You are on page 1of 36

11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Komsas Novel Tawanan Komander Caucasus

Persoalan Novel Tawanan Komander Caucasus


Sinopsis Novel Tawanan Komander Caucasus
Binaan Plot Tawanan Komander Caucasus
Teknik Plot Novel Tawanan Komander Caucasus
Watak Perwatakan Tawanan Komander Caucasus
Gaya Bahasa Tawanan Komander Caucasus
Latar Tawanan Komander Caucasus
Latar Tempat Tawanan Komander Caucasus
Latar Masa Tawanan Komander Caucasus
Latar Masyarakat Tawanan Komander Caucasus
Nilai Novel Tawanan Komander Caucasus
Pengajaran Tawanan Komander Caucasus
Soalan Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya merupakan komsas tingkatan 3. Berikutnya
tema, persoalan, sinopsis, binaan plot, watak perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran novel.

Tema Novel Tawanan Komander Caucasus

Tema novelTawanan Komander Caucasus ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai
cabaran dan rintangan.

Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander
Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera
Komander Caucasus.

Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan
kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera, Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal,
Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus.
Farhani dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga
masing-masing.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 3/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

PersoalanNovel Tawanan Komander Caucasus


Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan kaum dan agama

Contoh Soalan: Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tema dan huraian contoh peristiwa yang
sesuai untuk menyokong tema yang anda nyatakan.

Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan generasi muda yang berbeza kaum
yang berkawan baik bersatu padu.

Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang keturunan atau darjat seseorang
Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada
mereka sebelum mereka kembali ke dunia manusia

Keberanian mengadapi cabaran


Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan
Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat

Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri


Komander Caucasus endendami manusia kerana banyak kumbang yang mati diracun dan dijadikan
bahan uji kaji oleh manusia. Dendamnya ini menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan
kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.

Bekerjasama dalam menentang kejahatan dan kezaliman


Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama menentang
Komander Causasus yang zalim.

Keberanian menentang kekejaman dan kezaliman


Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani menentang Komander Caucasus yang
kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi
Maharaja Caucasus.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 3/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Rasa bersalah akibat kesombongan diri


Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan dirinya selama ini. Mujurlah rakan-raka
sekelasnya bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan mereka menolongnya
membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasu-

Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusia


Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi
manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau
peristiwa.

Ketamakan seseorang untuk berkuasa hingga mengancam nyawa orang lain.


Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat diburu sekaligus

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 3/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan bahan uji kaji bagi tujuan mencapai
cita-cita Komander Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki dunia.

Kasih sayang ibu bapa yang mendalam kepada anak-anak.


Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat menyayangi anak, mereka amat bimbang dan sedih
atas kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani.

Sesetengah kejadian alam bersifat misteri hingga tidak terjangkau oleh akal manusia
Kewujudan alam kumbang dalam cerita ini menyedarkan manusia bahawa adanya alam lain. Dalam
keadaan tertentu manusia dapat menemukan alam lain dan mengalami pelbagai peristiwa ganjil dan
pelik.

Kepatuhan dan kesetiaan pengikut kepada ketua atau pemimpin


Tentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka, Komander Caucasus mereka patuh pada arahan
pemimpin. Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia
kepada pemompin mereka Puteri Coleoptra.

Kesungguhan mempertahankan seni budaya dan warisan bangsa


Nenek Chea Mei yang berketurunan Baba dan Nonya berbangga dengan warisan mereka. Dia yang
mahir pandai menyulam dan sentiasa memakai pakaian tradisional mereka baju kebaya.

Toleransi yang utuh antara remaja berbilang kaum.


Devnath dan Wei bertoleransi/memahami punca kelewatan Haikal datang di tempat mereka berkumpul
kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 4/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

SinopsisNovel Tawanan Komander Caucasus


Novel Tawanan Komander Caucasus mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk

kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera
kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung
dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di

kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas,
Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim
Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak
tunggalnya itu.

Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu
Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk
mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi
suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk
mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan
tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani
dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang
tersebut.

Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah
bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba
awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari
kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya.
Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia
menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi
kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam
lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.

Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah
pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani
memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang
dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar
mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 5/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu
Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka
telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula
pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah
mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 5/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh
tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di
sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah
makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji
kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia Di makmal
rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang
selama sebulan lebih itu.

Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya
cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat
memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku
kejadian huru-hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri
Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu
kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri
Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk
menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.

Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah
rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh
tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka
menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana
telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat.
Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan
merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka
berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan
tenteranya.

Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh
tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat
orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan,
akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak
lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander
Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.

Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera
Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 6/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus
yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa
amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan
tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i
bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 6/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun
strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya melalui penggunaan cecair Endosulfansekali
gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah
dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka
berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya
membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan

Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para
tenteranya telah dikurung.

Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri
Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya.
Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan
kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan
empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun
mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka
telah menjadi halimunan.

Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang
untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya
mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing
dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat
media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar
mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.

Binaan Plot Tawanan Komander Caucasus

Permulaan

Warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan
Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang
kehilangan Kim Yong telah dibuat. Farhani dan rakan-rakannya turut bersimpati dan bersedih atas
kehilangan Kim Yong.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
7/2
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Perkembangan

Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani.
Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan rakannya
dengan mencari kumbang terlebih dahulu sehingga membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Di
dusun itu dia menemukan sebuah rumah usang. Farhani memasuki rumah usang itu. Dia menemukan
anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan
kumbang.

Perumitan

Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kim Yong yang dikaitkan
dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan
seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-
muridnya menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dusun datuk Farhani, mereka
telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal, Devnath, dan Wei telah bertekad untuk kembali semula
ke rumah usang itu pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah
usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani di situ.

Sementara itu, Farhani yang tersilap melangkah ke alam dimensi kumbang telah ditawan oleh tentera
Komander Caucasus. Dia dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah
istana. Selepas itu, Farhani telah dikurung di dalam tabung uji di sebuah makmal rahsia yang akhirnya
menemukannya dengan Kim Yong. Komander Caucasus dan tenteranya berniat jahat dengan cuba
merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk. Dia mengarahkan tenteranya untuk
memburu, menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan para pengikutnya.

Hal ini menyebabkan Puteri Coleoptera dan pengikut setianya terpaksa berpindah-randah untuk
mengelakkan diri mereka menjadi mangsa kekejaman Komander Caucasus. Puteri Coleoptera
memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak
berhati perut itu. Sementara itu, Haikal, Devnath dan, Wei telah memasuki dimensi kerajaan kumbang
menyebabkan mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 8/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Klimaks

Haikal, Devnath, dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-
sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara, tetapi Farhani dan Kim Yong berjaya
menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang
dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani
gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani
yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji kaji bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan
manusia.

Peleraian

Pada suatu malam, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah
melancarkan serangan dan ternyata mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan
para tenteranya. Mereka juga berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga
orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath dengan selamat. Komander Caucasus, Dara Bintik dan para
tenteranya telah dipenjarakan. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan
kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan daripada Farhani
dan empat orang rakannya. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan pulang ke pangkuan
keluarga masing-masing.

Namun begitu, mereka kecewa apabila kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga masing-
masing disebabkan mereka telah menjadi halimunan. Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat
orang rakannya telah kembali ke dunia kerajaan kumbang. Setelah meminum serum yang diberikan oleh
Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-
masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada
syarikat media cetak dan media elektronik. Namun begitu, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita
sebenar mereka yang menjadi tawanan Komander Caucasus daripada kerajaan kumbang itu.

Teknik PlotNovelTawanan Komander Caucasus


Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 9/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
berbagai- bagai spesies kumbang.

