You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN MEJA DAN KERUSI

PLASTIK DARIPADA PIBG UNTUK KEGUNAAN BILIK DARJAH

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan PIBG bagi meluluskan pembelian
meja dan kerusi plastik untuk kegunaan murid di dalam bilik darjah. Pembelian item ini
dilakukan bagi menampung bilangan kerusi dan meja yang tidak mencukupi bagi keperluan
tahun semasa.

2.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 2023, terdapat 84 buah kelas dan 2945 orang murid menjalani sesi
pembelajaran di SMK Penrissen. Bilangan murid dan kelas semakin bertambah
menyebabkan jumlah kerusi dan meja yang ada tidak mencukupi untuk menampung
keperluan semasa. Berikut merupakan data enrolmen murid bagi tahun 2023:

TINGKATAN BILANGAN KELAS ENROLMEN MURID


PERALIHAN 1 51
1 16 666
2 16 563
3 15 602
4 15 548
5 14 444
PPKI 7 71
JUMLAH 84 2945

3.0 RASIONAL

Permohonan ini dibuat bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran dan


pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada masalah kekurangan meja dan
kerusi di dalam kelas.

4.0 MATLAMAT

Menyediakan ruang pembelajaran yang lebih kondusif serta kemudahan kerusi dan meja
yang lebih tahan lama.

5.0 SASARAN

Bilik kelas yang mempunyai kekurangan kerusi dan meja berdasarkan enrolmen murid
dalam kelas tersebut.

1
6.0 SPESIFIKASI SERTA ANGGARAN PERBELANJAAN KERUSI PLASTIK DAN MEJA
PLASTIK

ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT (RM) (RM)
Meja plastik ( 745LX500WX760HMM 125.00 150.00 18,750.00
C/W BRACING PEPSI BL )
Kerusi plastik 42.00 100 4200.00
( V- chair 840 MM (H) PEPSI BLUE )
JUMLAH 22,950.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

Dana kewangan PIBG SMK Penrissen No. 1.

8.0 PENUTUP

Besar harapan kami agar pihak PIBG dapat memberi sokongan dan bantuan sepenuhnya untuk
menyumbang kerusi dan meja plastik ini. Semoga dengan sumbangan ini mampu melancarkan lagi
proses pembukaan sekolah dalam memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan
lancar.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

........…………….......…........... ........…………….......…...........
LAMBROSE DAIB ABIT HONG
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pengetua,
SMK Penrissen. SMK Penrissen.

Diluluskan oleh,

........…………….......…...........
RAZALI BIN JAHARI
Yang Di-Pertua PIBG
SMK Penrissen No. 1.

You might also like