah kekuatan guru, menginspirasi tanpa menggurui. Mereka adalah


lampu zaman yang menerangi hati dari kegelapan, menyinari jiwa dengan
keindahan, dan mewarnai kepribadian dengan kemuliaan. Hanya memberi
tak harap kembali; bagai sang surya menyinari dunia.

Guru sepanjang waktu harus terus kita hadirkan. Dan buku ini mencoba
menjadi salah satu inspirasinya. Dengannya, guru bisa menjadi sosok yang
kehadirannya dinantikan, nasihatnya didengarkan, kepergiannya ditangisi,
gagasannya dilanjutkan, diamnya menginspirasi, kata-katanya memotivasi,
dan keteladanannya menggerakkan aksi.

2. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Editor: Mohd Isha Awang & Nurulwahida Hj Azid @
Aziz, 2020 ISBN 978-967-2363-36-1, 156 hlm., RM30.00 Buku Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran ini mengandungi enam topik menyentuh pelbagai isu yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran. Kandungan buku ini mendedahkan pembaca daripada aspek
pembelajaran abad ke-21 yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran sehinggalah
kepada pentaksiran pembelajaran. Di samping itu juga, perbincangan aspek komunikasi dan
teknologi maklumat, kebimbangan dan strategi bermain turut dikupas dengan menarik.
Kandungan dan susunan yang digarap dengan bahasa yang mudah oleh penulis yang terdiri
daripada tenaga akademik berpengalaman di Universiti Utara Malaysia sesuai menjadi rujukan
kepada para pendidik dan bakal pendidik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi mahupun
institut pendidikan guru.

3. Pengajaran dan Pembelajaran dengan Teknologi Komputer Ahmad Jelani Shaari,


2011 ISBN 978-967-5311-73-4, 158 hlm., RM 35.00 Buku ini disasarkan kepada pelajar
bidang pendidikan, guru pelatih atau guru novis yang ingin mengenali teknologi
komputer dan fungsi dalam bidang pendidikan. Buku ini turut memperkenalkan konsep-
konsep asas penggunaan komputer dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Aplikasi-aplikasi dalam pengajaran berbantukan komputer dihuraikan dengan terperinci
agar pelajar dan guru mendapat kefahaman yang jelas. Teori-teori berkaitan integrasi
komputer dalam P&P juga dibincangkan. Internet serta aplikasi berkaitannya juga
diperjelaskan agar pelajar dan guru mendapat gambaran yang menyeluruh di samping
manfaat dan implikasi kepada P&P. Isu-isu utama berkaitan komputer dan pendidikan
dihuraikan secara ringkas untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan guru.
4. Kepemimpinan dan Pengurusan Sekolah Abad Ke-21 Editor: Farah Mohamad Zain,
Yahya Don & Yaakob Daud ISBN 978-967-2363-21-7, 178 hlm., RM35.00 Buku ini
menampilkan tujuh bab berkaitan dengan kepemimpinan sekolah dan pengurusan kualiti
sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai
bidang ilmu perlu dimiliki bagi menjayakan pelbagai polisi dan program khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemimpin sekolah perlu memiliki pelbagai kemahiran
dan gaya kepemimpinan bagi mengurus staf, guru dan pelajar yang kebanyakan mereka
adalah generasi Y dan generasi Z. Pemimpin sekolah perlu bijak untuk membuat
keputusan, menyusun strategi, dan berhemah dalam membentuk budaya korporat
sekolah. Semua elemen ini memerlukan pemimpin sekolah yang berketerampilan bagi
mengurus kualiti sekolah. Negara menaruh harapan yang tinggi kepada sekolah untuk
melahirkan insan cerdik pandai dan berakhlak mulia bagi menyediakan anak muda
meneruskan pendidikan di kolej dan di universiti seterusnya ke pasaran tenaga kerja
bagi membangunkan negara.

