You are on page 1of 1

KELAB BOLA SEPAK SK

SEKOLAH KEBANGSAAN TERMUNONG,


PETI SURAT 615,89208 TUARAN
NO. TEL : 088791755
EMEL : xba4365@moe.edu.my

________________________________________________________________________________________

Ruj :
Tarikh : 22 Ogos 2022

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor


Ketua Menteri Sabah.

Datuk Seri Panglima,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI JERSEY BOLA SEPAK

Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Kelab Bola Sepak SK Termunong telah lama ditubuhkan. Namun demikian,
pasukan bola sepak sekolah belum mempunyai jersey khas untuk digunakan ketika
menyertai pertandingan. Berdasarkan penglibatan terkini kelab Bola Sepak yang agak
memberangsangkan, saya selaku pengerusi Kelab Bola Sepak berharap jasa baik pihak
Datuk Seri Panglima dapat memberikan sumbangan untuk membeli jersey kelab sebagai
pembakar semangat untuk lebih cemerlang pada tahun mendatang.

3. Jumlah sumbangan yang dipohon adalah seperti berikut :

Anggaran harga sehelai jersi x 30 unit =RM50 x 30


Logo Sekolah =RM 6 x 30
Nama =RM 6 x 30
****Jumlah jersi yang diperlukan 30 unit

Jumlah sumbangan diperlukan =RM 1860

4. Sumbangan daripada pihak Datuk Seri Panglima amat dihargai.

Sekian,terima kasih.

“SALAM TS25: PUNGKAD SKT KE ARAH PERUBAHAN”

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

ASDIE BIN KASMAT


Pengerusi
Kelab Bola Sepak SK Termunong 2022

You might also like