Dialog

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 9/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Contoh: Perbualan antara Puan Asmah, iaitu ibu Farhani dengan Mira dan Chea Mei ketika Mira dan Chea Mei
berkunjung ke rumah Farhani. Dalam pertemuan itu, Mira menyatakan hajatnya dan Chea Mei untuk berjumpa
dengan Farhani tetapi niat baik mereka itu telah mengundang perasaan hairan kepada Puan Asmah.

Imbas kembali
Contoh: Farhani teringat semula tentang kisah Puteri Balqis yang pernah diceritakan oleh Ustazah
Hamizah.

Imbas muka
Contoh: Farhani membayangkan tindakan Komander Caucasus yang akan meratah mentah-mentah
dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang diketuai oleh Bara itu menemui kegagalan dan mereka
berjaya ditawan sekali lagi oleh Komander Caucasus itu.

Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya tentang tahap keselamatan Farhani dan kejadian yang bakal
dialaminya sewaktu Farhani masuk ke dalam rumah usang di dalam kawasan dusun datuknya secara
berseorangan pada pertama kalinya.

Kejutan
Contoh: Pembaca tidak menyangka akan peristiwa Haikal yang terjumpa sapu tangan berwarna merah
jambu berhuruf ‘F’ milik Farhani di ruangan bawah tanah rumah usang. Pembaca juga tidak menyangka
bahawa Haikal berani untuk menjejaki kehilangan Farhani bersama dengan Devnath dan Wei di ruangan
bawah tanah rumah usang itu walaupun mereka sebenarnya tidak mengetahui kejadian sebenar dan
bahaya yang bakal menunggu kedatangan mereka itu.

Teknik monolog
Contoh: Farhani bermonolog sendirian dengan memujuk dirinya bahawa dia bukanlah seorang penakut
memandangkan dia merupakan anak kepada renjer hutan.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 10/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Watak Perwatakan Tawanan Komander Caucasus

Watak Utama: Farhani

Berusia 13 tahun dan merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.

Mempunyai tiga orang abang dan dua orang kakak.


Murid Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.

Bapanya bekerja sebagai renjer hutan manakala ibunya seorang suri rumah.

Cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan


Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang dilaluinya semasa menjadi
tawanan Komander Caucasus

Penyayang terhadap ahli keluarga


Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya

Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru Sains


Farhani bertanggungjawab mencari kumbang. Dia berusaha mencari kumbang seperti yang ditugaskan
oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya

Bijak mengatur strategi untuk menewaskan musuh


Farhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan tentera kumbang Komander Caucasus, dia
menggunakan cecair Endosulfan untuk untuk menewaskan tentera Komander Caucasus

Prihatin dan bersimpati terhadap orang lain


Farhani rela membantu Dara Merah membebaskan Puteri Coleoptra, Bara serta rakan-rakan kumbang
yang lain daripada tawanan Komander Caucasus.

Taat kepada ibu bapa


Farhani meminta kebenaran daripada ibunya, Puan Asmah sebelum pergi mencari Kumbang di dusun
datuknya.

Berani mengambil tindakan tanpa memikirkan keselamatan nyawa


Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri walaupun menyedari bahawa tindakannya itu
mungkin berbahaya serta engancam keselamatan nyawanya.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 11/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Mengenang budi terhadap orang yang berjasa


Farhani mengucapkan erima kasih kepada Puteri Coleoptra yang elah menyelamatkan dia dan empat
orang rakannya daripada tawanan Komander Caucasus da natal layanan baik Coloeoptra sepanjang
mereka berada di dalam dimensi kumbang.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 11/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Rajin mencari maklumat tambahan berkaitan pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya. Farhani Rajin
melayari Internet untuk mengakses laman sesawang yang berkaitan dengan kumbang untuk mencari maklumat
tambahan tentang pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya untuk
keperluan projek Sainsnya.

Pandai menyimpan rahsia


Farhani merahsiakan cerita sebenar yang dilalui oleh mereka semasa menjadi tawanan kumbang kerana

ingin mengelakkan perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku.