5. novasi dan Kreativiti Berteraskan Teknologi Editor: Ruzinoor Che Mat, 2020 ISBN
978-967-2210-93-1, 161 hlm., RM34.00 Buku ini menekankan prinsip kreativiti yang
merupakan salah satu daripada prinsip PCI-CTI. Dewasa ini, dengan berkembangnya
perubahan teknologi yang mendadak, prinsip kreativiti dilihat amat penting dalam
membantu produk-produk yang dihasilkan supaya lebih berdaya saing dan boleh
diterima pasaran. Sekiranya dalam produk yang dihasilkan tidak menekankan prinsip
kreativiti, maka sudah semestinya produk itu tidak akan mendapat sambutan dalam
kalangan pengguna. Keseluruhan kandungan buku ini membincangkan inovasi terbaru
yang melangkaui pelbagai horizon kreativiti termasuklah koswer pembelajaran,
komunikasi visual, teknologi pembujukan, permainan mudah alih, dan kedekatan
budaya. Dengan terbitnya buku ini, diharapkan dapat dijadikan panduan dan bahan
rujukan yang berguna pada setiap pembaca yang ingin memahami dengan lebih
mendalam tentang kreativiti dalam produk inovasi.

6. Psikologi Pengurusan Sekolah Penulis Yahya Don, Yaakob Daud, Siti Hajar
Mohamad Yusoff & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff | 2016 ISBN 978-967-0876-68-9 |
180 m/s | RM42.00 Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan.
Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di
Malaysia menjadi topik utama buku ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian
karakter kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan faktor
utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan budaya dan persekitaran
sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi
pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan
pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru. Hasil penyelidikan berkaitan
pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan psikologi
pengurusan yang diaplikasikan diharap dapat menjadi panduan kepada pemimpin dan
bakal pemimpin sekolah. Perkara ini penting bagi mendepani kepelbagaian karenah dan
masalah.
7. Cabaran Pengurusan Disiplin Sekolah Masa Kini Rahida Aini Mohd Ismail & Mohd Ismail
Othman, 2020 ISBN 978-967-2363-16-3, 173 hlm., RM35.00 Dewasa kini pengurusan disiplin
pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak
pengurusan sekolah khususnya guru dan kakitangan sekolah. Hal ini disebabkan perkembangan
teknologi maklumat (ICT) yang semakin pesat dan kewujudan dunia tanpa sempadan seterusnya
meningkatkan lagi cabaran dalam alam pendidikan. Dalam menempuh cabaran pengurusan
disiplin sekolah masa kini, pengetua, para guru, kakitangan sekolah, pihak berkepentingan
seperti Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG), ibu bapa, masyarakat, agensi-agensi kerajaan,
pertubuhan kerajaan (NGO) termasuklah para pelajar sendiri perlu memainkan peranan masing-
masing dalam usaha membentuk pelajar berdisiplin.

8. Kemiskinan: Isu Pendapatan dan Program Pembasmian Editor: Siti Hadijah Che Mat,
2015 ISBN 978-967-0474-97-7, 150 hlm., RM 40.00 Buku ini adalah hasil daripada
penyelidikan atau kajian sebenar yang telah dilakukan oleh para penulis dalam buku ini.
Koleksi karya ini membincangkan tentang isu dan masalah kemiskinan di Malaysia yang
masih berlarutan sehingga kini. Pelbagai program telah diwujudkan oleh kerajaan bagi
menangani masalah kemiskinan seperti Dasar Ekonomi Baru sehinggalah ke Model
Baru Ekonomi yang dilancarkan pada 2010. Tujuan semua dasar dan program yang
dilaksanakan adalah untuk membantu rakyat negara ini untuk memperoleh pendapatan
tinggi dan terus berkekalan tinggi.

9. Pendekatan Psikoanalitik dan Adlerian dalam Kaunseling Kelompok Mohd Norahim Mohamed
Sani & Muhammad Ajib Abd Razak, 2019 ISBN 978-967-2210-41-2, 156 hlm., RM35.00 Dalam
pendekatan kaunseling kelompok, teori dan teknik merupakan asas yang penting dalam
memantapkan dan memperkemaskan proses kaunseling kelompok supaya berjalan dalam
keadaan yang efektif, stabil dan seimbang. Kaunseling kelompok juga merupakan salah satu
bentuk perkhidmatan menolong dan tolong bantu setiap individu yang ingin mendapatkan
pertolongan dalam situasi secara bersama dan berkelompok. Kaunseling kelompok dapat
menjimatkan masa dan memberikan kelegaan kepada setiap ahli untuk mendapatkan perubahan
dan penyelesaian isu yang lebih awal secara bersama-sama. Melalui buku ini, para pembaca
dapat mempraktiskan pendekatan psikoanalitik dan Adlerian dengan lebih mudah semasa
mengendalikan kelompok. Perasaan takut, sukar dan kekeliruan dalam menggunakan
pendekatan tersebut sebelum ini dapat ditangkis sekiranya para pembaca dapat memahami
setiap konsep dan teknik yang dikupas secara komprehensif apabila memahami setiap proses
kelompok yang telah dibincangkan berdasarkan contoh-contoh kajian kes untuk rujukan
pembaca.

