You are on page 1of 9

Minggu Transisi Tahun 1 2017

Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA (1)


JALAN SS5/2, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR
Sekolah Kluster Kecemerlangan
 

DOKUMENTASI
MINGGU TRANSISI
TAHUN 1 2017

3 – 20 Januari 2017

ANJURAN:
UNIT KURIKULUM
SK KELANA JAYA 1

1
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

KANDUNGAN
1.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN
2.0 JAWATANKUASA INDUK
3.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
4.0 TENTATIF/PENGISIAN
PROGRAM
5.0 RUMUSAN
6.0 GAMBAR PROGRAM
7.0 PENUTUP
8.0 LAMPIRAN

2
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

1.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN

Tarikh : 3 Januari 2017 – 20 Januari 2017

Tempat : SK Kelana Jaya 1

Masa : 7:40 pagi – 1:00 petang

Penglibatan : Semua Murid Tahun 1 dan Guru Tahun 1 SKKJ1

2.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Haji Saidon Bin Abas (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Encik Zul Azmi Bin Saad (Pen. Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Encik Azelan Bin Mohd Yazis (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Puan Yee Sook Haan (Pen. Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn Adilla Binti M. Mokhtaruddin
Setiausaha : Cik Nur Azliza Binti Zarkasi
Bendahari : Pn Nurul Wahida Bt Mohd Nor

3.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tuan Haji Saidon Bin Abas (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Encik Zul Azmi Bin Saad (Pen. Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Encik Azelan Bin Mohd Yazis (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Puan Yee Sook Haan (Pen. Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn Adilla Binti M. Mokhtaruddin
Setiausaha : Cik Nur Azliza Binti Zarkasi
Bendahari : Pn Nurul Wahida Bt Mohd Nor

Jurugambar : En. Yusni Bin Hassan / Ustaz Amrul Faizi


Dokumentasi : Pn Rabiatul Zahidah Binti Mohd Zaidi
Pengurusan PA Sistem : En Mohd Radzi / En Hasrizal
Jadual Aktiviti Minggu Transisi : Pn Tuan Noor Azimah / Cik Nurul Husna
Modul Aktiviti Transisi : Pn Adilla / Pn Hasnida
Sukaneka Transisi : Ustaz Saiful Izham / Ustaz Mohd Fakhri
Pengurusan BBM dan Muzik : Pn Farah Azliza / Pn Hasnida
Penceramah Jemputan : Pn Norzila / En Sakri

4.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran

3
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

5.0 RUMUSAN

A) Kekuatan Program

Sepanjang pelaksanaan Program Minggu Transisi bermula 3 Januari 2017 hingga 20


Januari 2017, segala persiapan dan keperluan program telah disediakan dengan baik. Modul
Transisi dimanfaatkan sebaiknya. Kerjasama daripada semua guru yang masuk ke kelas
Tahun 1 dengan membantu murid melengkapkan modul tersebut sangat baik. Selain itu,
aktiviti hands-on yang dirancang seperti membuat Fruit Salad berjalan lancar dan murid
sangat seronok dengan aktiviti yang disediakan.
Aktiviti yang berunsurkan nyanyian juga sangat menarik minat murid. Murid yang
kelihatan agak pemalu atau pasif juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang
melibatkan nyanyian. Usaha guru untuk menarik minat murid supaya mengambil bahagian
dalam setiap aktiviti sangat memberangsangkan. Murid-murid juga menunjukkan minat
terhadap aktiviti yang dijalankan.

B) Kelemahan Program

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan


sepanjang program dijalankan. Memandangkan murid Tahun 1 masih baru dengan
persekitaran sekolah, mereka nampak sangat teruja apabila dibawa melawat kawasan sekolah
sehingga ada yang tidak mendengar arahan guru. Selain itu, terdapat juga murid yang terlalu
pasif dan tidak mahu melengkapkan modul yang disediakan. Bagi aktiviti yang melibatkan
nyanyian, murid lebih seronok sekiranya ada iringan muzik. Akan tetapi, speaker tidak
mencukupi untuk ketiga-tiga kelas yang ada. Maka murid-murid terpaksa dibawa turun ke
dewan dan belajar menyanyi beramai-ramai.

C) Cadangan Penambahbaikan

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Bagi menghadapi kekurangan sepanjang program berlangsung, sedikit penambahbaikkan
perlu dibuat untuk tahun akan datang. Antaranya ialah, penyediaan modul yang lebih menarik
supaya murid lebih berminat untuk menyiapkan modul tersebut. Selain itu, perbanyakkan
aktiviti hands-on memandangkan murid-murid lebih cenderung untuk melakukan aktiviti
yang boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Peralatan penting seperti speaker perlu
disediakan untuk aktiviti nyanyian bagi setiap kelas supaya lagu-lagu rasmi sekolah dapat
diajar dengan lebih efisien.

4
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

6.0 GAMBAR PROGRAM

Murid melawat kawasan


sekolah.

Murid menyanyikan lagu-lagu


rasmi sekolah.

Murid menjawab soalan kuiz.

Ceramah motivasi yang


disampaikan oleh Pn. Norzila.

5
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

Aktiviti membuat penanda buku


bersama guru semasa.

Aktiviti membuat Fruit Salad


bersama guru semasa.

Guru mengumpul data tinggi,


berat dan BMI murid.

Murid membuat aktiviti action


song bersama guru semasa.

6
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

7.0 RUMUSAN/PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya serta
mendapat kerjasama daripada semua pihak. Program ini juga berjaya memberi manfaat
kepada semua pihak yang terlibat terutamnya murid-murid. Diharapkan agar program seperti
ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _______________________

( RABIATUL ZAHIDAH BT MOHD ZAIDI ) ( ZUL AZMI BIN SAAD )


AJK Program Minggu Transisi Tahun 1 Penolong Kanan Kurikulum

7
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

LAMPIRAN

8
Minggu Transisi Tahun 1 2017
Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1

SK KELANA JAYA 1
UNIT KURIKULUM

You might also like