Watak Sampingan: Komander Caucasus

1. Ketua tentera kerajaan kumbang dan kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk.

2. Berasal daripada kumbang spesies Chalcosoma Caucasus, iaitu mempunyai sesungut yang panjang
dan berketinggian satu setengah meter.

3. Mempunyai pengikut setia yang terdiri daripada tentera kumbang daripada spesies yang sama.

4. Berpandangan jauh dan bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan manusia.

5. Kejam dan zalim apabila berusaha menjadikan Kim Yong dan Farhani sebagai ‘tikus makmal’.

6. Tamak akan kuasa apabila bertindak merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.

7. Berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

8. Pendendam terhadap manusia yang dianggap sebagai makhluk pembunuh kepada kaumnya.

Watak sampingan: Haikal

Seorang yang berani


Haikal mengajak Devnath dan Wei kembali semula ke rumah using pada waktu malam semata-mata
untuk menjejaki kehilangan Farhani.

Seorang yang rasional


Haikal rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Dia meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei
hanya menunggu di luar rumah usangdemi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 12/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
Watak Sampingan: Kim Yong

1. Anak tunggal kepada Puan Lee. Bapa kandungnya telah meninggal dunia.

2. Mempunyai seorang bapa tiri yang garang, iaitu Encik Kwok.

meninjau keadaan di dalam rumah itu.

Seorang yang prihatin


Haikal menziarahi ibu Kim Yong, rakan sekelasnya dirumahnya kerana Haikal turut bersimpati dan
berkongsi kesedihan tentang kehilangannya Kim Yong.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 12/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

3. Pewaris tunggal kekayaan milik bapanya yang merupakan seorang hartawan.

4. Rakan sekelas Farhani di Tingkatan Satu Arif.

5. Ego, angkuh, dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.

6. Meminati serangga spesies kumbang.

7. Berhemah tinggi apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Farhani.

8. Sedar akan kesilapan apabila dia memohon maaf daripada Farhani.

9. Mengamalkan semangat bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.

Watak Sampingan: Puteri Coleoptera

1. Anak saudara Maharaja Tanduk dan merupakan pewaris takhta koloni kumbang selepas
ayahandanya mangkat.

2. Merupakan seekor kumbang betina spesies Chrysomelidae yang memiliki cangkerang yang amat
cantik berwarna kehijauan, berkilat dan bersesungut panjang.

3. Bertatatertib dan sopan.

4. Murah dengan senyuman apabila berbicara dengan Farhani walaupun baru pertama kali mereka
bertemu.

5. Baik hati
Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong menjamu selera bersama-samanya.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 13/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
mengelakkan tempat tinggalnya dikesan oleh tentera Caucasus dan Komander Caucasus yang
sedang giat memburunya.

6. Mengenang budi
Puteri Coleoptera menghadiahi Farhani dan rakan- rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yang
diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik.

7. Bijak bertindak apabila sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk

8.

Bersikap jujur dan berterus-terang


Puteri Coleoptera meluahkan rasa kesalnya tentang sikap tamak dan gila kuasa Komander Caucasus
yang bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan menguasai manusia.

Gaya Bahasa Tawanan Komander Caucasus


Kosa kata nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbang
Contoh: Lampyridae; Chalcosoma Caucasus; Coccinellidae; Weevil; Chrysomelidae; dan Cicindelidae.

Bahasa Arab
Contoh: Insya-Allah; Alhamdulillah; Assalamualaikum.

Bahasa Istana
Contoh: tuanku; beta.

Peribahasa
Contoh: sudah gaharu cendana pula; Bapa borek anak rintik.

Simile
Contoh: Bunyi ranting-ranting yang dipijak umpama muzik mengiringi langkah mereka.

Sinkope
Contoh: Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja.

Repetisi
Contoh: Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 14/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
Perlambangan
Contoh: Ada butiran jernih yang hampir gugur dari matanya.

Perumpamaan, pepatah, bidalan

Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Personifikasi (Sifat manusia pada perkara lain)


Contoh: Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 14/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Metafora (Perbandingan secara terus)


Contoh: Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.