10. Tanyalah Kaunselor: Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat Noor Azniza
Ishak, 2018 ISBN 978-967-2210-14-6, 216 hlm., RM30.00 Seruan Tanyalah Kaunselor:
Himpunan Isu Kekeluargaan dan Masyarakat adalah panggilan khusus kepada semua
yang berkeluarga dan berada dalam masyarakat untuk tampil berkongsi isu dan
masalah yang melanda diri mereka serta keluarga mereka. Pengkongsian yang bijak
dan bermanfaat ini akan dapat membuka minda kita agar boleh melakarkan jalan
penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Apabila manusia dilanda masalah,
mereka seringkali buntu dan gagal berfikir secara rasional dalam mencari jalan keluar
bagi isu yang mereka hadapi. Kegagalan ini boleh membawa kepada perpecahan,
perpisahan, pergaduhan, perceraian serta sakit hati yang berpanjangan. Hasil daripada
komunikasi yang bijaksana dan terkawal dapat membuka minda setiap orang dari kita
serta mencari penyelesaian yang terbaik serta harmoni untuk semua pihak. Buku ini
menghidangkan berbagai cadangan resolusi tentang isu suami isteri, kekeluargaan dan
masyarakat. Walaupun resolusi ini bukanlah satu cara yang mutlak tetapi saranan
kaunselor ini dapat difikirkan dan ditimbangkan kewajarannya dalam meneroka
penyelesaian yang lebih bijaksana.

11. Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga Siti Rozaina Kamsani,
Noor Azniza Ishak, Nabisah Ibrahim, 2019 ISBN 978-967-2210-15-3, 199 hlm., RM35.00
Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga merupakan sebuah buku yang
membincangkan tentang kes-kes yang berlaku dalam institusi kekeluargaan dalam
masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori kaunseling perkahwinan dan keluarga
diaplikasikan dalam setiap kes yang dikongsi bersama kaunselor. Perkongsian kes yang
bijaksana ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada kaunselor, lay counselor,
penolong kaunselor, dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu isu keluarga dan perkahwinan.

12. Komunikasi dan Seni Pemujukan Azlina Kamaruddin, 2015 ISBN 978-967-0876-12-
2, 98 hlm., RM 26.00 Buku ini dipersembahkan secara teori, praktis dan contoh-contoh
penjelasan. Bermula dengan penjelasan konsep, diikuti dengan ilmu-ilmu berhubung
pemujukan, dan seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berhubung kaedah
perlaksanaannya. Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat satu kupasan
maklumat am dan menyeluruh tentang bidang komunikasi pemujukan, memahami
konsep dan pendekatan komunikasi pemujukan, di samping menguasai strategi ke arah
memastikan keberkesanan proses pemujukan. Buku ini mengemukakan fakta-fakta
ilmiah seperti teori dan model, ia berupaya memberi keyakinan kepada pembaca
berhubung intipati yang hendak disampaikan.

13. Guru Berkesan: Petua dan Panduan Abdull Sukor Shaari, 2008 ISBN 978-983-3827-69-5,
110 hlm., RM 33.00 Bidang pendidikan amat memerlukan guru-guru yang berkualiti. Penghasilan
guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku “Guru Berkesan:
Petua dan Panduan” ini telah diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian berkaitan
pendidikan khususnya untuk para pensyarah, pendidik dan bakal pendidik serta pengamal
pendidikan.

