You are on page 1of 4

NOVEL TINGKATAN 2: JEJAK MONPUS

Persoalan

1) Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan : Zahar mengaplikasikan pengetahuannya dalam


bidang sains biologi untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah yang melanda Kampung Maju
Jaya

2) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya : Qistina keberatan untuk melepaskan Zahar
pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesis ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya

3) Persoalan sifat dendam yang akan merugikan diri sendiri : Ripin yang berdendam terhadap Zahar
telah ditangkap kerana menipu dalam kerjanya 4) Persoalan pencemaran alam sekitar yang
meninggalkan kesan kepada masyarakat : Zahar risau apabila melihat banyak pencemaran berlaku di
Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.

Watak dan perwatakan


1) Zahar
Watak utama Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun Seorang pelajar dalam
jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia Seorang yang mempunyai
minat yang mendalam terhadap serangga sejak kecil Sorang yang gigih menjalankan
penyelidikan sains berkaitan dengan kehidupan serangga.

2) Qistina
Ibu kepada Zahir Merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin Seorang guru
yang berdedikasi terhadap kerjayanya

3) Professor Dr. Baharuddin


Ayah kepada Zahar dan bekas suami kepada Qistina Bekerja sebagai seorang saintis di Universiti
Oxford, London Berhijrah ke luar dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina Seorang yang
tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan anak dan isterinya tanpa sebarang cerita

4) Mawar
Rakan sekuliah dan sekampung kepada Zahar Anak sulung daripada lima adik beradik Seorang
yang mengambil berat terhadap Zahar dan memberikan inspirasi kepada Zahar
Latar
Latar masa

Waktu Pagi : Qistina dihantar ke sekolah oleh anaknya Zahar kerana keretanya rosak Waktu Petang :
Zahar telah ke balai polis untuk disoal siasat

Waktu Malam : Semalaman Zahar menghadap baha eksperimennya tetapi tidak membuahkan hasil

Waktu Subuh : Penduduk kampung begerak ke tempat kerja di ladang getah , kelapa sawit dan kebun

Latar tempat

Makmal Zahar : tempat dimana Zahar membuat ujikaji berkaitan spesies ulat bulu dan rama-rama
Tanjung Piai : Zahar dan Fikri mencari spesies baharu ulat bulu untuk diklonkan bersama spesies Pus Pus
Pulau Pisang : Zahar menemui satu spesies ulat bulu Monarch yang berpotensi untuk diklonkan Warung

Latar masyarakat

1) Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan : Dr. Baharuddin, Qistina dan Zahar terlibat
dalam bidang akademik dan menjalankan tugas masing-masing untuk kepentingan masyarakat
umum
2) Masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti : Zahar, Mawar, Fikri dan Malcom
merupakan penuntut dalam bidang Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia

3) Masyarakat yang mempunyai sifat dendam : Ripin yang berdendam dengan Zahar sentiasa
membuat provokasi dan khianat kepada Zahar

Nilai
Bijaksana : Zahar yang tekun mengkaji dan menambah ilmu pengtahuan dalam minatnya terhadap
serangga

Keberanian : Zahar dan rakan-rakanya berani untuk menjelajah beberapa kawasan untuk mencari
spesies serangga demi kajian

Kasih Sayang : Qistina bimbang terhadap keselamatan anaknya Zahar selepas Zahar dituduh orang
kampung kerana menyebabkan serangan ulat bulu ke atas penduduk kampung

Tanggungjawab : Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya dan berusaha mencari
penawar kepada penyakit tersebut
Pengajaran

1) Kita hendaklah gigih dalam berusaha mencari kejayaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
seperti Zahar yang berjaya mendapatkan formula untuk melawan serangan ulat bulu kepada
orang awam

2) Kita seharusnya menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita ibarat
Zaahar yang menyayangi ibunya walaupun tanpa kehadiran bapanya setelah mereka bercerai

3) Kita sewajarnya mengelak daripada melakukan pertuduhan melulu terhadap seseorang tanpa
usul periksa dan bukti. Contohnya penduduk Kampung Maju Jaya yang mempercayai Ripin
bahawa Zahar adalah punca serangan ulat bulu terhadap penduduk kampung

Koleksi Soalan dan Jawapan


1) Setiap novel mempunyai pengajaran yang boleh dicontohi oleh pembaca. Jelaskan satu
pengajaran bagi setiap latar tempat yang diberikan beserta contoh peristiwa yang sesuai.

