You are on page 1of 3

Oren

Ayah “aku” gelisah kerana kucing peliharaannya, iaitu Oren tidak pulang ke
rumah. Sudah empat hari ayah “aku” tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor
anak kucing yang telah dipungut selepas ayah “aku” terlanggar ibunya sehingga mati.
Sejak peristiwa itu, Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga “aku”.
Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk selepas kehadiran Kelabu dalam
keluarga mereka. Kelabu lebih manja dan pandai mencuri perhatian keluarga “aku”.
Hal ini telah membuatkan ayah “aku” lebih banyak memberikan tumpuan kepada
Kelabu.
“我”的爸爸非常的担忧,因为他的爱猫,Oren,没有回家。“我”的爸爸已
经四天没看到 Oren 了。之前“我”的爸爸不小心撞死了 Oren 的妈妈,便领养了
Oren。自从那件事过后,Oren 成为了“我”的家人。“我”的爸爸觉得自从领养了
Kelabu 过后,Oren 就非常不开心。Kelabu 更加顺从和喜欢引起“我们”的注意。
这就导致了 Kelabu 成为了“我”的爸爸的焦点。

Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah. Kegelisahan ayah


“aku” tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah “aku”
bermimpi Oren telah kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan
harinya, ayah “aku” bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu
bahawa Oren masih tidak Nampak kelibatnya, barulah ayah “aku” sedar bahawa dia
sebenarnya bermimpi. Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.
Oren 的失踪让“我”的爸爸感到非常自责。“我”的爸爸梦见 Oren 回来了,
他更好的对待 Oren,不再忽略它。第二天,“我”的爸爸问起 Oren 的事情。当得
知还未见到 Oren 的踪影时,“我”的爸爸才明白那是一场梦。“我”的爸爸把这个
梦告诉了“我们”。

Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa bangkai Oren. Bangkai
Oren telah ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang di taman permainan.
Mata ayah “aku” kelihatan berkaca. Seluruh anggota keluarga “aku” tertumpu
kepada ayah “aku”.
突然,Anis 拿着 Oren 的尸体来到厨房。Oren 的尸体在公园倒下的树下发
现。“我”的爸爸的眼角流出了泪光。”我们“全部看向了爸爸……
Tema
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan. 对动物的爱心

Persoalan
a. Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan.
b. Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu
kehilangan.
c. Belas kasihan tidak hanya terhad kepada manusia semata-mata tetapi juga
membahitkan haiwan.

Watak dan Perwatakan


Ayah “Aku”
a. Bapa kepada tiga orang anak.
b. Suka akan kucing.
c. Bersifat belas kasihan.

Oren
a. Kucing yang berbulu oren.
b. Pandai membuang najisnya di tandas.
c. Bersikap pasif.

Latar tempat
a. Di dapur
b. Di ruang tamu
c. Jalan di kawasan perumahan

Latar masa
a. Hujung pertengahan Disember
b. Pada waktu malam
c. Pada waktu pagi
Latar masyarakat
a. Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan.
b. Masyarakat yang prihatin.
c. Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni.

Nilai
a. Keprihatinan
b. Kebijaksanaan
c. Belas kasihan

Pengajaran
a. Kita hendaklah bersifat belas kasihan terhadap makhluk lain supaya kehidupan
kita lebih Bahagia.
b. Kita wajar bersikap prihatin dengan perkembangan sekeliling supaya kita dapat
mengambil tindakan dengan segeranya.
c. Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan agar kita dapat
menghadapi kehidupan dengan berjaya.

You might also like