You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

LAWATAN PENANDA ARAS SK GUAR PERAHU PULAU PINANG KE SK PERPADUAN

PERKARA TEKS
UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim.
ALUAN Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera.

Yang Berbahagia
Puan Rokiah Bt Bakar
Guru Besar SK Perpaduan

Yang Dihormati,
Barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Perpaduan dan murid-
murid sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran


kepada Allah dengan limpah kurnianya dapat kita berhimpun
sempena Majlis Penutupan Karnival STEM peringkat sekolah
Kebangsaan Perpaduan. Karnival STEM (sains, matematik,
teknologi dan kejuruteraan) di mana ia merupakan bidang
yang penting bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing
dalam globalisasi pada masa kini. Pelbagai program telah
dirancang dan dilaksanakan sejajar dengan perkembangan
teknologi 5.0 pada masa kini. Program ini juga bertujuan
melahirkan pelajar yang berketrampilan tinggi, kreatif dan
inovatif.
BACAAN DOA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, Dengan Limpah KurniaNya, marilah bersama-
sama memohon taufik dan hidayah, memohon restu agar
perkongsian ilmu antara kita pada hari ini diberkati.

Untuk itu, majlis menjemput


Saudara Al-Fadhil Ustaz Mohd Ikram Syahmi Bin Ismail
Untuk menzahirkan bacaan doa.
*Bacaan Doa*

Terima kasih diucapkan kepada


Saudara_Al-Fadhil Ustaz Mohd Ikram Syahmi Bin Ismail
Di atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga program kita pada
hari ini mendapat keberkatan Rabbul Izzati.
UCAPAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
PENUTUPAN SIDANG MAJLIS YANG DIHORMATI
KARNIVAL
STEM SK Di sini ada guru yang tekun berusaha,
Perpaduan Di sini ada ketua yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pendidik yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi memulakan majlis pada hari ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Rokiah Bt
Bakar Guru Besar SK Perpaduan untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.

*Ucapan*
Terima kasih diucapkan kepada
Puan Rokiah Bt Bakar Guru Besar SK Perpaduan atas ucapan
itu tadi.
GIMIK HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,
PELANCARAN
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan gimik
pelancaran penutupan karnival STEM yang akan
disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Rokiah bt Bakar
Guru Besar SK Perpaduan. Dipersilakan.

Begitulah gimik pelancaran penutupan karnival STEM itu tadi.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru
Besar atas gimik pelancaran itu tadi.
PENYAMPAIAN Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan
CENDERAHATI ……………………………………………………………………… untuk
menyampaikan hadiah kepada semua murid yang terlibat
dalam karnival stem ini. Majlis mulai dengan:
Pasukan
-Robotik
-Dron
-Animasi
-Bentuk 3D

You might also like