Hiperbola (Ungkapan keterlaluan)


Contoh: Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit lengannya yang
terdedah.

Paradoks (Bertentangan dengan keadaan yang sepatutnya)


Contoh: Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali.

💰💵 Dapatkan ganjaran wang dengan menjawab soal selidik dalam talian

Inversi (ayat songsang)


Contoh: Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.
Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.

Latar Tawanan Komander Caucasus

Latar TempatTawanan Komander Caucasus

Rumah Kim Yong


Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat berita kehilangan Kim

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 15/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
yong

Halaman rumah Kim Yong


Tempat terbinanya zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai spesies kumbang

Rumah Farhani

Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka berada di
sana

Rumah Chea Mei


Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam berwarna merah
yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren

Rumah Usang
Tempat Haikal, Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki rumah itu untuk melihat dan
meninjau keadaan sebenar di sana

Latar MasaTawanan Komander Caucasus

Waktu malam
Contoh: Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan ‘ dari tangan Farhani.

Waktu petang
Contoh: Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka mencari kumbang tetapi mereka lambat
datang, Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah petang

Latar MasyarakatTawanan Komander Caucasus

Masyarakat penyayang
Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak setelah mendapat laporan bahawa
anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya

dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 16/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains
Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin belajar semasa kelas mata
pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah.

Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan


Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh
Komander Caucasus, begitu juga dengan Kim Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada

dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 16/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Buka Akaun XM
Anda Sekarang

XM

Masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan murid-murid sekolah


Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong. Berita kehilangan mereka
mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan
kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis.

Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi


Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains dan guru kelas Satu Arif di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi.

Masyarakat berbilang kaum dan agama yang bersahabat baik dan saling menghormati
Devnath, Wei dan Haikal bersahabat baik. Mereka sahabat sekelas dan tinggal di kampung yang
sama. Devnath dan Wei memahami keadaan Haikal yang terlewat tiba di tempat mereka berkumpul
kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

NilaiNovel Tawanan Komander Caucasus


Baik hati
Contoh: Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada
Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan
diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander

Caucasus dan tenteranya.

Hemah tinggi
Contoh: Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu mesra dan
ramah.
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 17/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Hormat-menghormati
Contoh: Walaupun berlainan agama dan bangsa, Devnath dan Wei memahami dan amat menghormati

cara hidup Haikal sebagai seorang muslim apabila mereka faham kelewatan Haikal tiba ke tempat
mereka berkumpul disebabkan Haikal menunaikan solat isyak terlebih dahulu.

Kasih sayang
Contoh: Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang
dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.

Keberanian
Contoh: Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus
yang gagah walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.

Kebijaksanaan
Contoh: Farhani menggunakan semburan Endosulfan untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan
tentera Caucasus.

Kepatuhan
Contoh: Bara dan Dara Merah merupakan koloni kumbang yang patuh dan setia kepada ketua mereka,
Puteri Coleoptera apabila sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk menyelamatkan ketua mereka itu.

Kerjasama
Contoh: Kim Yong, Farhani, Dara Merah, kunang-kunang, dan ahli-ahli kumbang yang lain bekerjasama
dan bermuafakat dalam misi mereka untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera, Bara, dan rakan-rakannya
yang telah menjadi tawanan Maharaja Caucasus.

Ketabahan
Contoh: Farhani tabah menghadapi saat- saat dia ditawan oleh Komander Caucasus dan pasukan
tenteranya dengan menurut sahaja arahan kumbang- kumbang tersebut demi keselamatan nyawanya.

Bertanggung-jawab
Contoh: Farhani bertanggungjawab menjalankan kerja projek yang diberikan oleh guru mata pelajaran
Sainsnya, iaitu mencari kumbang.

Berdikari
Contoh: Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam usahanya mencari kumbang
di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan
sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya.

Keinsafan
Contoh: Kim Yong insaf akan perbuatannya yang sombong dan angkuh selama ini. Dia memohon maaf
daripada Farhani Dia juga insaf atas tindakannya mengurung kumbang dan mahu membebaskan
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 18/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

haiwan itu.