14. Kokurikulum dan Penjajaran Konstruktif di Sekolah Yahya Don, Siti Noor Ismail, Siti
Hajar Mohamad Yusoff, & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff, 2016 ISBN 978-967-0876-
98-6, 62 hlm., RM 16.00 Buku ini menyentuh aspek kokurikulum dalam pendidikan.
Konsep kokurikulum, kepentingan, dan dasar pelaksanaanya turut dibincangkan di
samping memberi perhatian kepada dasar-dasar sokongan dalam pelaksanaanya di
sekolah. Seterusnya, untuk melihat secara lebih dekat berkaitan aspek kokurikulum
yang dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran di sekolah, penulis mengetengahkan teori
pembelajaran konstruktif dan model pembelajaran berasaskan pengalaman yang
diaplikasikan menerusi aktiviti kokurikulum di sekolah.

15. Pangkalan Data Untuk Perakaunan: Microsoft Access Noor Azizi Ismail, 1999
ISBN983-2479-07-X, 159 hlm., RM 15.00 Buku pangkalaan data untuk perakaunan
ini membincangkan mengenai aspek teori dan praktis sistem pangkalan data.
Pengetahuan ini akan membantu pembaca dan pelajar perakaunan memahami
dengan lebih mendalam proses pembangunan sesebuah sistem maklumat
perakauanan berkomputer khususnya.

16. Pedagogi: Dari Sekolah Ke Institut Pendidikan Tinggi Abdull Sukor Shaari, 2011
ISBN978-967-5311-72-7, 219 hlm., RM 53.00 Bidang pendidikan memerlukan guru-guru
yang berkualiti kerana proses penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin
keberkesanan pengajaran. Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi ini
diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang berkaitan dengan
pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan bakal pendidik. Buku ini
membincangkan amalan-amalan penting dalam pedagogi.

17. Penilaian Prestasi. Konsep & Pelaksanaan Ab. Aziz Yusof, 2001 ISBN 983-
9559-58-3, 154 hlm, RM20.00 Setiap organisasi perlu mengetahui bahawa penilaian
prestasi terhadap pekerja bukanlah satu tugas yang menyenangkan bagi setiap
pengurus. Pengurus terpaksa menghadapi dilema, ketidakpastian, dan risiko
kesan daripada setiap keputusan yang diambil semasa proses penilaian prestasi.
Terdapat tendensi pekerja akan menganggap bahawa penilaian prestasi bukan
sebagai isu utama jika dinilai secara lembut.

18. Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia Yahya Don, Azizah Sarkowi
& Yaakob Daud, 2014 ISBN 978-967-0474-62-5, 103 hlm., RM 17.00 Agenda
Transformasi Pendidikan Negara memerlukan kepada pembentukan dan peningkatan
kualiti guru di Malaysia menjelang tahun 2020. Guru praperkhidmatan adalah medan
utama yang mampu dijadikan penggerak kepada usaha kerajaan dalam melahirkan
modal insan berkualiti tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-
2025. Ini kerana guru praperkhidmatan adalah bakal golongan pendidik yang boleh
dibentuk melalui aspek kepimpinan dan kredibiliti profesion keguruan ke arah
meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia.

19. Tajuk: BIJAK MERANCANG WANG ISBN: 978-967-481-411-3 Penerbit: PTS


PUBLISHING HOUSE Penulis: AFYAN MAT RAWI Tahun Terbitan: 2020 Muka Surat:
326 Halaman: Berwarna Format: Softcover Berat (kg): 0.43KG Dimensi (cm):22.8CM X
15.2CM X 1.6CM Membaca buku Bijak Merancang Wang ibarat membaca buku peta,
maka membuat perancangan kewangan umpama kita merancang perjalanan. Sebelum
memulakan perjalanan, kita perlu merancang sebagai anologi mudah, apabila kita mahu
ke suatu tempat yang belum pernah dituju dan tidak mengetahuinya, kita akan
menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai panduan. Pelaburan bagi
mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi.
Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan
kewangan.

20. Applying Qualitative Design in Research: Learning by Doing Editors: Azilah Kasim &
Hisham Dzakiria, 2006 ISBN 983-3282-53-9, 126 pages, RM 32.00 Qualitative research
has never been a popular research design within Malaysian academics and research
environment. Understanding the convention and fundamentals of conducting a
qualitative research is important as it offers a different approach and generates a range
of information of different quality from the quantitative approach. The compilation of the
five articles included in this book has been carefully selected so that this book of reading
represents different issues and problems that may arise when conducting a qualitative
research. This book provides a good description of the research processes and issues
that may also be encountered by other researchers especially those that are novice in
qualitative research. The readings of the different research compiled in this book will
hopefully contribute to the growing field of qualitative research as a research design
among educators, researchers and professionals in Malaysia.