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, banyak
pengajaran yang diperoleh bagi setiap latar tempat. Salah satu di Rumah Zahar, kita
hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah di mana peristiwa Zahar rajin
menjalankan kajian berkaitan spesies ulat bulu di rumahnya. Selain itu, di Pulau Pisang, kita
mestilah gigih menjalankan kajian untuk mencari penawar di mana peristiwa Zahar gigih
mencari penawar hingga ke Pulau Pisang bagi mengubati pus-pusnya semakin tenat. Akhir
sekali, latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah Kem Kaizen dimana pengajarannya
kita hendaklah berani menyahut cabaran. Zahar dan rakan-rakannya berani menyertai
kembara ilmu sehingga Zahar cedera jatuh ke dalam jurang di Kem Kaizen.

2) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel
tersebut

Saya telah mengkaji novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, pelbagai latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut. Antaranya, masyarakat yang mementingkan ilmu
pengetahuan. Zahar yang sering menjalankan eksperimen untuk kepentingan masyarakat
umum. Selain itu, masyarakat yang suka berdendam di mana Ripin berdendam dengan Zahar
dan sentiasa mencari jalan untuk berbuat provokasi dan khianat terhadap Zahar. Akhir sekali,
masyarakat yang berpendidikan tinggi. Zahar, Mawar, Fikri, Malcom belajar dalam bidang
Sains hayat di Universiti Teknologi Malaysia.
2) Nyatakan tiga perwatakan watak utama yang anda kagumi dalam novel yang anda kaji

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, antara
perwatakan watak utama yang saya kagumi adalah kegigihan Zahar. Beliau gigih menimba
ilmu pengetahuan dan membuat kajian demi kemaslahatan masyarakat umum. Selain itu,
perwatakan Zahar sebagai seorang pecinta alam semula jadi adalah mengkagumkan apabila
dia berjaya membuat penemuan dan menghasilkan racun serangga yang diberi nama
MONPUS untuk membunuh ulat bulu yang berbahaya yang menyarang penduduk kampung,
tanaman dan binatang ternakan. Akhir sekali, perwatakan Zahar yang mematuhi suruhan
agama dan tidak suka berfoya-foya juga wajar diconothi kerana Zahar menghabiskan masa
terluangnya dengan bersukan atau ke perpustakaan untuk membaca buku.

4) Nyatakan tiga peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai bertanggungjawab dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari

Novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon merupakan novel yang telah saya pelajari. Antara
peristiwa yang dapat dikaitkan nilai tanggungjawab adalah apabila Qistina mengajar anak-
anak muridnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Selain itu, peristiwa Zahar berusaha
mencipta penawar untuk mengatasi masalah serangan ulat bulu adalah satu tanggungjawab
sebagai penduduk kampung. Akhir sekali, peristiwa ketua kampung, Pak Naib yang
bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

5) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon, terdapat
banyak nilai murni yang diperoleh. Antaranya, nilai keberanian yang ditunjukkan oleh Zahar
dan rakan-rakannya kerana berani menjelajah pelbagai tempat untuk mencari spesies ulat
bulu. Selain itu, nilai kesabaran juga yang ditunjukkan oleh Zahar ketika mencari formula
untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu. Akhir sekali, nilai
berhemah tinggi yang ditunjukkan oleh Qistina apabila tidak menyimpan dendam terhadap
Baharuddin kerana menceraikannya.

You might also like