Saling membantu
Contoh: Bara telah menolong Farhani membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus ,
kemudian Farhani pula membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya

Kerajinan
Contoh: Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai
persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang

Kebangaan terhadap warisan bangsa


Contoh: Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya keturunan baba dan nyonya. Dia memakai
pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.

Pengajaran Tawanan Komander Caucasus


Kita tidak seharusnya berdendam dengan seseorang yang pernah menyakiti kita.
Contoh: Farhani tidak berdendam dengan Kim Yong, walaupun Kim Yong pernah bersikap sombong
terhadapnya. Dia tetap memafkan Kim Yong

Kita hendaklah bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan satu-satu masalah yang berlaku
Contoh: Farhani melakukan tindakan yang bijak apabila menggunakan ‘Endosulfan’ untuk menewaskan
Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus

Kita mesti berani mengambil sebarang tindakan supaya beroleh kejayaan

Contoh: Farhani berani mencari kumbang seorang diri di dalam hutan dan memasuki sebuah rumah
yang sudah usang

Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan antung.
Contoh: Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan
https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 19/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

begitu sopan enagih, mesra dan ramah

Kita seharusnya berterima kasih kepada orang yang telah memberikan pertolongan
Contoh: Puteri Coleoptera menghargai pertolongan Farhani dan rakan-rakannya dalam mendapatkan
kuasanya semula. Sebagai penghargaan, dia menghadiahi Farhani dengan lambing kebesaran kerajaan
kumbang.

Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan


Contoh: Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa
menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus dan peristiwa dia dan empat
orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan
selamat.

Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.


Contoh: Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang
dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.

Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan.
Contoh: Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai
persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang
tersebut kelak.

Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan.


Contoh: Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada
Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan
diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia.

Kita hendaklah mencintai dan berbangga akan budaya dan warisan bangsa.
Contoh: Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang berketurunan baba dan nyonya. Dia
mahir dalam ilmu sulaman dan sentiasa memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian
Melayu, iaitu kebaya nyonya.

Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan santun.
Contoh: Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan
begitu mesra dan ramah.

Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain.
Contoh: Walaupun seorang gadis, Farhani berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya
bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan
lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
20/2
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3
Kita mestilah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi
Contoh: Haikal, Devnath dan Wei pergi ker rumah usang pada waktu malam tanpa memikirkan risiko

yang mungkin dihadapi oleh mereka. Mereka mahu menjejakki Farhani yang hilang atas semangat setia
kawan yang tinggi antara mereka.

Kita mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah


Contoh: Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah untuk menewaskan
Komander Caucasus dan tenteranya.

Soalan Novel Tawanan Komander Caucasus

Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang menerajui jalan cerita novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Watak utama dalam novel ini ialah
Farhani.

Buka Akaun XM
Anda Sekarang

XM

Farhani merupakan seorang yang jujur. Buktinya, Farhani berterus terang bahawa dia ditugaskan untuk
mencari kumbang oleh gurunya kerana mereka ingin membina sebuah zoo mini di sekolah sewaktu
bersoal jawab dengan Komander Caucasus.

Farhani juga seorang yang berani. Contohnya, Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang
Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain.
Contoh: Walaupun seorang gadis, Farhani berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya
bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan
lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
21/2
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Nyatakan contoh peristiwa yang terlibat dengan “Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan” dan
“Persoalan Kepentingan ilmu dalam kehidupan“ yang terkandung dalam sebuah daripada novel
di atas.

Novel yang saya kaji semasa tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus.

Contoh peristiwa berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan ialah Farhani tabah
menghadapi dugaan apabila dia dikurung di dalam sebuah balang kaca yang membuatkan dadanya
sukar untuk bernafas semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus.

Sementara itu, contoh peristiwa bagi persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan pula ialah Cikgu
Salimah mengakui kesan positif teknologi maklumat dalam dunia pendidikan. Oleh itu, dia bertekad
untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi tersebut.