21. Understanding Sukuk Wan Abdul Rahim Kamil Wan Mohamed Ali, 2014 ISBN: 978-
967-0149-56-1, 161 pages, RM78.00 Publisher: Islamic Banking & Finance Institute
Malaysia (IBFIM) This book is designed to focus on the area of Sukuk with the aim to
equip the readers with solid knowledge in Islamic capital market industry. It is also hoped
that the book could enhance the development of necessary skill and expertise to deal
with issues and problems prevailing the Sukuk market practices.

22. Personal Income Tax Payment System in Malaysia Schedular Tax Deduction
Scheme Mahamad Tayib, Rohana @ Norliza Yusof & Muzainah Mansor, 2009 ISBN
978-983-3827-83-1, 203 hlm., RM 47.00 Personal Income Tax Payment System in
Malaysia–Schedular Tax Deduction Scheme Second Edition is an improved version that
includes current changes in the scheme structure of 2009. A topic on Self Assessment
System (SAS) is added so as to help employers and individual taxpayers in
comprehending their responsibilities as well as helping the employers in managing tax
payments for their employees.

23. Issues in International Affairs Radziah Abd. Rahim, 2001 ISBN 983-9559-92-3, 125
pages, RM11.50 The book is a spin-off from an academic seminar held by the School of
Social Development, Universiti Utara Malaysia from September 17-19, 1998. It is
concerted effort, in particular, by those who are involved in the teaching of the
International Affairs Management programme to enrich reading materials on global
affairs.

24. Perakaunan Perniagaan: Pendekatan Mudah Noor Afza Amran, Masanita Mat Noh,
Natrah Saad & Norhani Aripin, 2013 ISBN 978-967-0474-55-7, 169 hlm., RM 32.00 Buku
ini disediakan bagi memberi manfaat kepada para pembaca yang ingin mengetahui asas
perakaunan dan catatan perakaunan dengan cara yang mudah dan senang difahami.
Buku ini menerangkan secara umum tentang definisi perakaunan, cabang perakaunan,
kitaran dan dokumen perakaunan. Ini disusuli dengan kupasan konsep asas perakaunan
yang memfokuskan persamaan perakaunan, catatan bergu dan analisis urus niaga.
Proses catatan perakaunan yang meliputi penyediaan jurnal, lejar, imbangan duga dan
penyata kewangan turut dibincangkan.

25. The Politics of Bangsa Malaysia: Nation-Building in a Multiethnic Society Mohamed


Mustafa Ishak, 2014 ISBN 978-967-0474-34-2, 355 pages, RM 45.00 Penerima
Anugerah Buku Negara 2016 Anugerah Perdana Tokoh Pengarang Negara Prof Dato’
Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak The politics of nation-building has always been a
central issue in Malaysia. Whilst the country has been able to sustain a relatively stable
politics since the 1969 tragedy, and hence generate a rapid economic development (at
least until the 1997 Asian economic crisis and later in the post 2008 General Election),
the project of nation-building remains a basic national agenda yet to be fully resolved.
The book explores the delicate process of nation-building in Malaysia in the post 1970s,
especially in the context of the vision constructing the Bangsa Malaysia or ‘a united
Malaysian nation’ enshrined in Mahathir’s Vision 2020 project which was introduced in
1991. It discusses the underlying socio-political parameters that shape and influence the
politics of nation-building in the country and the construction of Bangsa Malaysia.

26. Konsep Pentadbiran Awam Saadon Awang, 2012 ISBN 978-967-5311-90-1, 401
hlm., RM 58.00 Pentadbiran awam merupakan satu bidang yang umum (generic) dan
merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Pentadbiran awam menaungi pelbagai
cabang bidang kajian dan juga menjadi teras pengetahuan (body of knowledge) kepada
beberapa bidang penting yang lain. Dari segi asal usulnya, pentadbiran awam
merupakan cabang kepada bidang sains sosial yang luas itu. Oleh itu, bersama-sama
bidang ini terdapat beberapa lagi bidang lain yang berkongsi teras pengetahuan yang
sama. Keadaan ini menggambarkan bahawa bidang pentadbiran awam merupakan satu
bidang yang mengandungi pelbagai disiplin (multidisciplinary).