Jelaskan latar masyarakat di bawah berserta dengan contoh peristiwa yang berkaitan.
– “Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan.”
– “Masyarakat yang saling bekerjasama.”

Novel yang saya kaji waktu tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus.

Contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang tabah menghadapi dugaan ialah
Farhani tabah menempuh dugaan semasa dia dikurung di dalam sebuah balang kaca yang
membuatkan dadanya terasa sesak nafas ketika ditawan oleh Komander Caucasus.

Sementara itu, contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang saling bekerjasama
pula ialah Farhani, Kim Yong dan Dara Merah saling bekerjasama untuk menewaskan Komander
Caucasus dan tenteranya.

Kekuatan penceritaan dalam sesebuah novel berkait rapat dengan binaan plot. Berdasarkan novel
yang anda kaji, bincangkan puncak penceritaan yang telah pelajari.

Novel yang saya baca ialah novel Tawanan Komander Caucasuskarya Ruzaini Yahya.

Puncak bagi novel ini ialah penyamaran bermula menjelang tengah malam. Dara Merah, Farhani dan
Kim Yong melaksanakan operasi. Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik, sepupunya yang telah

belot menyokong Komander Caucasus. Komander Caucasus berjaya diperdaya oleh Dara Merah untuk
minum minuman beracun yang telah dicampurkannya dengan cecair Endosulfan. Komander Caucasus
jatuh tersungkur. Tentera Komander Caucasus berjaya dikalahkan. Haikal, Wei dan Devnath dikeluarkan
dari penjara. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai maharaja kumbang yang baharu.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 22/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Terdapat peristiwa dalam novel yang memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan beberapa
peristiwa daripada novel yang anda baca, jelaskan teladan yang telah peroleh.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa peristiwa yang
memberikan teladan dalam novel ini.

Buka Akaun XM
Anda Sekarang

XM

Antaranya ialah Kim Yong gigih berusaha untuk mendapatkan kumbang, termasuklah membelinya
dari luar negara. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah gigih berusaha untuk
mencapai sesuatu yang dihajati.

Selain itu, Farhani dan Bara saling membantu untuk membebaskan Kim Yong dari kurungannya.
Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap saling membantu.

Antara lain, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunang-kunang bekerjasama untuk
menewaskan Komander Caucasus yang zalim. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita
mestilah bekerjasama untuk menentang kezaliman.

Nyatakan nilai murni novel dengan contoh peristiwa.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa nilai yang
dikemukakan oleh penulis dalam novel ini.

Antaranya ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Puan Asmah yang menyayangi Farhani merintih
apabila mengenangkan kehilangan anaknya itu.

Nilai kedua ialah kerjasama. Misalnya, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunangkunang
bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.

Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan yang berkaitan.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 23/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Watak sampingan dalam novel ini ialah
Haikal.

Antara perwatakan Haikal ialah seorang yang berani. Contohnya, Haikal berani meninjau ruangan di
bawah tanah di dalam sebuah rumah usang.

Selain itu, Haikal juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Misalnya, Haikal
bertanggungjawab dalam usaha menjejaki Farhani yang hilang.

Buka Akaun XM
Anda Sekarang

XM

Antara lain, Haikal juga merupakan seorang yang baik hati. Sebagai contoh, Haikal yang baik hati telah
membantu kumpulan kumbang, iaitu Bara dan Puteri Coleoptera yang telah menyelamatkan Farhani
dan Kim Yong.

Berdasarkan novel di atas, jelaskan latar tempat yang berkaitan.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus.

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah di rumah Kim Yong. Contohnya, Farhani dan
rakan-rakannya ternampak pelbagai spesies kumbang di dalam zoo mini di rumah Kim Yong.

Latar kedua adalah di makmal sains sekolah. Misalnya, Cikgu Salimah memberikan tugasan kepada
anakanak muridnya untuk mencari serangga ketika mereka berada di makmal sains sekolah.