27. Pendekatan Brief Counselling Untuk Kelompok Salah Penyesuaian Psikologi Noor
Azniza Ishak , 2009 ISBN 978-967-5311-09-3, 169 hlm., RM 31.00 Penyesuaian boleh
mencetuskan masalah kepada manusia kerana untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan tertentu, manusia perlu berubah. Masalah yang biasa dialami oleh manusia
terbahagi kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri
dan masalah yang berkaitan dengan orang lain. Kategori masalah ini merupakan
maksud kepada masalah penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu
yang dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan
kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari menghormati diri
sendiri.

28. Pengantar Komunikasi Mohd. Baharudin Othman & Mohd. Khairie Ahmad, 2003 ISBN 983-
2479-55-X, 183 hlm., RM 24.00 Buku ini membincangkan prinsip-prinsip asas bidang
komunikasi, meliputi sejarah perkembangan ilmu komunikasi, model, komponen, bentuk mesej,
jenis-jenis komunikasi, komunikasi pembangunan, komunikasi massa, komunikasi organisasi
dan bidang-bidang profesional komunikasi seperti perhubungan awam, kewartawanan dan
pengiklanan.

29. Buku Panduan Diplomatik R.G. Feltham Penterjemah: Radziah Abdul Rahim, 2007
ISBN 978-983-068-254-9, 290 hlm., RM 46.00 Penerima Anugerah Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia (MBKM), 2008 Buku Terbaik Kategori Terjemahan Buku ini ialah
panduan yang komprehensif lagi ringkas bagi mereka yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan hubungan antarabangsa. Maklumat dan nasihat yang diberi adalah praktikal
dan tepat. Ia amat berharga kepada anggota diplomat, penuntut diplomasi dan
hubungan antarabangsa, serta delegasi ke pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

30. Komunikasi dalam Kerja Sosial Fuziah Shaffie, 2013 ISBN 978-967-0474-60-1, 131
hlm., RM 35.00 Kehidupan seharian memerlukan komunikasi untuk menyampaikan
mesej, nasihat atau pesanan kepada individu yang lain. Komunikasi juga menjadi faktor
utama menentukan pelbagai jenis perhubungan yang akan dilakukan dengan orang lain.
Kerja sosial ialah satu bidang yang memerlukan interaksi dan komunikasi yang
berkesan dalam menyelesaikan sesuatu kes atau tugasan.

31. Panduan Penyelidikan Ilmiah: Kaedah dan Penulisan Nik Hazimah Nik Mat, Hayatul
Safrah Salleh, Yusnita Yusof, Wan Norhayati Mohamed & Nor Azila Mohd Noor, 2021
ISBN 978-967-2486-39-8, 150 hlm., RM32.00 Buku Panduan Penyelidikan Ilmiah:
Kaedah dan Penulisan ini khusus untuk pelajar yang menjalankan penyelidikan pada
peringkat prasiswazah dan mereka yang ingin menyambung pengajian pada peringkat
Sarjana dan Doktor Falsafah, tetapi tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan
penyelidikan ilmiah. Secara keseluruhannya, buku ini mendasari perkara-perkara yang
perlu ada dalam kertas cadangan penyelidikan dan dalam laporan penyelidikan.

32. Psikologi Pendidikan (Edisi Kelapan) Anita E. Woolfolk, 2012 Penterjemah: Norma
Saad, Sarimah Shaik Abdullah, Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail & Wan Zalina Wan Din
ISBN 978-983-068-566-3, 1,242 hlm., RM 198.60 Buku ini memberikan panduan kepada
mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang
pendidikan. Bagi pelajar jurusan pendidikan tahun pertama, buku ini merupakan
pengenalan kepada teori dan idea utama yang membentuk psikologi pendidikan. Di
samping latar psikologi yang dihuraikan secara panjang lebar, buku ini turut
mengutarakan panduan menerapkan prinsip psikologi pendidikan di dalam kelas.

33. Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia Yahya Don, Azizah Sarkowi
& Yaakob Daud, 2014 ISBN 978-967-0474-62-5, 103 hlm., RM 17.00 Agenda
Transformasi Pendidikan Negara memerlukan kepada pembentukan dan peningkatan
kualiti guru di Malaysia menjelang tahun 2020. Guru praperkhidmatan adalah medan
utama yang mampu dijadikan penggerak kepada usaha kerajaan dalam melahirkan
modal insan berkualiti tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-
2025. Ini kerana guru praperkhidmatan adalah bakal golongan pendidik yang boleh
dibentuk melalui aspek kepimpinan dan kredibiliti profesion keguruan ke arah
meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia.

34. Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik Ab. Aziz Yusof, 2010 ISBN 978-967-
5311-30-7, 479 hlm., RM 81.00 Buku ini disediakan khusus kepada pelajar-pelajar
dalam bidang pengurusan untuk memahami, mendalami dan mempraktikkan amalan
pengurusan organisasi yang terbaik. Di samping itu, buku ini juga disediakan khusus
untuk pentadbir, pemimpin dan pengurus yang sedang mencari kaedah terbaik dalam
pengurusan organisasi. Organisasi pada hari ini kaya dengan kepelbagaian, terdedah
kepada persaingan dan berhadapan dengan perubahan yang lebih cepat.

35. Academic Writing Essentials: A Guide for Postgraduate Students Azlina Murad Sani,
2016 ISBN 978-967-0876-45-0, 156 hlm., RM 45.00 Academic Writing Essentials is a
writing reference for masters and doctoral students whose first language is not English.
This book will assist you in adjusting to the expectations of writing in English for a higher
degree. It offers guidance on strategies and conventions that apply in most forms of
postgraduate-level writing.

36. Judul buku: 100 Aktiviti PdPc PAK21 ISBN: 978-967-17993-0-7 Penerbit: Winflow
Ventures Sdn. Bhd. Penulis: Edwin Milog Tahun diterbitkan: 2020 Bahasa tulisan:
Bahasa Melayu Bilangan muka surat: 327 muka surat Jenis binding: Paperback Saiz
buku: A5 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Edwin
Milog, 1982- 100 Aktiviti PdPc PAK21 / EDWIN MILOG. ISBN 978-967-17993-0-7 1.
Teaching. 2. Teaching--Methodology. 3. Effective teaching. Buku ini mengandungi 102
aktiviti (2 aktiviti bonus) yang menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
iaitu pembelajaran aktif berpusatkan pelajar. Aktiviti dalam buku ini mengambilkira
konsep 4K yang terdapat dalam PAK21 iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kritis
dan Kreativiti. Cadangan kesesuaian penggunaan ada diberikan bagi setiap aktiviti
seperti digunakan sebagai aktiviti set induksi, masteri, pengukuhan, pemulihan,
pengayaan atau penilaian.

37. Siri Pendidikan Autisme: Pengajaran Berstruktur


2013. ISBN 978-967-412-119-8 160 halaman (kulit lembut) Hasnah Toran, Salmiah
Bujang & Fadliana Chiri Dengan meningkatnya kejadian autisme dalam kalangan kanak-
kanak pada masa ini, ibu bapa dan para guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran
untuk mendidik kanakkanak ini. Namun, di Malaysia kesedaran mengenai autisme
masih berada di tahap yang sangat rendah. Tidak banyak maklumat dan bahan
mengenai autisme dalam Bahasa Melayu yang oleh didapati untuk dijadikan sebagai
rujukan, sehingga menyebabkan ibu bapa dan para guru mengalami masalah dalam
menentukan kaedah pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian untuk kanak-kanak
yang mengalami autisme.

38. Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis Fuad Mohamed Berawi, 2017
ISBN 978-967-2064-33-6, 351 hlm., RM 65.00 Buku ini secara keseluruhan
memperincikan dan menghuraikan kaedah untuk menjalankan penyelidikan yang dapat
dijadikan panduan, rujukan, dan senarai semak kepada pelajar yang hendak
menyiapkan tesis dan penyelidik yang baru menjinakkan diri dengan dunia penulisan.
Kandungan yang terdapat dalam buku ini mencakupi panduan menyeluruh untuk
menulis serta menyiapkan tesis dan penyelidikan secara terperinci, tersusun, dan teratur
selain sesuai kepada tenaga pengajar yang mengkhusus dalam pengajaran kaedah
penyelidikan.

39.

You might also like