Latar ketiga adalah di kamar peraduan Komander Caucasus. Sebagai contoh, Dara Merah
memperdayakan Komander Caucasus dengan memberikan minuman yang telah diracun di kamar
peraduan Komander Caucasus.

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 24/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Nota Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1 – 5

Buka Akaun XM
Anda Sekarang

XM

2 thoughts on “Komsas Novel Tawanan Komander Caucasus”

AINA
16/01/2022 at 10:05 pm

Loveee sangat

Reply

TENGKU SYED FARIS


17/01/2022 at 1:27 am

Terima kasih,sangat berguna sebagi rujukan sebelum saya manghadapi peperiksaan akhir tahun.

Reply

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/ 25/29
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Comment *

Name

Email

Website

POST COMMENT

Search
Carian Karangan SEARCH

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
26/2
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Senarai Nota KOMSAS Semakan Keputusan

Contoh Karangan UPSR Rangka Karangan UPSR

Contoh Karangan PT3 Rangka Karangan PT3

Contoh Karangan SPM Rangka Karangan SPM

Contoh Karangan STPM Rangka Karangan STPM

Muhyiddin Yassin

"Terima Kasih Rakyat Malaysia" ucapan Tan Sri Muhyiddin Y perjumpaan perpisahan Pe
- Petikan
assin semasa
bersama pegawai
adi

Contoh Karangan yang cemerlang


Karangan STPM: Punca penularan penyakit berjangkit
Contoh Karangan SPM: Punca keruntuhan akhlak remaja
Contoh Karangan SPM: Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling
Contoh Karangan: Kepentingan menyertai kesukarelawanan
Contoh Karangan SPM: Langkah Mengatasi Gejala Sosial
Karangan SPM: Kepentingan Industri Kecil Dan Sederhana
Karangan SPM: Cara Memajukan Industri Kecil Dan Sederhana
Contoh Karangan SPM: Peranan Koperasi Sekolah
Contoh Karangan SPM: Keburukan Makanan Ringan
Contoh Karangan SPM: Kepentingan Menyertai Koperasi

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
27/2
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Muhyiddin Yassin

"Terima Kasih Rakyat Malaysia" ucapan Tan Sri Muhyiddin Y perjumpaan perpisahan P
- Petikan
assin semasa
bersama pegawai
adi

Contoh Karangan Baru


Contoh Karangan SPM Kesan Peperangan
Contoh Karangan Langkah Membendung Hidupan Liar
Contoh Karangan SPM: Usaha untuk mengekalkan Budaya
Karangan SPM: Kepentingan Budaya dan Adat Resam
Contoh Karangan SPM: Kelebihan E-Wallet (E-Dompet)
Karangan Punca Pelajar tidak Menyertai Aktiviti kokurikulum
Contoh Karangan SPM: Punca pemanasan global
Contoh Karangan SPM: Kebaikan Melancong
Teknik Menulis Karangan: Contoh Pendahuluan dan Penutup
Karangan PT3: Cara Menjaga Kesihatan Mental

Muhyiddin Yassin

"Terima Kasih Rakyat Malaysia" ucapan Tan Sri Muhyiddin Y perjumpaan perpisahan Pe
- Petikan
assin semasa
bersama pegawai
adi

Contoh Karangan yang cemerlang?

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
28/2
11/17/22, 9:52 AM Novel Tawanan Komander Caucasus - Komsas Tingkatan 3

Karangan yang cemerlang harus mempunyai isi-isi yang menarik. Pelajar juga dinasihat untuk
menggunakan peribahasa atau ungkapan menarik dalam karangan anda.
Semak: Contoh Karangan

Muhyiddin Yassin

"Terima Kasih Rakyat Malaysia" ucapan Tan Sri Muhyiddin Y perjumpaan perpisahan Pe
- Petikan
assin semasa
bersama pegawai
adi

https://karangan.net/tawanan-komander-caucasus/
29/2

You might also like